13


A.R.T.S
13







" jadi betullah apa yang Este cakapkan. Avril betul-betul dah keluar dari persembunyian dia " datar ungkapan Daneiel seusai diberitahu oleh Aiden mengenai kelibat Avril yang muncul berhampiran butik ibu saudaranya itu.

Iris mata Daneiel menikam ke wajah sepupunya , " - but why kau lepaskan dia ?" Pandangan matanya dipenuhi rasa curiga, memerhati dengan teliti setiap perubahan diwajah Aiden.

Aiden mengoyak senyum senget.
" kau ingat aku nak kejar dia macam dalam filem ke ? Bukan kerja aku untuk tangkap dia tetapi polis- and of course penyiasat yang kau upah tu bodoh"
Decitan sinis bersambungan dibibir Aiden.
" dari awal lagi aku dah cakap penyiasat yang kau upah tu bodoh belaka. Tak tahulah sama ada kau yang bodoh sebab aku sure , IQ kau memang dari dulu rendah dari aku " senyuman mengejek mekar dibibir lelaki itu disambut jelingan tajam daripada Daneiel.

" - kau rasa ... apa plan dia kali ni " separa berbisik luahan Daneiel memancing fokus Aiden yang kini bergerak ke arah rak buku. Buku-buku yang tersusun disitu disentuh dengan jari telunjuk sebelum bibir menghela nafas berat.

" kita tak akan tahu Dane. Kita cuma boleh duduk dan tengok ... apa yang dia rancangkan and - " iris mata Aiden menikam kembali ke wajah sepupunya.
Serentak bayangan Hel Ivan yang pergi bersama wanita itu terlakar dalam memori. Kerutan didahinya kembali semula bersama pelbagai cetusan persoalan dan kebimbangan.

" kau - " datar ungkapan tergantung Aiden disambut tanda tanya daripada Daneiel. Iris mata Aiden gelap sebelum kembali menyambung ungkapannya tadi.
" kau betul-betul nak rampas dia dari Hel ? "

Daneiel membisu. Jelas riak wajahnya tidak senang dengan pertanyaan daripada Aiden. Mungkin kerana perasaan bersalah atau hanya - tidak mahu mengaku silap.
" aku cuma ambil balik hak aku. Milik aku sejak awal. But , kalau memang itu perkataan yang sesuai untuk gambarkan tindakan aku ...then ..sure. Aku akan rampas balik Este dari dia.  "

" sanggup kau lukakan orang disisi kau .. semata-mata demi ketamakan ni "

" aku tamak demi kebahagian aku.  And yes- aku tak kisah lukakan sesiapa pun demi kebahagian aku. Maybe kau dan orang lain akan fikir aku pentingkan diri aku, tetapi sebelum ni ... tahun-tahun yang lalu .. perasaan aku ... keiinginan aku tiada siapa peduli. Aku belakangkan hati aku demi puaskan hati semua orang . Kau ... dan orang lain tak akan faham perasaan aku ..apa yang aku lalui ..yang aku tanggung selama bertahun-tahun ni.. perempuan yang paling aku sayang .. tinggalkan aku kerana keengganan keluarga kami untuk menerima hubungan kami. Orang yang aku cintai ...tinggalkan segala disini ... tamatkan segala yang kami punya ... demi orang disekeliling kami. Apa tak cukup pergorbanan kami berdua ? Atau ... pergorbanan itu terlalu kecil sehingga tak nampak nilainya dimata semua orang. "

Aiden terdiam. Sekadar memerhati wajah sepupunya .
" tak guna aku beri nasihat pada orang sudah tekad dalam membuat pilihan.
Cuma satu perkara aku tekankan disini sebab kau sepupu aku ... keluarga terdekat aku... pilihan yang kau dah tekad ni ... bukan hanya akan lukakan orang disekeliling kau.. malah diri kau dan juga perempuan tu.. sekarang kau tak nampak - but in the future ... you're gonna see what's the worst could happen . Sebab satu perkara yang pasti - kebahagian yang dibina atas penderitaan orang lain ... tak akan kekal walau kau berjuang macam mana sekalipun. Kerana itu ...adalah lumrah hidup "

Buku lima Daneiel dikepal seeratnya. Anak matanya tajam melirik ke arah Aiden.

