7
A Reason to Stay
7
" - macam yang kau agak . She said no" ujaran Aiden dicorong telefon membuatkan Daneiel diam seketika.
Iris mata lelaki itu melirik kosong ke ruangan bilik rawatannya sebelum kembali beralih pada belakang tapak tangan yang disambungkan dengan tiub IV. Semuanya gara-gara sistem tubuhnya yang lemah pagi tadi dimana dia jatuh pengsan sewaktu dia hendak ke tandas dibilik yang sama.
" kau nak tahu ke keadaan dia waktu aku jumpa dia tadi - tapi aku tak rasa aku patut beritahu kau memandangkan kau dan dia dah tiada apa-apa hubungan... so aku tak nampak dimana benefit pada kau atas apa yang kau lakukan untuk dia. And yes , kau boleh cakap aku tak akan faham diri kau but still ... cukup-cukuplah kejar manusia yang dah memang buang kau. Terima hakikat Dane , dia dah tak nak kau." Hela berat meniti dicorong telefon itu , memaksa Daneiel membisu meski hatinya memberontak untuk membidas segalanya namun dia tahu,lebih dari tahu kebenaran dibalik realiti pahit itu.
" apa yang kau harapkan lagi huh ... kau sendiri tengok bertapa jelas takdir memisahkan kau dan dia. Aku tak cakap segalanya yang dah terjadi salah dia ..atau salah kau ... semuanya dah lepas ..so kita hanya mampu terima and move on. Tapi dengan sikap kau dan dia yang sepertinya cuba melawan takdir dengan berharap sesuatu yang begitu sukar dicapai..
Korang berdua bukan hanya akan lukakan diri masing-masing .. malah orang-orang disekeliling . Ingat family kau Dane. Ingat pada kembar kau ..sepupu aku yang dah - " luahan hati Aiden jeda dipertengahan bicara dikala isu Arzeiel dibangkitkan.
" - aku cuma nak kau fikir sewarasnya Dane. Kau lebih tahu apa yang terbaik untuk kau ... "
Iris mata Daneiel berubah gelap. Raut wajahnya kosong meski jelas tegang. Emosi sedikit sebanyak terkesan dek bicara lelaki sepupunya itu.
" aku anggap kau dah habis bercakap"
Ketegasan dalam nada Daneiel membuatkan Aiden mengeluh pendek seraya mematikan panggilan itu serta merta.
Daneiel melepaskan nafas yang tanpa sedar ditahan buat seketika tadi, telefon dilempar ke sisi katil bersama keretakan emosi yang baru terlakar dijiwa. Keningnya bertaut , meski tidak mahu mempertimbangkan nasihat sepupunya tadi namun masih otaknya tidak mampu membuang memori itu. Bicara itu terus menerus meracuni akal fikirannya.
Kewarasan akal? Kewarasan yang macam mana lagi perlu dia fikirkan demi memikirkan keputusan yang terbaik buat keluarganya. Sejauh mana lagi perasaan dan hatinya perlu dibelakangkan demi memuaskan hati semua orang !
Lelah , dia terlalu letih. Terlalu letih untuk menjadi yang terbaik, terlalu lelah untuk mencapai setiap keinginan dan harapan orang lain. Dimana haknya untuk memiliki sesuatu yang diingini... sesuatu yang mampu membahagiakan diri.
" Daddy mengharapkan lebih baik daripada tindakan bodoh ini Dane"
Selaran datar itu membuatkan Daneiel kaku. Matanya pantas naik menikam ke wajah Demerez Black yang membalas tatapannya dengan tatapan penuh kesal. Seakan-akan dirinya sudah menghampakan lelaki itu sekali lagi dengan tindakan melulu.
" atau memang kamu sengaja nak dapatkan reaksi dari daddy ? Huh, accident ? Benda tu tak akan jadi kalau kamu tak begitu bodoh memandu melebihi had laju malah , - rakaman cctv jelas menunjukkan kesalahan kamu melanggar lampu isyarat. Sebodoh mana lagi kamu mahu tunjukkan demi perempuan tu ?! "
Daneiel mengepal kuat buku limanya. Iris matanya gelap , datar melirik ke hujung katilnya. Tidak mahu bertatapan mata dengan bapanya tika ini.
