-2-

A Reason To Stay
2

Purse digenggam separa kuat dengan tangan yang semakin berpeluh dingin. Rentak dadanya yang sedari di rumah sehinggalah tiba di ruang legar resort mewah ini tidak berubah, malah makin kuat berdetak menghentam pekungan dada. Perlahan-lahan mata ditutup rapat lantas udara dihembus , cuba ditenangkan jiwa yang racau.

Sentuhan lembut dipergelangan tangannya membuatkan Estella mencelikkan mata lantas wajah Hel Ivan terias dikaca mata. Kerisauan jelas terlakar diwajah lelaki itu membuatkan Estella dihambat rasa sesal. Adakah layak untuk dia berfikiran yang bukan-bukan ... perihal lelaki lain selain tunangnya ini...
Hati dibebani kekesalan dan rasa bersalah yang cuba disangkal dengan pujukan emosi yang masih teguh memberikan alasan meski diri sendiri jelas dengan isi hati.

" awak nampak tak sihat Este. Kalau awak nak kita boleh balik. Saya tak nak pak - "

" no its okey " tegas Estella menangkis bicara Hel Ivan, sementara matanya melirik pintu utama ruang legar itu yang kini dipenuhi dengan para tetamu. Pandangan kembali beralih ke wajah lelaki itu , hati dikuatkan lantas keraguan yang mengigit tubuh diusir pergi. Senyuman kecil diberikan buat Hel Ivan yang setia menatap wajahnya,mungkin menanti sambungan bicaranya yang jelas dipenuhi alasan.

" saya tak nak rosakkan imej awak dimata tetamu-tetamu kehormat disini. Lagipula .. " jeda mengambil posisi sebentar dihujung bicaranya, mengimbau sejenak memorinya bersama dengan lelaki 'itu'. Kebahagian yang disaluti kekesalan dan keterdukaan. Namun tidak mampu dibohongi hati yang senantiasa mengingati kenangan itu meski pahit mahupun manis. Menyedari dirinya yang tenggelam seketika dalam lautan memori lantas senyuman ditarik selebarnya.
" saya tak perlu risau sebab saya ada awak sekarang "

Hel Ivan membisu, hanya sepasang matanya datar membaca air muka pasangannya lantas tanpa banyak bicara lelaki itu mengangguk. Senyuman Estella dibalas dengan segaris senyuman yang cuba menutup rasa sangsi.

Hel Ivan membuang pandang ke arah lain, dalam pada nafas dihela berat namun bertambah bebannya tatkala matanya terpandang susuk tubuh yang sangat dikenali. Mata tertumpu pada Demerez Black yang baru sahaja keluar dari kenderaan mewahnya, disambut beberapa tetamu kehormat yang lain tidak terkecuali tuan rumah yang mengadakan event pada malam ini.

Estella yang sedar dengan situasi itu lantas merangkul lembut lengan lelaki itu. Menyentak Hel Ivan dari terus leka dalam mainan emosi.
Hel Ivan tertunduk, sedar akan dirinya yang sekali lagi tewas dengan emosi. Bibirnya terlakar senyum pahit.

" saya terlupa , tak mungkin hanya pewaris Black sahaja yang dijemput... orang yang paling berpengaruh ... " matanya naik melirik sekilas susuk tubuh bapa angkatnya dari jauh sebelum kepala digeleng perlahan, sekadar cuba mengusir segala emosi yang bertandang ke jiwa raga.

Wajah dipalingkan ke arah Estella, senyuman manis diukirkan buat wanita itu.
" saya okey ... kalau itu yang awak risaukan. Seperti yang awak katakan, saya ada awak "

Senyuman dibibir Estella sedikit kendur seusai ayat itu terbit dibibir Hel Ivan. Entah mengapa hatinya disaluti rasa lain seakan racun yang mulai menjalar disegenap tubuh, keraguan menjadi ketakutan dirinya, menyuntik kebimbangan dalam hati yang sudah berbolak-balik. Sekali lagi diusir pemikiran berbisa itu.

" our promises " perlahan sahaja ungkapan itu dilafaskan oleh Estella sambil mata setia membalas tatapan Hel Ivan.

