18
A Reason to Stay || 18
When there's madness ,
When there's poison in your head ,
When the sadness leaves you broken in your bed ,
I will hold you in depths of your despair
And it's all in the name of love
In the name of love , Martin Garrix & Bebe Rexha
" y-you are lying right ? "
Tatapan mata Avril datar , bibirnya tersenyum sinis dengan reaksi Estella.
" - untuk apa aku tipu kau." Selangkah dia menghampiri tubuh Estella yang kaku.
Mata menjeling penuh provokan.
" aku bukan kejar Dane lagi. Not anymore. Jauh sekali mencintai dia. Dia .. dah hancurkan hidup aku. Lukakan hati aku. Dia melutut sekali pun aku ... tak akan terima dia semula. Dan kau ... kau terlibat dalam hal ini. Kau mulakan segalanya. Kalau kau ... tak muncul dalam hidup aku ...dalam hubungan kami .. Dane masih boleh selamatkan aku. " senyuman Avril berubah kelat. Riak wajahnya keruh.
" - even kalau dia tak mampu selamatkan aku sekali pun ... sekurang-kurangnya .. aku masih mampu terima dia.. aku masih ada dia. Mengapa kau perlu rampas segalanya ?"
Estella terdiam. Jelas terkesima.
Tatapan tajam daripada Avril menyentak segala pertimbangannya.
" kau fikir diri kau terseksa... derita. Tetapi hakikatnya , takdir hanya ingin menghukum kau atas apa yang kau lakukan.. kau tak sedar ... banyak kerosakan yang dah kau lakukan pada orang lain. Dalam kisah ini .. bukan kau sahaja mangsa Estella Raine. Jadi berhenti raih simpati orang. Kau .. adalah pemangsa sebenar yang berselindung disebalik identiti mangsa. "
Estella merendahkan pandangan matanya yang berair. Naik turun nafasnya tidak sekata. Berkejaran. Sesak!
" then ... kau nak aku buat apa ?" Iris matanya kembali naik menikam ke wajah Avril. " - segalanya dah berlaku. Aku tak mampu untuk putar semula. Even kalau betul memang aku punca penderitaan kau but still... kau tak boleh letak kesalahan itu ke atas aku seorang sahaja. Bukan aku sahaja yang bersalah . Kalau kau nak tegakkan kebenaran .. nak bela hidup kau .. maruah kau.. then mungkin kau patut mulakan dengan kematian abang kau tu"
Kali ini Avril membisu. Hanya mata saling bertentangan. Ketawa sinis terluah dibibir Avril namun birai matanya kosong. Gelap. Iris mata wanita itu melirik ke wajah Estella , pandangannya penuh misteri buat Estella. Seakan-akan terlalu banyak rasa yang bercampur dalam dada. Begitu sesak sehingga tidak mampu ditafsirkan.
Tak lama, sebelum pandangan mata Avril jatuh pada susuk tubuh yang berada dibelakang Estella. Wajah Aiden datar membalas tenungannya.
Avril tersenyum kelat lantas matanya kembali menikam ke wajah Estella.
" sama ada kau beruntung ... atau malang kerana berada dalam perhitungan aku dan Dane. Still- memang ini yang kau inginkan.. dia yang kau kejar-kejar. "
" goodluck for you then hum " ujar wanita itu sebelum menapak pergi dari kawasan itu.
Estella membisu, hanya matanya melirik tajam kepergian wanita itu sebelum dia menoleh saat merasai kehadiran seseorang disisi. Wajah Aiden yang datar dipandang penuh persoalan namun dibisukan tatkala menyedari bahawa pandangan mata lelaki itu masih pada Avril.
"Apa yang awak buat dekat sini? "
Persoalan Estella dibalas kebisuan malah lelaki itu dengan bersahaja melangkah meninggalkannya.
Refleks Estella mengejar langkah lelaki itu. Lengan Aiden disambar tanpa sedar.
" tunggu! "
" - jawab saya dulu. Dane hantar awak ke sini ata- "
Genggamannya direngkuh kasar oleh Aiden. Tajam tatapan mata lelaki itu menikam wajah Estella.
" tak semua perkara melibatkan kau. So jawapan aku.. jangan perasan sangat. Mind your own fuckin business."
Mendengarkan selaran itu membuatkan Estella terkedu. Refleks membina jarak antara mereka.
Mata memerhati wajah Aiden yang tampak lain. Seakan-akan dibayangi perasaan amarah . Emosi.
" berhenti tenung aku. Kau tak akan dapat apa-apa jawapan pada persoalan kau.
Bila difikirkan semula ... " senyuman sinis mekar dibibir Aiden.
"Kau memang sesuai dengan Dane. You are both .. " kepalanya menggeleng perlahan. " sama-sama pentingkan diri sendiri. Dan aku .. tak akan tahu kau manusia yang macam mana kalau aku tak dengar pengakuan Avril tadi. Kau .. sebagai perempuan boleh rendahkan maruah dia macam tiada nilai... kau dah serupa seperti tiada hati perasaan. Let me tell you something miss , a rape is still a rape. Kesilapan terbesar kau tadi - kau pandang enteng jenayah itu. Unbelievable"
Pegun. Selaran Aiden ibarat satu tamparan buat wajahnya. Emosi membadai jiwa lantas tangan dikepal seeratnya.
