27


A REASON TO STAY || 27

Hel Ivan masih terdiam sebelum bibir mengoyak senyuman sinis tatkala matanya terpandang susuk tubuh Daneiel Haxer dibelakang wanita itu. Segera dia merengkuh tangannya daripada genggaman Estella. Lirikan mata menikam wajah Daneiel yang hadir bersama Demerez Black. Bapa angkatnya.

" I rasa you patut fikir balik kata-kata tu. Look behind you girl "

Estella terkedu, jelas khuatir dengan bicara Hel namun masih dia menoleh ke belakang. Statik tubuh tatkala bertentang mata dengan Daneiel. Bohong andai dia kata tiada langsung secebis rasa tersingkap didada seusai memandang wajah itu, namun dia usaha untuk menimbus kembali rasa itu. Segala-galanya sudah tinggal memori. Seharusnya dia fokus dengan sesalan pada Hel Ivan yang sudah berkorban segalanya buat dia. Perlahan-lahan iris matanya dialihkan daripada tatapan mata Daneiel. Cuba mengawal rasa hati didada.

Alexander yang baru bersua muka dengan Demerez Black hanya membisu, meski jelas kurang senang dengan keluarga Black itu. Diam memerhati langkah Demerez dan Daneiel yang mulai memghampiri mereka. Iris mata Demerez jatuh pada wajah Hel Ivan buat seketika,  terbias rasa bersalah lelaki itu buat anak angkatnya namun tidak lama sebelum ekspresi wajahnya kembali seperti biasa.

Lain pula bagi Daneiel yang tidak lepas memandang wajah Estella. Kesedihan terlakar diwajahnya apabila wanita itu melarikan pandangan daripadanya. Hati ibarat ditusuk dengan tikaman pedang. Masih dia tidak mahu menjadi pendorong kepada kejanggalan suasana itu lantas mata dialihkan ke wajah Hel Ivan. Anggukan sekilas diberikan sebagai tanda sapaan sementara langkah terus mendekati mereka. Alexander Ivan tanpa menanti pasangan anak beranak itu mengundurkan diri , memberi sedikit ruang privasi buat mereka , mungkin juga lebih tepat kerana tidak mahu bersua muka dengan Demerz Black yang sudah memporak-perandakan anak saudaranya. Jelas masih terkesan dalam dadanya akan situasi yang terpkasa Hel hadapi semata-mata demi mendapatkan kasih dan penghargaan daripada lelaki itu. Kebencian yang terbina semakin menggunung apabila berdepan lelaki itu. 

Estella memejamkan matanya buat sesaat. Dada yang memerit bagai dibelit akar berduri itu dipendam, ditelan sebelum wajah Hel ditatap sekilas. " saya rasa ada baiknya kalau saya tinggalkan awak dengan mere- "

" kalau I tak benarkan ? " sergahan datar Hel membuatkan Estella terkedu. Riak wajah yang sugul berubah bingung, cuba mendengar alasan lelaki itu. Wajah Daniel yang berada hampir dengan mereka tidak dipandang walau sekilas. 

Hel mediamkan diri buat seketika, sepertinya sedang memikirkan sesuatu, dan yang pasti hal itu , riak wajah itu - memberi satu kekhuatiran dalam diri Estella. Kebisuan menemani mereka sebelum Hel bersuara, namun bicaranya dituju buat bapa nangkatnya, Demerez Black. " uncle boleh beri ruang untuk saya uruskan hal ni dulu-" 

Demerez Black mengangguk faham seraya tanpa buang waktu beredar dari kawasan itu, meninggalkan mereka bertiga. Dua lelaki , seorang wanita. Dua hati yang masih mengingati, satu hati yang telah melupai. Dua jiwa yang saling mencintai, satu jiwa yang dilukai. Satu janji yang ingin ditepati, satu janji lagi terpaksa dimungkiri. Yang pasti, satu hati , satu jiwa terpaksa berundur diri, terpaksa melepaskan segalanya, terpaksa akur pada pilihan hati. Sebuah cinta ingin dihayati, didalami, sebuah lagi cinta terpaksa diakhiri. 

Perlahan-lahan Hel berpusing, menghadap sepenuhnya Daneiel Haxer Black. Benar memorinya hilang, kabur, lesap dari ingatan - namun hati itu masih terasa denyutan pedih tatkala bertentangan mata dengan musuh dalam percintaannya itu. Lelaki itu yang sentiasa dalam inagtan Estella , lelaki itu yang menjadi pilihan wanita itu meski sehingga pada akhirnya, pada detik dimana mereka sudah hampir disatukan dalam ikatan perkahwinan, masih-masih lelaki ini yang dipuja oleh wanita itu. Akal warasnya yang sememangnya ternoda dek kehilangan memori itu sejak mula lagi memikirkan segala kemungkinan , segala kekurangan dirinya dibandingkan lelaki ini, persolan demi persoalan meracuni akalnya serta hati yang inginkan jawapan namun pada akhirnya dia terpaksa akur pada aturan hati manusia. Hati tidak mampu dipaksa untuk mencintai, cinta bukan bermakna untuk dimiliki. Andai sudah tiba waktu untuk dia mengundurkan diri, mungkin inilah waktu yang tepat kerana hakikatnya, dia tiada alasan untuk mengikat hati, jasad wanita itu disampingnya. He does'nt have a reason to stay with her. 

