Bab 2

"Suha... jaga diri baik-baik tau. Jangan lupa solat, mengaji dan selawat. Kalau tak cukup duit ke apa, bagitahu mama," pesan Puan Eliza dengan air mata yang menitik laju ke pipi. Perasaan sebak menyelubungi diri apabila terpaksa berpisah dengan anak tunggalnya. 

Nasuha menarik tangan ibunya lalu mengusap lembut. "Mama pun jaga diri tau. Jangan lupa makan. Tak payah risaukan Suha. In Shaa Allah, Suha okey kat sini."

"Terima kasih sayang." Puan Eliza memeluk erat satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

Nasuha membalas pelukan ibunya. Air mata yang bertakung dihapus. Tangis yang ditahan akhirnya gugur apabila esakan Puan Eliza semakin kuat. 

Dia menyalami tangan Puan Eliza. "Bye, ma. Suha masuk dulu ye. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, belajar rajin-rajin."

Eyreen Nasuha membetulkan lipatan tudung bawalnya sebelum mengangkat bagasi bersaiz besar masuk ke dalam pintu yang bertanda 4.4. Dia terpegun apabila melihat empat kompartmen di dalamnya. 

'Oh, inilah maksud huruf D kat kunci ni.' Kata hati Nasuha sambil memandang kunci bilik yang dia dapat semasa pendaftaran. 

Nasuha membawa masuk bagasi besar miliknya ke dalam kompartmen D lalu menyambung mengangkat barang yang lain satu-persatu. Usai meletakkan barang-barang di dalam kompartmen, terasa debaran di dada Nasuha saat terpandang penghuni kompartmen A di hadapannya. Perlahan sahaja dia melangkah menuju ke arah gadis itu. 

"Assalammualaikum."

"Waalaikummussalam." Salam Nasuha dijawab lembut. Gadis berambut pendek dan berkulit putih yang sedang berpeluh mengemas barang dipandang. 

"Nama saya Eyreen Nasuha. Boleh panggil Suha. Nama awak?"

"Nama aku Nurul Suhadah. Panggil je Adah. Aku ambil Pendidikan Bahasa Arab. Kau pula?" 

"Sejarah dan Tamadun. "

"Kau dah habis kemas barang ke? Nak aku tolong?"

Suha menggeleng kepala sambil tersenyum. "Eh, takpe! Barang saya sikit je. Saje tegur awak dulu."

"Iyelah tu sikit. Aku nampak barang kau punyalah banyak macam persediaan tersesat kat pulau."

Suha tersenyum kecil menahan malu. Al-maklumlah ini kali pertama dia berjauhan dari keluarga jadi dia bawa sahaja semua barang yang dia rasa perlu. Walaupun agak banyak, janji selesa. 

"Kau dah makan ke belum ni? Kalau belum, aku teman. Aku dah jalan-jalan sekeliling blok kita. Besar weh universiti ni!"

"Terima kasih tapi saya dah makan. Itulah pasal, tak dapat bayangkan kalau sesat," jawab Nasuha.  

Bunyi bising di luar bilik kedengaran. Pintu dibuka dari luar. Seorang perempuan separuh abad masuk ke dalam. 

"Ha tengok kawan kau tengah kemas. Itulah, kau makan lama sangat."

"Kebulur mak. Perut ni dah buat konsert lagu marah tau! Ku bersuara saat kau berikan derita. Terpedaya bukan pengakhiran cerita luka. Tercabarnya diriku... Ha kalau mak nak dengar lagi, kita kena pergi makan sekali lagi." 

Nasuha dan Suhadah tergelak mendengar celoteh gadis yang akan menjadi rakan sebilik mereka itu. 

"Kau ni tak malu ke kawan kau dengar. Haish, maaflah anak makcik ni ting tong sikit." 

"Sebab mak saya pun ting tong tapi banyaklah," balas gadis yang memakai selendang putih itu. 

Nasuha dan Suhadah hanya tersengih memerhatikan keletah dua beranak tersebut. 

