CHAPTER 5
"Bukk!"
Buku lima Taehyung melayang laju ke arah pipi Jin. Jin terus terpelanting jauh,merempuh beberapa buah meja makan berdekatan dengannya.
"Apa yang kau dah buat pada unnie aku hah jantan tak guna," kolar baju kemeja Jin dicengkam kasar.
"Taehyung! Berhenti!" jeritan Minra terus menghentikan Taehyung. Minra menolak Taehyung menjauhi Jin.
"Tae boleh tak tolong jangan sibuk pasal hal unnie,boleh tak Tae jangan kongkong kehidupan Unnie macam appa pernah buat pada Unnie dulu. Cukuplah Tae!," tengking Minra.
Taehyung berdecit,masih cuba mahu memukul Jin tetapi Minra menghalang.
"Tae buat semua ni sebab Tae sayang Unnie,Tae tak nak lelaki tak guna macam dia ni rosakkan unnie," balas Taehyung,mencerlung tajam memandang Jin.
"Unnie tak balik semalam sebab unnie masuk hospital,unnie kena gastrik. And Jin yang tolong bawa Unnie ke hospital. Unnie tipu Tae tidur rumah kawan semalam sebab unnie tak nak Tae risau pasal unnie. Tolonglah Tae,Tae jangan masuk campur dalam kehidupan unnie," kata Minra. Taehyung tergamam,terasa sedikit malu dengan tindakannya terlalu melulu memukul Jin tadi.
"Ok fine. Tae yang bersalah. Mulai hari ni,Tae takan ambil tahu pasal Unnie. Suka hati unnielah nak buat apa pun. Tapi kalau sesuatu terjadi pada Unnie,pandai-pandailah unnie tanggung sendiri sebab mulai hari ni jugak....jangan sesekalipun Unnie anggap Tae ni adik kandung unnie. Hubungan adik beradik antara kita dah putus," Taehyung berlalu meninggalkan Minra dan Jin di situ. Jimin cuba mengejar Taehyung dari belakang. Kelihatan biji mata Taehyung merah,air matanya keluar walaupun dia cuba menahan dirinya untuk tidak menangis. Tentu arwah appanya terkilan dengan Taehyung sebab dia gagal menunaikan amanah appanya.
* * * *
"Jin,sorrylah pasal adik saya tu. Perangai Taehyung memang macam tu,dia suka sangat masuk campur pasal hidup saya,buat saya rasa sangat rimas," ujar Minra,rasa sedikit bersalah terhadap Jin. Jin turut sama terherat dalam masalahnya dengan Taehyung.
"Takpe! Saya ok. Luka sikit je ni. Btw,saya rasa awak tak perlulah bergaduh sampai macam tu sekali dengan Taehyung. Dia adik kandung awak,takanlah awak nak bermasam muka dengan dia sampai bila bila," nasihat Jin. Minra hanya diam,gadis itu bermain-main dengan jari jemarinya.
"Dia yang mulakan dulu. Dia juga yang dah tak mengaku saya ni kakak kandung dia. Mungkin setakat ni jelab hubungan kitorang. Daripada kitorang terus bergaduh,lebih kitorang bawa haluan hidup masing-masing," bagi Minra,dia lebih suka hidup tanpa Taehyung. Bererti takde siapa lagi yang akan kongkong hidupnya,yang akan marah dia bila dia balik lewat malam. Dia bebas sepenuhnya. Dia dan Taehyung memang tak sefahaman dari kecil lagi walaupun mereka berdua lahir dari perut omma mereka yang sama.
"Tapi,saya rasa Taehyung tu terlalu ambil berat pasal awak sebab tu......"
"Enough,awak tak payahlah cakap pasal dia. Dia dah tak bermakna bagi saya. Luka kat mulut awak ni teruklah Jin,kita pergi klinik ye," Minra menyentuh luka di tepi bibir Jin. Matanya menatap ke dalam anak mata Jin. Pandangan itu membuatkan Jin terpesona.
"Takpe! Nanti saya sapu ubat luka oklah tu," Jin terus mengalihkan pandangannya. Pipinya terasa membahang. Jantung di dalam tubuhnya berdegup dengan sangat kuat. Apakah petandanya?
* * * *
"Dah dah la tu Tae! Janganlah nangis macam ni," Hoseok menepuk bahu Taehyung lembut,cuba menenangkan kawannya itu.
"Walaupun kau dah takde unnie kau sekarang,tapi kita tetap ada bersama kau. Kau lupa ke slogan group kita.....BTS,you never walk alone," jerit Jung Kook sambil menangkat tangannya. Taehyung tersenyum melihat gelagat Jung Kook.
"Betul tu kata Jung Kook. Kitorang semua akan tetap support kau dan berikan kata-kata semangat pada kau. Jangan sedih lagi ok. Hambarlah group kita kalau kau sedih macam ni," Namjoon yang merangkap ledder BTS turut memberikan kata-kata semangat. Mereka berenam mengelilingi Taehyung. Mereka bersama-sama memeluk Taehyung erat.
"One more gais!"
"BTS,you never walk alone!" jerit mereka bersama-sama.
* * * *
"Sure ke awak boleh bonceng saya ni?"
Minra mengangguk laju. Helmet berwarna pink dengan corak Hello Kitty diberikan kepada Jin.
"Jomlah naik," pelawa Minra.
Jin menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Saya malulah. Sepatutnya lelaki yang bonceng perempuan,ni tak...perempuan yang bonceng lelaki. Lagipun,helmet awak ni nampak menyerlah sangat," balas Jin seperti mahu menolak pelawaan dari Minra. Minra mencebik.
