CHAPTER 15
Pinn!
Minra bergegas keluar dari biliknya sebaik sahaja kedengaran bunyi hon kereta dari luar rumah. Kelihatan kereta milik Jimin terparking di hadapan rumah. Minra terus keluar dari rumah,melangkah menuju ke arah kereta Jimin.
Minra menarik pintu di seat sebelah pemandu. Membulat biji matanya apabila melihat sejambak bunga rose merah terletak elok di atas kusyen.
"Apa ni?"soal Minra,menjongketkan kening ke atas dengan dahi berkerut.
"Untuk awak!" balas Jimin,mengangkat jambangan bunga tersebut dan memberikan pada Minra. Minra tersenyum lebar. Bunga itu dihidu sekilas. Wangi baunya.
"Gamawo! Susah susah je awak belikan bunga ni untuk saya!" balas Minra malu malu. Dia masuk ke dalam perut kereta dan melabuhkan punggungnya.
"Awak dah breakfast ke belum ni?" soal Jimin.
Minra menggeleng.
"Saya terbangun lewat. Sampai tak sempat nak breakfast!" Minra tersenyum tawar.
"Kalau macam tu jomlah kita breakfast dulu," balas Jimin terus menghidupkan enjin kereta. Beberapa minit perjalanan,Jimin memberhentikan keretanya di hadapan cafe omelas;tempat Jin bekerja. Minra menelan air liur.
Jimin keluar dari perut kereta. Minra pula masih berada di dalam.
"Tak nak keluar ke," Jimin membukakan pintu di tempat duduk Minra.
"Ahh Nae!" Harap-harap dia takan terserempak dengan Jin.
* * * *
Jin menyemburkan sedikit perfum Dashing pada tubuhnya. Dikemaskan rambutnya supaya kelihatan lebih rasa. Dia menanggalkan kaca matanya. Tanpa kaca mata,wajahnya tampak lebih kacak. Jin tersengih,menilik wajahnya sekejap pada cermin solek.
"Tentu Minra akan cakap aku kacak bila tak pakai spek," monolog Jin. Usai memperkemaskan dirinya,dia mengambil dua buah helmet dan keluar dari bilik.
* * * *
Jin memberhentikan motosikalnya di hadapan rumah sewa Minra. Kelmarin,dia dah janji nak jemput Minra.
"Minra! Oh Minra!" panggil Jin. Sebaliknya bukan Minra yang keluar. Wajah Minjin terjengul di muka pintu.
"Kau nak apa ganggu orang tidur pagi-pagi buta ni," kata Yuuna.
"Minra ada tak?"soal Jin.
"Minra takde! Dia dah keluar. Tadi ada sorang mamat kaya nama Jimin datang jemput dia. Kau lupakan jelah Minra tu. Dia bukan cintakan kau pun,"kata Yuuna. Dia masuk semula ke dalam rumah dan tutup pintu. Jin mengeluh kesal. Minra dah mungkir janji!
* * * *
Jin berhenti di Cafe Omelas. Dia ingat nak beli latte dan sandwich untuk sarapan. Kelihatan sebuah kereta audi mewah berwarna hitam terparking di hadapan cafe. Jin mengamati kereta itu lama. Audi A4 2.0 TFSI. Dulu,dia pernah berangan untuk memiliki kereta tersebut.
Jin kuak pintu masuk dan melangkah masuk ke dalam cafe. Pelanggang tidak ramai sangat pada awal pagi macam ni. Boleh kira dengan jari.
Langkahnya terus mati. Di satu sudut,dia melihat Minra dengan seorang lelaki. Dia kenal lelaki tersebut. Kalau tak silapnya,itu ialah Jimin. Jin memerhatikan mereka berdua dari jauh. Kelihatan bukan main mesra lagi Minra dengan Jimin. Jimin tengah sapu mulut Minra yang comot. Jin hanya mampu tersenyum tawar. Dalam hatinya,hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya. Dia terus keluar dari cafe.
Dia naik motosikalnya dan beransur meninggalkan Omelas Cafe dengan hati yang hancur remuk.
