CHAPTER 20

Dari cermin kecil pada pintu bilik rawatan,Jin dapat melihat Minra terbaring lemah di atas katil,sedang dirawat oleh dua orang jururawat dan seorang doktor perempuan pertengahan usia. Tadi masa dia nak balik ke rumah,lepas habis kerja-hujan lebat sangat time tu. So,Jin hentikan sekejap motornya di bus stop untuk berteduh. Kebetulan ada seorang perempuan kat situ,berpeluk tubuh kerana kesejukan. Rupanya Minra. Bila dia tegur Minra,Minra tiba tiba je pengsen. Dia terus minta bantuan dan bawa Minra ke klinik.

Kreekk! Bunyi pintu ditolak terus buat Jin bingkas bangun dari kerusi. Dia bergegas pergi mendapatkan doktor yang merawat Minra tadi.

"Perempuan tu,dia ok kan doktor?"

"She's fine. Dia cuma kesejukan, tu yang sampai pengsan. But nasib baik awak cepat cepat bawak wife awak ke sini,kalau tak ia akan beri effect pada kandungan isteri encik,"Jin jadi keliru. Kandungan? Apa maksud doktor tu?

"Kandungan?"soal Jin blur.

"Yes. Ohh,encik tak tahu lagi la ni,isteri encik mengandung 2 bulan. Tahniah,"ucap doktor tersebut,tapi langsung tak bagi reaksi yang ceria untuk Jin seperti suami suami yang lain-bila tahu isteri mengandung,terus excited gila. Correction yang akak doktor,Minra bukan bini saya.

"Takpelah encik,buat masa sekarang ni isteri encik tak boleh balik lagi,tunggu bila dia sedar and dia betul betul sihat dulu baru boleh keluar. Ermm,kalau encik nak tengok isteri encik sekarang pun boleh.....silakan ye,"pelawa doktor tersebut lalu membawa langkahnya pergi meninggalkan bilik rawatan.

Entah,Jin speechless dengan berita yang disampaikan oleh doktor tadi. Minra mengandung? Mengandungkan anak saper? Haishh,pening dibuatnya. Lagipun hampir sebulan jugak Jin tak jumpa Minra. Mungkin banyak perkara yang berubah pada Minra tanpa pengetahuannya,
memandangkan apa yang Minra buat pun Jin dah tak ambil tahu.

Lagipun,Minra sendiri yang mengakhiri hubungan mereka.

Jin masuk ke dalam bilik itu. Dia berdiri di sisi Minra. Wajah gadis itu ditatap lama. Masih tetap cantik,tipulah dia cakap kalau perasaan sayang pada Minra itu dah takde. Hatinya,hatinya masih tetap ada Minra.

"Minra....,"tangan Minra diraih,digenggam erat. Rasa sejuk seperti ais.

"Anak tu,anak Jimin ke?"soal Jin,rasa kecewa mula menyelubungi hati. Kalau tu anak Jimin,tapi mana Jimin sekarang? Jimin sepatutnya yang berada di sini.

Jin lepaskan tangan Minra. Dia mula membuka langkah menjauhi katil itu.

"JJJINN!"suara halus itu tiba tiba menyapanya. Kaki Jin terus melekat pada lantai,langkahnya terhenti.

"Jin,awak ke tu?"

Seketika kemudian,Jin menoleh ke belakang.

"Minra!"

*    *    *     *

"Kitorang....dah terlanjur,"

"Saya dah tak tahu nak buat apa sekarang. Jimin pulak tak nak bertanggungjawab. Anak dalam perut ni anak dia. Saya buntu Jin,benda ni terlalu berat untuk saya tanggung sorang diri,"Minra meramas rambutnya. Nampak kusut dan serabut.

"Sabar ye Minra. Taehyung....Taehyung kan adik awak. Dia kena tahu tentang keadaan awak ni,"

"No,Taehyung dah buang saya. Kalau dia tahu saya mengandung,tentu dia lagi benci saya. Tolong saya Jin,saya dah takde saper saper lagi dalam hidup saya,"Minra menangis teresak esak,buntu dengan situasi yang sedang dia alami sekarang. Terlalu berat,terlalu perit. Lelaki hanya tahu rosakkan perempuan,bila nafsu sudah dipuaskan,tidak semua lelaki tahu bertanggungjawab,malah perempuan yang lemah ini ditingggalkan begitu saja.

Kejam.

"Habis tu awak nak buat apa sekarang?"

"Takde cara lain,saya nak gugurkan kandungan ni,"nekad Minra,yang dia rasa cara yang terbaik untuk lepas dari semua masalahnya sekarang.