"Dahlah, aku balik dulu. Sakit kepala layan kau. Kau jangan boros sangat kat sini. Solat tu jangan lupa. Yang paling penting, jangan makan banyak sangat."

"Mak ni! Mak orang lain pesan makan banyak-banyak tau."

"Aku balik dulu. Jangan lupa telefon mak ni."

"Okey bos."

Ekor mata Nasuha mengiringi permergian ibu kepada rakan sebiliknya. Pandangannya beralih ke arah gadis itu yang sedang asyik menikmati coklat di tangan. Baru pertama kali dia melihat orang yang makan semasa ibu bapa meninggalkan mereka di sini. Selalunya diiringi dengan air mata. 

"Ha nama kau orang siapa? Aku Ivy Liliana, boleh panggil Yana. Aku ambil Sejarah dan Tamadun."

Mata Nasuha bersinar. "Eh, samalah dengan saya. Nama saya Eyreen Nasuha, panggil Suha."

"Untunglah ada kawan. Aku Nurul Suhadah, panggil Adah. Aku ambil Pendidikan Bahasa Arab."

"Yes, aku belum masuk kelas lagi dah jumpa geng. " Liliana melonjak kegembiraan. 

"Ehem." Deheman seseorang mengejutkan mereka bertiga. Seorang gadis tinggi berkulit putih dan berambut lurus panjang hingga ke paras pinggang yang bingkas bangun dari katil. Nasuha terpaku melihat kecantikan yang dimiliki pleh rakan satu bilik dengannya. 

"Boleh kau orang diam sikit tak? Tak nampak ke orang tengah tidur?" sergah gadis itu. 

"Maaf,  saya tak perasan awak kat situ. Saya Eyreen Nasuha, awak?"

Pertanyaan Nasuha diendahkan. Gadis itu berlalu keluar dari bilik. Mereka bertiga berpandangan antara satu sama lain. 

"Sombong gila! Dia ingat dia anak firaun ke apa?" Suhadah menggertap bibir. Geram pula dia rasa. 

"Firaun yang mana? Ada banyak firaun tau. Tak semuanya jahat macam yang orang salah sangka," celah Nasuha. 

"Eh, haahlah baru aku ingat! Yang jahat tu firaun zaman Nabi Musakan? Siapa eh nama dia?" sambung Liliana pula. 

"Kejap, kejap.., penting ke nama dia siapa? Aduh kau orang berdua ni." Suhadah menghentikan perbincangan berkenaan firaun itu. Dia menepuk dahi sendiri. Siapa yang kisah firaun apa? Janji depan nama ada firaun. 

"Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelajar baru semester satu yang berdaftar pada hari ini. Sila berkumpul pada pukul 5:00 petang di hadapan masjid utama. Pemakaian baju kurung, tudung putih dan kad matriks diwajibkan. Sekian, terima kasih. " 

Sebaik sahaja mendengar pengumuman mengejut itu, masing-masing bergegas mencari jam. Liliana mencari telefon pintarnya di dalam plastik besar berisi makanan manakala Suhadah membongkar isi bagasi yang dibawa. Hanya Nasuha yang berdiri di hadapan katil sambil memerhatikan rakan-rakan barunya. 

"Kau orang cari apa?" tanya Nasuha dalam kebingungan.

"Telefonlah. Sekarang dah pukul berapa pun aku tak tahu," balas Suhadah.

Nasuha menyelak lengan baju kurungnya menampakkan jam tangan. "Oh, baru pukul 2:30."

Jawapan daripada Nasuha memberhentikan Liliana dan Suhadah. Liliana mengurut dada lega. Ingatkan sudah pukul 4 lebih.

"Awat hang tak habaq awal-awal. Buat penat aku je cari telefon," protes Liliana.

"Oh sebab kau orang cari telefon pintar bukan jam tangan jadi Suha diam jelah." Tenang Nasuha menjawab sambil tersenyum. 

"Aku cekik juga kau ni! Jangan sampai masuk buletin utama pasal gadis mencekik rakan sebilik tidak lebih tiga jam berkenalan disebabkan geram." Suhadah sudah bercekak pinggang memandang Nasuha kecil besar. 

