14 Days: 7

Assalammualaikum semuaa! New bab is done ;) ❤️

| 05012021 |











______________

















LANGSIR yang berada di tingkap biliknya berterbangan akibat ditiup angin diikat mengunakan tali pengikat langsir. Perlahan-lahan dia melangkah ke balkoni bilik tidurnya sambil melihat pemandangan yang terbentang di depan mata. Tak lama lepas itu, dia mengeluh berat. Fikirannya betul-betul serabut sekarang.

Huh, hari ini ada exam!

'Boleh ke aku buat? Macam mana kalau gagal lagi? Mesti kaw-kaw aku kena marah dengan umi,' gumam Qirsha sendirian. Air liur ditelan kesat sambil meraup muka beberapa kali. Ada lagi dua jam sebelum matahari mula munculkan diri. Entah ke mana semangatnya pergi pun dia tak tahulah.

Ting!

Ting!

Qirsha menyeluk tangan ke dalam poket seluar lalu mencapai telefonnya. Senyuman terhias di bibirnya apabila membaca chat Airiq. Awal-awal pagi dah bagi kata-kata motivasi kepada dia. Dia turut membalas chat tersebut sekejap sebelum meminta izin untuk bersiap. Qirsha terfikir sesuatu. Macam mana kalau dah cukup tempoh 14 hari Airiq mengajar dia?

Adakah hubungan akrab antara dia dan Airiq akan berakhir begitu sahaja?

Soalan-soalan yang berlegar di fikirannya diabaikan. Pintu kaca ditutup lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik. Tuala yang tersidai di penyidai kayu itu dicapai sebelum berjalan ke bilik air. Sepuluh minit kemudian, barulah dia menapak keluar dan menyiapkan diri untuk ke sekolah.

"It's okay, Qirsha. You can do it." Qirsha memberi semangat kepada dirinya sendiri. Nak harapkan siapa lagi kalau bukan diri dia? Dia mula bermain telefon pintar sehingga jam menunjukkan pukul 7:00 pagi. Qirsha tak ada selera untuk menelan apa-apa makanan masuk ke dalam tekaknya.

Beg sandang berwarna biru dicapai lalu disandang ke bahu dan berjalan keluar dari bilik. Dia mengatur langkah ke ruang tamu sebelum kakinya terhenti seketika apabila terserempak dengan umi. Senyuman nipis terlakar di bibirnya seraya terpandang kedua belah tangan umi. Dia nak sangat salam dan cium tangan tersebut.

"Ryn nak salam tangan umi boleh?'' tanya Qirsha perlahan. Matanya dipejam sekejap bersedia untuk menerima cacian dan makian dari umi. Tapi lain pula dia dapat apabila badannya dipeluk erat sebelum mata mula berkaca-kaca. Pelukan umi dibalas dan tangisannya mula pecah. Dia hanya membiarkan air matanya mengalir laju di pipi.

''Umi... doakan Qirsha berjaya di dunia dan akhirat." Sejurus berkata, Qirsha terus melangkah keluar dari rumah meninggalkan umi sendirian. Air matanya dilap sehingga kering sebelum berjalan menuju ke sekolah.















































BUKU teks Sejarah yang terbuka luas di depannya dipandang kosong. Qirsha mengeluh berat sebelum menyelak satu persatu helaian buku teks tersebut. Dia mendengus kasar apabila fokusnya terganggu disebabkan rakan-rakan sekelasnya membuat bising. Macam-macam topik mengarut yang dibincangkan oleh classmatesnya itu.

"Ei, bagi balik pencil box aku!"

"Kau tahu tak..."

"Crush aku dia pandang je aku tadi! Entah-entah dia suka aku.''

Qirsha menggeleng kepala melihat kerenah mereka semua. Umur dah 16 tahun tapi serupa macam enam tahun je! Kelas yang tadi bising dan riuh kini berubah senyap. Masing-masing kelam-kabut pergi ke meja sendiri seraya mendengar derapan kasut tinggi kepunyaan Cikgu Izzati.

"Bangun... assalammualaikum Cikgu Izzati!" Masing-masing mula berdiri apabila mendengar jeritan Iman dan dia selaku ketua kelas memberi salam diikuti dengan kami dari belakang. Cikgu Izzati mengganguk kepala perlahan sambil mata menatap wajah anak-anak muridnya.

"Hari ni cikgu nak adakan exam untuk
subjek cikgu je. Cikgu bagi masa lima minit untuk kamu ingat balik. Selang seminggu, ada lagi satu exam. Cikgu nak tengok peningkatan tau." Suasana yang tadi sunyi mula bising balik. Ada yang berbisik sesama sendiri, ada juga yang kelam-kabut apabila mendengar kata-kata cikgu dan tak lupa juga ada yang buat tak tahu je.

"Wey Airiq, kau tak bagi tahu pun yang kita exam subjek Cikgu Izzati je!" ujar Qirsha bengang. Dia memusingkan badan ke belakang menghadap Airiq yang sedang selamba makan itu.

"Kau tak tanya," balasnya selamba. Airiq mencubit sedikit nuget lalu menyuap masuk ke dalam mulut. Dia mengunyah perlahan sebelum menelan nuget tersebut. Air mineral yang berada di atas meja dicapai dan penutup botol itu dibuka. Dia meneguk air tersebut dengan berhati-hati.

