CHAPTER 3

Kolej Seoul,

Hari pertama di tempat pengajian baru, menjadi kebiasaan bagi seorang pelajar baru seperti Jin yang tersesat di celah celah bangunan. Dia gagal mencari bilik tutoran 2-5 selepas sejam naik turun bangunan akedamik tiga tingkat itu. Ditambah lagi, kolej ni kekurangan bajet untuk pasang label di setiap bilik. Ingin bertanya kepada pelajar lain, kebanyakan pelajar sekarang sedang dalam sesi tutorial bersama pensyarah masing masing.

Kesudahnya, Jin terperuk di bangku belakang bangunan berteduhkan sebatang pokok yang rendang. Matahari pagi agak menyengat. Mudah membuatkan Jin terasa penat dan berpeluh. Waktu untuk subjek pertama 1 jam 30 minit berlalu begitu saja. 15 minit yang masih bersisa ni dia mahu berehat hilangkan kepenatan.

"Rilek broo! Aku janji bulan depan aku bayar hutang kau tu. Aku janji. Bagi aku masa OK," Telinga Jin menangkap suara dari sebuah bilik di sebelah pokok, lebih kurang lima meter dari Jin. Mungkin pelajar pelajar yang ponteng waktu tutoriol dan sakan bergosip dalam bilik tersembunyi. Lantaklah.

Namun, bila Jin dikejutkan dengan bunyi jeritan nyaring, dia terus tak boleh tenang. Mula terbayang segala benda buruk di fikirannya. Dia menuju ke sisi bilik tersebut. Label di pintu bilik tertulis 'stor'. Ceh...kat sini boleh pulak letak label.

Dari bilah bilah tingkap, Jin mengintai pemilik suara suara tadi. Kelihatan  sekumpulan pelajar lelaki di dalam stor mengelilingi seorang pelajar lelaki yang duduk melutut di tengah mereka. Pelajar yang menjadi mangsa itu didorong ke lantai dan ditendang beramai ramai.

"Tak boleh jadi ni! Aku kena gi tolong budak tu,' Pintu stor yang tak berkunci terus ditendang oleh Jin penuh berani. Gangg! Bunyi pintu melanggar dinding. "Hoi, korang buat apa ni!"Jin berdiri cekak pinggang di muka pintu. Kebetulan ada sebatang penyapu yang tersadai tepi pintu. Dia rembat penyapu tu untuk dijadikan senjata.

"Ni bukan urusan kau. Jangan masuk campurlah bodo!"lelaki berkepala botak menjerit bagi amaran pada Jin. Tiga orang budak budak (diorang lagi pendek dari Jin) yang lain meninggalkan budak lelaki yang dipukul tadi dan berdiri di belakang lelaki berkepala botak. Yang botak tu mesti ketua mereka. Ahh, masing masing muka macam pecah rumah, angkuh kemain angkat penumbuk.

Pelajar yang dipukul itu nampak betul betul dalam keadaan lemah. Bibirnya terpalit darah. Dia memanggil dengan suara yang putus putus meminta pertolongan dari Jin.

"Baik korang blah sekarang. Takde keje lain ke buli orang lemah,"Jin genggam batang penyapu.

Pelajar berkepala botak terus belari bawak penumbuknya ke arah Jin. Jin elak dengan mudah. Belakang lutut pelajar berkepala botak itu ditendang oleh Jin. Serentak Jin pukul belakang tubuh pelajar tersebut dengan batang penyapu. Terus pelajar berkepala botak itu tersemban mencium permukaan lantai.

"Nak lawan lagi meh ahhh!"

Yang lain terus takut dan tundukkan kepala mintak maaf. Diorang angkat ketua mereka bangun dan berlaru pergi selepas digertak oleh Jin mahu melaporkan mereka pada lecturer.

Jin memapah pelajar lelaki itu bangun dan membawanya keluar dari stor.

"Kau ok tak ni?"soal Jin. Pelajar lelaki itu tersenyum dan angkat ibu jari.

