14 Days: 17

Assalammualaikum and hai! New chapter

So yeah, enjoy your reading! I mean... good luck! 💔🚶🏻‍♀️

| 31122021 |















SELURUH badannya menggigil ketakutan apabila melihat Airin yang sedang memegang pisau yang dipenuhi dengan darah. Alat bantuan pernafasan juga turut berada di tangan Airin. Kolam matanya sudah bertakung dengan air mata dan beberapa saat setitis demi setitis mula gugur membasahi pipi Qirsha.

"Akak!"

Airin pantas menoleh ke belakang sebelum wajahnya mula berubah. Pisau tersebut pantas disorok di belakangnya dan alat bantuan pernafasan itu diletakkan betul-betul di tepi jasad Airiq. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri Qirsha bersama dengan senyuman.

"Hai, Qirsha!"

Qirsha menggengam erat tangannya sebelum penumbuk dihayunkan ke muka Airin. Airin yang tidak bersedia terus jatuh ke lantai. Terkejut dia melihat tindakan spontan Qirsha.

Tanpa membuang masa, Qirsha berjalan pantas menuju ke katil Airiq. Tidak berhenti air mata mengalir membasahi pipinya. Lututnya terasa lemah lalu dia jatuh terduduk di sebelah katil Airiq. Palang katil itu dipukul banyak kali.

Kenapa dia lambat datang!

Cadar katil yang berwarna putih itu dipenuhi dengan darah milik Airiq. Bibirnya terketar-ketar untuk mengatakan sesuatu. Air mata tidak berhenti-henti mengalir. Ya Allah, tergamaknya seorang kakak membunuh adik dia.

"Kenapa? Terkejut? Dia memang layak mati! Sebab dia... mama pilih kasih. Mama berat sebelah. Tak habis-habis budak ni! Kenapa ek asyik-asyik dia je. Memang aku ni tak wujud ke?"

Qirsha hanya mendiamkan diri. Palang katil itu dipegang erat bagi menahan amarah yang membuak-buak di hatinya. Jasad Airiq yang dipenuhi darah itu dipandangnya sayu.

"Kau pun samalah! Sepatutnya Mama backup aku tapi kau... perempuan sampah dari mana entah tiba-tiba muncul!"

Qirsha tak mampu membalas kata-kata Airin. Yang pasti, wajah Airin menjadi orang pertama yang paling dibencinya. Tanpa menunggu lama, Qirsha pantas berdiri dan berjalan keluar dari bilik. Dia nak bagi tahu dekat nurse-nurse yang berada di kaunter!

Namun Airin lebih laju menahan langkah Qirsha. Tudungnya ditarik kasar dari arah belakang sebelum badan dihentak ke dinding. Wajah Airin yang bengis dan tegang menghiasi pemandangan Qirsha.

"Kau ingat aku bodoh ke nak lepaskan kau macam tu je? Since kau memang dah nampak jelas dengan mata kau sendiri, why not aku bunuh kau sekali?" ujar Airin sebelum menghambur ketawa besar. Menggigil-gigil lutut Qirsha pada waktu itu.

Pisau lipat dikeluarkan dari poket Airin lalu sengaja bermain di depan Qirsha. Pipi gadis itu diusap lembut dan perlahan-lahan tangannya mula bergerak turun ke leher. Leher Qirsha dicekiknya tanpa belas kasihan.

"Kau nak pergi mana? Kau tak boleh lari pun. Aku dah kunci pintu keluar and hack cctv dekat sini."

Qirsha memukul tangan Airin beberapa kali supaya melepaskan dirinya. Terbatuk-batuk Qirsha dibuatnya setelah leher dia dilepaskan. Tanpa berlengah, perut Airin disepaknya kuat bagi menjauhkan diri daripada gadis itu.

Impaknya agak kuatlah juga sehinggakan Airin terbaring di atas lantai. Dengan kesempatan yang ada, Qirsha cepat-cepat menghayun langkah menuju ke pintu keluar. Tetapi Airin pantas mencapai kakinya menyebabkan dia tersadung ke atas lantai.

Lantas Airin berdiri lalu memijak kaki Qirsha dengan kuat. Qirsha menjerit kesakitan apabila  Airin menekan kakinya. Mereka berdua bergelut buat seketika sebelum masing-masing mengambil jarak antara satu sama lain.

'Huh huh, dia punya gerakan laju gila,' gumam Qirsha sambil tercungap-cungap mengambil nafas. Tajam matanya memerhati setiap gerak-geri Airin. Ternyata Airin handal dalam ilmu mempertahankan diri.

''Hiyargh!"

Pisau itu dihunus ke arah Qirsha beberapa kali namun sempat dielaknya. Berlaku sekali lagi pergelutan antara mereka berdua. Qirsha pantas menangkap tangan Airin lalu menahannya daripada terus menyerang.

"Kau mesti tertanya-tanyakan kenapa aku sanggup bunuh dia? Kakak mana yang sanggup bunuh adik dia. Dia bukan adik aku. Mak aku ambil dia jadi anak angkat atau pun lebih tepat lagi pungut budak tu!"

Terkejut Qirsha apabila mendengar kata-kata daripada Airin. Dia masih lagi tidak berganjak dari tempatnya tadi bagi menghalang Airin menikam ke tubuhnya.

