14 Days: 6
Assalammualaikum, kita dah nak bertemu dengan perkataan tamat 🥺 Aku tak sabar ni nak tulis perkataan 'tamat' tu HAHAHAHAHAHA.
So yeah, jangan lupa baca, vote and comments! ✨ Thank you!
| 03012021 |
_______________
QIRSHA mengangkat kepala memandang tuan punya suara itu. Dia bangkit dari baring sebelum mengubah posisi kepada duduk. Tangannya laju menyeka air mata. Kenapa masa ini Airiq sibuk nak datang? Kenapa tak masa lain je.
"Mana kau tahu aku dekat sini? Kau stalk aku eh?" tuduh Qirsha. Dia menjongket kening sebelah kanan. Airiq yang masih menundukkan kepala, memandang mukanya membuatkan dia gelisah. Ada air mata lagi? Rasanya dah kering.
"Nope, ini tempat favourite aku selain yang lagi satu tu. Memang habis je ajar kau, aku akan datang sini. So, jangan perasan," terang Airiq bersama senyuman mengejeknya. Terselit sindiran di akhir ayat. Qirsha terus menjulingkan mata ke atas.
"Kenapa kau nangis?" soalnya sekali lagi. Qirsha mencantum jarinya-jarinya tanpa menjawab soalan Airiq. Hanya biarkan soalan tersebut. Badannya sedikit menggigil. Melihat itu, Airiq melabuhkan punggung di sebelah Qirsha dan cuba menenangkannya tanpa menyentuh tubuh badan gadis itu.
"Kau benci aku tak, Airiq?" tanya Qirsha dengan nada lemah. Dia menghela nafas berat sambil memandang tasik yang terbentang di depan mata. Tenangnya duduk sini.
"Benci sangat-sangat. Benci tengok kau nangis. Macam budak kecik," kutuk Airiq selamba. Badannya ditolak kuat oleh Qirsha. Hampir sahaja tubuh dia jatuh tergolek ke dalam tasik.
"B*d*hlah," balas Qirsha sambil menjeling Airiq sekilas. Tanpa sedar, segaris senyuman terukir di bibirnya. Airiq turut melakarkan senyuman lebar. Lesung pipit yang sengaja disembunyikan dari sesiapa mula terbentuk di pipinya. Tergamam seketika Qirsha melihatnya.
Nampak comel!
Qirsha berdeham perlahan bagi menutup rasa gugup yang menyerang hatinya tika itu. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain, sengaja mengelak dari memandang Airiq. Ish, tercair pula dia tengok lesung pipit Airiq. Dan tak lama lepas itu, masing-masing memilih untuk berdiam diri dari bersembang.
"Er Airiq, kau malu tak kalau kau ada kawan yang anak luar nikah? Yang tak diiktiraf?" Terselit getaran di sebalik nadanya ketika menyoal soalan tersebut. Entah kenapa soalan itu meluncur laju di bibirnya. Mungkin dia inginkan kepastian dari lelaki itu.
"Tak. Aku tak kisah pun kalau dia anak lembu ke, kambing ke. I don't care," balas Airiq selamba. Wajah Qirsha terus berubah muram seraya mendengar balasan Airiq. Hatinya sedikit terguris dengan Airiq.
"Betullah kau malu kawan dengan anak macam tu. Sebab kau tak cakap pun yang kau tak malu kawan dengan anak luar nikah. Okay.'' Suaranya jelas kedengaran kendur, kecewa dengan respon Airiq. Manakala Airiq pula terkebil-kebil melihat Qirsha dan juga pelik dengan perangai gadis itu. Kenapa petang ini dia sensitif semacam?
''Sha... look at me." Arahan dari Airiq dia ikut dengan hati yang sebal. Mereka berdua bertentang mata buat sementara waktu sebelum Qirsha mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tak suka kelihatan lemah di depan orang walaupun dia sememangnya lemah.
