19

A Reason To Stay
19




Langit malam yang kosong tanpa biasan cahaya bintang bulan direnung datar.
Deringan telefon yang menyentak lamunan hanya sekadar mendapat lirikan mata daripada Estella. Tiada langsung daya untuk menjawab panggilan itu malah tidak langsung melirik pemanggil yang tertera diskrin handphone .
Jiwanya berantakkan. Wajah kusam sesekali wajah itu berkerut dalam pada lemas diamuk emosi.

Bauan maskulin yang sangat dikenali membuatkan Estella menghela nafas berat. Perlahan-lahan menoleh, bertentangan mata dengan Daneiel Haxer Black yang hanya membisu.
Jelas sekali lelaki itu tahu isu yang sedang berlaku antara mereka lagi-lagi dengan kesan lebam yang megah dihujung bibirnya. Jelas masih baru.

Estella diam merenung wajah lelaki yang bertahta dalam hatinya. Berkali-kali dia cuba untuk kekal dalam hubungan ini - dalam kata lain bersama-sama mengharungi segalanya demi lelaki ini namun mengapa , mengapa terlalu banyak onar dalam hubungan ini? Mengapa terlalu sukar untuk mendampingi lelaki ini. Diakah yang tidak layak atau ... lelaki ini yang tidak layak bersama wanita sepertinya...

Iris mata jatuh pada tanah. Dada terbeban. Tersungkur lemah pada takdir yang seakannya menghukum mereka berdua.
" - saya assume ... lebam itu daripada Aiden"

Datar Daneiel menatap wajah sang kekasih. Tiada jawapan hanya anggukan lemah. Mata lelaki itu meneliti setiap perubahhan diwajah Estella , jelas bimbang dengan hala tuju subjek perbualan ini.
Kegusaran menghuni jiwa Daneiel lantas kaki menapak ingin menghampiri namun terpaksa dimatikan tatkala mendapat reaksi pasif daripada Estella.

" don't . Stay ... at your place... I'm sorry but please ... stay at your place "

Permintaan Estella menghancurkan hati Daneiel. Terus berubah wajah lelaki itu ; benar-benar terpukul dengan perkataan itu. Namun begitu - masih dituruti.

" Actually ... saya speechless right now Dane. S-saya tak tahu apa patut saya fikir .. apa patut saya buat dengan ... semua kebenaran ni. Hubungan awak dengan ... S-saya betul-betul buntu. "

" - that's all in past Este. And kalau betul pun isu ini ... its between me and her . Not you. Kau langsung tak salah .. kau tak perlu bebankan diri kau dengan semua ni. Aku akan uruskan semua... aku cuma minta kau stay ... stay dengan aku .. sama-sama harungi semua ni dengan aku .. " iris mata Daneiel merenung sayu pada wajah wanita itu.

" bukan itu yang saya nampak Dane. Apa yang saya nampak sekarang ... saya dan awak ... dah tiada .. peluang untuk bersama. Masalah awak dengan ... Avril .. saya dan family saya ... dengan Hel .. semua orang Dane ! Semua orang tak suka dengan hubungan kita ... semua orang menghalang ... mencari setiap salah buruk kita berdua .. point it out ... every single things. Saya ..saya betul-betul letih Dane. Letih dengan segalanya. "

" kau patut hiraukan apa yang dorang cakapkan.. this is our life not them.. kita ada hak untuk pilih laluan hidup kita ... kau aku ada hak untuk bahagia! So please .. stop cakap pasal ini lagi  ... aku rayu pada kau jangan buat aku macam ni .. tolong fikir perasaan aku jugak... "

Estella pantas menjeling wajah Daneiel, entah dari mana datangnya gelodak amarahnya seusai sahaja mendengar perkataan lelaki itu.
" perasaan awak? Then perasaan saya macam mana ! Cuba awak letak diri awak dalam tempat saya! Family saya tak dapat terima kebahagian yang saya cuba kejar ..cuba genggam... semuanya sebab awak .. sebab kebodohan awak yang nak hukum saya sampai libatkan papa saya .. family saya hancur sebab awak tapi saya still kejar awak ..terima awak .. sayang awak.. awak sedar tak saya pilih awak daripada keluarga saya... and awak boleh cakap saya tak fikirkan perasaan awak! "

" - belum kira lagi ex awak yang tak habis-habis nak huru-harakan life saya. Kesilapan awak pada dia ,saya terpalit sama. Just why me ?!  Just why ... yes I admit saya salah untuk baby korang .. kalau awak nak salahkan saya atas kematian baby korang ..yes saya mengaku salah saya ... tapi bukan saya yang hancurkan hidup dia .. yang hancurkan hidup dia itu awak! Yang patut dipersalahkan dalam hal ni awak! Tapi kenapa saya rasa jugak. Saya hanya cintakan awak .. langsung tak tahu awak buat dia macam tu .. then suddenly bila saya dapat tahu saya dipersalahkan kerana tiada rasa simpati pada dia! Saya juga kehilangan papa saya .. tiada pulak orang simpati dengan saya. Or .. mungkin saya tak balaas dendam atas kematian papa saya sebab tu orang fikir saya dah lupakan hal itu. "