"Nak malu apanya? Takpelah,dah awak tak sudi,saya tak boleh paksa," Minra nampak seperti merajuk. Lekas perempuan itu menyarungkan helmet pada kepalanya. Anak kunci moto dicucuk ke dalan soket.
"Awak janganlah merajuk!" Minra hanya diam,buat buat tak layan Jin. Jin menahan tangan Minra.
"Yelah! Yelah,saya setuju!"
Bibir Minra terus melebar dengan balasan dari Jin.
"Good boy! Sekarang awak pakai helmet!"
Jin aku dengan arahan Minra. Terpaksa jugak helmet berwarna pink yang comel lagikan menyerlah itu disahut pada kepalanya. Minra menghidupkan enjin motornya. Jin duduk di tempat duduk di belakang Minra. Minra tersenyum.
"Jangan bawa laju sangat. Saya takut!" pesan Jin.
"Nae!" Minra menekan gear,motor itu terus meluru di atas jalan dengan kelajuan yang tinggi. Jin terpaksa merangkul pinggang Minra sebab tak nak jatuh.
* * * *
Lepas hantar Jin balik,Minra balik ke rumahnya. Kelihatan kasut milik Taehyung berada di luar pintu masuk menandakan Taehyung berada di dalam rumah. Minra mengeluh,terpaksalah dia bersemuka dengan adiknya lagi.
Minra tanggalkan kasut dan masuk ke dalam rumah. Taehyung sedang menonton tv di ruang tamu. Minra selamba berjalan melepasi Taehyung menuju kr biliknya. Kehadiran Taehyung di situ seakan-akan tidak wujud bagi Minra.
Minra masuk ke dalam biliknya. Beg pakaian yang berada di bawah katil dia ambil. Semua pakaiannya yang berada di dalam almari disumbat masuk ke dalam beg tersebut.
Dia nekad akan keluar dari rumah ni dan tinggal di rumah sewa bersama kawan-kawannya. Mungkin ini keputusan yang terbaik bagi Minra memandangkan Taehyung sudah tidak bawa apa apa makna baginya. Dia akan bawa haluan hidupnya sendiri,tanpa adiknya Taehyung yang dia rasakan hanyak menyemakkan.
Selepas mengemaskan semua barang-barangnya,Minra menggalas beg tersebut keluar dari biliknya.
"Unnie nak pergi mana ni?" tiba tiba Taehyung muncul,menghalang laluan Minra.
"Bukan urusan kau. Aku bukan lagi unnie kau,so jangan panggil aku dengan panggilan unnie. Aku jijik," balas Minra kasar. Taehyung memegang tangan Minra. Minra menepis kasar tangan Taehyung.
"Maafkan Tae. Tae tahu Tae salah," kali ini Taehyung mengalah. Minra senyum sinis,seperti mengejek Taehyung.
"Dah terlambat. Kau sendiri yang cakap yang hubungan kita sebagai adik beradik dah putus. So,kau tak boleh tarik balik kata kata kau. Macam nilah Taehyung,aku ni memang kakak yang dah banyak bawa masalah pada kau and better aku pergi dari hidup kau. Kau bahagia,aku pun bahagia. Deal kan?"Minra terus berlalu pergi meninggalkan Taehyung. Taehyung diam tak terkutik dengan kata-kata Minra. Apa yang Minra nak buat,dia dah tak boleh nak halang sebab Minra bukan lagi kakaknya.
Air mata Taehyung mengalir keluar dengan laju. Dia perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik Minra yang dah kosong,hanya tinggal bingkai gambar keluarganya saja yang berada di atas meja solek.
"Omma! Appa! Ni semua salah Tae!" Taehyung ambil bingkai gambar tersebut dan memeluknya erat.
* * * *
Jin Hye memandang adiknya Jin dari jauh yang sedang asyik menghadap skrin telefon. Sesekali Jin tersenyum lebar. Jin Hye mula syak sesuatu. Dua biji mug yang berisi air milo sejuk di bawa olehnya ke ruang tamu. Jin Hye melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan Jin.
"Kenapa adik unnie ni asyik tersenyum-senyum je ni?" soal Jin Hye sambil meletakkan mug di atas meja.
"Ke ada apa-apa ni?"
Jin terus menekup skrin telefonnya.
"Takde apalah! Jin tengah chat dengan kawan ni," dalih Jin. Padahal dia sedang berchatting dengan Minra.
"Boleh percaya ke adik unnie ni. Macam mana belajar kat universiti,ok tak?" soal Jin Hye. Jin mengangguk.
"Ok sangat. Jin dah dapat ramai kawan,"
"Kawan je,awek takde ke. Maklumlah adik unnie ni hensek orangnya," seloroh Minra,membuatkan Jin yang sedang meneguk air milo tersedak.
"Mengarutlah unnie ni. Jin single lagi tau,"
"Jin,omma dan appa hantar Jin masuk universiti sebab diorang nak Jin berjaya. Jin kena belajar rajin-rajin tau sampai Jin graduate. Pasal cinta cinta ke,abaikan je....yang penting belajar," Jin Hye seperti memerli Jin saja.
"Yaa,Jin tahu,"
"Bagus. Unnie dah siapkan makan malam. Jom makan,ke Jin nak tunggu appa dan omma balik dulu,"
"Takpelah,Jin makan sama-sama dengan unnie jelah,"kata Jin sambil mengheret tangan Jin Hye ke dapur.
Vote and comment.
Sorry for the late update!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top