Iris matanya naik memerhati susuk tubuh Aiden yang mulai menjauh.
Nafas ditarik panjang sebelum dihela berat seraya telefon dibawa ke telinga.
Sebaik sahaja panggilan itu diangkat terus sahaja Estella menghamburkan bicaranya yang jelas terpengaruh dek emosi.
" - saya nak jumpa awak malam ni. "
Bukan pertanyaan malah sebuah pernyataan yang jelas datar namun tersimpan gelodak emosi yang menanti masa untuk meletus.
Tanpa menunggu jawapan mahupun balasan daripada Daneiel dengan segera dia mencelah.
" - ada perkara penting saya nak cakap dengan awak. "
Kuakan pintu yang agak kasar itu mengganggu konsentrasi Daneiel yang sedang menandatangani dokumen perjanjian syarikat. Iris matanya pantas naik melirik ke wajah sepupunya yang jelas tegang.
Belum sempat dia menyoal lebih lanjut kolar kemejanya sudah dicekak kuat lantas sebuah tumbukan melayang ke wajahnya.
Tubuh yang tidak berada dalam situasi bersedia itu dengan mudah menyembah ke bumi namun tidak begitu lama kerana Daneiel dengan pantas bangun. Matanya tajam merenung Aiden. Bibirnya yang pecah dek tumbukan itu diseka dengan ibu jari. Pedih.
" kau dah kenapa ! " tengking Daneiel menyentak para pekerja yang berada diluar pejabatnya itu.
Aiden tersenyum sinis. " what? Aku rasa dari dulu lagi tumbukan aku patut melekat ke muka kau. Lelaki macam kau ni ... hum- memang patut hidup kau macam ni Dane. Memang layak untuk kau dan perempuan kau tu ! Korang dua memang sepadan! Sama-sama tak guna. "
Tumbukan Daneiel pula yang menuju ke wajah Aiden. " kau jaga sikit mulut kau tu ! Kau tak ada hak nak rendahkan aku ataupun Este . Jangan sampai perkara ni buat kita bergaduh besar even kau sepupu aku tapi aku tak segan- segan unt- "
" demi perempuan tu kau sanggup bermati-matian pertahankan dia... lindung dia even sampai keluarga sendiri kau belakangkan. Tapi kenapa - kau tak buat perkara sama pada Avril dulu? Huh? " pertanyaan Aiden menimbulkan kerutan didahi Daneiel. Kedua-duanya saling bertentangan mata.
" Avril? Aku tak faham. Kenapa dia perlu ada dalam isu ni !"
" sampai bila kau nak sembunyikan kesalahan kau Dane. Sampai bila kau nak bersembunyi dan biar dia tanggung segala kekotoran dan penghinaan dan menampakkan kau adalah kekasih yang hanya tersalah memilih cinta pertamanya. Kau tahu ... kau tahu semua yang terpaksa dia lalui disebabkan abang bangsat dia tu ... kau tahu perkara tu dane tapi kau diam... kau buat tak nampak sial! Then, kau mengadu kata kau terpaksa terima itu pilihan hidup dia.. itu gaya hidup dia so kau respect.. tunjuk yang kau kekasih yang begitu mencintai sampai sanggup terima segala kekurangan kekasih dia . What a fool of me.. percayakan kau tanpa aku dengar sendiri daripada Avril. Kau buat semua orang fikir dia kekasih yang teruk. Wanita yang tak sepadan dengan kau yang begitu setia... "
Riak wajah Daneiel berubah 360 darjah. Pucat tak berdarah.
Mulutnya terkumat-kamit dalam bisu.
" k-kau.. mana kau ... Avril jumpa kau?! Patutnya kau maklumkan pada polis.. kau tahu sendiri dah berapa lama dia bebas .. poli - "
" then kesalahan kau tak mengapa? Tak perlu dihukum? Patut lupakan macam tak pernah berlaku ... itu ke yang kau inginkan . Aku tak sangka kau macam ni rupanya... selama ni aku fikir Avril pesalah ... dia kucar kacirkan hidup kau.. and sekarang dia pilih untuk balas dendam pada kau.. aku fikir dia hanya marah sebab kau tinggalkan dia dan pilih Estella. Kesalahan kau pada dia lebih besar dari segalanya. Yes, memang dia pembunuh...tapi dia bunuh manusia yang dah hancurkan hidup dia.. dia lakukan perkara yang sepatutnya kau lakukan. Waktu kau masih dalam hubungan dengan dia.. patutnya kau lindung dia.. kau selamatkan dia .. but no. Kau biar dia tanggung semua tu .. and kau tahu .. dia dari awal tahu yang kau tahu pasal abang dia. Dia sedar kau tahu pasal kesengsaraan dia ... tetapi dia tak merayu merintih untuk kau selamatkan dia... kau sedar tak apa yang kau dah buat.. dan sekarang .. kau nak sumbat dia dalam penjara so that kau boleh hidup dengan orang yang kau cinta .. "
" k-kau cakap apa tadi? " Aiden diam memerhati kegugupan sepupunya. Tiada keinginanan untuk menjawab pertanyaan sehinggalah kolar baju Aiden dicekak kuat.
Datar renungan mata Aiden.
" dia tahu semuanya . Dan kandungan ...yang dia gugur waktu kemalangan dengan perempuan kau tu .. anak kau Dane . ANAK KAU !"
TBC | VOTE| COMMENT♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top