14 Days: 15
Assalammualaikun and hai! Sorry ye kalau ada nama yang tersilap. Aku dah tak ingat wey nama watak HAHAHAHA 😭😭
Enjoy your reading!
| 26122021 |
KERTAS yang berada di hadapan Airiq dipandang sepi. Dia mula meletakkan kepalanya di atas meja. Tak tahu kenapa hari ini dia sangat penat dan tubuhnya terasa panas. Badannya tidak bermaya untuk melakukan sesuatu.
"Aa sakitnya kepala!" rungut Airiq sambil memicit kepalanya. Dia mengangkat kepala dan pen yang berada di dalam pencil box diambil. Dengan lafaz bismillah, Airiq mula menjawab soalan yang disediakan itu.
Ini kali kedua mereka semua menjawab ujian subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Akaun. Namun kali ini Airiq tak berharap yang markahnya tinggi kerana keadaannya yang tidak baik.
Tamat sahaja waktu persekolahan, Airiq bergegas untuk pulang. Dia melangkah menuju ke ruangan tempat motosikal. Suhu badannya yang semakin meningkat itu tidak dapat ditahan lagi. Airiq ingat sakit kepalanya mungkin akan hilang apabila dia tidur malangnya tidak.
'Aku nak balik and tidur,' gumam Airiq. Motosikalnya ditarik ke belakang lalu dia melompat naik ke atas. Enjin dihidupkan dan Airiq pun menunggang motosikal kesayangannya di atas jalan raya.
Kebetulan pula terdapat sebuah lori besar yang laju menuju ke arahnya. Airiq membawa motosikalnya ke tepi sedikit bagi mengelak bertembung dengan lori tersebut.
Namun lori itu seakan-akan menghala ke arahnya. Airiq yang tidak dapat mengawal motosikal akhirnya bertembung dengan lori itu. Tubuh badan Airiq tercampak jauh dan motosikalnya hancur berkecai.
Murid-murid yang sedang menunggu ibu bapa mereka mengambilnya tergamam melihat kemalangan yang berlaku betul-betul di depan mata. Suasana mula kecoh dengan teriakan dan tangisan orang ramai.
"Ya Allah."
BAJU-BAJU yang sudah dilipat dimasukkan ke dalam beg baju. Giginya diketap geram apabila teringat perbualan dengan Airiq tiga hari lepas.
"Kau kena duduk hospital. Kau ingat kau duduk rumah sorang-sorang ni ingat aku percaya ke? Mana tahu kau buat benda bodoh lagi," ujar Airiq selamba. Tercengang Qirsha apabila mendengarnya. Tapi apa yang Airiq cakap itu betul. Traumanya masih ada lagi.
"Kau bukan Umi aku nak paksa-paksa aku!" bantah Qirsha. Dia mencekak pinggang sambil memandang Airiq tajam.
"So? Cuba kau bersyukur sikit ada orang ambil berat pasal kau," balas Airiq tak nak kalah. Dia membalas renungan Qirsha dengan selamba.
Qirsha mengeluh perlahan sebelum mengambil beg bajunya. Dia sempat melihat ruangan bilik itu buat kali terakhir bagi memastikan tiada barang yang tertinggal. Akhirnya dia melangkah keluar dari bilik lalu berjalan menuju ke pintu keluar.
Tiba-tiba dia bertembung dengan stretcher yang tengah laju membawa pesakit menuju ke ruang ICU. Cepat-cepat Qirsha meminta maaf kepada dua orang nurse yang membawa pesakit itu.
Baru sahaja Qirsha ingin melangkah, dia ternampak cincin yang betul-betul di tepinya. Cincin tersebut diambil dan dibelek seketika. Macam pernah nampak.
"Eh nurse, saya rasa ni cincin patient tu," ujar Qirsha sebelum memusingkan badannya ke belakang. Namun dua orang nurse itu telah pun masuk ke dalam ruang ICU tersebut. Cincin dan ruang ICU dipandang silih ganti.
Cincin tersebut disimpan di dalam poket seluarnya lalu telefon diambil. Sekali lagi keluhan berat keluar dari mulut Qirsha. Banyak betul dugaan yang dihadapinya buat dua tiga hari ini. Telefon rosak, ujian ditunda dan Umi pula tak peduli tentangnya.
Haih.
DUA hari kemudian, Qirsha pun melangkah pergi ke sekolah macam biasa. Langit yang selalu cerah tiba-tiba berubah mendung seakan-akan macam Qirsha akan mendapat berita buruk. Kepalanya digeleng-geleng bagi menghalau firasat buruk yang menggangu fikirannya.
Beg sekolah diletakkan di kerusinya lalu Qirsha pun pantas duduk di atasnya. Dia menjeling meja belakang iaitu meja Airiq. Selalunya Airiq akan datang awal sebelumnya.
Malas nak berfikir panjang, Qirsha pun mengeluarkan buku latihannya untuk mengulang kaji. Sekejap lagi dia akan mengambil ujian Matematik, Matematik Tambahan dan Akaun.
''Bangun... assalammualaikum Cikgu Izzati!" Suara Iman yang nyaring menyentakkan Qirsha yang sedang mengulang kaji. Kelam-kabut dia berdiri sebelum memberi salam bersama-sama dengan rakan-rakan sekelasnya. Buku latihan ditutup dan disimpan bawah meja.
''Qirsha, awak dah okey? Kalau dah okey, cikgu boleh bagi kertas dekat awak. Awak boleh duduk dekat depan ni," ujar Cikgu Izzati sambil menarik kerusi kosong di baris depan sekali. Perlahan-lahan Qirsha mengganguk kepalanya sebelum mengambil kotak penselnya. Dia menapak ke tempat yang kosong itu lalu mula duduk di situ.
