CHAPTER 28
"Come on la Tae! Party! Party!"Hoseok menepuk bahu Taehyung. Taehyung nampak muram je, sekadar duduk di atas sofa sambil mengelamun panjang.
Ahli BTS yang lain sedang terbuai menari. Memandangkan Hoseok ni anak orang kaya, memang kerap la dia adakan parti.
"Tae, meh la enjoy! Aku tengok kau ni sedih je. Heii, noon kau dah matipun! Tak payahla duk fikirkan Minra lagi!" Jimin menarik tangan Taehyung supaya mencari dengannya. Taehyung menggeleng enggan. Dia rimas sebenarnya dengan suasana sekarang, bising dengan muzik dan teriakan, bau bau kuat yang bercampur seperti bau vape, rokok, alkoho—semuanya hanya menyakitkan hidung dan kepalanya. Tak semua orang suka suasana parti, dan Taehyung la orang itu.
Berasa rimas, Taehyung bangun dari sofa dan menuju ke luar rumah untuk ambil udara segar. Kat dalam terlalu bising dan tersangatla tak selesa. Tambahan pula keadaanya sekarang, dia rasa tak sesuai untuk dia berparti. Entahla, banyak benda yang sedang dia fikirkan. Kepala rasa serabut. Beberapa titik air menitik pada rambutnya. Diperhatikan langit malam yang gelap tanpa sinaran bintang bintang. Petanda hujan akan turun.
"Minum! Minum!"semua orang bersorak pada Hoseok yang sedang menari di atas meja. Hoseok meneguk sebotol wain sehingga habis. Diganti pula dengan sebotol wain lagi. Wain yang masih bersisa dalam botol dicurahkan ke sekeliling. Diorang betul betul enjoy. Jiwa muda selalu inginkan keseronokan dan kepuasan.
"Hyung, kenapa tak masuk ke dalam. Nak hujan ni,"Jung Kook datang menyentuh bahu Taehyung. Gelas yang berisi jus oren dihulurkan pada Taehyung. Jung Kook tahu Taehyung tak minum alkohol.
"Bising. Tak selesa,"Taehyung sekadar senyum tawar. Mereka berdua melabuhkan punggung di atas kerusi di ruang beranda memandangkan hujan dah mula turun dengan lebat.
"Errmm...hyung tahu tak yang Minra dah......"belum sempat Jung Kook menghabiskan kata katanya, Taehyung mengangguk. Mungkin hal itu yang sedang menganggu mood Taehyung sekarang.
"Hyung tak pergi melawat ke?"
"Hari hari hyung pergi. Macam tak percaya je dia dah takde,"Taehyung mengeluh. Jung Kook mengusap belakang tubuhnya.
"Hyung sendiri tahu kan semua ni takan jadi kalau Jin tak muncul dalam hidup kita. See, dulu dia hampir nak bunuh Jung Kook and now noona hyung sendiri. Takan hyung nak biarkan je,"hasut Jung Kook. Taehyung tidak menjawab. Otaknya sedang ligat menghadam bait kata kata Jung Kook.
"Salah hyung jugak sebab hyung yang buang Minra. Hyung halau dia. Hyung tak jaga dia dengan baik,"
"Aniya. Jin yang dah rosakkan Minra. Sebab apa? Sebab dia dendam dengan hyung. Hyung kan pernah halang dia rapat dengan Minra. Masa Jung Kook pergi hari pengembumian Minra tu, Jung Kook dapat tahu dari jiran jiran kat sana yang Jin lacurkan Minra pada jantan jantan penagih dadah. Dia buat Minra macam hamba, seksa, dera sampai Minra mati,"Jung Kook terus main peranan sebagai batu api yang memarakkan lagi api kemarahan dalam diri Taehyung. Taehyung berdecit. Matanya berubah tajam. Rahangnya bergetar dengan kuat sambil dia mengetap bibir menahan geram.
"Betul ke apa yang Jung Kook cakap ni,"Taehyung mengcengkam bahu Jung Kook. Jung Kook mengangguk dengan penuh yakin.
"Kalau Jung Kook kat tempat hyung, Jung Kook takan duduk diam je. Hyung, yang mati tu noona kandung hyung, darah daging hyung. Hyung sanggup ke biarkan Minra mati cam tu tanpa dapat apa apa pun pembelaan. Jin pulak bukan main bahagia lagi lepas buat Minra menderita,"Jung Kook tersenyum puas setelah berjaya menyakinkan Taehyung sepenuhnya. Wajah Taehyung berubah bengis. Penumbuk dikepal erat. Kemudian, meja ditumbuk.
