10
|| special for u sbb rini cuti ... and Happy CNY 😚
A Reason to Stay
10
Air mata mengering. Hati serta jiwa kaku. Meski detak jantung berdenyut senada, kepedihan masih menjalar dalam dada. Mengisi kekosongan yang bermarajalela dalam jiwa itu.
Dia sendiri mengambil keputusan ini. Keputusan untuk melepaskan semuanya... namun mengapa jauh disudut hati itu, dia mengharapkan pilihan sebaliknya?
Langkah Estella perlahan,senada dengan helaan nafasnya yang berat. Pandangan yang sedari tadi terarah pada jalan kini dialihkan , kepala didongak seusai telinga mendengar bunyi detik kiraan bagi laluan pejalan kaki. Kenderaan dikedua-dua jalan raya berhenti pegun ditempatnya,memberi laluan pada pejalan kaki melintasi jalan raya itu. Rata-rata masyarakat yang mengambil inisiatif untuk berjalan kaki mulai menyeberangi jalan itu dari kedua-dua arah. Memperlihatkan lautan manusia yang berkumpul ditengah-tengah laluan sibuk itu.
Estella sekadar diam memerhati,tiada niat untuk menyeberangi jalan itu. Hati masih dihambat kepiluan namun tersentak tatkala iris matanya menikam seraut wajah yang berada diseberang jalan itu. Mata terbuntang luas dek kerana terkejut, masih tidak mempercayai apa yang dilihatnya itu.
Wajah wanita ditenung tajam, cuba meyakini tanggapan sendiri.
" A-Avril"
Serentak nama itu menyelusuri bibirnya ,pantas kaki ingin melangkah menyeberangi jalan raya itu tanpa sedar bahawa kiraan detik bagi pejalan kaki sudah tamat. Laluan itu kembali sibuk dengan deretan kenderaan dan motorsikal.
Terburu-buru Estella ingin menyeberang , tidak langsung menghiraukan motorsikal yang laju menuju ke arahnya. Bunyi hon bingit mengejutkan gendang telinganya sekali gus memaksa Estella kembali berundur ke bahu jalan tatkala motorsikal itu melintasinya.
Tumpuan Estella masih pada susuk tubuh wanita yang dikira Avril . Bibir dipagut cemas apabila mendapati Avril sudah berura-ura untuk pergi dari kawasan itu meski pada mulanya wanita itu seperti ingin menyeberangi jalan namun mungkin menukar fikiran disaat-saat akhir.
Estella semakin gelisah, kakinya tidak henti-henti bergerak kira dan kanan sehinggalah dia membuat keputusan untuk menyeberangi jalan raya itu sekali lagi sejurus sahaja melihat Avril mulai menghentikan sebuah teksi dibahu jalan.
Serentak kaki Estella melangkah menyeberangi jalan, sekelip mata lengannya ditarik kasar,menghantar tubuhnya kedalam dakapan seseorang.
" kau gilakah!"
Estella terdongak. Mata bertentangan dengan sepasang mata milik Daneiel. Raut wajah lelaki itu jelas tegang dan dihiasi kegusaran. Panik!
Kedua -dua lengan Estella digenggam kuat, menyedarkan wanita itu bertapa tindakannya tadi begitu bodoh dan berbahaya.
" - apa yang kau fikir sampai - "belum sempat dihamburkan selaran itu ,Estella merengkuh kuat lengannya. Cuba lolos dari tawanan Daneiel. Matanya sekali lagi meliar ke arah seberang jalan itu.
Hilang! Wanita yang dikira Avril itu benar-benar lesap dari pandangan matanya! Tiada lagi kelibat teksi dibahu jalan itu, hanya kenderaan yang teratur dipandu melalui jalan raya itu. Detak jantung yang menggila mulai mendatar.
Sekali lagi rentapan dilengannya diikuti bersama tubuhnya dipusing menghadap lelaki itu yang kini benar-benar dalam amarah.
" what was that Estella! Are you fuckin' crazy ?! " hambur Daneiel sekali gus menarik tubuh wanita itu jauh dari bahu jalan itu.
" she's there Dane- saya nampak dia! I saw her !"
Kerutan meniti didahi lelaki itu. Iris matanya tajam meneliti raut wajah Estella sebelum hela berat dilepas lemah bersama tatapan mata yang lebih datar dan lembut. Amarah yang tadinya menggunung didalam mata Daneiel digantikan dengan kelegaan.
Pautan dilengan wanita itu juga semakin longgar.
Kepalanya tertunduk. Nafas yang sedikit terburu-buru tadi dek kerana kebimbangannya pada Estella ditenangkan sebelum kepala kembali didongakkan. Matanya bertemu dengan sepasang mata milik Estella Raine.
" don't fuckin' do that again... please"
Estella terdiam apabila mendengar nada suara Daneiel yang jelas lemah, tersisa kerisauan lelaki itu.
Lambat-lambat Estella melepaskan hela nafasnya , cuba ditenangkan hati seraya lengan Daneiel dipaut lembut.
