CHAPTER 4
Minra perlahan lahan mengangkat kelopak mata. Dia melihat pemandangan putih yang berpetak petak. Hidungnya mencium bau ubat. Dia pandang tangannya yang bersambung dengan wayar. Ada seorang lelaki duduk menunggu di sebelah katil. Lelaki tersebut yang melihat Minra sedar terus bergegas keluar memanggilkan seseorang. Seorang wanita beruniform putih masuk ke dalam bilik bersama lelaki tadi.
Minra tahu dia berada di klinik atau hospital. Usai jururawat memeriksa tekanan darahnya, dia ditinggalkan bersama lelaki tadi. Dia cuba bangun. Wajahnya berkerut kerana kepalanya tiba tiba rasa berdenyut. Lelaki itu menolak semula Minra berbaring di atas tilam.
"Awak tak stabil lagi ni. Nurse pesan awak kena banyak berehat,"lelaki itu memesan dengan suara lemah lembut. Dia hulurkan gelas dan dua biji ubat untuk Minra telan. Minra akur saja. Telan ubat, terus teguk air.
Minra menggamit lelaki itu seketika. Dia tak beberapa ingat apa yang berlaku tadi dan kenapa lelaki ni boleh berada bersamanya sekarang. Dia ada secebis ingatan tentang wajah lelaki itu, tapi memorinya putus putus.
"Jap, kau lelaki yang bagi aku air tu kan. Ni mesti kau letak ubat tidur dalam air tu and then aku pengsan. Lepas tu kau bawak aku datang sini.
Kau nak apa hah,"setelah lama berdiam, Minra dapat mengingati lelaki tersebut dengan lebih jelas.
"Lahh awak ni, saya dah tolong awak...awak pulak tuduh saya yang bukan bukan. Awak pengsan bukan sebab pasal awak minum air mineral yang saya bagi tu. And awak tak sempat minum pun,"Jin gelak kecil.
Minra yang malu terus mengetuk kepalanya.
"Awak tiba tiba pengsan masa tu. Saya mintak tolong lecturer bawak awak ke klinik ni. Doktor kata awak kena gastrik," sambung Jin.
"Aku nak baliklah. Rimaslah duk kat sini,"Minra mengeluh.
"Awak tu sakit. Doktor tak bagi awak discharge lagi. Awak kena betul betul sihat baru boleh keluar. Get it?"
"Yelah yelah!"Minra mencebik.
"Nak saya temankan awak sampai awak boleh discharge ke?"Jin kenyit matanya.
"No. Tak payah baik sangat,"
"Ohh ok. Esok saya datang jenguk awak lagi. Ada apa apa lagi yang awak nak mintak tolong?"
"Jap, nama kau apa?"
"Panggil je Jin..."
"Jin....hmm boleh tak tolong siapkan assignment aku? Aku kan tengah sakit ni, tak boleh nak....."
"It's okay. Saya boleh tolong. Dont worry yah,"angguk Jin.
* * * *
Taehyung mengetuk pintu bilik Minra beberapa kali."Noona! Bukaklah pintu ni. Noona masih marahkan Tae lagi ke?" Taehyung tahu Minra melenting dengan tegurannya dua hari lepas kerana Minra senyap senyap bawak balik namja masuk dalam rumah semasa Taehyung takde. Nasib ada jiran ternampak dan bagitahu Taehyung. Taehyung bukan apa, dia cuma risaukan keselamatan Minra. Minra tu perempuan, mudah sangat terdedah dengan bahaya.
Mendiang appanya sudah mengamanahkan Taehyung supaya menjaga Minra dengan baik. Apa apa yang jadi kat Minra, Taehyung yang kena bertanggungjawab sepenuhnya. Minra pulak jenis yang langsung tak ambil peduli nasihat Taehyung. Buat perangai ikut sedap kepala dia je.
"Kalau noona terasa dengan kata kata Tae, I'm sorry ok. Noona tahu kan Tae sayang noona sangat sangat. Keluarlah cepat. Tae dah masak ni untuk noona,"30 minit Taehyung menunggu di luar bilik Minra. Begitulah perangai noonanya. Tak tahu dengan cara apa lagi dia nak ubah perangai Minra. Sudahnya, Taehyung yang kena mengalah dan pujuk Minra balik. Taehyung mengeluh.
Dia pulas tombol pintu. Rupanya pintu itu tidak dikunci pun. Segera dia menapak ke dalam bilik Minra. Wajah Taehyung pucat kerana dia gagal menemuai Minra di dalam bilik itu.
Jam 10.00 malam. Taehyung tidak melepaskan telefon dari tangannya. Sesekali ditelekapkan telefon ke telinga. Dia call kawan kawan Minra dan tanya di mana Minra berada tapi takde sorang pun yang tahu.
Nombor Minra didail untuk kali ke-20. Taehyung menunggu penuh sabar sehinggalah kedengaran suara Minra menyahut. Dia menghela nafas lega.
"Kau nak apa lagi Tae?"
"Noona pergi mana? Kenapa tak balik lagi ni? Dah lewat malam kan ni," bebel Taehyung.
"Aku ada hal kena settlekan. Tak payah risau pasal aku. Malam ni aku tidur kat rumah kawan aku,"
"Jaga diri baik baik noona,"
"......."Minra terus menamatkan panggilan. Taehyung duduk di sofa. Suasana rumah terasa sangat sunyi selepas kedua orang tuanya tiada.
