14 Days: 5

Assalammualaikum, done new chapter Don't forget to read, vote and comments 🥰 Thank you!

| 12122020 |








_____________










"AKU... DAH ADA GIRLFRIEND."

Qirsha memandang Airiq tanpa berkerdip. Wajahnya berubah sedikit sebelum kembali kepada muka asal. Dia mengalihkan padangan ke arah buku-buku latihan. Sengaja menyibukkan diri dengan mengulang kaji. Pensel tekan Qirsha tiba-tiba dirampas oleh Airiq. Terus dia mendengus kasar.

"Okay, buktikan," cabar Qirsha. Keningnya dijongket ke atas. Dia memeluk tubuh sambil mengukir senyuman mengejek. Melihat Airiq yang seakan-akan tercabar dengannya membuatkan dia terhibur.

"Dalam kiraan sepuluh, sembilan, lapan..."

"Wey sabarlah, gila!"

Airiq kalut mencari nombor seseorang sebelum tertekan satu nombor. Allah, dia boleh tertekan nombor orang lain! Airiq meraup mukanya kasar dan menunggu tuan punya nombor itu menjawab panggilan. Kakinya menapak jauh sedikit dari Qirsha. Beberapa minit menunggu, akhirnya panggilan dia terjawab.

"Driz nak apa ni? Kakak tengah busy sia. Kenapalah suka susahkan kakak, Driz. Driz faham tak erti busy?

"Alah janganlah bising-bising, kak. Driz nak minta tolong."

Sementara di sebalik telefon, Airin mengeluh halus dan menutup bukunya. Dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap adiknya yang satu itu. Nasiblah dia ada adik seorang je. Jenuh nak melayan kalau ramai.

"Tolong jadi girlfriend Driz."

"What? Are you crazy, Airiq Drizlan?"

Telefon di tangannya itu dijauhkan sedikit dari telinga. Wajahnya berkerut sambil tangan menggosok-gosok telinga. Fuh, boleh pekak dia dengar jeritan Airin. Usai je mendapat green light dari Airiq, dia berjalan mendekati Qirsha dan menghulurkan telefonnya.

"Assalammualaikum, ni girlfriend Airiq Drizlan?" soal Qirsha terus. Dia berpeluk tubuh dan telefon Airiq diletakkan di atas meja. Butang speaker ditekan. Airiq mengerling riak wajah Qirsha. Dingin dan tak berperasaan.

First time!

"Waalaikumussalam, ye saya. Kenapa ye?" Soalan Qirsha dibalas balik dari girlfriend Airiq. Terdapat senyuman di tepi bibirnya. Sinis.

"Kalau betul awak girlfriend Airiq, dekat mana tanda lahir dia?"

Terus Airiq memandang Qirsha terkejut. Wajah gadis itu selamba sahaja menyoal. Ataupun lebih tepat berkeyakinan. Terdetik secebis perasaan tidak enak di hatinya. Tak ada kena mengena sebenarnya soalan itu dengan situasi sekarang. Tapi... something fishy!

"Qirsha, tutup call tu!"

"Dekat paha!"

Serentak itu dua suara berbeza membalas. Seorang menyuruhnya tutup panggilan manakala si girlfriend pula menjawab soalan. Dia menoleh ke arah Airiq dan melihat wajahnya yang sudah kelat itu. Sebelah kening sengaja dijongket dan senyuman mengejek terhias di bibir.

"Actually, you're Airiq's sister," balas Qirsha selamba. Dia menyuap keropok lekor ke dalam mulut lalu mengunyahnya. Sedap. Satu persatu keropok lekor disuap ke dalam mulut sehingga plastik itu kosong tak berisi.

Airiq dan girlfriend jadiannya itu terdiam.

"Kalau awak girlfriend dia, macam mana awak tahu tanda lahir Airiq dekat mana? Dengan confident pula tu awak jawab. Awak pernah buka seluar dia ke? Takkan? So... i got that answer."

Airiq tercengang mendengar jawapan selamba Qirsha. Mulutnya terlopong luas. Tak terfikir dek akal pun. Dia yakin, kakaknya mesti tengah bengang kerana merasakan dirinya itu dimainkan.

"Omaigod, you're so clever! What's your name, dear?" Hampir nak tercekik Airiq dibuatnya apabila mendengar soalan yang ditanya oleh kakaknya sendiri. Qirsha mengerling Ariq sekilas dengan bibir yang terangkat sedikit.

''Qirsha Arynna. You can call me, Qirsha,'' jawab Qirsha sebelum berdeham perlahan. Menahan tawa dari terlepas. Mana taknya, melihat riak muka cemberut Airiq buatkan dia nak tergelak. Nampak sangat tak puas hati.

''Oh, nice name. Nama akak pulak Airin. Okaylah, akak tengah busy ni. Boleh pulak Driz tu call akak sekarang. Ada rezeki kita jumpa tau, Qirsha. Bye... assalammualaikum!''

Tut!

