3

A Reason to Stay
3

"Masih tak setimpal dengan kematian papa saya "

Kedua -dua pasang mata saling bertentang, terbias keterdukaan yang mengulit jiwa raga. Hati kembali terobek luka lama. Lantas, perlahan-lahan Daneiel menjatuhkan pandangannya ke lantai. Air mukanya berubah diselangi dengan kerutan yang melata didahi. Bahunya menegang , benar-benar terkesan dek pernyataan itu.

Estella diam memerhati meski hati sendiri merintih dek bicara tajam itu ,seakan melukai dirinya sendiri.
Kebisuan lelaki itu adalah titik noktah bagi perbualan ini. Tiada apa lagi yang perlu diungkapkan , cukup sahaja ungkapan itu menceritakan segalanya. Mengakhiri segalanya.

Menyedari kebisuan antara mereka membina jurang lantas Estella melepas hela berat , tubuh dipusing ingin berura-ura pergi tanpa sebarang kata namun bicara Daneiel menghalang niatnya.

" bukan aku "

Estella menoleh. Kekeliruan mengisi biasan matanya tatkala ucapan itu meniti dibibir Daneiel.

" bukan aku yang bunuh papa kau "
Tegas dan datar kenyataan Daneiel bersama tatapan mata yang tajam.
" asalnya aku tak nak beritahu kau pasal hal ini disebabkan ... rasa kesal aku ... tapi , tuduhan kau pada aku ... buat aku fikir banyak kali... kesalahan aku memang terletak pada waktu itu ... dimana aku ugut papa kau . Tetapi tangan aku ... " Seraya Daneiel menaikkan tangannya separa bahu , melirik dengan penuh teliti telapak tangannya itu sebelum iris matanya naik menatap wajah Estella. " bukan tangan aku yang ambil nyawa papa kau. Itu yang pasti"

" kalau bukan awak ...siapa ? " selar Estella sudah tidak mampu mengawal emosi. Tajam anak matanya menikam wajah lelaki itu.

Daneiel membisu. Iris matanya berubah sayu , terbiaskan pelbagai emosi yang merenyuk jiwa raga.
Keluhan menjadi alasan tatkala jawapan tidak mampu diberikan.
" aku lihat kau ... hadir bersama dengan Hel "

" jangan ubah topik. Beritahu saya siapa ? " bentak Estella bersama jelingan tajam , benar-benar terdesak untuk mengetahui hal itu.
" awak sendiri cakap bukan awak ...then siapa ? Jangan cuba nak sembunyikan kebenaran itu lagi atas niat apa sekali pun. Cukup kematian papa saya tidak terbela ... dan sekarang , awak nak saya lepaskan sahaja pelaku sebenarnya hanya kerana awak nak lindungi pelaku itu ?  Sejauh mana lagi awak nak musnahkan hidup saya ... "

Daneiel pegun sebelum dia membuang pandang ke arah lain. Perbualan antara mereka semakin menyesakkan jiwa. Tiada hala tuju. Hanya kesakitan yang bakal menghuni hati masing-masing. Kelukaan yang tiada ubat. Hanya mampu bertahan.

" bukan kau sahaja. Bukan hidup kau sahaja yang musnah. Bukan keluarga kau sahaja yang hancur... tolong sedar akan hal itu " separuh berbisik ungkapan Daneiel sebelum dia menyambung lagi luahan hatinya.
" kau terluka ... aku juga terluka"

Estella melepaskan rengusan sinis. Senyuman kelat melebar dibibirnya dalam pada memprovok kata-kata lelaki itu. " saya tak nampak hidup awak musnah pun Dane. Keluarga awak masih gah dimata dunia... dimana bukti bicara awak tadi huh?"

