14 Days: 2
Assalammualaikum, taraaa!
Enjoy your reading! 💘✨
| 15092020 |
____________
QIRSHA mencubit sedikit nugget lalu disuap ke dalam mulut. Lantas dikunyah perlahan. Matanya memerhati senior-senior dan ada juga junior-junior yang sedang membuat homework di kantin. Kerusi panjang yang diperbuat dari kayu tiba-tiba terasa sedikit berat. Dia menoleh ke sebelah lalu bergerak sedikit ke tepi memberi ruang kepada tuan punya badan.
Sibuk betullah, Airiq ini!
"Kau ni, tak penat ke asyik menyemak je? Pergilah cari awek, senang hidup tak ada kau asyik berkepit dengan aku je," rungut Qirsha geram. Dia menjeling lelaki itu tajam.
"Couple tu kan haram!"
Semua murid-murid yang bertitlekan 'couple' terus memandang dia orang berdua. Ada yang berbisik sesama sendiri, ada yang ketawa sinis dan ada juga yang menghadiahkan jelingan tajam. Dua orang pasangan kekasih datang menghampiri Qirsha dan Airiq.
"Heh, habis kau tu, halal pula?" soal lelaki yang bernama Izzat. Qirsha sempat mengerling sekilas nametag pasangan tersebut. Teman wanitanya pula hanya diam sambil menyilangkan kedua belah tangan ke dada. Airiq menayang muka selamba. Sempat lagi dia menyuap nugget Qirsha ke dalam mulut.
"Taklah, kitorang special. Kitorang dah kahwin," balas Airiq selamba. Qirsha tersedak lalu air di dalam mulutnya tersembur ke baju sekolah Yuna, girlfriend Izzat. Murid-murid yang lain hanya diam sambil mata memerhati 'drama' yang bakal bermula sekejap lagi.
"You're such a bitch!" tengking Yuna. Dia menghentak meja dengan kuat. Qirsha cuba berlagak selamba macam mana si Airiq itu buat. Dia menoleh ke sebelah seketika sebelum matanya terbuntang luas melihat ketiadaan Airiq.
"Qirsha, good luck! Aku chaw dulu!"
Qirsha melongo tak percaya yang Airiq boleh tinggalkan dia macam itu je. Dia memandang kedua couple tersebut dengan sengihan di bibir. Lantas dia berdiri lalu terus memecut laju meninggalkan Izzat dan Yuna. Dirinya tercungap-cungap mencari nafas apabila sudah jauh dari dia orang berdua.
Jauh bhai dia lari, sampai ke hujung bangunan!
"Airiq ni kan, memang nak kena! Boleh je dia tinggalkan aku macam tu je," rungut Qirsha. Buku limanya dikepal erat. Rasa nak tendang-tendang si Airiq itu sekarang.
"Rungut apa tu, sis?" Terhinjut bahu Qirsha dibuatnya. Tangannya laju memukul lengan Airiq kasar. Airiq mengaduh sakit sambil
menggosok lengannya yang pedih. Bibir terus dijuih ke depan.
"Kau apahal tinggal aku sorang-sorang? Memang sengajakan?" soal Qirsha lantang. Dia memeluk tubuh sambil merenung Airiq tajam. Geram di hati bertimpa-timpa. Bukan geram sahaja, marah, bengang semua itulah! Rasa nak lempang muka Airiq itu.
"Saje."
Sabar Qirsha.
Sabar.
"Hah, aku nak tanya ni. Kau nak tak tawaran aku tu?" Qirsha menggeleng laju. Malas dia nak study dengan Airiq. Bukan boleh harap mamat itu.
"Jangan menyesal, Qirsha Arynna," ujar Airiq. Dia mengukir senyuman sinis sebelum melangkah pergi. Qirsha mengajuk kata-kata Airiq dengan perlahan. Siap buat mimik muka lagi.
"Qirsha Arynna, curi telur acik kantin du du du! Yeah yeah yeah!" Nyanyian 'merdu' Airiq bergema di belakang bangunan. Qirsha mengepal penumbuk. Dia menggigit bibir geram dengan perangai Airiq.
Siap kau, dalam kelas!
AIRIQ menongkat dagu sambil mata memerhati setiap tingkah-laku rakan-rakannya. Tapi, ada satu benda yang menarik perhatian dia untuk mengetahui lebih banyak. Airiq berjalan ke tempat Qirsha sebelum menghentak meja kuat. Dia tersenyum lebar sambil tangan membentuk peace.
"Kau lukis apa tu?" Bibir dimuncung ke arah kertas yang dipegang Qirsha. Qirsha menggeleng laju lalu kertas tersebut disorok ke belakang. Lidah dijelir ke depan.