* * * *
Jimin memandang screen telefon dengan senyuman lebar di bibirnya. Yoongi menyiku lengan Namjoon. Mereka memandang ke arah Jimin serentak.
"Sejak dua menjak ni,aku tengok kau bukan main happy je. Kau tak nak share dengan kitorang ke," usik Namjoon. Jimin mengangkat wajah memandang kawan-kawannya.
"Aku ada kenal satu awek ni. Boleh tahan cun jugaklah," balas Jimin sambil mengangkat thums up.
"Awek? Yang ni kali ke berapa?" mereka sedia maklum yang Jimin ni playboy yang berjaya. Tiap-tiap bulan tukar awek.
"Bagilah kitorang kenal jugak," kata Yoongi. Jimin menunjukkan gambar seorang perempuan pada telefonnya pada Yoongi dan Namjoon.
"Cantik tak? Nama dia Kim Minra. Dah seminggu aku kenal dia,"
Yoongi mengamati gambar itu lama. Muka macam pernah dia kenal.
"Wei,ni onni Taehyunglah. Aku kenal dia. Dia satu kelas dengan aku. Dia gak awek si Jin," terang Yoongi. Mata Jimin terbeliak.
"Serius ke beb?"
"Yelah!"
"Ramai orang cakap yang Minra ni perempuan murahan. Dia kerja kat kelab malam sebagai pelacur. Layan-layan jantan tu semua,"tambah Yoongi lagi.
Jimin bermain-main dengan jarinya. Dia tersenyun sinis.
"Menarik ni!"
"Btw aku ada satu plan jahat nak kenakan si Jin,but korang berdua kenallah bekerjasama dengan aku," kata Yoongi.
"Plan apa? Macam menarik je!" Jimin dan Namjoon kelihatan berminat nak join sama.
"Aku memang benci gila nak mampos kat Jin tu. Kau tahu tak,sejak dia datang sini...senang senang je dia nak caras jawatan aku. Si,Mrs Song tu...asyik lebihkan Jin je dari aku. So,aku ingat aku nak ajar sikit mamat tu. Plannya macam ni........"
* * * *
"Ada apa korang bertiga nak jumpa aku ni? Something import to share?" soal Taehyung. Bukan main serius lagi si Yoongi call dia ajak jumpa. Katanya emergency.
"This about Minra and Jin!" sambung Jimin.
"Minra dan mamat tu? Pehal?" soal Taehyung,tak sabar sabar nak tahu.
"Aku tahu kau still sayang Minra. She's your sister right. So,aku rasa sebagai adik kau bertanggungjawab jaga kakak kau," kata Yoongi.
"Tak,apa sebenarnya korang nak cakap ni? Straight to the point boleh tak?"
"Ok fine. Jin;mamat tak guna tu cuba rosakkan Minra. Dah lama dah aku perasan perkara ni. Kau tahu tak,aku tengok Jin tu rapat sangat dengan Minra. Bukan main syok lagi dia pegang-pegang Minra. Silap-silap hari bulan dia ngap onni kau tu macam mana," balas Jin.
"Yes! Better kau warning mamat tu before dia buat perkara tak elok pada onni kau," tambah Jimin. Taehyung mengenggam penumbuk dengan mata yang mencerlung tajam. Takde saper pun boleh apa apa kan onninya.
"Tengah hari nanti korang berdua ikut aku. Kita belasah jantan tak guna tu cukup-cukup!"
* * * *
"Pagi tadi saya datang rumah awak. Saya ingat nak ambil awak tapi awak takde," kata Jin. Minra menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Alasan apa yang patut dia bagi pada Jin ni.
"Kawan saya yang jemput saya tadi. Sorrylah!" balasnya tersenyum tawar.
"Balik nanti kita balik sama sama nak?" Beriya-iya Jin cuba meluangkan masanya dengan Minra. Tapi tulah,Minra nampak macam nak mengelak dengannya saja. Jin perasaan perubahan demi perubahan pada Minra.