"Bayi tu tak salah apa apa pun Minra. Awak nak jadi pembunuh ke,"

"Memang dia takde dosa. Tapi bila saya dah lahirkan dia nanti,saya tak mampu nak besarkan dia sorang diri tanpa ayah. Lebih baik....lebih baik dia mati,"

Jin kelu. Tiada jawapan yang harus dia berikan,samada dia menyokong ataupun membantah cadangan Minra.

"Jin,saya cuma ada awak sorang je sekarang. Awak janji dengan saya,awak takan tinggalkan saya kan?"soal Minra. Dia peluk pinggang Jin erat. Jin tepuk belakang tubuh Minra perlahan. Dalam keadaan Minra yang tersempit macam ni,hatinya tetap terpaut untuk bersama wanita itu walaupun perit masa lalu dia ditinggalkan oleh Minra sendiri masih berbekas parut di hatinya.

"Ya,saya janji,"balas Jin.

*     *     *     *

"Minra mengandung,"dengan dua perkataan itu,Yoongi dan Namjoon membulat biji mata.

"Oklah tu,tu maknanya alat sulit dan sperma kau aktif,elok,"Namjoon bagi jawapan bodoh. Terus Jimin siku kepalanya.

"Kau bodoh sangat ni pehal hah. Aku bukannya mandul. Tengok sebelum ni berapa ramai betina aku buntingkan,"

"So,apa tindakan kau sekarang. Takan kau nak biarkan macam tu je. Masak kau nanti kalau Minra bagitahu Taehyung,"balas Yoongi.

"Aku blah awal awal lagi. Aku tak nak bertanggungjawab. Lagipun,tu bukannya anak aku,"

"Eh tenuk,takde otak ke. Dah kau yang jolok dia,sah sah tu anak kau.,"Namjoon lempang balik kepala Jimin. Dah la pendek,otak pulak singkat.

"So,aku kena buat apa sekarang. Kahwin dengan Minra,lepastu besarkan anak kitorang sama sama. Come on,darah muda aku ni belum habis lagi dalam diri aku,this time aku nak enjoy puas puas,"balas Jimin,terserlah kebodohannya.

"Enjoy je kau tahu,"

"Ermm....apa kata kau suruh Minra gugurkan kandungan tu. Kau bagi duit sikit kat dia,and suruh gugurkan anak kau tu ASAP. After that,masalah selesai. Minra tak payah susah susah lahirkan anak kau,lepas tu kau dah tak perlu bertanggungjawab lagi,"

"You so brilliant Min Yoongi!"

"Yes I'm!"

*    *     *    *

Jin Hye pandang gadis itu atas bawah. Lalu beralih pula dia memandang Jin dengan riak muka yang meminta penjelasan. Ada satu beg pakai besar di tangan Jin.

"Ni kawan Jin,Kim Minra,"

"Anyyeong unnie!"sapa Minra menghulurkan tangannya pada Jin Hye. Jin Hye menyambut dengan senyuman.

"Boleh tak buat masa sekarang ni Minra tumpang duduk sini kejap? Dia kena halau dari rumah sebab dah lama tak bayar duit sewa. Minra ni anak yatim,"balas Jin. Jin Hye tidak pula mengangguk,tidak pula mengiyakan permintaan Jin,sebaliknya memandang pelik pada Minra yang berada di belakang Jin.

"Onni,please.....kali ni je Jin mintak,tolong benarkan Minra tinggal kat sini buat sementara waktu. Minra takde tempat tinggal. Dia tak tahu nak pergi mana,"tambah Jin lagi. Kesian pulak Jin Hye tengok Minra. Maklumlah,Minra kan perempuan.  Bahaya bagi perempuan duduk merayau rayau sorang diri kat luar.

"Yelah,yelah. Onni benarkan. Minra,rumah unnie ni kecil je. Harap Minra selesa tinggal kat sini,"

"Ehh takpe,saya bersyukur sangat sangat sebab unnie benarkan saya tinggal kat sini,"

"Jin,pergi tunjuk bilik Minra,"arah Jin Hye.

"Jom Minra,"Jin bawa beg pakaian Minra ke tingkat atas. Minra pula mengekorinya dari belakang. Mereka sampai di satu bilik,bilik yang paling hujung di tingkat atas.

"Ni bilik awak,bilik kat sebelah ni bilik onni saya. Bilik saya pulak kat sebelah sana,"Jin bukakan pintu bilik itu untuk Minra masuk dan letak beg pakaian Minra sekali.

"Awak berehatlah dulu. Awak tak berapa sihat lagi tu. Takut effect kat baby dalam perut awak tu pulak,"

"Jin.....ermm,gamawo!"

Vote and comment.
Mian klau xbest

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top