"Look, Qirsha. Maksudnya aku tak kisah pun kalau kau anak luar nikah sekalipun. Pangkat tak penting dalam friendship kita berdua. Lagi pun... kejap!" Airiq menoleh ke arah sebelah ataupun lebih tepat lagi memandang Qirsha dengan riak terkejut. Qirsha sudah memeluk lutut dan menyembamkan mukanya sebelum esakan kedengaran jelas di telinga Airiq.
"Wey, janganlah nangis! Aku nak duduk sini pun tak tenanglah," ujar Airiq gelisah. Lagi kuat esakan Qirsha apabila mendengar bicara lelaki itu. Ingin sahaja dia menarik Qirsha ke dalam dakapannya tetapi dimatikan niat tersebut.
"Okay fine. Kau nak nangis... nangis kat sini. Aku diam and tak kacau. Cepatlah habiskan nangis kau." Kedua belah bahu Qirsha terangkat menahan tangisan serta tawa yang hampir terletus. Sekarang ini dia tak tahu nak gelak ke nak nangis bila dengar kata-kata Airiq.
Setitis demi setitis air hujan mula menitik di muka bumi. Jaket yang dipakai di badannya dibuka sebelum meletakkan di belakang tubuh Qirsha. Badan Qirsha serta-merta mengeras apabila terasa ada sesuatu di tubuhnya. Penuh berhati-hati, Airiq membetulkan dan memastikan jaketnya melekap di bahu gadis itu. Apabila sudah yakin yang jaket tersebut tidak terjatuh, barulah dia mengukir senyuman.
Sesudah itu, tuala tangan yang sememangnya selalu ada di dalam beg pula dikeluarkan lalu diletakkan di atas kepala Qirsha. Pandangan pelik yang dilemparkan oleh gadis itu diabaikan. Airiq mengulum senyuman lebar apabila matanya bertemu dengan mata Qirsha.
"Lemahnya aku," ujar Qirsha perlahan. Dia mengesat air matanya sebelum ketawa hambar. Senyuman nipis dihadiahkan kepada Airiq. Jaket yang berada di tubuhnya dibetulkan.
"People cry, not because they're weak. It's because they've been strong for too long. One more, crying is how your heart speaks, when your lips can't explain the pain you feel." Airiq membalas dengan lembut sambil menatap mata Qirsha dalam-dalam. Jelas terlihat anak mata kawannya itu sekarang sedang terluka. Eyes never lie, right?
Bunyi keyboard dari telefon milik Airiq menarik perhatian Qirsha. Dia curi-curi tengok apa yang berada di telefon Airiq. Malangnya Airiq laju menangkap perbuatan dia sebelum menyorokkan telefon di belakang badan. Qirsha mendengus kasar.
"Kau buat apa tu? Kau search apa?" soal Qirsha, ingin tahu. Terkebil-kebil matanya memandang Airiq.
"Search macam mana nak pujuk perempuan menangis. Cause aku reti pujuk lelaki je." Qirsha mengganguk-angguk kepala sebelum tersedar sesuatu. Dia memandang Airiq lama sebelum mengengsot jauh darinya.
''Kau gay ke Airiq?"
Tidak semena-mena muka Qirsha sudah basah dek air yang diminum oleh Airiq tersembur di mukanya sejurus selesai bertanya soalan. Qirsha menutup mata sejenak sebelum menghadiahkan senyuman paling 'manis'. Tuala yang berada di atas kepalanya dicapai lalu mengelap muka dengan kasar.
"Pale hotak kau! Maksud aku... kalau member lelaki ni senang pujuk. Perempuan complicated. Tanya merajuk ke, marah ke cakap tak padahal tengah merajuk. See?"
Wah... dia kutuk kaum perempuan nampak?
"Eh hello, lelaki tu yang complicated! Dah tahu kitorang ni merajuk, pujuk ah. Dok tercegat situ, apahal? Sanjung sangat ego tu." Kasar Qirsha membidas kata-kata Airiq. Bebola mata diputarkan ke atas.