"Do something hyung. Kalau hyung betul betul rasa hyung adik yang bertanggungjawab, hyung kena lindungi Minra kan. Tapi apa salahnya kalau hyung balas dendam semua yang Jin dah buat apa Minra,"kata Jung Kook sebelum berlalu meninggalkan Taehyung.
Ketika Jung Kook masuk ke dalam rumah, Jimin sempat menahannya di muka pintu.
"Kau dah buat apa yang aku suruh tu?"soal Jimin.
"Next time jangan libatkan aku lagi dalam masalah kau. Kau sendiri yang buat kau sendiri yang kena tanggung, bukan heret aku sekali,"Jung Kook mengarahkan telunjuknya ke muka Jimin. Jimin sengih.
"Good job. Ni semua untuk kebaikan kita semua Jung Kook. Kau pun tahu kan yang kita semua dah lama berkawan. Kau nak ke BTS berpecah belah. Kau sayangkan kitorang. Aku tahu kau sanggup buat apa saja kan untuk pertahankan persahabatan kita yang dah cecah 7 tahun ni. I know you Jung Kook and I really proud of you,"Jimin menepuk bahu Jung Kook. Dia dah berjaya mempergunakan Jung Kook untuk dia racun fikiran Taehyung. Jimin tahu, Taehyung paling percaya kat Jung Kook dan sudah semestinya Taehyung akan ikut semua yang keluar dari mulut Jung Kook. Jimin gelak seperti meraih satu kemenangan dalam pertandingan besar.
"Come on Jimin. Kau tak boleh nak terus selesa macam ni. Mungkin hari ni aku boleh tolong kau, tapi aku tak jamin yang Jin-hyung akan diam diri je lepas Minra mati. Kau dah rosakkan noona kawan kau sendiri, dan kau tak payah nak berlakon yang kau tu kawan yang baik sangat. Remember that Park Jimin,"balas Jung Kook. Jimin menyilangkan tangan dan masih mampu melakar senyuman. Jung Kook akui Jimin penuh muslihat jahat.
"Setakat Jin tu sekali aku jentik, terus lenyap cam habuk,"balas Jimin penuh riak.
Jung Kook menggulingkan biji matanya.
* * * *
"Ahjumma suruh ajusshi hantarkan makanan ni! Jin dah makan ke belum,"
Jin mempelawa ajusshi Han masuk ke dalam rumah. Dah malam ni, sanggup ajusshi Han datang sini semata mata nak hantarkan makanan.
"Susahkan ajusshi je. Jin boleh je masak,"
Ajusshi Han memasukkan payung yang basah itu ke dalam bakul di sisi pintu. Hujan turun dengan sangat lebat di luar sana.
"Jin macam mana? Dah okay? Ajusshi tengok makin kurus je sekarang,"soal Ajusshi Han. Jin hanya membalas dengan senyuman. Ruang tamu agak bersempah. Diri Jin sendiri tu pun nampak dah tak terurus. Dah boleh tahu yang Jin tak ok. Bukan senang nak lupakan orang yang dah pergi. Ajusshi Han tahu perasaan itu sebab dia pun pernah alami.
Jin ke dapur untuk membancuh teh suam buat ajusshi Han. Ajusshi Han pula keluarkan makan dari bekas dan hidangkan di dalam pinggan.
"Jin, ahjumma tu risau sangat kat kamu tinggal sorang diri kat sini. Apa kata esok kamu pindah ke rumah kitorang. Tinggal dengan kitorang. Kami masih mampu jaga makan pakai kamu,"kata ajusshi Han sambil meneguk teh yang Jin buatkan.
"Tadi tu pun dia beriya nak datang sini tengok kamu. Tapi ajusshi kata tak payah!"
"Ajusshi, Jin okaylah. Tak payahla risau. Jin boleh lagi survive,"balas Jin. Makanan yang dibawa oleh ajusshi Han itu dijamah sedikit.
"Ajusshi tahu kamu tak ok. Please Jin, tolong lupakan apa yang patut kamu lupakan. Kamu yang masih bernyawa ni perlu teruskan hidup dengan normal,"nasihat Ajusshi Han.
