Reason 6: Kim Namjoon
Taehyung menekup muka ke stereng. Jung Kook pula diam melayan perasaan. Mata masih lagi basah dan mungkin akan membengkak untuk beberapa hari lagi. Dia hilang seorang lagi kawan selepas Jin-hyung. Park Jimin—walaupun perangainya gila gila, kaki perempuan, suka berfoya dan suka buat lawak tapi hambar, sudah tentu Jung Kook mahupun kawan kawan yang lain akan merindukan Jimin. Ikatan persahabatan mereka sudah cukup lama terjalin, biar pun sekarang sedang bergolak, rasa sayang itu masih kuat. Perginya Jimin akan melunturkan kecerian dalam hidup mereka.
Sudah dua jam mereka meninggalkan hospital. 30 minit berlalu, kereta masih berhenti di seberang jalan. Taehyung hilang fokus untuk meneruskan pemanduan dengan fikiran yang kacau sekarang. Dia perlu mengambil masa sedikit untuk menenangkan diri dan hadam semuanya sebelum meneruskan hidup seperti biasa, hidup yang terasa semakin sunyi. Entah, dia tidak tahu bagaimana mahu menemuai permulaan supaya semuanya kembali normal atau setidaknya dia tidak rasa lagi terbeban dengan perkara perkara yang mengusutkan. Dia mahu bebas bersuka ria, kalau boleh mahu masa berputar semula ke detik detik sebelum berlakunya kesialan ini.
Deringan telefon Jung Kook membingitkan suasana sunyi. Tertera nama si pemanggil di skrin "Puan Park". Terus Jung Kook rasa berdebar debar. Tangannya yang berpeluh sejuk, terketar ketar menggenggam telefon.
"Saper call?"soal Taehyung selepas beberapa minit Jung Kook hanya membiarkan telefon terus berbunyi tanpa skrin itu disentuh. Panggilan yang masuk bersahutan. Berhenti beberapa saat dan berbunyi lagi.
Jung Kook menayang skrin telefon. Taehyung menelan air liur kesat melihat skrin telefon Jung Kook. Telefon itu dirampas lalu segera dimatikan saja. Mereka tahu omma Jimin mahu memberitahu mereka Jimin dah takde.
"Kau rasa omma Jimin tahu tak?"Jung Kook masih risau akan perkara tersebut.
"Bilik tu takde cctv Jung Kook. Kalau dia tahu pon, kita bagitahu jelah Jimin sendiri yang suruh. Buat masa sekarang, kau tak payahlah contact dengan omma Jimin tu,"saran Taehyung. Jung Kook mengangguk faham setelah dipujuk oleh Taehyung supaya tenang saja dan buat normal macam takde apa apa pon yang jadi.
"Nak buat apa sekarang?"kalau ada Hoseok bersama mereka, dia selalunya yang panjang akal bagi pendapat apa yang perlu dibuat jika tersempit sesuatu masalah. Biarpun Hoseok tu jenis yang cepat kalut, kadang kadang buah fikirannya banyak membantu. Arggh, sungguh Jung Kook dan Namjoon rindukan kawan kawan mereka. Memerlukan mereka dalam keadaan genting sebegini. Sudah selalu keenam enam mereka itu bersama, bila tinggal berdua saja.....rasa sangat sunyi.
"Kita pergi rumah Namjoon. Kita make sure dulu dia ok ke tak sekarang,"Taehyung menghidupkan enjin kereta.
"Lepas tu?"
"Lepas tu kita lupakan semua ni. Start a new life. Kau, aku, Hoseok, Yoongi dan Namjoon. Takde saper lagi dah antara kita lepas ni akan tinggalkan BTS. It's will be over soon,"kata Taehyung penuh yakin dengan semangat yang mulai hidup semula. Ya, dia bukan berseorangan. Masih ada Jung Kook, Yoongi dan Namjoon bersamanya.
"Kaset kaset Jin-hyung tu,"Jung Kook menimbulkan lagi topik itu.
Taehyung mengeluh berat. "Aku akan kumpul kaset kaset tu semua dan bakar je,"
"Hyung belum dengar lagi kan kaset yang hyung punya tu,"Jung Kook menunjuk kaset terakhir milik Taehyung di dashboard. Tak terusik pun.
"No need...."Taehyung menekan pedal minyak dan memandung keretanya pergi.
* * * *
Namjoon memandang rumah buruk itu yang hangus cuma tinggal rangka saja. Rumah tersebut adalah rumah yang disewa oleh Jin beberapa tahun lepas. Selepas rumah itu mengalami kebakaran, Jin berpindah ke rumah noonanya.
