4

||awal sikit utk hri ini ;)

A Reason to Stay
4

Daun pintu utama ditutup perlahan oleh Estella dalam pada matanya mengekori langkah Hel Ivan menuju ke arah bilik tidurnya. Kebimbangan mengisi benak fikiran Estella memandangkan lelaki itu sejak tadi berdiam diri. Dia tahu pasti sikap Hel disebabkan faktor berkaitan Demerez Black. Pasti bersangkut paut dengan isi perbualan mereka di event tadi.

Bersama keluhan lemah Estella mengatur langkah menghampiri lelaki itu yang berdiri pegun dihadapan pintu biliknya. Jelas tampak kecelaruan dalam pemikiran Hel Ivan dipandangan mata Estella.

Bibir dikemam lembut, sebelum nama lelaki itu diseru separuh berbisik.

Hel Ivan yang tersedar terus sahaja menoleh ke arahnya. Kelesuan terbias dikaca mata lelaki itu membuatkan Estella semakin dihambat rasa sedih.

" what's wrong ... " sepi menjadi balasan persoalan Estella, hanya sepasang mata lelaki itu membalas tatapannya. Hel Ivan pantas menggeleng berserta senyuman kelat.

" nothing's wrong. Awak nak makan apa-apa ke ... saya masakkan "

Estella membisu. Niat hati ingin mendesak namun dia lebih dari tahu untuk tidak menyakiti Hel lebih dalam lagi.
" saya tak kisah... apa pun yang awak masak... saya suka "

Hel Ivan tersenyum manis sebelum mengangguk faham. Tangannya mencapai tombol pintu namun sekali lagi terhenti seketika. Tubuhnya berpusing lantas tubuh Estella dipeluk kemas, sambil kedua -dua mata dipejam rapat. Hanya hela nafas mereka halus kedengaran disegenap ruang itu. Estella yang pada mulanya kaget perlahan-lahan membalas pelukan itu. Tangannya lembut mengusap belakang tubuh lelaki itu.

" thank you "

Estella bertambah bisu, hanya menunggu Hel menyambung bicara itu atau lebih tepat memperjelaskan maksud ungkapan terima kasih itu.

" thank you for staying "

Bibir diketap kuat saat mendengar bait kata itu yang begitu menusuk jiwa wanitanya. Tangan sama yang sebentar tadi mengusap lembut tubuh lelaki itu pegun serta merta. Kaku. Hanya dadanya merasai kesakitan yang begitu menusuk dan ngilu.









Botol mineral dihempas separuh kuat diatas meja makan itu seakan menggambarkan emosinya tika ini. Meski jelas tiada apa yang mampu mengusir kesakitan dalam dadanya sejak bertemu dengan Estella tadi.
Langkah diatur ke arah dinding kaca diruang tamu itu, mata melirik kosong panaorama malam banda itu. Lambat-lambat Daneiel mengeluh, tangan disilang rapat kedada sambil tubuh bersandar secara mengiring pada dinding itu. Mata dipejam buat seketika , sekadar berharap segala rasa ini bisa terbang pergi dari membebani dadanya. Berharap agar kesakitan yang mengait benang-benang memori ini bisa terputus.

Deringan telefonnya memaksa Daneiel mencelikkan mata yang jelas kemerahan dan berkaca-kaca. Iris matanya menjeling sekilas pada telefon yang terletak di atas meja coffee. Tidal henti-henti berdering menandakan bertapa terdesak pemanggil itu ingin berbual dengnnya pada jam sebegini. Matanya refleks melirik jam didinding yang mulai menunjukkan angka 2 pagi.

Dengan langkah yang berat, dia mengambil telefon itu seraya ditekapkan ke telinga. Iris mata berubah gelap tatkala mendengar suara pemanggil itu yang jelas teresak-esak menangis.

"  your twin .. try to kill himself ...again! "

Esakan ibunya semakin kuat mengisi corong telefon  membuatkan Daneiel menguatkan genggamannya pada telefon itu tanpa sedar.

" Im coming " pendek balasannya lantas panggilan dimatikan sekelip mata. Hoody hitamnya dipakaikan ke tubuh seraya kaki laju mengayun langkah keluar dari rumah itu.

Perjalanan yang hanya mengambil masa kurang 20 minit membawa Daneiel terus ke hospital sakit jiwa yang menjadi tempat kunjungannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tanpa buang waktu dia terus sahaja ke bahagian aras Arzeiel ditempatkan, langkah yang laju semakin perlahan apabila mata menangkap susuk tubuh ibubapanya. Ibunya Elise Kimberlin yang ditenangkan dalam dakapan bapanya Demerez Black dihadapan wad Arzeiel.

Daneiel tidak maju kehadapan, kaki ibarat dipaku ke lantai. Hanya imej ibubapa yang mengisi ruang fokusnya disambut tangis hiba seorang ibu yang merintih dek nasib malang anaknya. Tertunduk dia merenung lantai , mungkin maaih terbiasa menyalahkan diri sendiri atas tragedi yang menimpa keluarga mereka. Menyalahkan diri sendiri atas kehancuran sebuah keluarga yang terbina kukuh sebelum ini.
Tangan disisi dikepal seeratnya,menahan badai emosi yang menghimpit diri meski sedar dirinya sudah lama roboh.