"Thanks sebab kau dah selamatkan aku tadi," katanya. Jin bagi sehelai sapu tangan pada budak tersebut untuk mengesat darah pada tepi bibirnya.

"Kenapa diorang pukul kau tadi?"

"Aku berhutang dengan diorang. Aku tak dapat nak bayar kat diorang sebab duit yang aku pinjam tu belum cukup lagi. Bila dah time diorang kutip hutang, memang aku kena pukul la sebab tak boleh bayar on time. Siap kena triple payment lagi,"budak tersebut mengeluh pandang hujung jari jarinya. Jin menepuk lembut bahu budak bergigi arnab itu.

"Sokay, apa kata kau pinjam duit aku dulu. Guna untuk bayar hutang diorang. Nama kau apa?"

"Jeon Jung Kook. Panggil je Jung Kook,"Jung Kook menghulurkan tangannya dan bersalaman dengan Jin.

"Nama aku pulak Kim Seok Jin. Panggil je Jin,"Jin buka wallet mahu memberi sejumlah wang kepada Jung Kook tapi Jung Kook menolak kerana segan untuk menerima duit dari orang yang baru dia kenal.

"Student baru ke?Tak pernah nampak pun sebelum ni."

"Ha ah.Baru je pindah sini." Jin selit balik wallet ke dalam poket seluar. Terkilan Jung Kook menolak pertolongannya. Dia buka beg galasnya. Dua biji roti gardenia dikeluarkan lalu diserahkan sebiji roti kepada Jung Kook. Jung Kook menyambut tak nak kecilkan hati Jin lagi.

"Gamawo. Kau pelajar tahun berapa?"

"Tahun tiga,"

Mereka sama sama menyuapkan roti ke dalam mulut.

"So, aku kena panggil kau hyung lah sebab aku muda setahun dari kau."walaupun baru beberapa minit kenal, Jin dan Jung Kook nampak tak kekok berkongsi cerita tentang diri masing masing. Agak lama mereka berbual.

"Jung Kook! Aku dengar kau kena buli tadi. Kau ok tak ni?"lima orang pelajar lelaki tiba tiba datang menerjah Jung Kook. Mereka berlima nampak betul betul risau dengan keadaan Jung Kook. Siap belek lagi seluruh tubuh Jung Kook kat mana lagi cedera.

"Aku oklah. Cuma luka sikit je kat bibir sebab kena tumbuk. Tapi nasib baik ada Jin hyung yang datang  selamatkan aku tadi," Jung Kook memperkenalkan Jin kepada kawan kawannya. Jin tunduk dan berjabat tangan mereka.

"Thanks tau sebab tolong adik aku ni,"kawan Jung Kook yang memperkenalkan diri sebagai Taehyung mengucapkan terima kasih.

"Aigoo kau ni, budak budak tu pukul kau sebab kau tak bayar hutang diorang kan. Banyak kali dah aku bagitahu kau, kalau kau takde duit mintak je dari kitorang,"Jimin cubit sedikit telinga Jung Kook sebab Jung Kook ni degil tak dengar nasihat orang.

"Next time tak payah gi pinjam duit diorang,"

"Baik hyung hyung ku yang hensem,"

"Cehh puji tak ikhlas,"yang bernama Namjoon merangkul bahu Jung Kook. Jung Kook menjerit jerit ketika dua lagi kawan kawan iaitu Yoongi dan Hoseok menggeletek perutnya. Dah mulut tengah sakit. Jin tercuit melihat kemesraan mereka berenam yang seperti adik beradik Jung Kook.

"Bye Jin hyung! Nanti kita jumpa lagi,"Sesi suai kenal habis di situ.  Jung Kook dan kawan kawannya berlalu pergi meninggalkan Jin. jung Kook melambaikan tangannya ke arah Jin dari jauh.

