11

A.R.T.S
11

____

Debaran didada menggila apabila mendapati keadaan apartment itu yang cerah- atau dalam kata lain, penghuni runah ini sudah pulang.
Lambat-lambat Estella melirik jam di dinding, bibir dipagut lembut tatkala menyedari bertapa lewatnya jam tika ini.
Hela berat dilepas lemah sebelum seluruh tubuh kaku saat namanya diseru.

Mata refleks dipejam , bersama renjatan rasa serba salah yang menghenjut dada. Lelah. Senyuman dibibir dikoyak lantas tubuh dipusingkan, berhadapan dengan pemilik suara itu.

" awak balik lewat hari ni. " lembut dan tersisa kebimbangan dalam nada suara Hel . " - ada masalah ke dekat rumah? "

Mulut terkunci dalam lautan emosi dan sesal yang tidak pernah henti. Iris mata Estella tertumpu pada wajah Hel sebelum perlahan-lahan dialihkan ke lantai.
Dia sudah melukai lelaki ini dalam diam, dahulunya dia membenci kata-kata dusta namun kini,bibir sendiri melontarkan dusta semata-mata.  Dahulu dirinya mangsa , kini dirinya pula ya -

" saya tak patut biar awak pergi seorang diri. Saya patut teman awak- " biasan mata Hel dipenuhi sesal sebelum lengan wanita itu dipaut lembut. " - family awak ... " seakannya Hel tidak mampu memilih frasa kata yang tepat bagi mentafsirkan kerisauaannya lantas gelengan menyambut bicaranya.
" - itu tak penting, yang lebih penting sekarang awak. Are you okey ? "

Senyuman yang dipaksakan dibibir seakan mahu koyak namun terpaksa diutuhkan.
" saya okey"

" - awak tak perlu bimbangkan saya Hel. Saya yang patut minta maaf sebab tak maklumkan awak awal-awal yang saya balik lewat. Saya - " ingatannya sekali gus melayang pada insiden petang tadi, bersama Daneiel Haxer Black.
" - saya terlalu gembira berbual dengan mama ... sampai terlupa waktu berjalan"
Sekali lagi dusta. Kepahitan terasa dihujung lidah .

Hel tersenyum manis. " baguslah kalau awak happy. Macam mana keadaan mama awak ? Betullah alamat yang saya bagi tu ? "

Estella mengangguk. Senyuman dibibirnya lebar namun pandangan matanya kusam tanpa sinar.
" - uhm, thanks sebab carikan alamat baru mereka. Kalau tak , tentu saya pun tak jumpa mama. Thanks again Hel. "

" tiada apalah, asalkan awak happy saya okey je. Uh, saya ada benda nak beritahu awak- pasal urusan kerja saya kat sini. "

" - saya risau, projek perubatan tu akan ambil masa sikit. Tadi pun , ada beberapa masalah timbul mengenai progress projek tu. Maybe, saya perlu berada dekat sini untuk tempoh sedikit panjang daripada yang dirancang. Saya tahu saya beritahu sebelum ni yang saya hanya perlu hadiri beberapa kali meeting tetapi kali ni- maybe saya perlu tinggal disini untuk beberapa bulan. Untuk selesaikan masalah yang timbul. Paling kurang mungkin 2 atau 3 bulan... jadi mengenai - plan kita untuk kahwin ... terpaksa ditangguhkan dahulu. Tapi kalau awak nak, saya boleh je buat dekat sini. Kita daftarkan dahulu perkahwinan  dekat sini seb - "

" its ok Hel. Take your time. Ini kerjaya awak... cita-cita awak... impian awak. Saya... tak kisah untuk tunggu berapa lama pun masa yang awak perlukan. Saya sokong impian awak. Lagipun, " entah mengapa memorinya kembali terlayar pada perbualannya dengan Daneiel. Genggaman tangan lelaki itu yang utuh pada lengannya. Tatapan mata lelaki itu yang penuh sinar dan harapan.
" - saya boleh luangkan lebih masa dengan family saya... mungkin awak pun boleh bertemu mama - kalau awak ada masa. "

Hel Ivan tersenyum. " saya akan usahakan hal itu, memandangkan kita juga perlu jumpa family awak sebagai satu pasangan. Awak cuma jumpa mama je ke ? Asher ... "

" Asher... dia masih merajuk dengan saya" ujar Estella bernadakan gurauan meski hatinya lemas dalam kehibaan tatkala nama itu disebut. Birai matanya hangat.
" tapi saya tahu rajuk dia kejap jer. Jadi awak jangan risau - fokus je pada kerja awak. And , pasal hubungan kita ... saya tak nak awak fikirkan sangat perjumpaan dengan family saya tu. Macam yang saya cakap... ambil masa awak. Fokus pada ... impian awak kerjaya awak dahulu barulah awak fikir pasal kita. "

Hel Ivan tertawa halus. " maybe saya terlalu risau awak ubah fikiran memandangkan setahun saya tunggu jawapan tu dari awak . Tapi betul kata awak, saya patut kejar impian yang saya impikan so that saya boleh jaga awak ... berikan awak kehidupan yang lebih baik kan- "

Sekali lagi renjatan itu menghenjut jiwa raganya. Ngilu menjelajah ke seluruh pelusuk hatinya.
Senyuman semakin goyah, bergetaran dalam kepalsuaannya.