Daneiel mendiamkan diri buat sesaat dua sebelum anggukan menjadi pembuka sambungan bicaranya.
Matanya naik menemui tatapan sinis Estella. " itu yang kau tak nampak Este. Itu yang kau terlepas pandang hanya kerana mata kasar kau tak dapat melihatnya"  Daneiel manarik lemah nafasnya . " ada kau nampak ibu aku disini ... lebih utama ...ada kau nampak kelibat Arz disini ? "

Kebisuan mengisi bicara Estella  yang tersedar dek kata-kata itu. Tanpa sedar, iris matanya meliar ke sekitar ruangan itu , menyedari ketiadaan ahli keluarga Black itu.
Kekesalan menyusup masuk ke dalam pembuluh darahnya.

" itu yang kau terlepas pandang... sewaktu kau buang segalanya disini...memori mahupun hubungan ... kau lepaskan semuanya disini waktu kau putus asa. Waktu kau mengalah ... kau terlupa ... disini juga ada perkara yang berubah. Kedukaan ... kesedihan masih kekal disini meski kau pergi ... jadi jangan cakap hanya kau sahaja yang terluka. Jangan cakap ... hanya hidup kau sahaja yang musnah... "

Air mata mengalir dipipi , dibiarkan menodai wajahnya kerana hati sudah benar-benar hancur tatkala mendengar bait kata lelaki itu. Wajah dipalingkan ke arah lain, tidak mampu bertentang mata dengan Daneiel lagi. Tidak langsung menyangka bahawa perbualan ini bakal merubah segalanya. Membuka pandangan mata hati serta persepsi dirinya.

Setapak Daneiel maju kehadapan, menghampiri tubuh wanita itu yang kini bergetaran dek emosi yang membadai diri. Sapu tangan miliknya diletakkan dalam tapak tangan wanita itu ,

" namun aku tak pernah menyesal mencintai kau "

Seusai melafazkan ungkapan itu , Daneiel mengusung langkah pergi dari situ. Estella kekal dalam posisi asal, pandangan mata masih teguh dilantai. Kepala masih tertunduk bersama linangan air mata yang menodai wajah. Hatinya usah dipersoalkan lagi, benar-benar pedih saat itu.







Wajah yang selesai ditouch up dipadang melalui biasan cermin di tandas itu. Masih, terpantul sepasang matanya yang sembap dan iris mata yang datar . Kosong tanpa emosi.
Estella pantas memejamkan matanya seraya kedua tangan dikepal seeratnya. Naik turun nafasnya cuba ditenangkan sebelum mata kembali dicelikkan lalu dibawa ke sisi. Dilirik kosong sapu tangan milik Daneiel itu buat seketika sebelum naik kembali menatap biasan wajahnya di cermin.
Keningnya bertaut bersama raut wajah yang tegang. Hati tersakiti dalam pada fikiran dibebani persoalan demi persoalan. Kekeliruan juga kegusaran yang tidak akan hilang dimakan waktu.

Nafas dihela panjang ,lantas dia mengatur langkah keluar daripada tandas itu. Kurang beberapa saat , seorang wanita menghampiri kawasan sinki itu. Matanya melirik sapu tangan yang elok terlipat diruangan kosong sinki itu. Iris matanya gelap menjeling tajam sapu tangan itu sebelum  dibuang ke dalam tong sampah.
Senyuman kecil terukir dibibir tatkala melihat pantulan dirinya didalam cermin itu.

Sehinggalah deringan telefon bimbitnya kedengaran, dibawa ke telinga bersama senyuman yang semakin melebar.

" I dalam washroom ..... you tunggu sekejap nanti I datang.... its okey Dane ,  I tahu you pun letih "

" okey " balasnya lagi sebelum panggilan dimatikan. Sepasang matanya memerhati raut wajah sendiri sebelum diperkemaskan rambutnya yang dilepas bebas.








Kaki yang melangkah semakin perlahan tatkala mata terpandangkan susuk tubuh Hel Ivan setelah puas dicari. Malangnya, lelaki itu tidak bersendirian , matanya naik menikam tubuh Demerez Black yang berdekatan dengan tunangnya itu.
Estella dihambat rasa kerisauan apatah lagi melihatkan raut wajah Hel Ivan yang jelas dalam kehibaan dan kedukaan. Struktur tubuh lelaki itu jelas tegang memperlihatkan bertapa perbualan mereka benar-benar memberi kesan buat emosi lelaki itu.