"Normal? Semuanya takan kembali normal macam dulu. Entah la ajusshi Jin rasa hidup Jin dah tak lengkap lepas Minra takde. Jin hidup ni pun dah macam takde apa apa pun tujuan,"keluh Jin. Ajusshi Han terus menggenggam erat tangannya.
"No. Ahjumma dan ajusshi perlukan Jin. Ahjumma tu, kalau ajusshi takde nanti.....ajusshi harap kamu boleh tengokkan dia,"
"Lahh ajusshi nak pergi mana?"
"Ajusshi ni dah tua. Bila bila masa je boleh mati,"
Jin berdehem. Agak lain apa yang Ajusshi Han kata itu. Dia tak selesa kalau dibicarakan soal mati. Sebab benda tu sangat bagi kesan padanya.
Tik! Tik!
Beberapa titis air menitik di atas meja. Jin dan ajusshi Han serentak memandang ke siling. Air keluar dari beberapa lubang di siling yang bocor.
"Bocor tu. Teruk nanti kalau tak baiki. Nanti habis semua siling ni rosak. Lepas siap makan, ajusshi nak pergi kedai, nak beli penampal,"kata Ajusshi Han lalu menghabiskan air teh yang masih berbaki di cawannya.
"Bocor sikit je tu. Tak payahla!"
"Jin, ajusshi ikhlas nak tolong. Lagi pun benda kecik je ni,"
"Kalau macam tu, Jin temakan ajusshi pergi kedai. Bahayalah ajusshi pergi sorang diri,"
* * * *
"Seok, hp kau berbunyi ni,"Namjoon bawakan telefon Hoseok itu. Dari tadi lagi duk berbunyi.
"Reject jelah! Tak penting pun!"Hoseok ambil dan campakkan telefonnya ke lantai. Iphone plus tu woi. Dia terus menari tanpa menghiraukan Namjoon.
"Hoi, yang call tadi tu omma kau!"Namjoon menjerit di telinga Hoseok. Muzik kuat sangat sampai nak bercakap pun tak beberapa dengar.
"What?"
"Mummy kau call la bangang. Dah lima kali kot,"
Perkataan mummy itu cukup menghentikan gerak geri kaki Hoseok. Dia kutip semula telefonnya, turn on dan call balik.
"Suruh diorang tutup muzik tu. Aku nak bercakap dengan mummy aku ni kejap,"arah Hoseok sambil pergi ke dapur yang dirasakan lebih aman sikit untuk bercakap.
"Hello mummy, ada apa call Seok ni?"
"Mummy dan daddy dah sampai airport. Tolong ambil kami ye!"
Mata Hoseok terbeliak. Dahinya ditepuk.
"What? Seriously! Mummy cakap mummy balik next week. Wth!"
"Lahh dah kerja kitorang habis awal, so boleh balik awal la. Ni kenapa ni bising sangat? Seok kat mana tu!"
"Seok errr.....Seok dengan kawan kawan ni. Kat majlis ceramah,"
"Ceramah apa bendanya malam malam ni. Ambil mummy sekarang,"
"Mummy naik teksi tak boleh ke?"
"Tengah hujan sekarang! Susah nak dapatkan teksi,"
"Driver kan ada. Suruh dia jelah. Seok busy ni,"
"Driver cuti,"
"Naik grab jelah!"
"AMBIK MUMMY SEKARANG. JANGAN BANYAK ALASAN. MUMMY DAN DADDY NAK DINNER DENGAN KAMU MALAM NI,"Puan Jung terus matikan panggilan. Suaranya seperti menengking. Hoseok terus bergegas ke ruang tamu. Habis dia nanti kalau mummy dan daddy dia balik tengok keadaan rumah dah macam tempat lupus sampah. Party ni pun Hoseok buat tanpa pengetahuan diorang.
"Seok, malam ni I tidur kat sini ye!"Nancy datang melilitkan tangan pada pinggang Hoseok.
"No way. Now, you suruh kawan kawan you balik sekarang. Party dah tamat!"Hoseok tolak Nancy dan beberapa yang sedang leka menari itu.
"GUYS! GUYS! PAY ATTENTION PLIS. PARTY DAH TAMAT. KORANG SEMUA BOLEH BERAMBUS DAN BALIK ASAP! KELUAR SEKARANG!"jerit Hoseok menghalau tetamunya keluar.
"Hey, what's wrong ni. Baru kul 11.00, takan dah nak tutup. Kata sampai 6.00 pagi!"Jimin yang dalam keadaan mabuk itu merangkul bahu Hoseok. Yang lain dah berjaya Hoseok halau keluar, tinggal ahli ahli BTS saja.
