16

A.R.T.S
16

" in my dream ... you with me " alunan lagu Imagination daripada Shawn Mendes membawa Hel Ivan menyelusuri lautan emosi. Bibir mengeluh lemah , mata masih tertumpu pada mug coffee yang baru dihidangkan oleh pelayan.
Cincin yang tersarung dijari manisnya dikeluarkan lantas dibelek seketika. Keputusan ditangannya namun dia masih teragak-agak. Dia masih ingin mempertahankan hubungan ini meski dia sedar , dia berada dipihak yang bakal tewas walau apa cara yang dia usakan.

Bunyi derapan kasut yang menghampiri meja bulatnya membuatkan Hel Ivan mendongak seraya cincin itu dimasukkan ke dalam poket seluar apabila senyuman Avril menyapa pandangan matanya.
Dengusan terluah dibibir lantas dilarikan pandangan ke arah bertentangan.

Avril tanpa segan silu melabuhkan duduk dikerusi bertentangan dengan Hel Ivan. Sengihannya bertukar sinis sambil kepala disengetkan , cuba memprovok lelaki itu.
Tidak lama , tawa kecil meletus dibibir sekali gus menyentak fokus Hel Ivan yang sudah menjelingnya tajam.

" kenapa serius sangat ni Hel ... tak bestlah pagi-pagi muka ketat je "

Hel Ivan mengoyak senyum sinis. Kesabarannya sudah berada pada tahap tertinggi. Wajah wanita itu ditatap datar.
" aku cakap datang jumpa aku pukul 8 sharp. Kau ingat kerja aku nak tunggu kau je ker ? Sedar sikit kalau bukan sebab aku kau dah ada dalam jail tahu - " selar Hel Ivan , sedikit sebanyak didorong dengan emosi atas insiden semalam.

Senyuman Avril mati seketika sebelum tersenyum lebar. Keningnya menjungkit dalam konteks menyoal lelaki itu.
" uh - what's wrong Hel ... something bad happened hum " jelas nadanya berbaur sindiran.

" tak patut you lepaskan marah you dekat I ... you ... marah dengan tunang you kan- ker you all gaduh hum? Awal sangat gaduhlah ... bukan kata nak kahwin dah ker... macam mana nak bersatu kalau berg-"

" shut up! " sergahan Hel Ivan disambut tawa sinis Avril. Tidak langsung terkesan dengan jerkahan lelaki itu malah makin terhibur.

" I got you a shelter .. a protection .. and now .. you see .. Im not going to continue this... " kali ini senyuman sinis terlakar dibibir Hel ivan serentak raut wajah Avril berubah pucat.
" - kau boleh merempat sampailah kau disumbat dalam penjara. Aku tak perlukan pertolongan kau untuk dapatkan apa yang aku nak. Sebab jika dilihat dari sudut pandang yang logik - kau langsung tak ada apa-apa benefit pada aku. Yang perlukan bantuan ..mengemis pertolongan adalah kau bukan aku. So- I put an end for this bullshit"

Avril mengepal kuat tangannya. Mata tajam memerhati wajah Hel Ivan.
" you tak boleh buat I macam ni Hel. You tak boleh tarik diri macam tu je ! I - you akan menyesal ... you tak tahu apa yang you dah lepaskan ... you perlukan I untuk ikat tunang you tu Hel. You need me !"

Hel menggeleng. Senyuman dibibirnya mati sekelip mata. " You'r the one that need me to help you bitch. Not the other way around " perlahan nada suara itu namun cukup menggentarkan hati Avril yang mulai menggapai lengan Hel Ivan.

" - Please Hel ... I-I tahu I salah .. kali ini ikut rentak you , I promises... please don't do this to me .. please... I beg you , please"
Rayuan demi rayuan itu tidak langsung memberi walau sekelumit rasa kasihan dalam diri Hel Ivan. Malah, genggaman wanita itu pada lengannya dirungkai perlahan-lahan.

" keputusan aku muktamad. Aku tak nak ada apa-apa dengan kau. And - " bersahaja jam dipergelangan tangan dilirik datar bersama senyuman sinis.
" kalau kau tak nak diberkas polis , aku rasa kau patut blah dari tempat ni sekarang juga... "

Avril memucat . Kerutan didahinya jelas menunjukkan bertapa kagetnya diri atas kejutan Hel Ivan. Gigi dikacip bengis seraya dia berdiri tegak. Menghantar jelingan maut pada Hel yang masih berwajah datar.

" ini cara you hum Hel.. you jangan ingat you boleh lepas setelah apa yang you buat pada I ni... I tak akan lepaskan you- this time - I tak akan lepaskan walau seorang pun . Im gonna kill all of you. Bear that on your fuckin' mind. " seusai itu terus sahaja Avril melajukan langkah keluar dari kafe.

Hel Ivan menghela nafas berat. Naik turun nafasnya cuba ditenangkan semula lantas cincin didalam poket seluarnya dikeluarkan . Iris mata tepat meneliti cincin silver itu sebelum digenggam dalam tangan.

Sebelah lagi tangan mencapai handphone.
Panggilan dibuat dalam kurang beberapa saat.



