22



A Reason to Stay || 22


Pakaian dilipat sebelum disusun didalam luggage. Pergerakannya begitu lemah, sepertinya tiada daya lagi. Sepasang mata datar melirik ke arah barang-barang miliknya yang sudah tersusun kemas dihujung katilnya. Keluhan berat terluah dibibir tanpa paksaan. Entah mengapa jiwa begitu rapuh tika ini. Birai mata hangat serta merta. Kedukaan yang melemaskan jiwa, memaksa untuk dirinya terapung-apung dalam lautan kehibaan. 

Air mata mengalir lagi, tanpa jemu terus menerus mencemari wajah mulus itu. Estella menghentikan pergerakannya, terlalu berat baginya untuk meneruskan perkara itu. Hati masih berat untuk melepaskan kedukaan yang merantai diri. Dia masih tidak tega. Keputusan yang dia sendiri persetujui dua hari lepas untuk kembali bepindah ke rumah lama mereka yang terletak dikawasan perkampungan terpencil beberapa tahun lalu, kini menjadi penyesalan terbesar dirinya. Dia tahu Hel tidak langsung memaksa dirinya. Persetujuan itu tercapai atas kehendak dirinya sendiri namun mengapa , di penghujung hari ... kekesalan membelenggu diri. 

Hakikatnya, dia tahu jawapan kepada persoalan itu. Hati, jiwa raganya masih menyebut-nyebut nama lelaki itu. Masih menginginkan sesuatu yang sudah dia lepaskan berkali-kali. Seseorang yang dia gagal perjuangkan sehabis daya, malah berkali-kali dia berputus asa. Ditinggalkan lelaki itu tanpa memikirkan walau sedikit perasaannya. Dan sekarang, mana mungkin dia mahu menarrik semula keputusan yang sudah dibuat. Mana mungkin dia memutar semula masa , mengharapkan kata-kata itu tidak pernah diungkapkannya!

 Pandangan dipalingkan ke arah telefon pintarnya. Bibir yang bergetaran dikemam lembut sebelum tangannya mencapai telefon itu. Digenggam telefon itu ibarat hidupnya begantung pada alatan itu. Mata dipejam seketika, cuba meraih kekuatan dan semangat lantas perlahan-lahan, jemarinya menyentuh skrin itu. Sehinggalah nama Daneiel terpapar diskrin itu. Semakin bekaca-kaca pandangan matanya. Mengaburi penglihatan. 

Esakan halus meniti dibibir, cuba ditahan sedaya mungkin namun gagal. Mata dikerdip berkali-kali cuba mengembalikan ketenangan hati yang mulai emosi. Degupan jantung ibarat memukul kuat pekungan dada. Pedih juga pilu. Dengan perasaan ragu-ragu, jari menyentuh nama itu. Panggilan dibuat serta merta. Sesat.. dua saat ...tiga saat sehinggalah lima saat berlalu, masih panggilan itu tergantung tanpa sebarang jawapan. Air mata sudah mengalir menghiasi wajah. Esakannya sudah mulai bergema tanpa putus-putus. Tangan erat menggenggam telefon itu. 

Satu minit berlalu sehingga panggilan itu masuk ke peti suara. Jantung ibarat terhenti sesaat degupannya. Hati ibarat dipanah dengan panah beracun. Ngilu mengisi ruang hati yang kosong. Esakan berubah kepada rengekan dan tangisanyang melaguan kedukaan dihati. Tubuh merekrot ibarat bayi, bersama esakan yang bergema diseluruh bilik itu menyaksikan kejatuhan seorang Estella Raine. 



______________


Sesi makan dua buah keluarga itu seakan satu gimik yang penuh kepalsuan sahaja. Daneiel hanya membisu, tidak begitu menikmati makanan yang terhidang megah dihadapannya. Seleranya mati tatkala terpaksa duduk semeja dengan wanita itu. Demerez Balck sekadar berbual kosong dan sesekali menyelitkan hal-hal syarikat dengan bapa kepada Tessa Lee. Elise Kimberlin, ibu kepada Daneiel tidak turut serta kali ini kerana menumpukan fokusnya pada sesi terapi Arzeiel. Hakikatnya, ibunya juga tidak bersetuju dengan kepuusan mendadak oleh Demerez Black. 