" no. Aku akan pastikan aku dan dia boleh bahagia. Aku akn buktikan kau salah "










" Stop - aku tak nak dengar apa -apa lagi dari kau. " bentak Hel Ivan berserta tatapan mata yang jelas tajam. Stereng keretanya digenggam kuat tatkala emosi cuba melemaskan kewarasan akal.

Avril yang duduk disebelahnya mengoyak senyum sinis. Sebelah tangan ditongkatkan ke ruangan tingkap yang diturunkan sepenuhnya itu sambil mata melirik sisi wajah Hel Ivan.
" I tahu you tak bodoh Hel. Plus - you tahu lebih banyak daripada I. Tetapi kenapa you masih beri ruang .. peluang pada dia untuk tipu you. You tahukan ... dia sendiri sanggup tipu you ... pergunakan you.. dia main-main dengan perasaan you Hel . Dia tak fikirkan hati perasaan you- sebab dia terlalu kejar keinginan dia. You tak rasa sakit hati ke ... setiap kali you pandang muka dia .. setiap kali you nampak jelas kebohongan dia"

Hel Ivan membisu. Iris matanya melirik ke arah luar tingkap.
" apa niat kau ? Kalau kau nak kejar Dane .. aku rasa tak perlu . Lebih baik kau fikirkan diri kau sekarang ni memandangkan status kau sebagai suspek utama pembunuhan Kaezar. Kenapa kau masih fikir untuk masuk campur hal Dane mahupun Este... peluang kau bersama Dane dah tiada dan aku rasa kau pun dah tak cintakan dia- so aku assume kau berdendam. "

Avril tertawa kecil.
" You are really amazing Hel. Sayangnya... you jatuh hati pada perempuan yang tak kenang jasa tu tu. Dia tak layak dapat you... dan dia masih tak berubah... masih lukakan lelaki yang betul-betul cintakan dia ... semuanya demi obses dia pada Dane. I tak nak you jadi macam Arz ... I really care about you Hel and I tak nak tengok you terseksa macam mana Arz terseksa."

Hel Ivan mengalihkan pandangan ke wajah wanita itu. Ditatap dengan sepenuh fokusnya meski otak serabut dengan pelbagai andaian dan telahan.
" apa yang kau nak dari aku Avril "

Avril tersenyum sumbing seraya  tangan Hel diraih.
Mata saling bertentang.
" I nak perlindungan daripada you. Bantu I sembunyi dari buruan polis and I , akan tolong you kawal perempuan kesayangan you tu. I akan kawal kecurangan dia pada you. Dengan kemunculan I .. akan distract Dane .. so that dia tiada masa untuk jumpa tunang you tu. You can keep your woman for yourself and I got a shelter and protection from you. "

Hel Ivan membisu. Kerutan didahi jelas membuktikan kegusarannya dalam membuat keputusan.
Bayangan wajah Estella terbias dikaca mata serentak mata dipejam rapat bersama hela berat.


Demi Este ...



" Aku setuju "














Estella diam memerhati cincin dijari manisnya. Cincin bertahtakan berlian itu disentuh perlahan bersama rasa yang berat didada. Sesekali bibir diketap lembut tatkala merasai ngilu kedukaan itu. Bersama keluhan panjang cincin itu ditarik keluar dari jemarinya lantas dibawa hampir ke wajah. Iris mata datar merenung cincin itu serentak bersama bayangan memorinya bersama Hel Ivan beberapa tahun ini.

Tegakah dia memperlakukan lelaki ini sebegini ...
Setelah bersama-sama melewati masa yang cukup panjang dengan lelaki ini.

Tegakah dia untuk terus membohongi lelaki ini. Lelaki sebaik ini - yang  pastinya hanya datang sekali dalam hidup.

Apakah benar pilihannya kali ini - atau , sekali lagi dia melakukan kesalahan?