"Alah maaflah. Manalah Suha tahu kau orang cari telefon sebab nak tengok pukul berapa." Nasuha menggigit jari telunjuknya. 

Liliana sudah mengekek ketawa. 'Seorang gengster, seorang lagi lemah lembut. Harapnya boleh hidup aman sejahteralah nanti kat universiti ni.'

.............................................................................

Nasuha ternganga memerhatikan pemandangan yang terhidang di hadapannya. Masjid utama di dalam universiti yang berwarna biru itu membuatkan matanya terpaku. Ukiran di dinding seakan sama dengan masjid pada zaman kegemilangan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Kubah yang bentuknya seperti permata dengan warna yang dicat berkilauan pasti mampu membuat sesiapa yang memandangnya terpukau. 

"Jom ambil gambar bertiga kat sini," ajak Liliana. 

"Jom!" jerit Nasuha. 

"Kau seronok sangat ni," komen Suhadah. 

Usai mengambil gambar, Liliana berkongsi gambar di laman instagramnya. Sempat dia mengetag Suhadah dan Nasuha. 

Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Semua pelajar berlari mencari tempat teduh. Hanya Liliana yang berdiri statik di situ mencari payung di dalam beg sandangnya. Keadaan yang panik membuatkan jari jemari pantas meraba isi beg. Telefon pintarnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Tangan kiri berusaha membuka payung manakala tangan kanannya memegang telefon. 

"Alah, kenapalah payung ni susah sangat nak buka ni? Aku beli mahal pulak tu kat Mr.Diy. Memang nak kena samanlah Mr.Diy ni jual payung dah rosak!" Liliana mendengus geram. Tangannya menghentak payung supaya terbuka. Dia dapat merasakan pakaiannya sudah kebasahan. 

Bunyi derapan tapak kaki menghampiri. Seorang pelajar lelaki datang memayungi Liliana. Jantungnya berdegup kencang memandang kelibat itu. Pantas, kepala didongak ke atas. Mata mereka berdua bertemu antara satu sama lain. 

Liliana seakan terpukau melihat wajah kacak di hadapannya. Hujan yang turun semakin lebat dan bunyi deringan telefon pintarnya sudah tidak dia kisahkan. Sesiapa yang ternampak adegan antara mereka berdua pasti mengira terdapat penggambaran drama romantik di situ. Tambahan lagi di hadapan masjid yang sangat indah rupanya. 

"Kau bidadara yang baru turun dari langit ke?" Spontan Liliana bertanya meluahkan apa yang ada di dalam fikirannya. 

Pelajar lelaki itu berkerut. Deheman diberikan kepada gadis yang dia rasakan tidak waras kerana tidak berhenti memandangnya sambil tersenyum lebar. 

Liliana tersedar. "Maaf.., erm, ha payung ni buat hal pula tapi takpe, saya tak salahkan dia. Sebagai tuan yang baik hati, saya akan bawa payung ni pergi kedai untuk dibetulkan." 

Senyuman sinis terukir di bibir pelajar lelaki itu. "Cuba keluarkan dulu lengan baju yang tersangkut kat payung tu jadi tak payahlah susah payah nak saman Mr. Diy." 

Payungnya ditinggalkan di sisi gadis itu lalu dia berlari masuk ke dalam masjid. Disebabkan mesyuarat mengejut yang dianjurkan oleh setiausaha kelabnya telah melambatkan dia menunaikan solat fadhu asar. Tambah pula dengan gadis pelik sebentar tadi. 

Liliana mengetuk kepalanya. 'Alaa, dia dengar pula aku marah payung. Mesti dia fikir aku ni pemarahkan? Payung ni yang salah.'

Lengan baju yang tersangkut di payungnya dirungkai. Tangan laju mencapai payung pelajar lelaki yang asing baginya lalu diguna. Payungnya pula seakan anak tiri apabila dicampakkan begitu sahaja di dalam beg.

...................................................................