Hel Ivan mengangguk sekadar mengiakan kata-katanya. Lantas, dia memperkemaskan rangkulan lengan mereka sebelum mengatur langkah memasuki ruang legar itu.



Tubuh kaku. Mata jelas dengan pandangan imej dihadapannya tika itu. Susuk tubuh itu, serta wajah yang tidak pernah lupus dari benak fikirannya ,yang senantiasa melakar sejarah dalam jiwa raganya yang paling dalam, kini berada dihadapannya dalam jarak kurang beberapa meter.

Birai mata terasa hangat , membuatkan Estella menyangkal dan mempersoalkan hatinya yang lemah dek ledakan emosi yang cuba mengambil alih kewarasan akal sihat. Meski akal mengarahkan diri agar berkelakuan normal dan berfikiran waras, semakin hatinya bergelodak ingin memberontak.
Sakit, mungkin benar jiwa ini sakit ... sakit kerana masih tidak mahu melepaskan masa silam. Masih mengharapkan harapan palsu. Masih tidak mahu menerima ketetapan takdir.

Wajah maskulin itu ditatap sayu, cuba meneliti perubahan diwajah Daneiel Haxer Black dalam tempoh beberapa tahun ini. Tidaklah terlalu jelas perubahannya hanya ... tampak lebih matang. Lambat-lambat mata Estella melirik jatuh pada lengan sasa lelaki itu yang melingkar kemas dipinggang seorang wanita disampingnya. Serentak hatinya ibarat ditikam dengan pisau belati. Pedih bisa tikaman itu  meruap ke sekitar hatinya.

' jadi wanita ini ... yang dikhabarkan ... kekasih baru Daneiel Haxer Black ' isi hatinya mulai mempersoal sementara otak kembali mengingati bacaannya diportal rasmi syarikat legasi Black yang mengeluarkan kenyataan pendek bagi mengulas  isu mengenai hubungan pewaris Black itu dengan pasangannya.

' berhenti berharap. Berhenti mengharapkan sesuatu yang pasti tidak akan berlaku. Fokus pada hubungan... baru ini '  hati disuntik dengan bicara itu berkali-kali ,cuba memaksa diri agar teguh dan berfikiran waras.  Ditelan rasa hati yang ingin memberontak.

'  jangan musnahkan apa yang kau ada sekarang '  ugutan terkhir buat diri sendiri lantas hela berat dilepas dengan tenang. Birai mata yang tadinya hangat kembali pulih. Emosi cuba distabilkan semula.
Tubuh dipusingkan seraya mata meliar mencari susuk tubuh Hel Ivan. Dilirik sekilas setiap meja-meja VIP itu dengan harapan lelaki itu bisa ditemukan.  Namun hampa. Tiada langsung kelibat tunangnya diruang makan ini.

Sehinggalah namanya disebut dalamm intonasi yang sangat diingati dalam benak memorinya. Tubuh yang tadinya normal kini kembali kaku. Tangan disisi dikepal perlahan cuba memberi kekuatan buat emosi dan tubuhnya yang seakan mampu rebah menyembah bumi.

Perlahan-lahan tubuh dipusingkan menghadap pemilik suara itu. Jantungnya berdetak hebat,begitu kuat sehingga menghantar sejalur rasa kesakitan ke segenap tubuh.
Mata saling bertentangan dengan sepasang mata milik Daneiel Haxer Black.

Seketika kebisuan menjadi jurang antara mereka tatkala masing-masing tenggelam dalam ombak emosi yang membadai pantai.
Kesakitan,percintaan,penipuan,kekeliruan serta banyak lagi emosi bergabung dalam jiwa mereka meranapkan sekeping kewarasan.

Kehangatan yang kembali menerjah birai mata Estella membuatkan wanita itu melemparkan pandangan ke arah lain. Jiwa sudah tidak sanggup menipu diri sendiri.
Kekecewaan bermaharajalela dalam diri disebabkan kelemahan diri sendiri yang begitu mudah akur dengan emosi.

" gembira bertemu kau semula "

Ungkapan Daneiel yang menjadi pembuka bicara buat mereka tidak langsung mengurangkan walau sedikit kekacauan yang menghuni jiwa Estella. Keluhan dipaksa meniti keluar dari bibir wanita itu, lantas matanya turut sama melirik wajah Daneiel sebelum jatuh pada tubuh lelaki itu.

