CHAPTER 9
Cafe Omelas menjadi riuh dengan gelak tawa dari Yoongi,Namjoon,dan Hoseok. Mereka bertiga sedang membuat persiapan untuk sambutan Hari Jadi Taehyung. Sebuah bilik yang cukup luas disewa khas oleh mereka dengan harga yang sangat murah. Tu pun sebab Jung Kook berunding dengan bossnya.
Namjoon dan Hoseok sedang menghias bilik tersebut dengan belon dan reben. Terdapat satu banner besar yang tertera gambar mereka berenam dengan tulisan Happy Birthday Kim Taehyung di dinding,ditempah khas oleh Hoseok. Yoongi pula tengah tolong encik Park sediakan makanan.
Jung Kook dan Jin tiba di Cafe Omelas sedikit lewat. Jung Kook masuk ke dalam Cafe tapi Jin hanya tercegat berdiri di luar.
"Hyung,jomlah masuk!" pelawa Jung Kook.
"Takpelah Jung Kook. Hyung rasa tak sedap hatilah. Lagipun,party ni party untuk BTS. Hyung takde kena mengena pun dengan BTS," balas Jin,menolak.
"Takpe. Hyung dah janji kan hari tu dengan Jung Kook. Tak baik tau Hyung mungkir janji," Jung Kook terus mengheret tangan Jin masuk ke dalam cafe.
Hoseok dan Namjoon menayang muka berkerut dengan kehadiran Jin bersama Jung Kook.
"Sorrylah aku lambat sikit. Aku tunggu Jin-hyung habis class tadi," kata Jung Kook,tersenyum tawar.
"Kejap,asal kau bawa mamat ni sekali. Aku rasa,aku tak jemput dia," sindir Hoseok,menghalakan telunjuknya ke arah Jim.
"Biarlah Jin hyung join party ni sekali. Lagipun,Jin-hyung yang tolong buatkan kek ni untuk Taehyung," Jung Kook cuba menyebelahi Jin.
"Yelah! Yelah!" Namjoon bagi green light. Jung Kook tersenyum gembira.
Jin meletakkan begnya di atas kerusi bersebelahan dengan beg Jung Kook. Dia cuba tolong apa yang patut.
"Jin,boleh tak kau tolong angkatkan meja ni letak kat hadapan. Lepas tu,kau pergi dapur dan bawa makanan ke sini," arah Namjoon,hanya duduk rilek di atas kerusi dan bagi arahan pada Jin. Semua kerja Jin yang kena buat. Namjoon hanya tengok je,langsung tak bagi pertolongan. Macam membuli je.
"Nae!" Jin mengangguk. Jin tahu kehadirannya di sini tidak sambut secara ikhlas. Dia dilayan seperti orang asing oleh Namjoon dan Hoseok.
"Takpe,biar Jung Kook yang tolong hyung,"kata Jung Kook,tak nak bagi Jin terasa hati dengan layanan Namjoon dan Hoseok.
" Ok,semua persiapan dah siap. Now kita hanya perlu tunggu Jimin bawa Taehyung datang sini,"Namjoon lekas menelefon Jimin.
"Chim,kitorang dah ready ni,"Namjoon memasang loud speaker.
"Ok,cun. Aku akan make sure yang suprise kita ni menjadi,"suara Jimin kedengaran di corong telefon.
Namjoon menamatkan panggilan.
"Jimin otw bawa Taehyung datang sini. So,korang semua pergi menyorok," arah Namjoon. Lampu bilik dimatikan. Suasana menjadi gelap. Masing masing mula mencari tempat untuk bersembunyi.
* * * *
"Aku laparlah wei. Jom pergi cafe Omelas nak?" ajak Jimin,membuka pintu keretanya untuk Taehyung masuk.
"Alah kau ni,tadi kata nak ajak aku tengok wayang. Tiba tiba je last minute cancel," Taehyung mencebik. Taehyung senyum macam kerang busuk.
"Sorrylah,aku lapar sangat ni. Movie tu next time jelah,"pandai betul Jimin berlakon. Plannya tak boleh gagal sama sekali.
"Macamlah kat pawagam tu takde jual makanan," sindir Taehyung lalu terus masuk ke dalam perut kereta. Jimin tersenyum lebar. 50% plannya akan berjaya.
* * * *
Jimin dan Taehyung melangkah masuk ke dalam cafe omelas. Cafe nampak legang. Tak ramai pengunjung seperti selalu.
"Eh Jimin,Taehyung....nak pesan apa?" Encik Park menyambut mereka berdua. Lelaki tersebut mengenyit mata pada Jimin. Jimin menangkat thumbs up ke arah Encik Park. Semuanya ok nampaknya.
"Takpelah,saya tak nak makan," balas Jimin. Wajah Taehyung terus berkerut.
"Woi,tadi kau cakap kau datang sini sebab nak makan. Apa ni bro? Kau tipu aku! Tak guna betul!" marah Taehyung,memukul bahu Jimin kasar.