" so, uncle.. " suara Tessa Lee tiba-tiba mencelah kehinangan suasana itu membuatkan pergerakan Daneiel kaku seketika. Telinga sedia mendengar apa sahaja yang bakal wanita itu tuturkan dihadapan papanya. " - I rasa ... netizen pun dah menerima baik hubungan kitaorang.. jadi tak salahkan kalau I suggest perkawinan ini dipercepatkan?" 

Serentak itu, dentingan garfu yang menghempas piring kedengaran. Kini semua mata tertumpu pada Daneiel yang jelas diamuk amarah. Jelingan tajam Tessa Lee dibalas tanpa gentar. " aku tak rasa itu perlu. Lagipun, siapa kau untuk jadi wife aku? " 

" uncle pun berpendapat macam Dane ... I tak rasa you berdua sesuai untuk berkahwin dalam masa terdekat ini. Tak perlu terburu-buru miss Lee, Dane dah jadi tunang kamu dah pun.. apa yang kamu takutkan ?" pertanyaan Demerez Black ibarat satu perangkap buat wanita itu yang hanya mampu diam tanpa bicara.

Daneiel tersenyum sinis. Jelas sedar dengan perubahan raut wajah doktor itu sebaik sahaja dipersoalkan sebegitu oleh papanya. Sudah pasti wanita itu mulai terkesan dengan kata-katanya tempoh hari mengenai papanya yang hanya mempergunakan wanita itu dalam situasi ini. Sebaik mengenangkan situasi yang dimaksudkan, Daneiel terpukul sendiri. Dadanya terbeban dengan hakikat itu. Hakikat bahawa semua ini berlaku kerana Demerez Black mahu mengaburi mata polis dan netizen mengenai isunya dengan Avril. Hakikatnya dia berada dalam situasi bahaya kerana jika kes Avril diselidik lebih teliti, maka realiti mengenai dirinya yang bersubahat secara tak langsung dalam menyembunyikan jenayah abang Avril akan tersingkap dimata dunia. 

Wajah wanita itu terlayar dibirai mata. Kesalnya .. penyesalannya pada wanita itu.. begitu mendalam dan tidak akan pernah pudar. Tidak akan pernah luput dari ingatan. Kesalahannya pada wanita itu akan menjadi mimpi malamnya. Akan menjadi noda dalam sejarah hidupnya. 

Sehinggalah getaran telefon pintarnya menyentak lamunan lelaki itu. Nombor panggilan rasmi kerajaan tertera diskrin itu lantas diangkat tanpa ragu-ragu. Namun begitu, tidak terungkap dengan kata-kata sebaik sahaja dia mendengar pernyataan pemanggil itu. 

Panggilan daripada balai polis.

" disini pihak penjara ingin memaklumkan bahawa tahanan 014 Avril telah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital sejam yang lalu. Tahanan 014 Avril telah disahkan menghidap kanser hati tahap empat. Diminta keluarga dan rakan terdekat datang menuntut mayat dan menguruskan segala procedur "

Kurang sesaat terus sahaja Daneiel berlari keluar dari ruangan makan eksklusif itu.



_______________


Dedaun luruh dikawasan padang rumput yang dijadikan tempat pengebumian seorang wanita bernama Avril. Kawasan yang luas dengan pandangan hijau itu diasi dengan kelompok warna hitam. Hitam yang melambangkan kesedihan, kelam. Dan salah satunya adalah Daneiel dan ahli keluarganya. Yang lain hanyalah pegawai warden dan beberapa polis. Wajah Daneiel kusam, jelas dilihat sepasang mata itu merah dek kerana menangis atas kematian wanita itu. Tubuhnya kaku berdiri disisi kubur itu. Jambangan bunga putih umpama salju itu digenggam erat dengan tangan yang bergetaran sejak tadi. Bahunya bergetaran menahan sebak didada. Keperitan yang membelit jiwa benar-benar menyesakkan diri. Arzeiel yang turut sama hadir juga berada dalam kehibaan, matanya melirik sayu ke arah kubur itu sebelum dialihkan ke arah abangnya. Sebelah tangannya memeluk tubuh sang ibu yang tutur sama bersimpati atas kehilangan wanita itu. Walau bagaimana pun, Avril pernah menjadi salah seorang keluarga mereka. Wanita itu pernah menjadi pujaan hati anaknya. Kepergian wanita itu begitu cepat dan mengejutkan buat mereka, apatah lagi buat Daneiel. 

