14 Days: 3
Assalammualaikum, ehem! Jemput baca, vote and comments 💘✨
| 13102020 |
________________
JADUAL yang ditampal di dinding dilihat sekilas. Kepalanya terangguk-angguk sambil bibir menyanyikan lagu. Tangan Qirsha lincah menyusun buku-buku di dalam beg. Matanya dikecilkan sebelum menjerit kecil.
"Pergh, hari ni ada PJ!"
Tanpa berlengah masa, Qirsha melangkah ke almari baju lalu dibukanya. Baju sukan
diambil sebelum dicampak ke atas katil. Butang on yang berada di sisi telefonnya ditekan. Angka nombor yang menunjukan pukul 5:50 pagi dibaca perlahan.
'Mandi dulu, lepas tu turun makan. Aku dah iron baju semalam, so okaylah,' gumam Qirsha sambil memuncungkan bibir ke depan. Tuala yang tersidai elok di tempat penyidai diambilnya lalu terus berjalan masuk ke dalam bilik air.
Usai sahaja mandi dan memakai baju, rambutnya yang panjang itu disikat rapi. Dia menggunakan handryer untuk mengeringkan rambutnya. Qirsha merengus perlahan apabila bunyi notification masuk. Bukan sekali, tapi banyak kali!
Airiq Hiok Hiok 🦶🏻💩
Uit bebal
Bangun!
Bangunlah setan!
Setan apa yang merasuk kau ni sampai
tak nak bangun
Kau nak aku azan ke dekat telinga kau?
Aku comelkan?
Qirsha Arynna binti bapak kau
Aduh aku lupa nama bapak kau hehehehe
Ting!
Ting!
Ting!
Qirsha mengetap bibir geram dengan perangai Airiq. Dia tak jawab dekat WhatsApp, kacau guna Instagram pula. Aplikasi Instagram dibuka sebelum membaca semua chat Airiq.
air1q
Eh hanurt!
Bangun kambing!
Kau tak datang ke siaa!
Datanglah... nanti aku bosan!
Jarinya lincah menaip sambil bibir terkumat-kamit menyumpah seranah Airiq.
Apa benda siak memekak pagi pagi
Gila ke?
Auto tak ngaku member 🦶🏻
Qirsha terus menutup telefon tanpa menunggu balasan Airiq. Dia membetulkan awning tudungnya. Usai sahaja menyiapkan diri, dia mula melangkah ke tingkat bawah. Senyuman terukir di bibir apabila melihat uminya sedang menjamu selera di meja makan.
"Umi!" Senyuman Qirsha mati apabila melihat jelingan umi. Dia mengetap bibir sebelum melabuhkan punggung di kerusi. Matanya membulat melihat semua makanan kegemaran terhidang. Dia melemparkan senyuman manis kepada umi.
"Wah, thank you umi masakkan untuk Ryn.
Ini semua favourite Ryn tau!" ujar Qirsha ceria. Dia berdiri lalu menuangkan air untuk dirinya dan umi. Umi hanya menayangkan muka dingin.
"Umi, umi nak tahu tak, Ryn ada sorang kawan ni tau. Dia offer nak ajarkan Ryn. Result dia pun gempak, umi," cerita Qirsha. Dia sengaja memberitahu untuk memancing perhatian uminya.
"Kau study ke tak study ke... sama je. Tak payah menyusahkan orang nak ajarkan kau. Still bodoh jugak."
Qirsha menunduk apabila mendengar kata-kata yang terbit dari mulut uminya. Hati cuba dikentalkan. Kepala Qirsha diangkat memandang uminya. Senyuman manis tetap terukir di bibir.
"Kau nampak ni? Result pun macam sampah ada hati nak suruh orang ajarkan. Layak ke kau?" Kertas yang tertulisnya keputusan Qirsha dilemparkan ke hadapan gadis itu. Sakit hatinya melihat keputusan anaknya itu. Macam tak belajar je.
Kertas yang berada di hadapan Qirsha diambil. Dia melihat kertas itu sejenak. Ma... macam mana uminya boleh tahu? Air liur ditelan kesat seraya membaca web SAPS. Laju uminya buat kerja.
"Dahlah semua subject gagal. Umi malu tau tak? Baik kamu masuk je kelas-kelas bawah,"
tengking umi. Qirsha cuba untuk menenangkan uminya, tapi hanyalah sia-sia.
"Masa tu Ryn demam, umi. Memanglah result teruk." Qirsha membela diri. Sebelum macam-macam benda yang keluar dari mulut uminya itu, baik dia backup dirinya dahulu.
"Menjawab! Umi dulu demam panas, sakit semua tu elok je datang ambil SPM. Kau? Manja!"
Terhinjut bahu Qirsha dibuatnya mendengar tengkingan uminya. Kepalanya berterusan menunduk. Takut dengan uminya itu. Nak cakap dia penakut? Cakaplah. Orang tak akan faham apa yang dia sedang lalui.
"Takkan umi tak pernah nampak effort Ryn untuk berjaya? Siang malam kot Ryn belajar."
Umi memandang Qirsha sejenak sebelum menghamburkan gelak. Sinis.