" I yang panggil dia datang sini. I nak pulangkan... sesuatu yang bukan milik I sejak awal lagi-" tenang dan datar pandangan mata Hel menikam ke wajah Estella. Melihatkan kebisuan Estella membuatkan bibir nya mengoyak segaris senyuman, lantas dengan lemah lembut, kedua-dua pergelangan tangan wanita itu digenggam. 

Estella mendongakkan wajah, bertentangan  mata dengan lelkai itu. Birai mata berkaca-kaca tatkala melihat senyuman diwajah lelaki itu. Pedih, jujur pedih. Tidak sanggup bertemu mata dengan lelaki itu lantas Estella membuang pandangan ke arah lain. Air mata mulai menodai wajah mulusnya bersama esakan halus yang cuba dikemam.

Hel Ivan mengalihkan sebelah tangannya ke wajah Estella. Jari lembut menyeka air mata yang lolos dari birai mata itu. Kini dirinya sendiri sedar bertapa hati begitu mencintai wanita dihadapannya itu tatkala birai matanya sendiri berkaca-kaca. Namun masih, kekal senyuman itu dibibirnya. Andai dia mahu melepaskan segalanya, biarlah dalam senyuman manisnya. Biarlah pengakhiran ini diakhiri dengan memori indah.

" I tak bermaksud untuk berkasar dengan you sebelum ni, hanya hati I, akal I memerlukan masa, ruang untuk adapt dan terima situasi I waktu itu. Akal I tak dapat terima kenyataan bahawa I lupa mengenai you, wajah you , memori dengan you bila mana hati I merasai sesuatu. Tapi akhirnya I sedar, mengapa semua ini berlaku.. segalanya ada jawapannya. You adalah orang yang dipinjamkan untuk I buat satu tempoh singkat sahaja, dan ini, mungkin adalah waktu yang sesuai untuk I pulangkan you semula... dikala, I masih dalam situasi ini.. dalam pada memori I pada you kekal hilang.. tak akan kembali.. dan , mungkin kembali, tapi waktu itu dah cukup terlewat.. I tak nak menghalang kebahagian yang bakal menyinari hidup you, dan pada masa yang sama.. I tak nak teruskan hidup dalam kedaan dimana I kejar memori silam yang I dah lupakan.  After all, past is a past, life must still go on..." 

" I tak nak genggam you, dan pada masa yang sama, I tak nak digenggam oleh you. Jadi, keputusan I , kita lepaskan diri masing-masing, hentikan kedukaan ini..dan cari kebahagian masing-masing tanpa rasa sesal mahupun bersalah. Hati yang you cuba berikan pada I ini, dikaburi dengan kekesalan dan rasa bersalah you.. bukan kerana hati you yang benar-benar memilih I.. tetapi kerana atas dasar nilai kemanusian..atas dasar kekesalan dan I tak nak you lukakn diri you lagi macam tu.. dan I juga tak nak dilukakan oleh you. cukuplah kita saling melukai, terluka dalam setiap perkara yang telah berlaku antara kita.. I nak cari kebahagaian I sendiri, dan I harapkan perkara yang sama juga buat you.."

" jadi-" ibu jarinya sekali lagi menyeka halus air mata wanita itu. " please.. let go of those pain in your heart... the regretful ..everything that keep you prison.. in other words... please let us free.. let us be happy " 

Esakan terlepas daripada bibir, bersama-sama linangan air mata yang tidak henti-henti. Tubuh Estella bergetaran menahan sebak yang menghempap diri. Kedukaan, kelukaan, dan segala penderitaan yang selama ini dipendam dalam lubuk hati yang paling dalam , kini bisa diluahkan. Bisa dilepaskan segalanya yang tersimpan dalam dada. Esakan bersama-sama erangan halus mengisi pendengaran Hel Ivan serta Daneiel yang kaku disisi mereka. Masing-masing terkesan dengan kata-kata itu, begitu dalam menyentuh hati yang selama ini cuba kuat, cuba untuk melupakan kedukaan yang mengisi dada. 

Hel Ivan menyeka air mata yang lolos , lantas perlahan-lahan cincin yang tersarung dijari kelingkingnya dikeluarkan. Tangan Estella diraih semula, lalu disarungkan kembali cincin itu ke jari pemilik asalnya.  " cincin ini, milik you. Anngap hadiah perpisahan dari I.. buat memori yang I hilang.. buat hubungan kita yang pernah terbina.. terima kasih kerana hadir dalam hidup I.. meski I tak ingat, tapi hati I dapat rasai kasih sayang yang you tunjukkan..perhatian yang you berikan.. thank you Estella Raine , thank you for giving me a chance to loved you "

Pandangan dialihkan pada Daneiel. " take a good care of her.. Haxer" datar bicara Hel dibalas dengan pandangan datar Daneiel sebelum lambat-lambat anggukan menggantikan bicara.  Hela berat dilepas panjang lantas kakinya mengaturkan langkah beredar dari ruangan itu, namun baru selangkah kaki Hel diatur, lengannya dipaut oleh Estella. 