Menyedari kebisuan Daneiel yang mungkin masih tidak mampu menerima takdir itu, lantas semua orang memberi peluang pada lelaki itu untuk bersendirian. Kelompok hitam mulai meinggalkan kawasan itu , meninggalkan hanya satu noda hitam dikawasan penuh kehijauan itu.

Daneiel masih kaku. Jelas dirinya masih kaget dengan berita ini. Berita yang begitu menghempap diri. Seakan tamparan diwajah. Menyedarkan dirinya bertapa sehingga ke saat akhir dia tidak bisa menyelamatkan wanita itu. Dia gagal sehingga akhir hayat wanita itu. Perlahan-lahan dijatuhkan lututnya ke tanah. Mata lirih merenung ukiran nama Avril pada seramik itu. Jambangan bunga yang digenggan sedari tadi diletakkan diatas kubur itu.Kepala tertunduk, tunduk dan lemas dalam kekesalan yang tiada tittik noktah. 

" aku minta maaf...aku minta maaf ..." air mata lelakinya sekali lagi tumpah. Segala emosi yang merodak jiwa diluahkan dalam getaran nada suaranya. Esakan lelaki itu begitu memilukan , merobohkan segala tembok ego yang selama ini dibina. Tewas. Seorang Daneiel Haxer Black telah tewas. 





____________ 


Luggage ditarik dengan daya yang masih tersisa. Matanya yang sembap dikaburi dengan sunglass. Bibir yang pucat sempat dioles dengan lipbalm. Sekadar cukup syarat sahaja. Passport ditangan dilirik kosong. Sekosong rasa hatinya tika itu sehingga namanya diseru. Kepala didongak, berbalas pandangan dengan Hel Ivan yang tersenyum manis padanya. 

Hel Ivan melirik seketika jam dipergelangan tangannya. " masih ada 15 minit ... awak ada nak buat panggilan pada sesiapa sebelum kita berlepas ? "

Estella membisu. Meski dalam hatinya sudah terdetik satu nama namun entah mengapa tiada kudrat bagi menyebutnya. Melihatkan kebisuan Estella membuatkan Hel Ivan mengerti, " saya ke kaunter sekejap ye "alasan dicipta bagi memberi ruang buat wanita itu. 


Seketika, Estella hanya berdiri statik. Sebelum perlahan-lahan telefon dikeluarkan dari kocek kardigannya. Sekali lagi, panggilan dibuat kepada Daneiel dan kali ini dia tekad, andai panggilan itu berjawab maka takdir masih memberi ruang dan waktu buat mereka buat kali terakhir...andai tidak.... 

Panggilan masih tidak berjawab. Sesaat.. dua saat... tiga saat..empa-

" hello " suara serak basah menghiasi corong panggilan itu , menghantar seribu satu kedinginan dalam dada Estella. 

" hello? siapa ni? " 

Pertanyaan itu membuatkan Estella sedar bahawa dia telah menukar nombor telefon beberapa hari lalu tanpa pengetahuan Daneiel. Hakikat yang begitu menyakitkan meski itu tindakannya sendiri. Air mata yang hampir lolos diseka dengan jari bersama senyuman datar. Sekadar mendengar suara itu sudah cukup buatnya. Cukuplah sekadar ini, dia sudah sangat bahagia. 


___________


Panggilan itu dijawab. Sepi mengisi corong telefon itu membuatkan Daneiel melirik kembali nombor yang tertera diskirnnya. Iris matanya  berubah sayu tatkala hati kuat mengatakan bahawa panggilan itu adalah dari Estella Raine. Hati yang sedia rapuh cuba dikuatkan lantas persoalan sengaja dituturkan dengan nada datar yang sehabis baik.

" hello? siapa ni?" 

Pertanyaan itu bukan untuk dijawab. Daneiel tidak memerlukan jawapan, cukuplah sekadar dia tahu wanita itu masih ingin menghubunginya. Cukuplah sekadar ini. Dibiarkan kebisuan mengisi panggilan itu, yang lebih penting dia tahu siapa gerangan pemanggil ini. Cukuplah mereka berbicarakan dalam bisu. Cukup sekadar itu.





tbc|| vote and comment 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top