"Siang malam? Malam kau buat apa, hah? Main futsal, main PUBG. Itu kau cakap belajar?" soal umi dengan nada sinis. Umi menyilangkan tangan di dada sambil mata tak lepas memandang anak gadisnya itu. Perangai makin melampau!
"Ryn... Ryn pergi sekolah dulu. Assalammualaikum," pamit Qirsha sebelum
melangkah ke luar rumah. Tak salam? Setiap kali dia menghulurkan tangan, bukan ciuman serta salam yang dia dapat. Hanyalah makian, cacian yang diterimanya. Tunjal kepala dah menjadi makanannya.
"Haa eloklah tu! Bagi pandai sikit otak kau!"
Langkah Qirsha terhenti seketika apabila mendengar kata-kata uminya. Dia mengeluh perlahan. Kenapalah uminya benci sangat dekat dia? Penatlah hidup macam ini.
Qirsha berjalan menuju ke sekolah. Dalam masa 3 minit, dia telah sampai ke sekolah. Tanpa berlengah masa, dia terus melangkah ke kelas. Malas nak berkumpul dahulu. Sekurang-kurangnya, dalam kelas bolehlah dia study apa yang dia tak tahu.
Qirsha tekun mengulang kaji mata pelajaran Matematik beserta adik-beradiknya. Dia merengus geram apabila beberapa soalan tak dapat dijawabnya. Buku itu hampir nak dicampak ke lantai tetapi ada satu tangan menghalangnya dari belakang. Buku Matematik terus ditarik oleh empunya tangan itu.
Qirsha menoleh ke belakang memandang
Airiq yang sedang meneliti bukunya. Dia menjuih bibir ke depan. Airiq merenung Qirsha tajam sambil berpeluk tubuh. Buku Qirsha diletakkan di atas meja gadis itu sebelum melangkah keluar dari kelas. Kening Qirsha bercantum hairan.
"Oi Qirsha! Kau tak nak PJ ke? Selalunya kau yang excited," tegur Iman tanpa memandang Qirsha. Dia sibuk memasukkan barangnya ke dalam beg. Bahaya kalau biarkan bersepah di atas meja. Mahunya hilang.
Terus matanya mengerling jam di tangan. Dia mengganguk perlahan. Patutlah Airiq itu laju je keluar. Qirsha membuntuti langkah Iman dari belakang. Semangatnya hilang entah ke mana. Dia mengambil tempat di bangku yang terletak di sebelah court.
Airiq yang baru datang dari stor sukan mengerut kening apabila melihat Qirsha sedang duduk sendirian di bangku. Di tangannya penuh dengan beberapa biji bola sepak. Airiq melangkah ke arah Irwan lalu memberikan semua bola tersebut.
"Qirsha."
Qirsha terus mengangkat kepala memandang empunya suara. Dia berdecit perlahan. Ke sini ada Airiq, sana ada Airiq. Bangku panjang terasa sedikit berat apabila Airiq mula melabuhkan punggung di sebelahnya. Masih ada lagi ruang antara mereka.
"Kau asal?"
"Selangor."
Tangan Airiq laju mengetuk kepala Qirsha. Gadis itu mengaduh sakit sambil menggosok kepalanya yang berlapik dengan tudung. Qirsha mengangkat tangan seakan-akan ingin membalas balik. Airiq menjelir lidah beserta dengan mimik muka.
"Kau kenapa ni?" soal Airiq dengan nada lembut. Dia duduk bersila menghadap
Qirsha. Qirsha mengelak dari memandang Airiq. Segan.
"Dah tak payah nak hanyut sangat dengan emosi kau tu. Jom lawan badminton dengan aku. Boleh release tension kau tu." Qirsha menggeleng laju. Dia tak ada mood, lagilah nak main. Airiq mencekak pinggang sambil mengecilkan matanya.
"Aku tak kira, jom!"
"Tak nak!"
Lantas Airiq menarik pergelangan tangan Qirsha yang berlapik membuntuti
langkahnya. Dia buat pura-pura tak dengar bebelan Qirsha. Raket badminton yang elok dihulurkan kepada Qirsha. Qirsha hanya memandang raket tersebut sepi. Riak wajahnya masam.
"Sha..." Meleret nada Airiq memanggil nama Qirsha. Susah betul nak pujuk perempuan. Can I say, she's so complicated? Tapi memang betul pun.
Qirsha terpaksa setuju untuk berlawan
dengan Airiq. Riak wajahnya hanya masam sedari tadi. Airiq tersenyum bangga apabila berjaya memujuk Qirsha. Mereka berdua berlawan sesama sendiri. Satu persatu markah berpihak kepada Qirsha.
Bulu tangkis yang sedang menghala ke
arahnya sengaja dibiarkan jatuh ke atas garisan. Qirsha terus menjerit apabila dia berjaya mengalahkan Airiq. Qirsha menjelir lidah ke arah Airiq sambil bertepuk tangan. Hilang sedikit stresnya dengan bermain badminton.
Airiq hanya tersenyum bangga apabila
berjaya membuatkan Qirsha gembira.
TBC
Teruskan menyokong 14 Days 💘
| read, vote and comments |
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top