Airiq mendengus kasar.
"Okay fine, aku kalah," balasnya sambil mengangkat kedua belah tangan seakan mengalah. Malas nak gaduh sebenarnya. Qirsha mengukir senyuman lebar apabila melihat itu.
"Dah kau boleh blah. Malam ni kita video call. Aku ajar kau Math. So, blah," halau Airiq sekali dengan tangan-tangannya digerakkan. Jelingan tajam yang diberikan oleh Qirsha diendahkan sahaja.
Qirsha bangkit dari duduk lalu menepuk-nepuk tangannya membuang sisa-sisa kotoran yang yang berada di tangan. Sekali dengan tubuhnya dibersihkan. Itulah pergi baring lagi, habis dah kotor. Baru sahaja kakinya ingin melangkah balik ke rumah, dia teringat sesuatu.
"Wey, jaket kau..." Jaket kepunyaan Airiq ingin dipulangkan kembali sebelum dihalang oleh tuan punya badan. Mata Qirsha terkebil-kebil memandang Airiq yang sedang menjelingnya.
"Tak perlu. Kau simpan je. Oh before tu..." Airiq berdiri lalu berjalan ke arah Qirsha dan berdiri tegak di depannya. Jarak antara mereka berdua kira-kira dua meter.
"Janji dengan aku, ini kali terakhir kau nangis depan aku. Dan... kalau kau sedih dan betul-betul rasa nak nangis, datanglah sini. Aku always ada dekat sini," ujar Airiq lembut sebelum menapak mendekati Qirsha. Dia berhenti seketika lalu membisikan sesuatu di telinga Qirsha dengan perlahan.
Senyuman manis Airiq lakarkan di bibir sebelum berjalan pulang ke rumahnya. Qirsha masih berdiri kaku dan cuba menghadam kata-kata Airiq. Dia meraup mukanya kasar dan menepuk pipi beberapa kali.
"Aku sentiasa ada dengan kau."
Gila!
PUAN Putri memulas tombol pintu bilik anak gadisnya dan melangkah masuk ke dalam. Matanya meliau memerhatikan seluruh bilik sebelum terhenti di suatu penjuru. Perlahan-lahan, dia berjalan ke arah itu dan mencari sebuah kotak kecil. Puan Putri duduk di birai katil lalu membuka penutup kotak tersebut.
'Ryn tak tahu lagi rupanya,' gumamnya perlahan. Dia termenung seketika sebelum kelam-kabut bangun dan memperkemaskan katil Qirsha seperti asal apabila terdengar bunyi derapan kaki. Kotak itu diseluk ke dalam poket bajunya yang berada di sisi.
Kening Qirsha terjongket hairan apabila melihat pintu biliknya terkuak luas. Setahunya, dia memang akan tutup pintu setiap kali keluar dan masuk. Anasir-anasir buruk dibuang lalu melangkah ke biliknya. Dia berdiri kaku bila melihat uminya itu berada di dalam bilik.
"Umi buat apa dalam bilik Ryn?" tanya Qirsha lembut. Dia berjalan ke arah uminya dan berdiri betul-betul di depan sebelum menghadiahkan senyuman manis. Tanpa menjawab soalannya, umi terus berjalan menonong meninggalkan dia sendirian di dalam bilik.
Huh, pity me.
Qirsha menyeluk tangan ke dalam poket dan telefonnya dikeluarkan. Dia mencari nombor Airiq sebelum ditekan butang call. Beberapa saat kemudian, terjengul wajah kacak Airiq bersama senyumannya. Ceh, kacak ke?
"Yow, kau dah solat isyak?"