*    *     *    *

"Jin hyung tu nampak macam baik kan. Dia student baru kat sini. Student tahun tiga," Dari tadi Jung Kook tak habis habis bercerita tentang Jin. Mereka yang lain hanya mampu tadah telinga dan dengar je.

"Cepat betul kau judge orang kan Jung Kook. Kau baru kenal dia beberapa jam je kot, belum kenal dia betul betul macam kau kenal kitorang bertahun tahun," Taehyung protes. Satu kelemahan Jung Kook yang Taehyung tak suka–mudah percaya orang yang baru dia kenal.

"Kalau dia tak datang tolong aku tadi masuk hospital lah aku jawabnya hari ni. Dua minggu lepas korang terlambat, and see apa jadi kat aku. tangan aku patah kena belasah korang tahu tak. Hhmm aku ingat nak jadikan Jin hyung sebagai salah seorang dari geng kita. BTS, korang setuju?." Jung Kook nampak teruja dengan cadangannya.

Pakkk!

Taehyung menepuk kuat meja. Gelas gelas minuman yang berdiri di atas meja bergoyang hampir jatuh.

"No. Aku tak setuju. Aku tak nak orang lain join geng kita. It's more than enough to have six of us. Kitorang ni dah cukup baik jaga kau, protect kau tiap masa Jung Kook. Apa lagi yang tak cukup hah Jung Kook. Setakat dia baru first time tolong kau, doesn't mean kau terus boleh percayakan dia," Jung Kook ditengking oleh Taehyung. Member member yang lain memandang Taehyung pelik. Entah kenapa Taehyung tetiba je jadi emo.

Mata Jung Kook nampak merah. Ada cecair jernih yang menitik. Pandangannya ditundukkan ke lantai. Dia bingkas bangun dan berlari anak keluar dari cafe.

"Kau pehal tetiba marah Jung Kook!Tengok, apa kau dah buat. Jung Kook dah merajuk tu. Kau pergi pujuk dia sekarang," marah Yoongi  menolak dada Taehyung. Taehyung meraup ruang dahi. Meja dihentak sekali lagi.

"Sorry! Aku gagal kawal perasaan aku!" Taehyung kembali duduk di kerusi setelah ditenangkan oleh Jimin.

"Ni mesti kau gaduh dengan Minra kan. Bro, kalau kau ada masalah keluarga jangan libatkan kawan kawan kau,"

"Aku just tak nak Jung Kook jadi macam noona aku. Bila mudah percaya orang, orang akan mudah ambik kesempatan,"balas Taehyung. Dia sayang Jung Kook seperti adik sendiri, seperti mana dia menyayangi Minra.

*    *    *     *

Waktu kedua adalah waktu kuliah. Kali ni Jin tidak tersesat kerana dia sempat bertemu dengan beberapa orang pelajar yang sama tutoran dengannya. Bila waktu kuliah, beberapa tutoran akan digabungkan di dalam sebuah dewan yang luas.

Dewan Kuliah Alfa yang pada mulanya bingit seperti pasar pagi terus jadi senyap dengan kehadiran Mrs.Song. Pensyarah muda itu merupakan pensyarah yang paling tegas dan garang.

"Class, hari ni kita ada student baru!" kata Mrs.Song. Jin yang berdiri di luar diarahkan masuk oleh wanita itu.

"Annyeonghaseyo, Kim Seok Jin imnida. Boleh panggil saya Jin. Sila beri tunjuk ajar," Jin memperkenalkan dirinya di hadapan. Rasa sangat gemuruh bila dirinya ditatap oleh 60 orang pelajar.

"Jin, awak boleh duduk sekarang,"arah Mrs.Song. Jin terus mendapatkan sebuah kerusi di barisan ketiga paling hujung. Di sebelah kerusi itu kelihatan seorang yeoja sedang kalut menulis di atas timbunan kertas.

"Hi!" Jin menyapa yoeja tersebut dengan mesra ketika melambuhkan punggungnya ke kerusi. Yeoja itu cuma diam. Jin sempat menjeling matric card milik yoeja sombong itu. Namanya Kim Minra.