"Sorry sangat sangat. Actually saya dah janji dengan kawan-kawan saya yang kitorang nak keluar sama sama," tipu Minra untuk menolak mentah-mentah ajakan dari Jin. Sebenarnya,Jimin dah janji dengannya untuk keluar sama sama. Katanya nak pergi taman tema.
"Takpelah. Lain kali jelah,"Jin tahu Minra akan tolak pelawaannya. Betul sangkaan Jin,Minra dah ada lelaki lain. Bererti dia akan dipalaukan. Entah,mungkin Jin sendiri yang terlalu menaruh harapan pada Minra sedangkan Minra cuma anggap dia kawan biasa je. One-sided-love. It's so hurt!
* * * *
Jin memerhatikan dari jauh Minra meluru ke arah sebuah kereta audi mewah. Jimin membukakan pintu kereta di tempat duduk sebelah pemandu untuk Minra masuk. Diorang berdua nampak sangat sweet.
"Sabar Jin! Kau tak boleh paksa orang lain cintakan kau sedangkan dia langsung tak cintakan kau," bisik Jin cuba memulihkan hatinya yang berasa sungguh sakit. Dia hanya mampu tersenyum melihat Minra bahagia. Itu sudah cukup baginya.
Jin mengesat air jernih yang sedikit mengalir keluar dari pelupok mata. Dia cuba menguatkan dirinya. Dia berjalan ke arah tempat dia parking motosikalnya. Kelihatan 3 orang lelaki berada berdekatan motosikalnya.
Taehyung,Yoongi dan Namjoon.
"Diorang buat apa kat situ?" soal Jin pelik. Jin berjalan mendekati mereka bertiga.
"Ada apa ni?" soal Jin. Taehyung melirik ke arahnya dengan pandangan mata yang cukup tajam. Nampak tak puas hati je.
"Lelaki tak guna,apa yang kau tak puas hati dengan aku hah?"Taehyung menolak Jin kasar sehingga Jin jatuh terlentang ke tanah.
"Tae,kenapa ni? Hyung ada buat salah apa dengan kamu?"
"Kau tak payah nak berlagak baiklah. Jijik aku dengan lelaki tak guna macam kau ni," celah Yoongi.
"Tak,apa maksud korang sebenarnya?" Jin masih bingun kenapa diorang bertiga tiba tiba datang serang dia.
Bukkk!
Taehyung menumbuk wajah Jin. Kiri dan kanan.
"Ni last warning dari aku,jangan sesekali kau dekat dengan Minra. Kau dah banyak kenal lelaki macam kau ni. Kau tu cuma nak rosakkan kakak aku je," kemudian,perut Jin ditendang berkali-kali oleh Taehyung. Jin termuntah darah. Nak melawan,dia tak mampu. Dia lemah.
"Kalau aku tengok kau still cuba mendekati onni aku,mampos kau nanti aku kerjakan. Ingat....jangan berani kau sentuh dia!" kata Taehyung.
"Padan muka kau!" sindir Namjoon lalu menolak motosikal milik Jin jatuh terhempas pada tubuh Jin. Jin meraung kesakitan,meronta-ronta cuba mengalihkan motosikal itu dari tubuhnya.
"Dah,jom blah!" mereka bertiga terus meninggalkan Jin di situ.
Kebetulan Hoseok yang lalu di kawasan parking,melihat Jin dalam keadaan nazak. Terus dia mendapatkan Jin.
"Apa dah jadi pada hyung ni?" terkejut Hoseok melihat wajah Jin lebam,bermuluran dengan darah. Hoseok lekas mengalihkan motosikal yang menghimpit tubuh Jin. Dia memapah Jin bangun.
"Kita pergi klinik ye. Hyung luka teruk ni," kata Hoseok. Jin menggelengkan kepalanya.
"Tak payah!"
* * * *
Kesian Jin,tak habis habis kena aniaya😭😧mian kalau author ni kejam sebab tlh menyeksa Jin dalam ff ni. Fans Jin mohon jngan kencam author.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top