" - dia dah keluar. Ekori dia " datar arahan Hel Ivan bersama biasan iris mata yang gelap.








Sarapan yang sudah sejuk ditatap kosong oleh Estella. Buat ke sekian kalinya , mata melirik pada jam dinding yang kian menginjak jam 10:45 pagi. Handphone ditangan digenggam dengan rasa gusar. Tidak tahu sama ada dia perlu menelefon Hel Ivan bagi menyoal keberadaan lelaki itu sedangkan mereka sudah berjanji untuk bersarapan bersama-sama.
Malangnya , hingga saat ini lelaki itu masih tidak muncul-muncul jua.
Terlalu sibuk dengan kerja kah?

Mata dipejam seketika dalam pada nafas berat dihela lemah. Ingatan serta merta kembali pada perbualan dengan ibunya.
Semalaman dia tidur dirumah ibunya memandangkan Asher keluar bekerja untuk 2 hari.
Masih jelas diingatan wajah ibunya yang sedikit kaget apabila dia datang bersama Daneiel semalam.


Pandangan ibunya melirik dari wajahnya ke wajah lelaki disamping diri. Estella dapat menebak air muka ibunya yang jelas kaget dan hiba. Pantas, rasa bersalah dan sesal menusuk ke kalbu . Sesal kerana membawa Daneiel bersamanya sedangkam dia tahu benar insiden yang kurang enak antara keluarga mereka dengan Black.
Jujur- ketamakan ini sudah mulai memakan diri sendiri.

" mama.. Este - " tidak mampu diungkapkan sebaris ayat , lantas Estella melirik sekilas pada wajah Daneiel yang juga berubah sayu.

" auntie " lembut sahaja sapaan Daneiel menyentak lamunan ibu Estella yang seketika leka dalam emosi.

Lambat-lambat ibu Estella mengoyak segaris senyuman. Tiada balasan daripada wanita itu hanya mengalihkan fokus pada sang anak. Tangan ibunya bergetaran naik mengelus wajah anak bersama senyuman pahit. Kekecewaan terpancar dibiasan mata ibunya.

" masuklah " halus kedengaran pelawaan wanita itu lantas beredar masuk ke dalam rumah , meninggalkan pasangan itu.

Estella kaku. Jiwanya terusik dengan jaluran pedih. Seakannya beban yang sedia ada dalam dada namun disembunyikan kembali muncul. Menghantar sejuta satu rasa dalam hati.

Inikah perasaannya dikala melukai orang disekeliling? Melihatkan sahaja raut wajah ibunya sudah cukup menimbulkan rasa sesal dalam hatinya .. bagaimana pula dia ingin memberitahu wnaita itu mengenai keinginan dan hasrat mereka berdua untuk bersama dimasa depan.

Pautan tangan Daneiel menyedarkan Estella yang kemudiannya menoleh pada lelaki itu.
" mungkin lebih baik untuk aku balik. Aku hantar kau sampai sini sahaja... kau patut temankan auntie... disaat ini - kau anaknya .. aku hanya kekasih "


Anggukan menjadi balasan. Disambut senyuman manis daripada Daneiel yang kemudiannya  melabuhkan kucupan ringkas diubun-ubunya.
" I love you "

" me too " separuh berbisik balasan Estella sebelum menghantar kepergian Daneiel lewat ekor matanya. Fokusnya kini tertumpu pada pintu utama rumahnya itu.
Keluham meniti dibibir seraya kaki melangkah masuk ke dalam rumah itu.

" mama " serunya tatkala memasuki ruangan dapur. Dilihatnya sang ibu sedang menyediakan teh panas. Perlahan-lahan dihampiri wanita itu.
" - are you ... mad at me ? "

Postur tubuh sang ibu kaku seketika sebelum keluhan kedengaran terluah dibibir ibunya.
Masih kebisuan mengisi jurang antara mereka sehinggalah hidangan teh diletakkan diatas meja. Pantas tangan ibunya disentuh lembut.

" mama ... please say something. Apa-apa sahaja.. kalau ada perkara yang mama tak suka .. just tell me. Please . " rintih Estella.

Segaris senyuman kelat terlakar dibibir ibunya. Tangan Estella ditepuk halus.
" I know you love him .. but please ..never bring him  here ever again.  I accept that you love each other ... but for now- Im sorry ... I can't even look at him. Its remind me of your father.... Raine . But do remember, I'll always support you, my sweet daughter. I do love you -forever"

Bungkam. Estella hanya mampu mengangguk faham. Tidak ingin melanjutkan lagi isu itu. Bibir dipagut lemah seraya iris mata naik meneliti wajah sang ibu. Bimbang akan kesihatan wanita itu sebaik sahaja wajah pucat mengisi pandangan mata.

" you looked a bit pale mom. Are you ... okey ? "

Ibunya tersenyum  kecil. " Im okey darling. Biasalah dah usia macam ni .. tapi mama happy Raine datang jenguk mama .. cuma - " kata-kata sang ibu terjeda seketika.
Wajah Estella ditatap datar bersama keluhan halus dibibir.
" mama harap Raine tahu apa yang Raine buat ... "


|| tbc
Vote n comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top