Qirsha membiarkan soalan Airiq tanpa menjawabnya. Dia berjalan ke arah meja belajar dan meletakkan telefonnya di atas meja. Telefon itu dia stabilkan dengan meletakkan buku sebagai penghadang di belakangnya. Qirsha menunjukkan penumbuk kepada Airiq apabila lelaki itu seakan mengejeknya ketika dia sedang membetulkan awning tudung.
"Kita nak study apa?" tanya Qirsha memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Airiq terdiam sekejap sebelum menghilangkan diri tanpa sempat dihalang oleh Qirsha. Dan tak lama lepas itu, dia kembali bersama dengan beberapa kertas kosong serta buku-buku.
"Kita study tajuk Indeks, bab satu tingkatan tiga," balas Airiq sambil menunjukkan buku rujukannya yang terpampang tajuk pertama tingkatan tiga itu. Wajah Qirsha bertukar cemberut sebelum menggeleng laju. Bantah dengan cadangan Airiq.
"Alah bosanlah! Asyik tajuk ni je. Dalam Addmath jumpa, dengan kau pun aku jumpa lagi," bidas Qirsha bersama gelengan kepala. Dia dah muak dengan tajuk Indeks tersebut.
"No, dekat u pun kau akan jumpa benda alah ni. So, let's start!" Airiq hanya mengendahkan rengekan Qirsha yang tak habis-habis membantah cadangannya. Dia menyelak satu persatu muka surat sehingga terhenti pada tajuk Indeks.
"Selesaikan soalan ni. 5 kuasa x negatif 1 darab dengan 125 sama dengan 1. Ini soalan form three tau. Kau salah... malulah. Budak akaun kut." Airiq menjongket kening sambil mengulum senyuman sinis. Pen yang berada di jarinya digoyang-goyangkan. Wajah Qirsha yang berubah cemberut dipandang.
"Hoho I got that answer! Jawapan dia negatif 3," balas Qirsha bersama dengan senyuman sinisnya. Dia menunjukkan jawapannya yang tertulis di atas kertas.
"Pale hotak kau betul!"
Eh salah ke?
"Habis macam mana? Apa jawapan dia?" Acuh tak acuh sahaja Qirsha menyoal Airiq. Dia mengumam sendirian sambil tangan lincah menyelak buku teks untuk mencari jalan penyelesaian jawapannya.
"Jawapan dia negatif 2, Qirsha."
Eh?
Qirsha melihat jawapannya seketika sebelum menepuk dahi kuat. Boleh pula dia tersilap langkah. Pemadam yang berada di dalam pencil box dicapai lalu memadam jawapan yang salah itu. Senyuman lebar dilakarkan di bibir apabila berjaya menjawab soalan dengan betul.
"Good," puji Airiq ikhlas. Dia turut mengukir senyuman apabila melihat wajah gembira Qirsha. Jam di dinding dijelingnya sekilas sebelum mengemas buku-buku yang bersepah di atas meja. Dah pukul 11:00 malam.
"Okaylah, dah lewat ni. Pergilah tidur. Esok ada exam. Good luck." Belum sempat Qirsha ingin melarang, Airiq sudah menutup dulu panggilannya. Eh, apa function WhatsApp kalau kita tak gunakannya?
Aplikasi WhatsApp dibuka lalu nama Airiq dicarinya. Setelah jumpa, jarinya menekan contact tersebut dan menaip sesuatu sebelum dihantar kepada lelaki itu. Lagipun Airiq tengah online itu.
Assalammualaikum, thanks sebab tolong ajarkan aku. And one more, sebab tenangkan aku tadi. Thank you!
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.
Kedengaran jelas bunyi dentingan di telinganya menandakan ada chat yang masuk. Qirsha menekan kembali aplikasi WhatsApp sebelum mencebikkan bibir apabila membaca respon Airiq. Itu je?
Airiq C 👽🦶🏻
Okay. Dah aku nak tidur. Jangan
kacau.
Ceh!
TBC
Teruskan menyokong 14 Days ❤️
| read, vote and comments |
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top