Nasuha berjalan tanpa hala tujuan mengelilingi masjid. Dia terpisah dengan rakan sebiliknya. Mata tajam memerhatikan seorang demi seorang pelajar perempuan yang lalu bersebelahan dengannya. Dia sudah putus asa kerana penat mencari ditambah pula dengan Liliana dan Suhadah yang tidak menjawab panggilan telefon. Dia melangkah ke arah terowong yang merupakan jalan pintas kembali ke hostelnya. 

"Aku taknaklah. Janganlah buat macam ni. Tolong!"

Jeritan itu mengejutkan Nasuha. Pantas, dia berlari ke arah suara yang sayup-sayup di telinganya.

"Berhenti! Kau orang... buat apa ni?" Nasuha menutup mata. Dia terkedu dengan apa yang dilihatnya.

Wafiq cepat-cepat berdiri tegak. Pelajar lelaki yang terbaring di atas rumput itu mengemaskan pakaiannya.

"Awak... Dia... Kau orang... Astaghfirullah. Tak baik tau buat macam tu. Tahu tak tu dikira langgar fitrah manusia? Awak berdua lelaki yang Allah ciptakan untuk jadi ketua. Kita ni sebagai manusia tertarik dengan pasangan yang berlainan jantina. Hukum...."

"Otak kau! Kau ingat kita orang bercinta ke? Bongoknya kau ni. Aku ni lelaki tulen okey." celah Wafiq sebelum dia diceramahkan lebih panjang lebar lagi.

Nasuha menoleh ke arah seorang lagi pelajar lelaki. Wajahnya berkerut meminta penjelasan.

"Be... betul. Kita orang takde apa pun. Saya suka perempuan," bela pelajar yang memakai kaca mata tebal berwarna hitam.

"Kau? Aku macam pernah tengoklah kau ni," kata Wafiq sambil berjalan menghampiri Nasuha. 

Nasuha berundur ke belakang sedikit demi sedikit. Mata Wafiq yang galak memandangnya membuatkan dia pantas menutup muka. Jari-jari digerakkan untuk melihat pelajar lelaki di hadapannya. Dia cuba mengingati lelaki itu. 

"Milk tea?" ucap Wafiq dan Nasuha serentak. 

Wafiq tersenyum kecil. "Tak sangka kita jumpa kat sini. Banyak-banyak universiti kat Malaysia ni, boleh pula kau belajar sama tempat dengan aku. Kau tahu apa jadi kalau orang tu ditakdirkan jumpa aku banyak kali?

"Apa jadi?" tanya Nasuha lembut dengan rasa ingin tahu. Mana tahu dia dapat makanan percuma ke? Dapat kawan baru ke?

"Cukup tiga kali baru aku bagitahu kau. Jumpa lagi nanti." Wafiq tertawa kecil sebelum berlalu pergi dari situ.

Nasuha mendengus kecil. Ingat ni rancangan misteri nusantara ke apa nak berahsia? Dia mengambil ranting kayu di sekitarnya lalu dihulurkan ke arah pelajar lelaki di hadapannya. Pelajar itu menyambut huluran Nasuha lalu bangun perlahan-lahan.

"Terima kasih sebab tolong saya."

"Sama-sama. Betul ke kau orang tak bercinta?"

Pelajar itu tertawa. "Mestilah tak. Saya masih tahu hukum agama lagi. Jangan risau.  Dia cuma suruh tanggal baju hujan yang saya pakai je. Lagipun, kalau saya nak bercinta dengan lelaki sekalipun, buat apa mamat samseng macam tu? Betul tak?"

Nasuha mengangguk laju. "Betul! Nama saya Eyreen Nasuha. Boleh panggil Suha je. Awak?"

"Nama saya, Amirul Muayyad. Suha je boleh panggil saya, Ayyad je."

Mereka berdua tersenyum lalu terluah tawa kecil.




Haiii ~~ Sis dah balik universiti untuk kelas face to face jadi sis publish balik cerita ni. Jemput baca, vote dan komen. Maaf lambat. Byee , jumpa lagi bab seterusnya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top