" awak pun dah pulih. " imbauan memori yang melakarkan tragedi dalam hubungan mereka saat lelaki itu ditikam oleh kembarnya sendiri kembali terlayar dibirai mata Estella.

Daneiel mengoyak senyum pahit saat terkenangkan insiden itu.
" penghargaan semuannya buat doktor yang bersungguh-sungguh dalam operation waktu tu. Kalau tak , aku tak akan berdiri disini ... dan tak akan bertemu dengan kau sekali lagi"
Datar ulasan Daneiel disambut anggukan faham Estella.

" kau dah puas ? "

Estella terdiam, pertanyaan Daneiel menghadirkam seribu satu kekeliruan dalam diri. Tidak memahami maksud disebalik pertanyaan itu lantas disoal sekali lagi. " saya tak faha - "

" puas bersembunyi dari aku. Puas ... lari dari aku ... lari dari hidup aku disaat aku perlukan kau lebih dari apa pun " jeda mengisi bicara Daneiel sebelum dia menyambung lagi dengan suara separuh berbisik.
" disaat aku bertarung dengan maut... kau lepaskan tangan aku ... kau lepaskan hubungan kita"

Terkesima. Tiada perkataan yang mampu diluahkan oleh Estella. Dia hanya mampu membisu,menerima kepahitan disebalik kebenaran itu.
Pandangan mata dijatuhkan ke lantai,tidak punya daya untuk bertentang mata dengan lelaki ini.

" tapi awak hidup " setelah seminit berlalu barulah kata-kat itu mampu diluah dibibir Estella. Lambat-lambat pandangannya naik kembali menemui tatapan mata Daneiel Haxer Black. " awak hidup ... itu yang pasti. Dan itu juga bermakna ... masing-masing punya masa depan sendiri. Tanpa perlu takdir kita bertembung buat kedua kalinya"

Jelas perkataan Estella menyuntik kesakitan dalam diri lelaki itu kerana  terbias dibirai mata Daneiel.
Lelaki itu mengambil sedikit masa untuk menghela nafas berat , dalam pada matanya masih teguh menatap wajah Estella.

" kau cuba bohong aku atau ..diri kau sendiri Estella Raine ? "

Seakan wajahnya disiram dengan ais batu. Kedinginan menyentak seluruh tubuh lantas mata difokuskan membalas tatapan mata Daneiel.
" saya atau awak yang cuba berbohong sekarang ? Atau ... perlu saya sedarkan awak mengenai kewujudan wanita disisi awak sepanjang tempoh ini " tenang sahaja selaran Estella membuatkan iris mata Daneiel berubah gelap.

Air muka Daneiel berubah , jelas terkesan dengan selaran Estella.
Kerutan melata didahi lelaki itu serentak matanya tajam menikam ke wajah Estella.
" dia yang berada disisi aku waktu aku bertarung nyawa. Dia yang genggam tangan aku waktu kau lepaskan hubungan kita,waktu kau berputus asa ... dia yang ada untuk terus beri aku semangat untuk hidup.
Sewaktu tubuh aku disiat-siat dengan pisau pembedahan, dalam tempoh kesengsaraan aku tu ... kau berada dalam pesawat ... tinggalkan segalanya disini termasuk aku " ketajaman disebalik setiap butir kata Daneiel menghantar satu kesakitan dalam jiwa wanita itu.

Air mata terlepas keluar dari sarangnya, menodai wajah mulus Estella bersama jaluran kepedihan yang membelit jiwa raga. Tangan yang bergetaran dikepal sekuatnya disisi tubuh. Ditahan esakan halus yang cuba meloloskan diri dari penjara bibir. Pandangan Estella yang berkaca-kaca bertentangan dengan pandangan mata tajam Daneiel.

Air mata yang hampir lolos lagi diseka laju oleh Estella. Nafas panjang ditarik perlahan-lahan sebelum dihembus bersama beban yang mengisi ruang hati.

" masih tak setimpal dengan kematian papa saya "

Serentak ungkapan itu, pandangan mata Daneiel yang tadinya tajam berubah sayu.














|| to be continue
Eun, 2019

Vote ||comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top