Halaman rumah penuh lalang yang setinggi pinggang. Tiang tiang yang masih utuh berdiri dimamah anai anai. Sebahagian besar rumah itu hancur dijilat api. Pemilik rumah tersebut mungkin kekurangan wang untuk membaiki semula rumah tersebut selepas kebakaran. Agak lama Namjoon berdiri di sana, sambil mengemam lolipop di dalam mulut.
"Aku datang melawat rumah kau Jin. Kau tentu sayangkan rumah ni sebab kat sini kau temankan Minra sampai akhir nyawa dia. Aku nak tebus balik kesalahan aku pada kau. Duit yang aku kumpul dah cukup untuk bina balik rumah kau ni. Maafkan aku Jin. Lepas rumah ni siap, aku nak bawak diorang tinggal kat sini....biar diorang selalu ingat kau,"jarinya mengesat kelopak mata. Batang lolipop dibuang ke tanah. Dia rasakan bahang yang sangat panas membakar muka dan seluruh tubuhnya. Dia pandang rumah itu semula. Cahaya jingga memeritkan mata. Rumah itu sedang marak dijilat api. Dari mana api api itu muncul tanpa dia sedar? Entah, dia tak tahu.
Asap kelabu berkepul kepul naik ke udara, memenuhi ruang langit.
"Hah?"Namjoon kebingunan sekejap. Tubuhnya tiba tiba beralih berada di dalam rumah tersebut, rumah yang sedang terbakar. Asap tebal masuk ke dalam hidung menyesakkan pernafasan. Dia menekup hidung dan mulutnya.
"Tolong! Tolong!"dia kemudian mendengar suara menjerit. Perabot di dalam rumah sudah hangus sepenuhnya. Tiada satu pon barang barang yang dapat diselamatkan. Di hadapannya, dia melihat Jin yang rebah di lantai. Walaupun penglihatannya berkabus kerana ditutupi asap, dia kenal itu Jin.
Tubuh Jin ditimpa kayu kayu buruk siling yang hancur. Kayu kayu yang menyalakan api itu lantas membakar tubuh Jin. Jin meraung, meronta sakit saat api menjalar naik ke pahanya, perutnya yang kemudian pecah terburai lalu ke dadanya membakar hangus pakaiannya. Kulit Jin melecur teruk mengeluarkan air bisa sebelum luruh menampakkan dagingnya merah. Tangan Jin ligat menyentak api yang mara membakar kepalanya pula.
"Jin!" jerit Namjoon terus mendapatkan Jin. Tapi dia terlambat kerana tubuh Jin sudah terbakar sepenuhnya dengan pantas menjadi abu abu hitam halus. "Jangan pergi Jin! Andwae! Andwae!"Namjoon mengauk abu abu mayat Jin yang perlahan lahan lenyap ditiup angin.
"Dik! Dik ok tak ni!"terasa bahunya ditepuk kasar. Namjoon tersedar dari ilusinya. Seorang lelaki tua memandang Namjoon pelik. Namjoon sedang mencangkung mengauk debu debu tanah.
"Adik buat apa kat sini? Hisap dadah eh,"teka lelaki tua itu. Namjoon hiraukan lelaki tersebut, bangun dan menepuk tangannya untuk menghilangkan debu. Dia masuk ke dalam keretanya, lalu memandu tanpa arah tuju.
Dia memberhentikan kereta ketika tiba di satu kawasan padang rumput yang lapang. Ada pemandangan bukit di hadapannya. Indah sekali. Cermin tingkap diturun, membiarkan angin yang bertiup masuk. Dia geledah dashboard dan mengeluarkan telefon, powerband dan kaset miliknya.
Skrin telefon masih gelap ketika butang on ditekan. "Ahh sial, habis bateri rupanya,"Namjoon cucuh kabel yang disambungkan pada powerband ke lubang charging telefon. Seminggu dia tinggalkan dunia maya tanpa mengetahui apa apa update dunia. Dia lebih selesa bersendirian sekarang.
"Jin kau menang kali ni. Kau tak lemah bro, kau dah takde pon kau still tak putus asa fight dengan kitorang untuk dapatkan keadilan kau. Aku bangga dengan kau. Kau lebih kuat dari kitorang Jin," Namjoon membelek kaset miliknya. Hari ini dia sudah cukup bersedia mendengar apa yang Jin mahu sampaikan padanya. Dia memasukkan kaset ke dalam radio di dashboard. Telefonnya dihidupkan selepas 5% bateri masuk. Berderu notifikasi yang muncul.
30 calls from Jung Kook.
20 calls from Taehyung.
7 calls from Yoongi.