"Rileklah bro. Aku ada something nak tunjuk kat kau ni. Now,tak payah marah marah. Meh ikut aku," Jimin terus menarik tangan Taehyung menuju sebuah bilik. Taehyung mula berasa curiga. Lain macam je Jimin ni.
Taehyung menguak pintu bilik itu perlahan. Di dalamnya gelap. Taehyung melangkah masuk ke dalam bilik. Benda apa yang Jimin nak tunjukkan ni.
"Pakk!"Jimin memetik jarinya. Serentak itu lampu yang berwarna warni menyala menerangi sekeliling mereka.
Pow!!! Bunyi belon pecah kedengaran berhampirannya. Taburan menhujani Taehyung.
"Happy Birthday Kim Taehyung!" jerit mereka semua lantas keluar dari tempat persembunyian masing masing.
Taehyung terpana dibuatnya. Bibirnya tersenyum lebar.
"Korang semua,terima kasih banyak banyak!" Taehyung memeluk kawan kawannya erat. Jin hanya mampu melihat dari jauh. Taehyung nak peluk dia,jauh sekali rasanya.
Yoongi menyarungkan topi berbentuk kon di atas kepala Taehyung bersama topeng muka. Jung Kook pula membawa kek ke arah Taehyung.
"Saengil chukha hamnida, saengil chukha hamnida,
Saranghaneun Kim Taehyung,
Saengil chukha hamnida, "
Mereka mennyanyikan lagu selamat hari jadi bersama sama sambil bertepuk tangan.
"Tae,tiuplah lilin tu sekarang!" jerit Hoseok.
"Sebelum tu jangan lupa buat wish," tambah Jung Kook. Taehyung berjeda beberapa saat sebelum meniup lilin yang terpacak di atas kek tersebut.
"Horeyy! Jom potong kek sekarang!"
"Korang,tunggulah dulu. Sebelum tu....." mereka semua memandang ke arah Jung Kook. Jung Kook seperti ingin menyampaikan sesuatu.
Jung Kook menuju ke arah Jin. Dia menarik Jin ke arah kawan kawannya.
"Mulai hari ni,Jin-hyung akan jadi sebahagian dari BTS. Aku harap korang semua akan terima Jin sebagai salah seorang ahli kumpulan kita semua," kata Jung Kook sambil mengangkat tangan Jin. Jin menundukkan sedikit tubuhnya tanda hormat. Sepatutnya,ahli baru akan diberikan penghormatan oleh ahli kumpulan sepertu bersalaman ke,tapi penghormatan langsung tiada untuk Jin.
Taehyung langsung tidak berkata apa apa. Tiada sebarang riak yang ditunjukkan pun.
"Aku tak kesah pun. Aku boleh terima dia,asalkan dia jangan buat onar dalam kumpulan kita," respon Namjoon mewakili kawan kawannya yang lain. Suasana yang tadi meriah,terus bertukar jadi hambar. Mungkin Jin penyebabnya.
"Tae!" Jin mendekati Taehyung yang sedang makan kek.
"Selamat hari jadi. Aku ada belikan hadiah untuk kau. Ambillah,"Dia menghulurkan kotak hadiah di tangannya itu kepada Taehyung.
"Terima kasih!" balas Taehyung,menyambut pemberian tersebut.
* * * *
"Jung Kook dan budak lelaki tu pergi mana?" soal Taehyung,mendapati Jung Kook dan Jin tiada di dalam bilik. Hanya dia dan Namjoon je yang stay di dalam bilik tersebut. Kawan-kawannya yang lain entah hilang ke mana.
"Diorang kat dapur. Tengah bersihkan pinggan pinggan mangkuk," balas Namjoon.
"Act,aku mengaku yang aku tak boleh terima Jin dalam kumpulan kita. Apa istimewanya Jin tu sampai Jung Kook sanjung sangat dia," luah Taehyung. Namjoon menggeleng.
"I don't know. But,aku setuju dengan kau Tae. Jin tu tak layak join BTS. Aku terima dia pun sebab Jung Kook. Aku tahu kau pun tak suka dia kan. Aku pun sama," jujur Namjoon. Taehyung seperti sedang memikirkan sesuatu. Beberapa saat,seperti satu mentol terpancak naik di atas kepalanya dengan nyalaan yang sangat terang. Satu idea datang menjengah fikirannya.
"Sekarang jugak aku akan singkirkan dia. Aku akan buat Jung Kook benci dia," Taehyung tersenyum sinis. Dia mengambil beg Jung Kook dan menggeledahnya.
"Kau nak buat apa ni Tae?" Namjoon hanya melihat apa yang Taehyung lakukan. Taehyung mengambil dompet milik Jung Kook dan memasukannya ke dalam beg Jin.
"Tae,tak sangkalah kau ni bijak," Namjoon ketawa mengekeh. Kagum dengan akal Taehyung.
"Just look and see! Lepas ni aku yakin kepercayaan Jung Kook akan hilang terus pada Jin dan persahabatan mereka berdua akan berahkir," itu yang Taehyung impikan iaitu pisahkan Jung Kook dan Jin.
* * * *
Vote and comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top