''Okey, awak boleh jawab sekarang Jangan gelabah, jawab dengan tenang je." Kertas subjek yang pertama iaitu Matematik Tambahan diberikan kepada Qirsha.
Kertas tersebut diambil sambil mengucapkan terima kasih kepada cikgu. Tangannya laju menyelak halaman pertama sehingga terakhir. Mengucap juga dia melihat soalan-soalan yang Cikgu Izzati buat.
Bunyi loceng menandakan sesi persekolahan sudah tamat. Qirsha menghela nafas lega apabila selesai menjawab tiga-tiga subjek yang susah itu. Barang-barangnya dikemas dan dimasukkan ke dalam beg. Meja Airiq yang kosong itu dipandang lama.
"Qirsha..."
Kepalanya ditoleh ke arah tuan punya suara. Dia mengulum senyuman kepada Iman. Namun, senyumannya tidak dibalas langsung. Terkebil-kebil dia memandang Iman yang berwajah serius itu.
"Airiq accident." Dua patah perkataan itu berjaya mematikan senyuman Qirsha. Lantas dia berdiri sambil menayangkan wajah serius.
''Kau cakap apa ni?" soal Qirsha cuba menafikan kenyataan Iman. Dia menggeleng kepala beberapa kali. Iman mencengkam bahu Qirsha dan memandang muka Qirsha yang hampir menangis itu.
"Keadaan dia kritikal, Qirsha," sambung Iman lagi. Qirsha mengepal penumbuk lalu mengangkat kepalanya. Wajah Iman dipandang dengan perasaan geram.
"Kenapa korang senyap? Kenapa tak ada siapa yang beritahu aku pasal Airiq!" bentak Qirsha sambil mengetuk meja dengan kuat. Perasaannya kini bercampur-baur.
''Kitorang dah chat and call kau! Tapi, kau yang tak online. Salah kitorang lagi?" balas Iman kegeraman. Seolah-olah Qirsha menyalahkan mereka semua padahal dia dah spam call and chat lagi.
Qirsha terdiam apabila mendengar balasan Iman. Baru dia teringat yang telefonnya sekarang tengah rosak. Dan nombor baru belum diberitahu lagi kepada Iman.
''Hospital mana?"
Setelah mendapat maklumat hospital daripada Iman, tanpa menunggu lama Qirsha terus bergegas menuju ke tempat di mana hospital itu berada.
TERMENGAH-MENGAH Qirsha dibuatnya apabila berlari sepanjang 5km dari sekolah ke hospital. Dia menapak masuk ke dalam dan menuju ke arah kaunter pertanyaan. Matanya meliar memerhati ruangan di bahagian utama sebelum tersedar sesuatu.
Hospital yang sama dia duduk.
"Ye, dik? Awak nak apa?" Pertanyaan nurse itu menyentakkan lamunan Qirsha. Lantas Qirsha menanyakan tentang keadaan Airiq.
"Maaf, adik. Airiq sekarang dekat ICU. Dia masih tak sedarkan diri lagi," jelas nurse itu. Mendengar balasan nurse tersebut, lutut Qirsha automatik terasa lembik. Hampir terjatuh dia dibuatnya namun sempat berpaut di kaunter.
Tiba-tiba Qirsha teringat dengan cincin yang dijumpainya semalam. Pantas dia menyeluk poket baju kurungnya lalu mengeluarkan cincin tersebut.
"Nurse... ini cincin semalam saya jumpa. Saya rasa ni kepunyaan pesakit. Semalam saya ada terlanggar sebuah stretcher," terang Qirsha sambil menghulurkan cincin itu.
"Lah awak ke yang bertembung dengan saya semalam?" soalnya terkejut. Qirsha hanya mengganguk kepala sambil mengulum senyuman nipis. Cincin tersebut disuakan kembali kepada Qirsha.
"No need, ni cincin Airiq. Awak simpanlah," balas nurse yang bernama Azlina. Wajah Qirsha terus berubah terkejut dan jarinya membelek-belek cincin. Patutlah macam familiar.
'Jadi, semalam yang aku terlanggar tu Airiq?' omel Qirsha sendirian. Dia mengucap terima kasih kepada Nurse Azlina itu sebelum mengambil tempat yang agak tersorok untuk duduk.
"Qirsha."
Kepalanya diangkat bagi memandang tuan punya suara yang memanggil namanya. Qirsha pantas berdiri dan cepat-cepat menyalam Puan Liza. Terkejut dia apabila terjumpa dengan Mama Airiq dan Airin.
Airin menapak mendekati Qirsha lalu sebuah tamparan hinggap di mukanya. Tergamam Qirsha dan Puan Liza melihat tindakan Airin tersebut. Dengan pantas Puan Liza menjauhkan Qirsha daripada Airin.
Pap!
Sebuah fail yang berisikan beberapa helai kertas dicampak di muka Qirsha dengan kasar. Qirsha yang masih terkejut itu memandang fail yang jatuh di atas lantai.
"Mama nak tahu tak? Siapa dalang di sebalik kemalangan ni? Mak betina ni!"
Tak mungkin.
"Apa Airin cakap ni? Tak baik tuduh bukan-bukan!" sampuk Aunty Liza. Dia cuba menjernihkan situasi yang agak tegang.
Airin mengukir senyuman sinis dan dia mencangkung seketika di atas lantai. Fail itu dibuka lalu sehelai kertas diambilnya. Jelingan tajam diberikan kepada Qirsha sebelum beralih pandangan ke arah Mamanya.
"Ini apa? Nama perempuan ni Putri binti Azrin. Mak dia!"
TBC
Teruskan menyokong 14 Days ❤️
| read, vote and comments |
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top