" then kau nak aku buat apa... aku tak boleh putar balik masa..untuk tarik semula semua penderitaan yang aku berikan pada kau sebelum ni .. and Avril. Aku salah sebab buat dia macam tu but its normal for a guy around that age just want to ... have fun .. aku tak nak serabutkan otak aku dengan masalah dia dan abang dia.. and baby tu ..
Sorry to say say these ...tapi kalau waktu tu dia beritahu aku sekali pun - aku still tak akan terima even aku percaya anak tu anak aku. Mana-mana lelaki waras pada usia macam tu pun akan buat benda sama. Aku tak akan mahu galas tanggungjawab sebesar tu pada usia muda aku. Aku terkejut bila tahu pasal anak tu tetapi aku .. " bibir diketap tidak mampu menuturkan perkataaan seterusnya.
" - lebih baik baby tu mati dalam accident tu . Lebih baik daripada mati atas katil bedah"



" mungkin sekarang ni kau fikir aku kejam tak berhati perut tetapi itu semua dah lepas. Aku belajar dari kesilapan aku ... aku nak jadi lebih baik untuk kau .. aku nak habiskan hidup aku dengan kau .. jadi tolong jangan judge aku based on my past. Aku akan ubah segalanya demi kau . "

Daneiel menapak menghampiri tubuh itu. Tangan Estella digenggam namun dengan pantas ditepis .

" - this is too much for a night . Saya .. I can't just accepted it . S-saya tak mampu dane .. its too much "

Keterdukaan jelas terbias diwajah  Daneiel. Hati lelakinya terluka kini dibadai amarah dan kekecewaan .
" - kau selalu macam ni kan. Kau selalu buat aku macam ni dari dulu lagi kau pilih untuk kecewakan aku! Kau sentiasa lari bila hubungan kita ada masalah .. kau sentiasa cuba nak selamatkan diri kau dan biar aku tanggung segala kesakitan seorang diri !  Kau selalu pilih untuk lukakan aku demi selamatkan diri kau! Kau terlalu pentingkan diri kau - langsung tak fikirkan perasaan aku . Kau tak fikir kesan tindakan kau pada aku. Kekadang aku fikir  sama ada betul ke kau cintakan aku "

Iris mata Daneiel menikam ke wajah Estella Raine . Jiwanya sesal juga kecewa. Tidak tergambar keperitan didada melihatkan reaksi wanita itu yang hanya membisu bagai tiada perasaan.
Emosi membadai diri lantas perlahan-lahan dia mengangguk seraya kaki berundur membina jurang antara mereka.

Bibir yang terluka dek tumbukan sepupunya mengoyak senyuman kelat.
Ngilu yang mencarik bibir tidak seperit rasa didada.
" - aku dah cuba sedaya upaya aku Este... sadaya aku untuk pertahankan hubungan kita tetapi sekali lagi ... kau mungkiri janji kau. Sejak mula lagi aku tak sepatutnya berharap pada hubungan ni. Kau dan aku ... kita tak pernah saling memahami. Kalau ini kau nak sangat then ... aku tak akan kejar kau dah. Kau boleh berambus dari hidup aku .. dan aku pun tak akan berangan untuk hidup dengan kau lagi dah. Aku akhiri semua ni ... mungkin ... aku tak layak untuk kau "


Seakan tamparan hebat diwajah Estella yang terpaku mendengarkan ungkapan itu. Iris matanya naik melirik wajah datar Daneiel.  Perkataan yang sudah dituturkan tidak mampu ditarik semula. Lantas rasa sesal menghuni jiwa raganya membuatkan bibir kelu tanpa bicara.  Hanya biasan mata berkaca-kaca.


Air mata mengalir saat derapan kasut lelaki itu mulai pergi meninggalkannya keseorangan. Tubuh kedinginan , menggigil dalam emosi yang menggunung. Esakan halus mulai meniti dibibir bersama linangan air mata yang tak putus-putus.

Segala memori dan kenangannya bersama lelaki itu terlayar dibirai mata. Menambahkan lagi kekesalan yang merodok jiwa. Ingin dikejar kembali lelaki itu namun kakinya lemah , tidak berdaya dek kerana emosi mulai memanipulasi koordinat tubuh.
Deringan telefon yang kembali berdering membuatkan Estella membisu. Iris matanya melirik ke skrin itu.

Hel Ivan

Lama iris matanya menatap nama itu bersama keraguan yang dibina dalam dada. Keluhan dilepas dalam pada cuba menenangkan diri namun gagal apabila ombak emosi sekali lagi membadai diri. Semakin kuat esakan yang terluah dibibirnya seraya telefon itu digenggam sekuat hati. Mata dipejam rapat , cuba melupakan hal malam ini - cuba melupakan rasa sakit yang bermaharajalela didada tika ini namun gagal.
Naik turun nafasnya cuba mengejar oksigen.

Deringan berbunyi seketika sebelum Estella pantas menjawabnya.


" este .. awak dekat mana ni .. saya call banyak kali tak terjawab .. awak ada masalah ke atau nak sa- "


" Hel ... " jelas suaranya diiringi esakan membuatkan lelaki itu terdiam seketika.


" send location awak sekarang... "






Tbc | vote | comment

Notes》》

Actually sy pon dh tiada hti dgn pasangan dua ni 😅😅 tpi sy try my best utk dptkn balik feel tu for the sake of this book..
Watak este dlm book kli ni sya sure rmai akn meluat.. sbb dia jenis mdh give up .. mcm yg dane ckp dia ska lari dri mslh.. and honestly sy dlu mcm tu ... bila ad je mslh timbul sya akn cuba lari .. n tindakn sya tu bila fkir2 blik sgt2 melukan org disekitar sya..  dlm kta lain sya pntingkn diri sya ..sya xnk terluka sbb tu sya 'lari' but pilihan sya tu memberi kedukaan pda org2 yg sya syg. Itulh pengajarannya 😂😂😂
Anyway ! Siapa dh give up dgn bku nie 🙋
Ahahah...


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top