" .. im sorry..and thank you for everything .. I love you" lirih ungkapan Estella dibalas dengan segaris senyuman. 

" im sorry and .. I loved you too " seusai sahaja balasan itu meniti dibibir Hel, perlahan-lahan Estella melepaskan rangkulannya pada lengan lelaki itu. Segaris senyuman terlakar diwajah, menghantar pemergian lelaki itu meski hati tidak mahu. Meski ada banyak lagi yang ingin dia ungkapkan.. banyak lagi kata maaf yang ingin dia pohon dari lelaki itu namun ... dia tidak mahu lagi menyakiti hati lelaki itu.. ketidaksanggupan untuk melepaskan rasa sesal dan bersalah itu yang bakal sekali lagi mendorong dirinya menyakiti lelaki itu. Dia harus melepaskan dirinya daripada belenggu kekesalan ini, agar dia dan orang-orang yng dia cintai.. orang-orang disekelilingnya mampu bahagia.. mampu meneruskan kehidupan masing-masing dengan hati yang tenang. 

Kehangatan tangan yang mengenggam lembut baunya menyedarkan Estella akan air mata yang menodai wajahnya dalam pada menghantar pemergian Hel Ivan. Permergian lelaki itu dari hidupnya.. jujur, hati waitanya masih tidak mampu mebnerima apa yang berlaku tika ini, segalanya berlaku dengan panats, yang akhirnya membawa kepada pengakhiran sebegini. Memori bersama lelaki itu, berlegar-legar dalam mindnya. Selama ini dia langsung tidak menganggap memori itu penting, sehinggalah saat ini dimana memori yang dia punya itu, memori itu hanya diingati oleh dirinya seorang dan tidak lagi Hel. Sebak kembali bersarang dalam dada bersama esakan halus, namun tenggelam tatkala tubuhnya dipusing seraya didakap dalam pelukan cinta hatinya. 

Cinta hatinya yang turut juga terluka selama ini. Masing-masing terluka, masing-masing tidak tahu akan kedukaan yang menghuni hati masing-masing selama ini. Begitu banyak kedukaan, kehibaan yang disimpan, dipendam daripada pengetahuan orang, disimpan buat ingatan juga ratapan dikala bersendirian. 

Kerana walaubagaimana pun juga, setiap dari manusia itu ada kisah suka juga duka dalam hidupnya, ada yang buat tatapan dan pengetahuan orang lain, ada juga yang disimpan kemas dalam hati tanpa ada sesiapa pun yang tahu. Ada yang punya kesempatan melentokkan kepala dibahu seseorang, meluahkan isi hati lantas tangisan mengisi bualan dari hati ke hati, namun ada juga yang meratapi hidupnya sendirian, dikala malam melabuhkan tirai, dikala kesepian menemani jiwa yang sememangnya kosong. Tak lupa ada yang menangis, dalam esakan yang bisu, esakan yang ditutup kemas dalam tekupan tangan agar tiada yang mendengarnya..hanya kerana hati tidak sanggup lagi bertahan , barulah esakan itu , perasaan hiba itu membadai jiwa, tanpa sebarang aalasan, bukan meminta kekuatan, hanya memerlukan ruang buat hati meluahkan apa yang terbuku didada selama ini, kerana hati sudah tidak kuat lagi. 

-EUNNIE00, 2019, april 18

THE END 

NOTES- 

Thank u to all my readers, yang sentiasa sabar dengan jalan cerita saya, juga memahami situasi dan kekangan masa yang saya alami.. you guys are the best.. and sorry for those yang comment tapi saya tak reply..bukan sombong atau apa cuma saya agak busy dengan uni..and yes, ARTS kini dengan rasminya melabuhkan tirai. Dan saya berkeputusan untuk mengakhiri buku ini sampai disini sahaja.. mungkin kerana kesedihan yang saya sendiri rasai sewaktu saya menaip chp ini, perihal Hel yang paling memberi kesan pada saya sendiri.. dan juga kata-kata yang saya tuliskan diatas juga adalah untuk diri sendiri.. untuk kekuatan juga peringatan dan semangat buat mana-mana hati yang lelah dengan apa sahaja yang sedang atau pernah berlaku dalam hidup anda. Sama-sama kita bangkit dan melangkah , memulakan hari baru meski dengan lanagkah yang kecil.. kerana setiap dari kita yang berjaya bertahan hingga saat ini , tika ini , adalah seorang pejuang. Pejuang yang tidak perlu nama untuk diketahui oleh orang lain, cukup untuk kita sahaja yang tahu, diri ini, jasad ini telah sekali lagi berjaya mengharungi satu lagi hari.itu sahaja dari saya.. terima kasih atas sokongan dan dorngan kalian.. 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top