"Korang kena tolong aku. My mummy and daddy dah balik. Tolong kemaskan rumah ni sebersih mungkin before diorang balik. Pliss gais, help me,"rayu Hoseok.
"Boleh, tapi esok belanja kitorang makan,"
Hoseok angguk je dengan permintaan diorang. Yang penting rumah mesti kemas dan bersih before mummy dan daddy dia jejakkan kaki ke dalam. Hoseok ambil kunci kereta, terhuyang hayung berjalan keluar rumah.
"Seok, kau still mabuk ni. Boleh ke drive?"Taehyung memapah Hoseok ke kereta.
"Im fine bro. Dah, pergi tolong diorang kemas,"Hoseok terus menghidupkan enjin kereta, memandu keluar dalam keadaan tak tentu arah.
* * * *
Jin pimpin tangan Ajusshi Han menuju ke laluan untuk melintas. Jalan agak legang. Tak banyak kenderaan yang lalu lalang. Jin tekan tombol merah pada tiang besi itu. Lampu hijau beralih ke warna merah. Orang orang yang dari seberang jalan berasak asak nak lintas jalan sampai diorang terlanggar Jin dan barang barang yang dibawa oleh Jin bertaburan jatuh.
Ajusshi Han dah jauh tinggalkan Jin di hadapan semasa Jin cepat cepat kutip dan masukkan semula barang barang ke dalam plastik.
Vroomm! Vroomm!
Tanpa ajusshi Han sedar, sebuah kereta meluru laju ke arahnya. Lampu isyarat sedang masih merah, tapi kereta itu tidak berhenti lalu merempuh tubuh ajusshi Han.
"Ajusshi!"jerit Jin melihat tubuh ajusshi tercampak jauh, kemudian digilis berkali kali oleh kereta kereta yang lain. Jin terus berlari mendapatkan ajusshi Han yang terbaring dengan tubuh separuh hancur, kaki terputus, kepala pecah berkecai. Kereta yang melanggar ajusshi Han itu berhenti. Pemandunya keluar dalam keadaan cemas. Jin sempat memandang ke arah Hoseok yang hanya meletakkan beberapa helai duit di sebelah mayat ajusshi Han. Hoseok masuk semula ke dalam kereta dan memandu pergi. Jin cuba mengejar kereta itu tapi gagal. Orang ramai menggerumuni mayat ajusshi Han.
Jin angkat tubuh Ajusshi Han dan letakkan di atas ribanya. Dia menangis teresak esak. Dia biarkan darah ajusshi Han membasahi pakaiannya. Tubuh itu dipeluk erat.
"Andwae! Ajushhi! Ajusshi!"Jin meraung sekuat hatinya. Beberapa lama kemudian, bunyi riuh siren ambulans menjengah telinga. Dan Jin, masih tetap memeluk ajusshi Han.
* * * *
"Korang buat kerja ke tak? Kenapa korang bebaskan Jung Hoseok. Dia pembunuh tu. Dia dah langgar ajusshi Han depan mata saya sendiri,"Jin memukul meja itu. Baru je semalam polis tahan Hoseok, hari ni dia dapat berita Hoseok dilepaskan sebab tiada bukti kukuh yang dapat mengaitkan dia bersalah. Wtf. Keterangan yang Jin bagi tak cukup kukuh ke.
"Dik, kami dah siasat dengan teliti. Kami langsung tak jumpa bukti yang ketika mangsa dilanggar, Hoseok takde di tempat kejadian. Rakaman cctv di sekitar pun takde menunjukkan dia di situ,"terang anggota polis itu. Sekali lagi Jin menghempuk meja dengan kuat.
"Tipu!"Jin menjerit, menarik perhatian beberapa orang di sekitarnya yang terus memandang ke arahnya. Polis itu bangun dan heret Jin keluar dari bilik tersebut. Jin dibawa ke sebuah bilik lagi. Macam bilik peribadi.
"Ada seseorang nak jumpa kau kat dalam,"Polis itu tolak Jin masuk ke dalam bilik tersebut. Kelihatan seorang lelaki berkot hitam berdiri membelakangi Jin. Lelaki tersebut memusingkan tubuhnya menghadap Jin.
"Kim Seok Jin?"tanyanya. Jin angguk perlahan. Polis kat belakang Jin itu beri tunduk hormat pada lelaki tersebut.