"Risau jugak diorang kat aku," Namjoom tersenyum membaca mesej mesej kawan kawannya. Dia turut dapat satu berita sedih yang Jimin dah pun takde pagi tadi. Agak terkejut. Mungkin selepas ini, dia sendiri yang bakal menyusul selepas Jimin.
"Bro! What's up!"Namjoon menghubungi Taehyung.
* * * *
"Weh, tolong jawab call tu jap,"arah Taehyung yang sedang fokus memandu.
Jung Kook mencuit lengan Taehyung.
Dia menguntum senyuman gembira.
"Saper call?"
"Namjoon,"Jung Kook tekan butang loud speaker.
"Bro, mana kau menghilang seminggu ni hah?"kata Taehyung disambut dengan gelak tawa halus Namjoon.
"Aku ada je ni tenangkan fikiran, cari ketenangan,"
"Ceh mamat ni. Kitorang tengah serabut ni boleh pulak kau tinggalkan aku dengan Jung Kook,"
"Alah kira aku bagi chance la tu. Kau dengan Jung Kook kan gay couple,"usik Namjoon. Mereka tidak lagi risau kerana suara Namjoon kedengaran cukup ceria seperti selalu.
"Kau ni kan...aku siku kepala kau jap lagi. Kitorang tengah otw ke rumah kau ni. Tunggulah kau makan penumbuk aku puas puas,"
"Makan penumbuk kau tu next time la kot. Tu pon kalau aku boleh jumpa korang lagi lepas ni,"
Ahh lain macam maksudnya ni.
Kereta tiba di perkarangan rumah sewa Namjoon. Tapi mereka tak nampak pula kereta Namjoon. Pintu pagar pon berkunci.
"Kau kat mana ni sial. Kitorang dah sampai depan rumah kau ni. Baik kau bukak pintu before aku gi tendang pintu rumah kau,"
Namjoon diam. Suaranya berganti dengan bunyi deruan angin.
"Namjoon?"
Tiada balasan.
* * * *
"Namjoon?"
Namjoon tekan budang play radio. Kaset mula dimainkan. Ada muzik yang menyenangkan. Namjoon duduk dengan selesa di tempat duduknya.
"Tae, Kook.....aku tengah mainkan kaset yang Jin bagi ni. Memandangkan kita bertiga je yang tinggal sekarang, nak tak nak korang berdua kena temankan aku. Kita dengar kaset aku ni sama sama sampai habis. At least aku tak sorang sorang,"Jantung Namjoon berdegup kencang. Argghh....dia tak perlu takut. Dia perlu jadi kuat macam Jin.
" Namjoon, aku dan Jung Kook dah pakat tak nak dengar lagi benda tu. Jimin jadi gila lepas dengar kaset kaset tu, Hoseok sekarang kat penjara dan kitorang tak nak apa apa benda buruk jadi kat kau lepas ni. Aku merayu, kau buang kaset tu cepat cepat. Buang sekarang,"Taehyung menengking, cemas. Namjoon tidak berhenti, sebaliknya tetap tenang mendengar suara Jin.
Kim Namjoon, atau patut aku panggil kau sebagai malaikat maut aku. Aku cuma ada satu nyawa je Namjoon. Nyawa ini yang kau bersusah payah nak pisahkan dari tubuh aku. Aku dah banyak kali menempuh saat saat ajal aku, saat saat yang aku sangka aku akan mati selepas itu. Tapi kerana Tuhan maha adil, ajal aku bukannya kat tangan kau Namjoon, bukan jugak kat tangan Taehyung. Aku tak nak bercakap panjang lebar, sebab aku tahu cerita aku ni akan buat kau cepat bosan, muak.
Namjoon, aku tahu kau yang bakar rumah aku. Malam tu, kau senyap senyap datang rumah aku. Kau pecah masuk ke dalam rumah aku melalui pintu dapur. Aku di ruang tamu ketika itu. Kau pecahkan pinggan ke lantai supaya kau dapat tarik perhatian aku ke dapur. Lepas tu kau pukul kepala aku dengan kayu atau besi. Ahh aku lupa benda apa yang kau guna. Aku pengsan. Aku sempat dengar kau gelakkan aku sambil kau menyanyi riang. Lepas tu aku tak sedar apa yang jadi. Aku terbangun ketika orang ramai angkat aku ke luar rumah. Aku nampak api yang besar menjilat seluruh rumah aku jadi hancur ranap sekelip mata. Kau dah bakar rumah aku kan Namjoom.
HAHHAHAHAHA KEJAM!