Baru sahaja kaki ingin kembali menyambung langkah, Estella dikejutkan dengan kehadiran seseorang disisinya. Apabila diteliti barulah Estella sedar bahawa wanita ini yang berada disamping Daneiel sepanjang event tadi. Rasa kelat mengisi ruang hati tanpa perlu dijemput.

" Tessa Lee " tangan wanita itu disua padanya bersama segaris senyuman yang hanya menghadirkan rasa sangsi dalam diri Estella.

Lambat-lambat Estella menyambut tangan itu meski hati rasa tidak enak. Mata setia memerhati tindak tanduk wanita asing itu dalam pada mata mencari kelibat Daneiel disekeliling mereka.

" I doktor yang bertanggungjawab dalam operation Dane 3 tahun lepas "

Iris mata Estella berubah tajam , jelek dengan subjek yang menjadi pembuka bicara wanita itu. 
Menyedari riak wajah Estella yang jelas kurang selesa membuatkan wanita itu tertawa kecil.

" I jenis straight forward ,harap you dapat sesuaikan diri hum "

Estella hanya membisu. " so , apa niat awak menyapa saya ... even saya dapat rasa ianya berkaitan dengan Dane... tapi saya tak faham kenapa perlu awak dekati saya memandangkan saya dan Dane dah tiada apa-apa "

Tessa Lee mengoyak senyuman senget. " itu bagi you , tapi bagi I ...you satu ancaman buat hubungan I dan Dane. Bila-bila masa you boleh berbaik semula dengan Dane ..and sambung balik hubungan you guys yang dah terputus dulu "

" tapi itu tak terjadi" sambung wanita itu lagi sebelum matanya melirik ke arah Hel Ivan yang masih berbincang dengan Demerez Black.
" I harap you sedar status you sekarang ,dan berhenti berharap kosong pada Dane dan hubungan you guys yang dah lepas. Afterall, you hanya masa silam dia. I pula masa depan dia. I harap you sedar diri and tahu batas you... sebab Dane masih berharap I dapat berbaik-baik dengan orang-orang yang dia hargai ... malangnya you juga termasuk dalam list tu. So, I harap you memudahkan hidup I ...so I pun dapat permudahkan hidup you. Sama-sama kita mudahkan perjalanan takdir kita , don't you think so ? "

Estella diam membisu. Nafasnya naik turun senada lantas mata turut sama melirik ke arah Hel Ivan. Tidak mampu ditipu rasa hati yang dihembus angin kebimbangan dan rasa bersalah. 

Mungkin ini adalah suratan takdir yang tiada jalan lain. Hanya jalan mati. Tiada pilihan lain. Hanya ini yang terbaik.

Sehinggalah matanya bertemu dengan pandangan mata Hel Ivan yang seakannya sudah selesai berbual dengan Demerez Black. Dengan langkah yang normal lelaki itu menghampirinya. Jelas terukir sisa keletihan diraut wajah itu menambahkan rasa sayu dalam dada Estella.

Hel Ivan melirik sekilas pada wanita disamping Estella sebelum fokusnya kembali buat sang tunang. Segaris senyuman terukir dilekuk bibirnya.

" maaf buat awak menunggu, kalau awak dah sedia kita boleh balik sekarang "

Anggukan jadi balasan Estella seraya tangannya naik merangkul lengan Hel Ivan membuatkan lelaki itu sedikit kaget namun tidak langsung mempersoalkan apa-apa. Tessa Lee yang masih setia disisi merela hanya menatap datar perlakuan Estella dan menghantar pemergian pasangan itu lewat ekor matanya.

Struktur wajah Tessa Lee berubah kosong tatkala pasangan itu sudah hilang dari pandangan mata. Bibirnya mengeluh perlahan. Telefon ditatap sekali lagi, membaca setiap butir mesej itu meski hati sesak dengan gelodak emosi.


From: Dane

I gotta leave first, Im sorry







|| To be continue

Vote || comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top