Mrs.Song sedang mengajar di hadapan tapi Minra pula sedang fokus menyiapkan tugasan lain.

"Minra, cuba explain balik point point penting yang saya highlight tadi,"Mrs.Song memanggil Minra. Minra tidak menyahut untuk beberapa saat.

"Kim Minra!"jerit Mrs.Song geram. Minra yang terkejut terus bingkas bangun. Mukanya terpinga pinga melihat Mrs. Song yang sedang menyinga di hadapan.

"Kamu tengah buat apa tu? Dah takde telinga ke tak dengar saya panggil nama kamu tadi," Mrs.Song menjeling Minra tajam.

Wajah Minra terus pucat. Mulutnya tergagap gagap menjawab pertanyaan Mrs.Song. "Miss...err....cakap apa tadi? Boleh ulang balik tak?"Minra cepat cepat selitkan kertas kertas assignment bawah fail dan buku nota.

Mrs.Song menuju ke kerusi Minra. Dia rembat kertas kertas yang Minra sorokkan bawah fail. "So, masa aku mengajar kau bukan main lagi siapkan assignment subjek lain. Pukimak la kau ni," Mrs.Song meremuk kertas kertas tersebut lalu dicampakkan ke muka Minra.

"Ottokae! Miss dah melampau koyakkan assignment saya,"Minra melutut kutip balik gumpalan kertas kertas itu.

"Dah berapa kali aku cakap, time aku mengajar kau tak boleh buat kerja lain. Berdiri kat luar sampai kelas aku habis!"Mrs.Song menghalau Minra keluar di hadapan pelajar pelajar lain. Minra kemaskan buku buku dan alat tulis masuk ke dalam beg. Dengan muka dah setebal kamus diboo kan oleh pelajar pelajar lain, dia pantas berlari keluar sambil tutup muka dengan beg.

*    *     *    *

Dua jam Minra didenda berdiri di luar dewan kuliah. Semua students sudah diberi kebenaran untuk lunch hour selepas kelas bersama Mrs.Song tamat. Tapi Minra masih ditahan oleh Mrs.Song berdiri di situ untuk sejam lagi kerana kesalahan gagal menyiapkan lab report minggu lepas yang Mrs.Song minta hantar.

Student student yang lalu di hadapan Minra menganjing Minra dengan pandangan mengejek. "Hahahaha kaya betul kolej kita letak patung depan dewan ni,"

Jin agak kesian melihat Minra. Dahla kena berdiri lepas tu dapat malu besar lagi kena ejek. Dia menghampiri Minra dengan perlahan lahan. Sebotol air meneral sejuk dihulurkan ke arah gadis itu.

"Nah, saya belikan untuk awak. Awak mesti dahaga kan," Jin senyum penuh ikhlas. Minra mendengus lalu menepis botol air di tangan Jin itu.

"Kalau kau rasa nak ejek aku baik tak payah! Blah la sial, tak payah sibuk pasal aku,"tengking Minra sambil menyepak botol air yang jatuh ke lantai tadi.

"Awak ni boleh tak jadi peramah sikit. Saya nak tolong je! Takde niat pon nak ejek awak,"

"Blah la sial....."Tiba tiba Minra merasakan kepalanya berputar ligat. Dia meramas perutnya yang sakit mencucuk. Tekak terasa mual. Ingin muntah, tetapi angin saja yang keluar. Lututnya terketar ketar tak gagah berdiri. Minra segera memaut lengan Jin untuk menapung tubuhnya. Pandangannya yang kabur jadi gelap. Dia rebah serta merta dalam dakapan Jin.

"Minra, awak ok tak ni. Minra! Minra!" Jin menepuk pipi Minra berkali kali. Tiada tindak balas yang diberikan oleh Minra. Lekas Jin mengendong tubuh Minra ke arah lecturer yang kebetulan lalu di situ.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top