"Eee nak tengok!" rengek Airiq sambil menghentak-hentak kaki di lantai. Dia menggoyang kerusi Qirsha beberapa kali. Qirsha mengetap bibir menahan malu dengan perangai mengada Airiq. Kertas dilempar tepat ke muka Airiq. Terus terdiam lelaki itu.
Finally!
"Qirsha Arynna!"
Kertas milik Qirsha diletak kasar di atas meja. Dia merenung Qirsha tajam. Bengangnya dia dengan gadis ini. Mana taknya, Qirsha lukis orang lidi lepas itu diletaknya tanduk di atas kepala orang lidi tersebut. Qirsha menjongket kening sambil merenyukkan kertasnya.
"What?"
"Kau tanya apa? Aku punya hensem kau lukis orang lidi je? Tak ada class langsung!"
Iman yang sedang melakukan hobinya, melukis itu mendengus perlahan. Kepala ditoleh ke belakang sebelum menggeleng perlahan melihat pergaduhan antara Qirsha dan Airiq. Sehari tak gaduh tak sah!
"Eh korang ni! Boleh diam tak? Memekak jelah. Aku nak melukis pun tak tenang. Kalau nak gaduh pergi kat luar. Ergh!"
Airiq dan Qirsha saling menjeling antara satu sama lain. Sorang memeluk tubuh, sorang lagi mengacah untuk menumbuk. Ilena mengusap belakang tubuh Iman bagi menenangkan kawannya yang tengah berasap itu. Qirsha menjuling mata ke atas.
"Semua ni salah kau!" bisik Airiq. Qirsha terus memandang Airiq geram. Telinganya panas mendengar tuduhan melulu Airiq itu. Buku tulis milik Iman diambil lalu dipukul lengan Airiq kuat. Satu kelas memandang Qirsha dan Airiq.
"Qirsha Arynna, Airiq Drizlan!" jerit Iman lantang. Mereka berdua menutup telinga mendengar suara nyaring Iman. Wo, boleh pekak siot!"
"Ya Allah, apa bising-bising ni? Dari luar boleh dengar korang punya bising. Heih, dah form four pun perangai macam form two." Cikgu Muna terkoncoh-koncoh masuk ke dalam kelas. Dia mencekak pinggang sambil memandang anak muridnya satu persatu.
Qirsha dan Airiq menunding jari antara satu sama lain. Tanpa mengendahkan mereka berdua, Iman memberi salam diikuti dengan rakan-rakan sekelasnya. Cikgu Muna menjawab salam lalu menyuruh murid-murid
4 Akaun.
"Qirsha."
"Qirsha."
"Qirsha Arynna!"
Qirsha menoleh ke belakang memandang Airiq tajam. Dia nak belajar, ya Allah! Airiq menulis sesuatu di kertas lalu dihulurkan kepada Qirsha. Tanpa banyak bunyi, Qirsha mengambil kertas tersebut. Lantas dibacanya perlahan. Berkerut dahi dia melihat isi yang ditulis oleh Airiq.
"Kau study dengan aku, aku belanja Starbucks. I know you like Starbucks. Hehehe *emoji peace*"
"Kau rasuah aku ke?" soal Qirsha sambil mengukir senyuman sinis.
Dia merenyuk kertas tersebut lalu dibaling ke muka Airiq. Mulut Airiq terkumat-kamit menyumpah seranah dengan perangai Qirsha.
"Mana ada rasuah. Itu rezeki tau. Tak baik tolak rezeki!"
"Sape cakap?"
"Aku!"
Airiq mengukir senyuman kemenangan. Dia menjongket kening beberapa kali mengejek Qirsha. Qirsha mengetap bibir geram dengan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Airiq. Dia inikan, tak pernah nak mengaku kalah. Nak menang je kerja.
"So, tunggu aku dekat Starbucks ye sweetie," pesan Airiq sambil mengenyit mata. Qirsha menayangkan penumbuknya di depan muka Airiq. Mata dijuling ke atas.
Yeah, dia terpaksa!
HABIS je waktu persekolahan, Qirsha terus menuju ke Kafe Starbucks. Dia menapak masuk ke dalam sebelum mencari sebuah meja yang kosong. Tanpa berlengahkan masa terus dia berjalan ke sebuah meja yang muat untuk dua orang. Diletakkan beg di kerusi sebelahnya. Jam di tangan dikerling.
Inilah lelaki, lembab sentiasa!
Handphone dikeluarkan dari poket lalu dia meletakkan di atas meja. Handphone yang berjenama Oppo itu disandarkan di botol air.
Tangannya lincah membetulkan awning yang sudah rosak. Kepala terus diangkat memandang tuan punya badan yang menarik kerusi di depannya sesuka hati sahaja.
Prince stupid dah sampai rupanya.
"Awalnya sampai. Sempatlah juga aku buat air tadi," sindir Qirsha. Airiq menghambur gelak besarnya sambil mengelap air mata. Qirsha menjongket kening hairan dengan perangai Airiq. Aik, sindir pun boleh gelak macam dia buat lawak.