"Ajusshi ni siapa?"
"Tuan Jung. Saya appa Hoseok. Ahli politik yang sangat berpengaruh kat Seoul,"balas Tuan Jung dengan riak angkuh. Pandangannya cukup dingin pada Jin.
"Anak kau pembunuh!"kata Jin dengan penuh berani.
"Hahahaha, orang miskin dan bawahan macam kau patut hormat golongan seperti aku. Anak aku punya masa depan yang lebih cerah, so aku tak nak disebabkan benda kecik macam ni hidup dia terjejas. Aku harap kau faham. Sekarang bagitahu je berapa kau nak. Aku boleh bagi. Asalkan kau tutup mulut kau. Semuanya akan selesai,"Tuan Jung keluarkan buku cek dari poket kotnya. Sejumlah wang yang cukup besar ditulis disertakan dengan tanda tangannya. Cek itu diserahkan pada Jin.
"Duit? Tuan fikir semua benda Tuan boleh beli dengan duit Tuan. Kalau duit Tuan ni boleh beli nyawa orang yang dah mati, boleh hidupkan balik ajusshi saya....saya akan terima...."Jin ambil cek tersebut.
"....tapi masalahnya duit Tuan ni takde bawak apa apa pun makna. Sesen pun saya tak nak dari Tuan,"Dia mengonyakkannya dan melemparkan ke muka Tuan Jung. Tuan Jung agak tergamam.
"Pembunuh tetap pembunuh. Tentang masa depan anak Tuan tu, saya yakin dia akan jadi orang yang tak guna nanti!"Jin terus keluar dari bilik tersebut. Dia puas dengan tindakannya tadi. Manusia yang hidup dengan wang, akan fikir wang dapat selesaikan semua masalah. Tapi tak!
* * * *
Universiti Seoul,
Tempat itu tetap sama bagi Jin. Bagunannnya tidak berubah. Mungkin yang terasa berubah itu hanyalah suasanannya. Dua bulan dia tanggunghkan pengajiannya dan sekarang dia akan mulakan semula. Sebab semuanya bermula di sini, dan dia akan berusaha mencari pengakhiran yang bahagia di sini. Ya, di sini dia kenal segala kebaikan dan kejahatan. Kawan dan lawan.
Jin berjalan menuju ke lokernya. Beberapa orang student yang lalu lalang berdekatannya mula memerhatikan ke arahnya dan berbisik antara satu sama lain. Jin sekadar menghiraukan mereka. Mungkin agak ganjil bagi mereka melihat kemunculan semula Kim Seok Jin setelah lama menghilang.
"Dia buat apa kat sini? Aku ingatkan kolej dah buang dia,"
"Si pembawa tu dah muncul balik. Naya kita,"
"Aku dengar dia kan yang menyebabkan Minra mati. Dia jadikan Minra pelacur, lepas tu seksa betina tu sampai mati. Gila ahh!"
Telinga Jin menangkap bisik bisik itu. Kebanyakannya buruk untuk didengar. Biarkan orang nak kata apa. Yang penting dia nak selesaikan apa yang patut dia buat. Banyak benda yang tertangguh. Dan Jin sudah nekad dengan penuh keberaniannya akan berhadapan dengan apa saja yang datang.
Dia mengelap pintu lokernya yang ditutupi habuk. Banyak sangat contengan contengan lucah dan nota nota ditampalkan pada lokernya itu. Anak kunci dimasukkan ke dalam soket. Pintu loker dikuak. Jin tersenyum melihat gambar Minra bersamanya terletak elok di dalam.
"Kim Seok Jin! We're happy to see that today u back again here!"satu suara menyapa Jin dari belakang, disusuli dengan bunyi tepukan tangan seperti dia disambut dengan sangat meriah. Jin menutup kembali pintu lokernya dan menoleh pada mereka. Mereka berenam.
Taehyung.
Jimin.
Hoseok.
Yoongi.
Namjoon.
Jung Kook.
"Yes, I'm here.....here to play a game with BTS,"balas Jin tersenyum.
"Jin....kat sini bakal jadi neraka kau,"Jimin menepuk bahu Jin dengan pandangan mengejek.
"Kalau kat sini neraka, so korang berenam ni lah setan setan jahat yang huni nereka ni kan,"Jin amati wajah wajah itu. Penuh kepalsuan dan dosa.
Vote and comment. Before raya ff ni akan tamat ye.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top