Qirsha memandang Airiq seketika sebelum menghamburkan gelak besar. Tak lama lepas itu, baru ketawanya reda. Jari dinaikkan ke muka lalu mengelap hujung mata. Dia mengambil nafas dulu dan memandang Airiq kembali. Okey, muka dia tengah serius.

''Lawak ke?'' sindir Airiq bersama senyuman sinisnya. Bebola mata diputarkan ke atas. Tak boleh bawa gurau langsung. Bibir dijuihkan ke depan.

''Acah-acah ada girlfriend konon. Padahal tak laku. Tak apa, aku pun single. Aku paham kau sendu,'' usik Qirsha lagi.

Dia mengemas buku-bukunya lalu memasukkan ke dalam beg. Buku teks dibawa ke dada lalu memeluknya. Berat kalau nak letak dalam beg. Baru sahaja ingin melangkah, dia berhenti sekejap dan badan dipusing menghadap Airiq.

"Hai, Driz!"

Qirsha terus berlari meninggalkan Airiq sendirian. Sempat dia mendengar namanya dijerit kuat. Tawa yang ditahan dari tadi akhirnya terlepas jua. Driz gituw!































PUAN Putri memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Pintu itu ditutup kembali sebelum dia berjalan menuju ke sebuah almari. Laci yang mempunyai empat tingkat ditarik satu persatu. Matanya menangkap sekeping gambar dan membawa keluar dari laci tersebut.

"Memang patut pun kau mati. Disebabkan
kau, hidup Rynna hampir musnah! Dasar jantan tak guna."

Dia menatap sedalam-dalamnya gambar itu sebelum ada cecair yang jatuh di atas. Tangannya menumbuk gambar itu berkali-kali. Rindu bercampur benci. Matanya ditutup sejenak sebelum dibuka kembali. Nafas ditarik dalam-dalam untuk tenangkan diri.

Sementara di luar rumah pula, Qirsha yang sedang membuka kasutnya itu terkejut apabila mendengar jeritan dari dalam. Terus kasut itu dicampak ke tepi. Tanpa memberi salam, dia terus meluru ke bilik uminya. Dahlah umi tinggal seorang diri. Gila kau tak risau.

''Umi? Kenapa umi menangis ni?'' soal Qirsha cemas. Dia memeluk uminya sambil mengusap belakang badan wanita itu. Ini kali pertama dia melihat keadaan Puan Putri sebegitu. Matanya menangkap sekeping gambar yang berada di tangan umi.

''Itu walid... kan?''

Tubuh Puan Putri mengeras seraya mendengar soalan Qirsha. Kelu lidahnya ingin membalas. Perlahan-lahan tubuh badan Qirsha ditolak ke tepi. Gambar itu direnyukkan dan digumpal menjadi bentuk bulat seperti bola. Terbuntang luas mata Qirsha melihatnya.

''Apa umi buat ni? Itukan gambar kita bertiga!'' Tanpa sedar, dia telah meninggikan suara kepada Puan Putri. Qirsha pantas berdiri sebelum meraup wajahnya kasar. Geram!

''Umi, Ryn tanya ni. Betulkan tu walid?" soal Qirsha lagi. Dia merenung uminya tajam. Memang dia tahu walid dah meninggal, tetapi wajah walidnya itu samar-samar di kotak fikirannya. Boleh dikatakan dia tak ingat langsung macam mana rupa walidnya itu.

"Kau tak payah amik kisah langsung pasal dia. Dia jantan tak guna!"

Terhinjut bahu Qirsha dibuatnya apabila dia ditengking oleh Puan Putri. Kenapa uminya itu benci sangat dekat dia? Sekali dengan walid dibenci. Banyak soalan yang ingin ditanya tetapi tak mampu untuk melontarkannya.

"Ryn... anak luar nikah ke? Itu sebab umi benci sangat dengan kami?" Entah kenapa soalan itu laju je meluncur keluar. Qirsha menatap mata uminya itu dalam-dalam. Cuba mencari kejujuran di sebalik mata tersebut. Malangnya hanya pandangan dingin yang dia dapat. Serta-merta keluhan berat terlepas.

"Ryn keluar dari bilik umi sekarang. Umi cakap baik-baik ni." Nada Puan Putri keras menghalau anak perempuannya itu keluar. Qirsha mengganguk kepala perlahan lalu berjalan keluar dari bilik tersebut. Langkahnya diatur menuju ke sebuah padang lapang. Uniknya, di hadapan padang itu dihiasi dengan sebuah tasik.

Dia terus merebahkan badan di atas padang tanpa mengendahkan mata-mata yang sedang melihatnya. Langit biru di atas ditatap sepuas-puasnya. Tenang. Itu yang dia mahu dalam kehidupannya yang menyedihkan. Tanpa sedar, titisan demi titisan permata jernih mengalir membasahi pipinya.

"Kenapa kau menangis?"




















TBC

Teruskan menyokong 14 Days ❤️

| read, vote and comments |

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top