" sudah cukup Arz mensia-siakan hidup dia demi perempuan tu. Daddy fikir kamu lebih bijak Dane. Tapi nampaknya ...cinta itu begitu buta. Kamu terus sahaja hilang pertimbangan! Bertindak bagai anak muda yang baru sahaja kenal erti cinta ! Macam mana lagi daddy perlu nasihat kamu agar minda kamu terbuka ? Berhenti buat keputusan melulu ,terlalu ikutkan kata hati kamu! Stop being stupid Daneiel Haxer ! "
Demerez Black merengus kuat , anak matanya tajam seakan-akan menyiat isi kulit anak kembarnya itu.
" - so at the end, Im the one making a decision for your fuckin' life. "
Sejurus bicara itu , iris mata Daneiel naik menatap wajah sang bapa dengan kegusaran yang menebal didada. Jelas merasai aura negatif dalam nada bicara lelaki itu.
" - kamu akan bertunang dengan doktor yang dah selamatkan kamu tu. Itu sahaja jalan terbaik untuk kamu serta family kita. Lagipula, kamu dan Tessa Lee sudah lama mengenal hati budi masing-masing. Dah tiba masa kamu letakkan label pada hubungan kamu "
Decitan halus terluah dibibir Daneiel , kali ini membuatkan renungan mata bapanya berubah bengis. Sedar dengan kedegilam anaknya itu.
" seriosly, daddy fikir Dane akan ikut cakap daddy tu huh ? That's totally bullshit. " selar Daneiel bersama tatapan mata yang lebih tegas.
" - daddy tiada hak nak tentukan hidup Dane. Macam mana sekali pun Dane nak teruskan hidup, walau pilihan sekali pun... keputusan bukan ditangan daddy. Dari dulu lagi , sepatutnya daddy dah faham perkara itu. Im sorry for not being a good son for you... But Im not so sorry for choosing my own fuckin' life. "
Demerez Black membisu. Kepalanya menggeleng perlahan. Sedar kedegilan anak kembarnya diwarisi daripada sifat diri sendiri.
" - dia dah bertunang dengan Hel, kamu sedar atau tidak hal tu huh. Atau kamu fikir dia nak tinggalkan lelaki itu untuk kamu ? Lelaki yang dah membuatkan papa dia mati ? "
" daddy lebih dari tahu bukan Dane penyebab utamanya! "
Demerez Black tersenyum sinis. Pandangannya penuh provokan.
" still, kalau dia tahu sekalipun siapa pelaku sebenarnya... kamu masih tak dapat lari dari rasa serba salah itu. Apa pun juga, pelakunya adalah kembar kamu sendiri. Darah daging kamu. And setiap kali dia pandang muka kamu ...dia akan teringat pada pembunuh papa dia. "
Daneiel terdiam tanpa bicara , hanya tubuhnya menggigil dalam menahan badai emosi yang menghempas tubuh. Diri tenggelam, lemas dalam dilema yang berbenangkan derita.
" face the truth Daneiel. There is no reason for her to stay by your side."
Bibir diketap seeratnya bersama raut wajah yang tegang. Naik turun nafasnya , cuba disembunyikan kesedihan dibalik kebenaran realiti itu. Bersama hela berat , dijatuhkan pandangannya ke comforter yang menutupi bahagian kakinya. Tertunduk lemah, tunduk pada takdir dan realiti yang jelas pahit untuk diterima.
" stop hurting yourself... and the one you loves. Dia yang mula-mula lepaskan segalanya... dia yang tinggalkan semuanya. Keputusan dia untuk berputus asa disaat kamu berjuang habis-habisan untuk hidup.
So, its the best to let her go. " nada suara bapanya berubah lembut, datar iris mata melirik anak kembarnya itu.
" sakit macam mana sekali pun hati kamu... tak puas hati macam mana sekali pun kamu dengan apa yang berlaku ... kamu masih perlu terima andai ini takdir hidup kamu. Tak guna kamu cuba memberontak untuk dapatkan apa yang tak tercipta untuk kamu. Terima hakikat itu Daneiel. Terima hakikat ...bahawa dia dah lepaskan kamu. Dia tak ingin berjuang dalam pertarungan ini. "
Bahu anaknya dipaut lembut , memberi sedikit sokongan buat Daneiel meski jelas selama ini dirinya bersikap tegas dengan Daneiel namun itu adalah caranya untuk mendidik mereka. Untuk mematangkan mereka. Walau setegas mana dirinya ,dia masih menitik beratkan kebahagian dan keselamatan anak -anak dan keluarganya.
|| to be continue
Vote n comment ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top