" maaf buat awak tunggu terlalu lama"

" saya tak maksudkan macam tu Este. Ungkapan saya tadi bukan untuk meraih simpati atau serba salah awak. Tapi untuk saya yakinkan awak ... saya sanggup tunggu awak ... berapa lama pun masa yang awak perlukan. Saya akan setia menanti dalam diam dalam bisu. Awak tak perlu rasa berat kerana hal ini. Saya yang ingin menunggu . Dan kalau awak perlu lebih banyak lagi masa ... saya akan menanti dengan sabar. Kerana saya tahu, penantian ini bukan sia-sia. Saya menantikan sebuah mutiara bukan kaca... awak sangat berharga bagi saya Este. Awaklah  ... keluarga saya ... hati saya ... nyawa saya . Dan saya bahagia dalam penantian ini - "

Tangan Hel Ivan yang menggenggam kemas tangannya ditatap hiba. Air mata yang lolos cepat-cepat diseka dengan jari.
Beban yang menghuni dada terasa sesak. Menyesakkan salur nafasnya.

" saya pegang janji saya Este. Saya tak akan tinggalkan awak. Saya akan jaga awak... lindungi awak... "
















____

Wajah Arzeiel ditatap kosong sebelum bibir melepaskan hela berat.
Tangan disilangkan ke dada.

" - sampai bila kau nak bencikan kembar kau sendiri Arz. And sampai bila kau nak cintakan perempuan tu "

Pertanyaan Aiden dibalas jelingan daripada Arzeiel. Pandangan lelaki itu hanya pada sofa kosong dikanan katilnya. Tidak langsung membalas pandangan Aiden.

" tak nak ke kau keluar dari sini Arz. Hidup bebas. Dapatkan balik hidup kau... macam-macam kau terlepas ... bila kau biar diri kau terperangkap dalam tempat ni. Banyak lagi peluang kau kat luar sana... peluang kerjaya kau..hidup kau..impian kau... peluang untuk kau dapatkan cinta baru- cinta yang tercipta untuk kau. Kau sanggup untuk lepaskan semua peluang tu ker .. "

Riak wajah Arzeiel berubah keruh.
" kau nak aku bagi jawapan apa huh. Jangan layan aku macam budak-budak, yes memang aku berada dekat tempat sial ni tapi aku tak bodoh Aiden"

" yup. Kau memang tak bodoh! Arzeiel yang aku kenal bijak... dia tahu apa yang dia buat.. dia tahu nak buat keputusan hidup dia. Tapi apa yang aku nampak sekarang , kau bukan sepupu yang aku kenal. Kau... mengalah, kau biar diri kau tenggelam dalam dunia ciptaan kau. Kau biar diri kau selami kedukaan yang kau ciptakan sendiri dan kau letak salah itu pada orang lain sedangkan orang yang lukakan kau adalah diri kau sendiri. Kau pilih untuk terus berada dalam duka tu, dan kau salahkan orang disekeliling kau atas kedukaan yang kau rasa. Kau tak nak lepaskan kelukaan itu... malah kau nak orang disekeliling kau turut sama terluka. Merasai luka yang kau tanamkan dalam diri kau. Bukan mereka yang tak faham kau...bukan mereka yang tak nak tolong kau tapi kau . Kau yang tak nak dibantu- kau yang tak nak difahami. Bangun dari lena kau Arz dan lihat sekeliling kau. Lihat realiti hidup kau.  Berapa banyak kau nak lukakan orang yang kau sayang hanya sebab kau tak mampu lepaskan kedukaan dalam dada kau. Berapa kali kau nak lukakan diri sendiri hanya sebab kau tak mampu hidup tanpa rasai kedukaan yang dah sebati dalam hati kau tu? Lepaskan semua tu Arz. Lepaskan kedukaan tu, lepaskan diri kau. Hidup kau belum hancur sepenuhnya - kau boleh baikinya lagi! Hidup kau belum berakhir lagi. Kau masih ada peluang untuk hidup, untuk cari kebahagian kau sendiri... jangam biar diri kau tenggelam dalam emosi itu hanya sebab ia dah sebati dalam hidup kau. Berubah Arz. Ubah prinsip kau. Kuatkan hati kau! Semangat kau! Tiada siapa boleh tolong kau selain diri kau sendiri-
Hanya kau sahaja yang boleh bantu diri kau. "

Lirikan mata Arzeiel berubah tajam. Masih merenung ke arah sofa kosong itu namun hatinya kini diserbu satu rasa lain.
Tangan disisi dikepal kuat, bersama gelora emosi yang membadai jiwa lantas lambat-lambat hela berat dilepas panjang. Bahu yang menegang kembali luntur.


" kau nak aku buat apa ... "

Seusai persoalan itu terbit dibibir Arzeiel pantas menoleh pada Aiden, memberi keseluruhan fokusnya pada sepupunya itu. Disambut segaris senyuman diwajah Aiden.



|| tbc
Vote || comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top