Nafas dihela panjang lantas kaki dikuatkan untuk menyambung langkah yang terjeda. Derapan langkahnya menyedarkan kedua-dua orang tuanya yang refleks melirik ke arahnya. Elise Kimberlin pantas memeluk erat tubuh anak kembarnya, menghamburkan segala rasa yang membebani jiwa dan naluri seorang ibu. Demerez pula hanya diam membisu , memalingkan wajah ke arah lain kerana tidak mampu melihat sendiri wanita kesayangannya bersedih hati.

Daneiel mengelus lembut rambut sang ibu sambil bibir menuturkan bicara berupa pujukan. Sehinggalah pintu bilik Arzeiel dikuak dari dalam membuatkan kesemua mata tertumpu pada doktor itu.

" kecederaan dia tidak terlalu parah namun dia akan kami letakkan dalam pantauan rapi selepas ini. Juga ... mungkin selepas insiden ini , pihak kami terpaksa menghadkan tempoh melawat pesakit. "

Daneiel mengangguk faham namun pandangan matanya pantas beralih pada Elise Kimberlin. Dia sedar hal ini pasti menambahkan kesedihan buat wanita itu memandangkan ibu mereka setiap hari melawat Arzeiel.

" Rez ...." perlahan sahaja suara ibunya menyeru nama bapanya, Demerez Black yang pantas memeluk tubuh isterinya bersama seribu satu pujukan.

Seusai memperkemaskan diri dan menarik nafas panjang diselangi semangat baru , mereka mengatur langkah ke dalam bilik rawatan Arzeiel. Elise Kimberlin mengetuai dihadapan ,segera mendapatkan Arzeiel yang terbaring lese dikatil dengan ikatan tali yang membataskan segala pergerakan lelaki itu.

Sepasang mata Arzeiel kosong merenung ke luar jendela,tidak langsung menghiraukan mereka sekeluarga. Mata itu kelesuan , wajahnya pucat dan tampak lemah.
Kebisuan mengisi ruang bilik itu namun tidak lama apabila Arzeiel bertindak mengalihkan pandangan matanya ke setiap wajah orang-orang yang berada dalam bilik itu. Terhenti fokusnya pada Daneiel yang berdiri dibelakang sekali.

Alis matanya berubah tajam , gelap dan dipenuhi amarah yang semakin menebal kian tahun.
" kau ! "

Daneiel kaku. Sudah bersedia menerima apa sahaja kata cacian dan amarah kembarnya kerana ianya memang menjadi kebiasaan mereka jika dia hadir melawat lelaki itu.

" sebab kau dia buang aku ! Sebab dia pilih kau dia tak nak aku ! Semuanya sebabkan kau ! Jahanam kau Dane ! " serentak dengan amukan itu Arzeiel berusaha untuk lolos meski tidak berjaya. Rengusannya mengisi ruang itu , menambahkan keheningan suasana yang sememangnya tegang sedari tadi.

" lebih baik kamu keluar " datar arahan Demerez Black seakan pisau yang mengguris kulit wajahnya. Daneiel diam, matanya sempat melihat kegusaran diwajah Elise Kimberlin yang jelas memfokus pada Arzeiel tika ini. Bersama anggukan lemah Daneiel berpusing, ingin mengatur langkah keluar dari bilik itu sebelum tubuhnya kaku apabila kata-kata Arzeiel seakan panahan petir menusuk terus ke jantungnya.

" aku harap hidup kau berakhir dengan tragis ... dan itu bukan kematian ... aku harap hidup kau penuh seksa sampai kau rasa nak mati ! Aku nak kau rasa apa yang aku rasa sekarang ni ! "

Birai mata Daneiel hangat serta merta bersama jaluran kepedihan yang menyucuk-nyucuk dada tanpa henti. Seksa. Sungguh menyeksakan!

Tidak sanggup mendengar hamburan amarah kembarnya lagi lantas Daneiel bergegas keluar dari bilik itu. Langkahnya laju sekali membawa tubuh keluar dari hospital itu sehingga ke kawasan parkir kereta. Kurang beberapa saat dia sudah meloloskan diri dari kawasan hospital itu menuju ke jalan raya.
Kenderaan dipandu laju melebihi had laju yang ditetapkan. Dua lampu isyarat merah dilanggar tanpa peduli ditambah dengan kawasan jalan raya yang lengang tanpa sebarang kenderaan tika itu.
Sehinggalah Daneiel menghamburkan jeritan emosinya seraya stereng dipusing drastik membawa kenderaan menghentam sebatang pokok dibahu jalan. Air matanya mengalir diwajah bersama cairan merah pekat kesan daripada hentakan dahi pada stereng disebabkan faktor inersia.

Naik turun nafasnya tidak sekata,terkejar-kejar dan terdesak seakan oksigen semakin berkurang dalam ruang udara sekitarnya.
Sekali lagi telefonnya berdering minta diangkat. Paparan nama Tessa Lee terisi diskrin itu namun pandangan mata Daneiel semakin kabur sebelum perlahan-lahan kelam.














|| to be continue
Vote || comment

》 dichp ini sy nk ceritakan penderitaan disebelah pihak Dane..termasuk Arz dan keluarga mereka. Agk mencabar buat sy mmndgkn chp2 utk book ARTS ( a reason to stay) bermula je trus emotional... dgn hrapan readers ARTS kuat  dri segi mental. Book ini akn menghuraikan kekosongan mahupun persoalan yg tidak terjawab dalam AST... sy akn sedaya upaya menjayakan book ARTS ini supaya dia dpt menyokong book AST dan selayaknya dipanggil Sequel.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top