"Tapi dia dah anggap kau tu kakak dia! Hitam sangat hati kau ni sanggup nak membunuh. Kau tak tahu ke dosa, hah?" tengking Qirsha sambil menatap tajam mata Airin. Hatinya penuh dengan kebencian apabila terpaksa berhadapan dengan pembunuh.

"By the way, sorry do aku fitnah mak kau. Sebenarnya bukan dia yang dalang disebalik accident Airiq. Aku yang upah orang dan kebetulan mak kau ada dekat belakang lori tu."

Ketawa Airin terhambur kuat sambil sebelah tangan mengeluarkan sebilah pisau dari arah belakang pula. Pisau itu diangkat tinggi lalu dihunus tepat ke arah perut Qirsha. Namun seseorang datang secara tiba-tiba lalu menolak Qirsha dari arah tepi menyebabkan dia terjatuh ke atas lantai.

"Urgh!"

Qirsha pantas mengangkat kepala sebelum matanya membulat terkejut dengan apa yang dilihat. Tanpa belas kasihan, Airin menikam tubuh Uminya banyak kali sehinggakan Umi jatuh terduduk di atas lantai.

Qirsha cepat-cepat menerpa ke arah Uminya dan memeluk tubuh wanita yang disayanginya. Belakang baju Umi dapat Qirsha rasakan cecair berwarna merah. Menggeletar tangan Qirsha ketika itu.

"Umi! Umi!" panggil Qirsha sambil menggoncang perlahan tubuh Umi yang lemah. Berjuraian air matanya mengalir turun di pipi.

"Ryn... maafkan Umi."




















AIRIN pantas berlari meninggalkan Qirsha dan Puan Putri. Sekarang, lebih baik dia keluar dari hospital. Matanya bersinar apabila melihat sebuah pintu yang terbuka itu. Ini masa dia untuk larikan diri.

Pap!

Kepalanya disepak kuat dari arah belakang menyebabkan Airin jatuh tersembam ke lantai. Sebelah tangannya memegang tempat yang disepak itu. Dia mendongak kepala lalu menelan air liur seraya melihat sekumpulan polis sedang berkumpul di sekelilingnya.

"Anda dikepung. Cepat gari dia dan bawa keluar dari hospital ini," arah seorang pengawai lelaki yang tinggi lampai. Dia mengacukan pistol ke arah Airin sebagai langkah berjaga-jaga. Anak buahnya mengangguk kepala sebelum menggarikan kedua belah tangan Airin.

"Macam mana boleh..."

Pang!

Terteleng kepala Airin apabila menerima satu tamparan kuat. Bibirnya diketap bagi menahan pedih. Kehadiran Puan Liza mengalihkan perhatian semua orang. Puan Liza menggengam penumbuk sambil menatap wajah anak perempuannya.

"Mama tak sangka Airin sanggup bunuh adik Airin sendiri! I didn't teach you to kill someone! How dare you..."

Dapat Airin dengar nada kecewa yang keluar daripada mulut Mamanya. Dia hanya mendiamkan diri sahaja dan terus mendengar kata-kata yang terungkap di mulut Mama. Bohonglah kalau dia tak sedih melihat keadaan Mama namun dendam telah memenuhi seluruh lubuk hatinya.

"Mama...''

Lengan Airin direntap kasar bagi meneruskan langkahnya keluar dari hospital. Kepala Airin menoleh ke arah belakang untuk menatap wajah Mamanya buat kali terakhir. Dia menghantar pandangan sehingga bayang Mamanya hilang di ruangan lobi itu.
























KEDUA belah matanya berkaca-kaca menahan tangisan daripada terlepas. Dia tak kuat untuk kehilangan orang yang dia sayang lagi. Cukuplah.

"Umi layan Ryn teruk sangat. I'm sorry," ucap Umi sambil mengukir senyuman nipis. Tubuhnya sangat lemah dan tidak berdaya. Qirsha menggeleng-geleng kepala menafikan kata-kata Uminya.

"Umi, jangan tinggalkan Ryn! Cukuplah Airiq pergi. Takkan Umi nak pergi jugak!" rayu Qirsha bersungguh-sungguh. Dia tak sanggup kehilangan orang yang disayanginya lagi.

"Ryn jaga diri ye, sayang," ujar Umi dengan nada lemah. Perlahan-lahan senyuman nipis terlakar di bibir Umi dan rangkulan Umi terlepas daripada pelukan Qirsha. Tubuh Umi
jatuh terkaku di atas lantai.

Kedua belah tangan Qirsha dijatuhkan di sisi dan matanya menatap jasad Umi yang tidak bernyawa. Kotak fikirannya kini kosong dan tidak mampu untuk berfikir. Semua berlaku dengan cepat.

Dia hilang Umi.

Dia hilang Airiq.

Dia hilang segala-galanya.

Tangisan Qirsha pada kali ini tanpa bunyi. Pandangannya masih pada jasad Umi yang terbujur kaku itu. Kepalanya berasa berat lalu dia rebah tak sedarkan diri di sebelah jasad Umi.











TBC

Teruskan menyokong 14 Days ❤️

| read, vote and comments |

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top