"Muka macam kau ni buat air? Reti ke?" Qirsha menggigit bibir mendengar sindiran Airiq. Dia mengecilkan matanya merenung Airiq tajam.
Qirsha mengeluarkan homework Addmath yang diberikan oleh Cikgu Izzati. Pencil case dan kalkulator turut dikeluarkan dari beg. Dia mula menjawab soalan-soalan dengan tekun. Airiq hanya diam memerhatikan tingkah-laku Qirsha. Dia menyandarkan badan di penyandar kerusi sambil memeluk tubuh. Bibirnya mengukir senyuman.
"Eee aku tak boleh focus!" Airiq menggeleng kepala melihat perangai Qirsha yang mudah give up. Tanpa mengendahkan Airiq, Qirsha mencampak buku tulisnya. Hampir jatuh buku tersebut ke lantai tetapi sempat dicapai oleh Airiq.
"Erm, ikut aku. Aku tahu satu tempat yang tenang dan boleh buat kau study dengan fokus," ajak Airiq lalu dia menggalas beg sekolahnya di bahu. Qirsha hanya diam sambil tangan lincah mengemas alat tulis. Usai sahaja mengemas, dia menggalas beg lalu membuntuti langkah Airiq dari belakang.
Lima minit kemudian, mereka berdua sampai di satu tempat yang sangat cantik. Mulut Qirsha terlopong luas sambil mata tak lepas dari memandang pemandangan di depannya. Terdapat sebuah kolam ikan dan juga pokok-pokok bunga. Terus diucapkan 'subhanallah' bagi memuji keindahan alam. Airiq mengulum senyuman lebar.
"Wey lawa siot. Mana kau tahu tempat ni? Sebelum ni tak pernah tahu pun," tanya Qirsha setelah puas memandang pemandangan yang indah. Dia meletakkan begnya di tepi. Wajah Airiq ditatap seketika.
"Actually, sebelum ni tempat dia penuh semak-samun. Pastu aku bersihkanlah. And yup, aku yang buat pondok kecil ni. Khas untuk aku je tau. Tapi entah macam mana aku boleh bawak orang gila macam kau." Mati terus senyuman Qirsha mendengar kata-kata Airiq. Baru dia nak puji si Airiq itu, terus tak jadi.
"Dah tak payah nak merapu sangat. Air tu bak sini. Nanti kau buat, lepas tu minum. Tak fokus nanti. Macamlah aku tak tahu perangai kau," pinta Airiq sambil menghulurkan tangan. Qirsha menggeleng laju. Airnya itu dipeluk erat. Takkan sesekali dia bagi dekat Airiq.
"Sini!"
"Tak nak!"
"Qirsha Arynna..." Meleret suara Airiq memanggil nama Qirsha. Qirsha mengeluh halus lalu terpaksa memberikan air favouritenya itu. Belajar kena berkorban, Qirsha!
"Good, macam nilah my girl."
Qirsha memutarkan bebola mata ke atas. Menyampah dengan perangai tak betul Airiq. Airiq pula menghambur gelak kecilnya lalu menggeleng kepala perlahan. Penatlah layan perangai mereng Qirsha ini.
"Dah, fokus. Kalau tak tahu, tanya je." Qirsha mengganguk laju lalu mula fokus membuat homeworknya. Ada kalanya dia mengeluh berat tetapi ditegur oleh Airiq. Beberapa soalan yang dibulat ditanyakan kepada Airiq.
"Okey, macam ni."Airiq mula menerangkan satu persatu untuk menyelesaikan soalan. Kadangkala geram juga dia dengan sikap pelupa Qirsha. Formula yang penting pun boleh lupa. Terpaksalah dia menulis semua formula-formula di atas kertas lalu diterangkan kepada Qirsha. Gadis itu hanya menggaguk-angguk kepala. Faham ke idok tak tahulah dia.
Now, dia dah nampak kelemahan Qirsha dekat mana. Soalan yang senang pun boleh salah. Susah boleh pula dijawabnya.
Hampir lima jam mereka berdua study, Qirsha menutup buku dengan teruja. Dia mengemas barang-barangnya lalu dimasukkan ke dalam beg. Qirsha mengeliat seketika membetulkan urat-uratnya. Airiq hanya menggeleng kepala. Perangai... budak-budak betul!
"Tunggu aku dekat pondok. Kau jangan tak datang. Kau lambat satu saat, acik kantin kirim maut," pesan Airiq mendatar. Qirsha mengajuk kata-kata Airiq sambil membuat mimik muka sekali. Airiq sempat menjeling Qirsha tajam sebelum berjalan meninggalkan gadis itu di belakang.
"Oi, tunggulah kambing!"
TBC
Teruskan menyokong 14 Days 💘
| read, vote and comments |
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top