* * * *
Jin berjaga sepanjang malam semata mata untuk menyiapkan assigment Minra. Mug yang berada di sebelahannya diteguk beberapa kali. Air kopi yang mengalir dibawa ke perut, menghilangkan sedikit rasa mengantuk.
Sambil berehat sekejap menghilangkan lenguh jari jari tangan, Jin buka instagram. Dia usya akuan instagram milik Minra.
3k followers dengan 50 posts. Bapak, boleh tahan femes jugak Minra ni. Beberapa gambar Minra discreenshot simpan dalam gallery. Dia akui, kecantikan Minra sedikit menarik hatinya walaupun Minra tu jenis yang bersikap kasar.
* * * *
"Nah, ni assigment awak. Maaflah kalau ada beberapa part tu yang tak beberapa lengkap," kata Jin sambil menghulurkan fail assignment Minra yang berjaya dia siapkan tepat pada waktu yang Minra mintak. Crush punya pasal, rela Jin Jin bersengkang mata tak tidur malam.
Minra dengan tergedik gedik memeluk lengan Jin. "Terima kasih banyak banyak Jin. Awaklah penyelamat hidup saya,"
Pipi Jin merona sebab malu Minra terlalu dekat dengannya. Sentuhan kulit tangan Minra terasa sangat lembut. Buat jantung Jin masuk ke gear paling maksimum. Dub dab dub dab.
"Memandangkan awak dah tolong saya, awak ambiklah duit ni sebagai upah untuk awak,"dia hulurkan beberapa helai not won kepada Jin sebagai tanda terima kasih.
Jin menggeleng segan. Nampak tak macho kalau lelaki ambik duit awek. "Tak payahlah. Saya ikhlas tolong awak." dia pulangkan balik duit yang Minra bagi.
"Alah kenapa tak nak?"Minra selitkan semula duit tadi ke dalam bra. " Awak ni baik sangatlah Jin. Apa kata saya belanja awak makan. Jomlah kita pergi ke cafe sekarang!"dia menarik tangan Jin menuju ke arah cafe. Mereka berjalan berpegang tangan dipandang oleh pelajar pelajar yang lain.
* * * *
"Bagi saya dua biji burger special dan dua hot coklat," kata Minra pada waiter yang datang mengambil pesanan. Tanpa Minra sedar, mata Jin tidak berganjak dari menatap wajah indah Minra.
"Awak tinggal kat are mana?" soal Minra. Jin yang tersedar, berkelip kelip kelopak mata.
"Area kawasan perumahan kat taman Hayeon tu je. Saya tinggal dengan noona saya," balas Jin. Cermin mata yang melurut di lengkuk hidung dibetulkan.
"Yeke? Rumah saya tak jauh pun dari area perumahan tu. Apa kata esok kita datang kolej sama sama nak? Saya ada motor, so bolehlah saya bonceng awak!" pelawa Minra. Peluang bagus ni. Terus Jin menganggukkan kepalanya setuju.
"Minra, boleh tak kalau saya nak nombor telefon awak. Senang sikit saya nak contact awak nanti," kata Jin malu malu kucing pandang lantai.
"Boleh je," Minra keluarkan pen dan sehelai stinky note dari beg. Di atas stinky note itu ditulis nombor telefonnya dan diserahkan kepada Jin.
Dalam hati Jin bersorak gembira. Salah satu kejayaan yang sangat membanggakan. Dia takde pengalaman mengorat awek, so dia cuba amalkan segala petua yang dia kutip dari google. Sedikit sebanyak membantu.
"Nanti kalau awak free boleh la saya ajak awak keluar tengok movie ke,"Minra menyuapkan burger ke dalam mulut. Sos cili sedikit terpalit di tepi bibirnya. Jin dengan berani menyentuh bibir Minra. Jarinya menyapu kulit bibir Minra.
"Bro, sorry to say aku tak suka namja sentuh noona aku,"belum sempat Jin menjatuhkan tangannya, datang satu tangan lain menahan tangan Jin. Jin mengangkat pandangan kepada orang itu.
"Taehyung...."
* * * *
Beberapa minit yang lalu,
"Tae, tunggullah aku woi. Asal kau jalan cepat sangat ni!" jerit Jimin sambil mengejar Taehyung yang jauh meninggalkannya di hadapan.
"Aku tengah cari noona aku ni. Dia tak balik rumah pulak semalam. Aku risau takut jadi apa apa kat dia." balas Taehyung dengan muka risau.
"Minra ni tak habis habis buat hal. Ohh aku lupa pulak, tadi baru je aku nampak Minra kat cafe dengan Jin-hyung,"Jimin tunjuk ke arah cafe tidak jauh dari mereka. Taehyung mengecilkan biji mata, boleh nampak Minra dengan seorang lelaki dari situ.
"Jin-hyung tu budak yang selamatkan Jung Kook tu kan?"Taehyung masih lagi memerhati.
"And one more thing, semalam aku nampak Jin-hyung dukung Minra masuk dalam kereta lecturer. Student student kelas Minra cakap Minra pengsan." Jimin menjelaskan satu persatu pada Taehyung. Terus air muka Taehyung bertukar bengis.
"Asal kau tak bagitahu aku awal awal,"marah Taehyung.
Mereka berdua bergegas gegas menuju ke cafe.
Vote and comment.
Mungkin ff ni akan ada bnyk part flashback.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top