"Kalau aku tahu macam ni, baik aku study subjek Cikgu Izzati je," kata Qirsha perlahan. Dia mengeluh sekali lagi. Kali ke berapa tak tahulah.

"Sebab nilah aku tak nak bagi tahu kau. Niat kau tu tak ikhlas. Belajar sebab exam." celah Airiq dengan nada tegas. Dia berpeluk tubuh sambil merenung tajam anak mata Qirsha. Qirsha pula terdiam seribu bahasa mendengar kata-kata Airiq.

"Cuba ikhlaskan hati kau. Belajar kerana Allah. Bukan sebab exam. Kalau exam tak ada, kau tak akan belajar," nasihat Airiq lembut. Dia menyusun alat tulisnya di atas meja bagi persediaan untuk menjawab ujian. Qirsha mengganguk kepala perlahan sebelum memusingkan badan menghadap mejanya sendiri.

Nota-nota yang selalu diselitkan di dalam pencil box diambil dan dibaca perlahan. Berkerut-kerut dahinya untuk memahami nota-nota tersebut. Badannya dipusing ke belakang untuk menanyakan beberapa soalan sebelum tercengang melihat Airiq yang sedang lena itu. Lagi seminit nak mula, sempat dia tidur?

"Okay semua, simpan buku-buku dan nota. Hanya alat tulis je ada atas meja. Cepat!" arah Cikgu Izzati sambil mencekak pinggang. Murid-murid 4 Akaun mula menyimpan buku dan nota masing-masing ke dalam beg lalu bersedia untuk menjawab ujian.

Qirsha menelan air liur seraya melihat Cikgu Izzati berjalan ke meja seorang demi seorang rakan sekelasnya untuk memberikan kertas ujian tersebut. Dia tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya. Chill, Qirsha!

Apabila kertas ujian itu selamat sampai di mejanya, dia cuba tenangkan diri. Baru sahaja ingin menyelak helaian pertama, dia terhenti seketika seraya terasa ada gumpalan kertas mengena kepala. Betul tekaannya, bebola kertas yang jatuh di lantai diambil lalu membaca isi yang berada di dalam. Serta-merta senyuman terlakar di bibirnya.

"Good luck! Believe yourself ;)''

Bebola kertas tersebut dimasukkan ke dalam poket sebelum kembali fokus terhadap kertas ujiannya. Dia membaca bismillah dahulu lalu tangannya lincah menjawab soalan dengan tenang dan penuh berhati-hati. Semoga keputusannya memuaskan.






































BUNYI loceng menandakan tamat waktu persekolahan bagi semua pelajar di sekolahnya. Qirsha menghela nafas lega sambil mengukir senyuman. Dia mengemas barang-barang peribadinya lalu dimasukkan ke dalam beg. Sesudah itu, dia melangkah keluar dari kelas dan berjalan laju apabila matanya menangkap Airiq yang sedang berjalan sendirian.

"Airiq!" tegur Qirsha tanpa memberi salam. Dia berdiri di sebelah Airiq dan mereka berdua berjalan beriringan menuju ke padang luas yang dia orang lepak semalam. Airiq memberikan aiskrim kepada Qirsha sejurus melabuhkan punggung di atas padang.

"Macam mana exam? Senang?" tanya Airiq bagi memecahkan kesunyian antara mereka. Qirsha menjilat aiskrim sehingga habis dan barulah dia fokus terhadap Airiq. Jarinya diletak di dagu seakan-akan berfikir.

"Erm not badlah. Aku boleh jawab je," balas Qirsha sambil melemparkan senyuman lebar kepada Airiq. Dia mengubah posisi kepada duduk bersila. Ini kali pertama dia berasa lega dan puas hati setelah menjawab soalan peperiksaan.

"Good!''

Pujian itu kedengaran ikhlas di telinga Qirsha. Dia memusingkan badan menghadap Airiq sambil mencuri-curi pandang wajah kawannya itu. Lelaki ini yang banyak membantu Qirsha dalam bidang akademik dan juga sentiasa memberikan nasihat serta kata-kata motivasi. Adakah hubungan mereka akan berakhir setelah cukup 14 hari? Qirsha tak ada jawapan untuk soalan itu.

"Jom study!''

Sementara di Syarikat QR pula, kelihatan Puan Putri sedang termenung panjang menghadap pemandangan di luar tingkap. Dia menoleh ke arah belakang memandang susuk tubuh yang berdiri tegak di depan pintu pejabatnya. Puan Putri mengatur langkah ke mejanya dan melabuhkan punggung di kerusi.

"Saya nak awak cari orang yang rapat dan kawan dengan anak saya. Sekali dengan latar belakang family dia." Tegas Puan Putri memberi arahan kepada orang upahannya yang sudah berkhidmat beberapa tahun dengan dia. Lelaki itu hanya mengganguk kepala akur dengan arahan yang diberikan oleh majikannya.

"Ada lagi?"

"Nope, awak dah boleh keluar. Saya nak maklumat tu dengan cepat."

Langkah lelaki itu dipandang kosong sehingga hilang di matanya. Laptop yang berada di depan dibuka lalu tangannya laju menaip sesuatu. Senyuman sinis mula terhias di bibirnya bersama dengan riak muka yang tak dapat dibaca oleh semua orang.

















TBC

Teruskan menyokong 14 Days ❤️

| read, vote and comments |

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top