Kalau takde orang yang datang selamatkan aku yang terperangkap kat dalam rumah tu, mungkin aku turut rentung terbakar. Syukur Tuhan masih bagi peluang pada aku, masih jaga nyawa aku. Kadang kadang aku keliru, pelik....kenapa aku tak mati je terus seperti beberapa kali cubaan korang nak bunuh aku. Macam korang lemaskan aku dalam kolam. Yang Namjoon bakar rumah aku ni aku tak tahu pulak korang berpakat ke apa. Padahal ramai yang mendoakan kematian aku terutamanya sekali korang semua kan. Kenapa aku perlu teruskan hidup sedangkan aku dah gagal bezakan sama ada aku ni dah hidup atau pun dah mati. Dunia aku cuma seksa neraka yang korang cipta. Tiada cahaya, tiada gembira. Yang aku tahu, hari hari aku kenal alami kesakitan, kesedihan dan penghinaan yang tak henti henti.
Ni je yang aku nak cakap. Namjoon kalau kau suka main api, kau patut rasa panasnya macam mana. Sebab rasa itu takan setanding dengan penderitaan yang aku rasa.
* * * *
"Namjoon kau okay tak tu? Aku mintak kau bertenang? Jangan buat apa apa. Send location kat mana kau sekarang. Kitorang datang kat kau,"selepas kaset tersebut habis dimainkan, mereka mendengar suara Namjoon menangis teresak esak. Namjoon betul betul memerlukan mereka sekarang. Takut sekiranya Namjoon bertindak luar kawalan seperti Jimin.
Krekkk! Bunyi pintu kereta ditolak. Jung Kook dan Taehyung saling berpandangan dengan muka cemas.
* * * *
Namjoon keluar dari perut kereta. Dia angkat pintu bonet belakang. Dua gelen minyak tanah diangkut keluar dari bonet. Dia simbah minyak tersebut membasahi luar kereta dan turut di dalam kereta sehingga kedua dua gelen itu kosong. Dia tarik nafas panjang sambil mendongak ke langit yang mendung—sama kelam dengan hatinya sekarang. Dia masuk semula ke dalam perut kereta dan menutup rapat pintu.
"Tae, kau tahu tak sebab apa aku bakar rumah Jin. Aku nak Jin mati sebenarnya sebab masa tu Jin simpan rahsia terbesar aku, Jimin dan Yoongi. Yang kitorang rogol Minra beramai ramai. Jin cuba bagitahu kau hal yang sebenar time tu, kitorang pulak sedaya upaya halang dia....sampai sanggup membunuh. Aku lebih sayangkan persahabatan kita Tae,"Namjoon menekup mulutnya. Tangisannya semakin kuat. Kenapalah dia boleh jadi sebinatang itu dulu.
"Benda dah jadi, and aku yang terlambat selamatkan orang orang yang aku sayang. Lepas Minra mati, aku dah takde keluarga. Aku cuma ada kawan kawan aku je....."
"Layak ke kau panggil aku kawan dengan perkara gila yang aku dah buat ni. Layak ke!"dia memotong kata kata Taehyung.
"Aku maafkan kau Namjoon. Aku maafkan. Tapi tolonglahh jangan buat kerja gila. Aku, Jung Kook, Hoseok masih sayangkan kau. Kita jadi kawan sampai bila bila,"
"Tae...kau rasa patut ke aku dapat peluang kedua, terus hidup dengan rasa bersalah sampai bila bila....atau...atau lebih baik aku mati je,"
Taehyung dan Jung Kook menjerit dan merayu pada Namjoon. Cuma dua pilihan yang Namjoon ada sekarang. Dia sudah fikirkan banyak hari pilihan yang bakal dia buat ini adalah yang lebih baik dan mungkin akan membahagiakan orang orang yang telah dia aniayai.
Namjoon menghidupkan enjin kereta. Jarinya menggesek roda pemetik api. Matanya dipejam rapat. Kegelapan menemaninya seketika. "Mianhae....."bisiknya lalu menjatuhkan pemetik api. Api terus marak membakar seluruh kereta itu.
Bommmmmmm!
Kereta tersebut meletup sepeti bom peledek, menghasilkan gegaran kuat. Semuanya berkecai bersama Namjoon sekali. Asap hitam berkumpul di ruang udara. Nyalaan api semakin menjulang tinggi.
* * * *
Bommmmmmm!
Panggilan telefon terus senyap selepas bunyi letupan kuat itu. Taehyung memeluk Jung Kook erat.
New update. Namjoon dan Jimin dah mati. Ke cliche sngt aku buat watak diorang mati cam tu je. Tunggu next chapter ye. Sper lagi yang akan go die korang rasa. Hahhagahahha
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top