Estella memejam rapat matanya lantas cincin itu diletakkan diatas meja coffee.
Kebimbangan dan kegusaran yang membadai jiwa cuba ditenteramkan. Dia tekad untuk berterus terang dengan tunangnya itu mengenai hatinya yang sudah beralih arah.
Hatinya yang curang.

Dia tidak sanggup untuk menipu lelaki itu. Cukuplah apa yang sudah berlaku pada Arzeiel menjadi pengajaran buatnya. Dia tidak ingin hal dan berulang kembali.
Titik noktah perlu diletakkan dalam perhubungan ini demi kebaikkan masa hadapan buat kedua-dua mereka.

Bunyi pintu dikuak dari arah luar membuatkan Estella membisu. Seluruh tubuh jadi kaku dek kerana rasa gemuruh dan kegusarannya untuk berdepan dengan lelaki itu.
Apa reaksi lelaki itu nanti ... apakah yang akan berlaku pada hubungan mereka...
Adakah lelaki itu akan membencinya sebagaimana Arzeiel.


Lemas dalam kegusaran sendiri membuatkan Estella kurang peka pada keadaan sekelilingnya. Hanya tersedar tatkala sepasang matanya ditekup perlahan dengan tapak tangan.
Menandakan bahawa lelaki itu kini berada dibelakangnya. Deruan nafas hangat Hel Ivan menyapa belakang lehernya sebelum dia merasakan sentuhan dingin pada bahagian lehernya serentak tekupan dimatanya diturunkan.

Refleks Estella menyentuh rantai yang terkalung indah dilehernya. Loket berbentuk infinity itu dilirik sekilas sebelum wajah Hel Ivan menjadi fokusnya. Tiada bicara diantara mereka. Hanya senyuman manis Hel ivan menghiasi suasana tika itu.

" saya tahu rantai ni memang sesuai untuk awak ... do you like it ? "

Pertanyaan Hel ivan disambut kebisuan. Estella hilang bicara hanya mampu membisu. Rancangannya untuk memberitahu hal sebenar pada lelaki itu kini sudah terbang pergi. Perasaan bersalah menyelinap masuk ke dalam lubuk hatinya.

" um .. awak tak suka ke... maaf , saya kurang mahir dalam perhiasaan - "

" no. Bukan saya tak suka. Suka. Cantik sangat. Tapi- saya ingat awak busy hari ni dengan meeting , bila masa pula awak belikan saya hadiah ni "

" meeting saya habis awal. Saya keluar berjalan-jalan dan tanpa sengaja belikan rantai ini. Rantai ni mengingatkan saya pada awak. Loket ni - " loket yang tergantung dilehernya disentuh oleh Hel ivan menghadirkan seribu satu kegusaran dalam hati wanita itu.
" infinity. Kasih saya ... pada awak tiada tarikh luput. Selamanya - hati saya hanya ada awak "

Estella melarikan pandangannya ke arah lain. Tidak sanggup bertentang mata dengan tunangnya itu. Bibir diketap separa kuat.

" um - awak dah makan ? Kalau belum saya - "

" dah makan " tanpa sempat Hel ivan menghabiskan ucapannya pantas dipintas oleh Estella. " and saya ngantuk . Hari ni adalah hari yang agak ... meletihkan. Awak pun mesti letihkan . Jadi kita sambung berbual esok sahaja hum- "

Senyuman dibibir Hel ivan masih utuh meski sinar dalam matanya semakin pudar. Pantas anggukan membalas pertanyaan Estella. Matanya hanya menghantar langkah Estella yang sudah menuju ke biliknya. Keluhan terluah dibibir seraya kakinya juga mulai diatur pergi namun jeda seketika tatkala mata terpandang sebentuk cincin diatas meja coffee. Cincin itu ditatap sepi bersama rasa ngilu yang membaluti jiwa.
Iris matanya kosong.

" mungkin bukan takdir kau tersarung dijarinya dalam tempoh masa panjang . "


" dan mungkin juga - sekali lagi takdir tidak menyebelahi aku "





|| tbc || vote || comment ||

- myb esk tiada update sbb sya ad mslh skit kna settle tp sya akn try the best . Sorry

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top