" - s-saya cuma - saya nampak-"
" still ! Kau tak perlu buta-buta nak melintas tadi ! Kau tak nampak ke ada lori yang hampir langgar kau ! "Naik seoktaf tengkingan lelaki itu, sebelum kembali perlahan ibarat berbisik. " - kau sengaja nak seksa aku atau apa... kau nak tengok aku tengok kau mati sia-sia... and paling penting , kau pilih untuk bertindak bodoh macam tu lepas sahaja kau jumpa aku? Benci sangat kau dengan aku - hhum. "
Nada Daneiel lirih menyentak jiwa raga Estella apatah lagi apabila lelaki itu serta merta meleraikan pegangannya pada lengan Estella. Seakan kehangatan yang membaluti jiwanya dibawa pergi , membiarkan diri sekali lagi dalam kedinginan.
Lengan itu cuba diraih tanpa sedar,
" - saya tak bermaksud macam tu- Dane , awak salah faham. Ss-saya cuma - " bicaranya terhenti diseparuh jalan apabila gelengan Daneiel menjadi balasan.
Raut wajah Daneiel terisi dengan kekecewaan. Jelas memberi seribu satu kelukaan buat diri Estella.
" aku cuba Este- aku cuba untuk berjuang untuk kau... untuk kita. Sedaya upaya aku cuba ... fikirkan pilihan yang terbaik untuk kita. Yang boleh bawa kebahagian untuk kita berdua... untuk aku kembali jadi milik kau..
Untuk kau kembali jadi milik aku- tapi " senyuman hambar terukir dibibir lelaki itu, seakan pisau yang menikam lubuk hatinya.
" - tapi nampaknya aku yang masih buta. Masih mengharapkan sesuatu... sesuatu antara kita. Aku lupa... lupa bahawa kau dah tak perlukan aku dalam hidup kau . Aku jadi terlalu yakin diri - yang kau akan pilih aku daripada dia.
Hakikatnya- aku tiada nilai buat kau.
Usaha aku - kata-kata aku ... pujuk rayu aku ,hanya sia-sia. "
" no. Awak tak faham Dane. S-saya tak bermaksud langsung- a-apa yang awak fikir sektang bukan perkara sebenar, tolonglah Dane ... saya tahu saya salah atas perkara tadi - but trust me , tindakan saya tadi langsung tiada kaitan dengan apa yang jadi antara kita. Bukan sebab awak ..and saya langsung- tak saya tak terfikir langsung nak- apa sahaja yang dalam fikiran awak ... please... please buang jauh-jauh " naik turun nafas Estella, senafas meluahkan bicara itu lantas wajah Daneiel ditatap sepi.
Kekecewaan yang mengisi raut wajah itu menghadirkan satu rasa khuatir dalam diri Estella. Hatinya dihempas badai kebimbangan.
Bibir tanpa sedar diketap separa kuat,
Apa yang dibimbangkan sebenarnya ...
Sama ada kebimbangan itu kerana kelibat Avril yang tiba-tiba muncul tadi atau ...
Bimbang dengan butir kata lelaki ini yang seakannya ingin berputus asa ke atasnya ..
Mana satu kebimbangan terbesarnya
" please don't give up on me" laju sahaja bicara itu meluncur dari bibir Estella. Pantas membuatkan iris mata Daneiel terpaku padanya. Pegun seketika.
Kedua-duanya saling bertentangan.
" w-what? "
Estella diam sesaat dua. Cuba meyakinkan diri atau hanya meraih kekuatan untuk dia benar-benar yakin menuturkan bicara yang bakal merubah masa depan mereka.
Bayangan Avril tadi kembali terbias dikaca mata, sama ada ia menjadi
pendorong bagi perubahan ini atau hanya punca keraguan kembali bertahta dalam jiwanya.
Iris matanya datar membalas tatapan mata Daneiel.
Sama ada dia benar-benar yakin untuk memilih laluan hidup itu atau -
Ini bakal jadi kesilapan terbesar sekali lagi.
" Have some faith Dane- " bibir dibasahkan, meneliti riak wajah lelaki itu yang jelas dipenuhi persoalan demi persoalan. Harapan.
Bibir ingin sekali menyambung bicara tergantung itu namun kekhuatiran mulai menjelma dalam lubuk jiwanya.
Bimbang andai perkataannya bakal memberi harapan palsu buat lelaki ini- jika hubungan ini tidak berakhir dengan baik. Jika , sekali lagi dirinya menarik diri seperti empat tahun lalu. Jika, perkataannya kali ini hanya sekadar kerana suasana antara mereka tika ini, yang sepertinya amat sesuai untuk diluahkan. Pemanis suasana. Hakikatnya, realiti tidak sebegitu mudah ditutup dengan manisan bagi menghilangkan rasa pahitnya.
" Faith in what Estella Raine . Complete your sentence "
Tatapan datar Daneiel menghadirkan ketidasenangan dalam hati. Dia tahu, faham erti perkataan lelaki itu. Jawapan yang diinginkan , yang ingin didengari oleh lelaki itu.
Namun, sanggupkah dia melukai orang disekeliling mereka hanya kerana ketamakan merela berdua. Wajarkah dia meletakkan keinginan sendiri ,meski perlu 'memijak' kebahagian orang lain.
Sanggupkah dia memberi duka pada lelaki lain, hanya kerana hati lebih memilih lelaki ini.
Tegakah dia melukakan hati keluarganya sendiri- keluarga lelaki ini,
Semata-mata demi ketakamakan ini.
" Have some faith- that's all Dane, nothing more nothing less. No promises, no lies. Just - faith "
|| tbc
Vote || comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top