14 Days: 12
Assalammualaikum, hai semua! Eh dah lama aku tak update HAHAHAH. Last bulan 7 rasanya 👁👄👁 I guess lagi beberapa bab dah nak habis hiks. [Kot ] HAHAHAHA.
So yeah, enjoy your reading!
| 27112021 |
BADANNYA digerakkan ke kiri dan ke kanan supaya berasa selesa. Mata Qirsha masih tertutup dan wajahnya berubah pucat. Bajunya habis basah lencun akibat peluh yang mengalir di seluruh badan. Beberapa minit dalam keadaan begitu, akhirnya Qirsha sedar dan pantas bangkit. Dia tercungap-cungap mengambil nafas.
"Ryn... meh sini. Jangan takut."
Cadar katilnya disepak-sepak supaya bayangan itu pergi. Kedua belah lutut dipeluk erat lalu dia menyembamkan mukanya. Seluruh badan Qirsha menggigil ketakutan. Ya Allah, dia takut!
Ting tong!
Terhinjut kedua belah bahu Qirsha seraya mendengar bunyi loceng dari luar rumah. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskan. Kaki diatur menuju ke pintu utama. Sempat Qirsha mencapai tudung sarung yang tersidai di tiang penyangkut.
"Hai, Qirsha!" sapa Airiq dengan teruja. Dia melambai-lambaikan tangannya bersama senyuman. Qirsha terkaku melihat kehadiran Airiq pada awal-awal pagi. Airiq yang memakai tshirt putih beserta jaket berwarna biru gelap dipandang lama.
"Kau buat apa datang sini awal-awal pagi?" tanya Qirsha pelik. Dia membetulkan tudungnya yang senget itu. Airiq pantas mengetuk kepala Qirsha dengan lembut.
"Kau ni, Qirsha! Cakap nak pergi fun fair. Jomlah!" balas Airiq kegeraman. Dia dah baik hatilah ini nak ganti masa Qirsha yang dibazirkan hari itu.
"Kau serious? Tak tipu?" soal Qirsha ragu-ragu. Tak naklah berharap, nanti hatinya yang sakit.
"Ye, Qirsha Aryyna."
Wajah Qirsha terus berubah ceria dan dia meminta Airiq menunggu di luar sebentar. Lantas dia berlari menuju ke biliknya lalu melangkah ke bilik air. Ketakutan yang menghantuinya tadi dapat dilupakan sementara.
Setengah jam jugalah dia mengambil masa untuk bersiap. Pakaian Qirsha simple je iaitu dengan memakai blause berwarna biru gelap. Tudung pula dipadankan dengan warna coklat muda. Kaki diatur menuju ke ruang tamu dan matanya mencari umi. Mungkin umi tak bangun lagi, getus hatinya.
Pintu utama dibuka dan wajah Airiq terpampang di depan mata Qirsha. Laju tangannya ingin memukul namun dapat dielak oleh Airiq. Wajah tidak puas hati ditayangkan.
"Eh kejap, macam mana kau boleh terlepas? Bukan kau dekat hospital? Doktorkan tak bagi keluar lagi," soal Qirsha sambil mengangkat kedua belah keningnya.
"Come on, ni Airiq kot. Semua benda boleh lepas," balas Airiq dengan nada berlagak. Wajah bangga ditayangkan kepada Qirsha.
"Kau cakap sekarang macam mana kau boleh lepas!" paksa Qirsha kegeraman. Dia mencekak pinggang sambil merenung Airiq tajam. Kalau dah sihat Qirsha tak kisah.
"Ish, aku keluar ikut tingkap," balasnya selamba sebelum mengatur langkah menuju ke kereta. Mulut Qirsha terlopong luas apabila mendengar jawapan Airiq.
Bilik itu berada di tingkat 9 tau!
Qirsha mengejar langkah sehingga sampai di sebuah kereta Audi berwarna putih. Matanya terkebil-kebil melihat kereta itu dan Airiq. Tangannya gatal ingin menyentuh kereta kepunyaan Airiq. Namun, Qirsha batalkan sahaja niat tersebut.
"Sentuh jelah. Tapi, jangan bagi calar." Seusai memberi keizinan, Airiq melangkah masuk ke dalam kereta. Dari dalam, dia hanya diam memerhatikan Qirsha yang teruja menyentuh kereta kesayangannya.
"Dah puas?" tanya Airiq sejurus melihat Qirsha masuk ke dalam keretanya. Dapat dilihat gadis itu mengganguk kepala laju bersama dengan senyuman lebar.
Kereta dipandu laju membelah jalan raya yang agak sedikit sesak ketika itu. Qirsha membuang pandangan ke luar tingkap manakala Airiq fokus memandu. Ada masa dia curi-curi pandang Qirsha dalam senyap.
"Airiq."
"Hurm."
"Aku... aku nak hotspot hehe," pinta Qirsha takut-takut. Dia boleh pula lupa untuk topup. Penyakit pelupa dia ini makin hari makin teruk. Sampai telefonnya pun boleh lupa letak di mana.
"Eee tak malu mintak hotspot orang," balas Airiq tanpa memandang Qirsha. Mendengar jawapan Airiq, Qirsha terus mendengus kasar.
"Dah aku lupa nak beli data, yang kau nak menganjing pahal?" bentak Qirsha geram. Hampir sahaja tangannya ingin memukul Airiq namun dibatalkan niat apabila memikirkan keselamatan mereka berdua.
"Bila masa aku menganjing kau?" tanya Airiq pelik. Wajahnya mempamerkan reaksi keliru menandakan dia betul-betul tak faham.
"Yang kau cakap eee tak malu mintak hotspot tu apa? Bukan menganjing?" bidas Qirsha dengan nada yang tinggi. Sakit hatinya apabila diperli sebegitu.
Tidak semena-mena kepalanya diketuk perlahan. Terus Qirsha menoleh memandang Airiq yang sedang memandu itu. Kedua belah tangan cepat-cepat diletakkan di atas kepala bagi mengelakkan Airiq mengetuk sekali lagi.
"Itulah nama hotspot aku, ban*ang!"
Dan ketika itu juga kereta milik Airiq berhenti secara tiba-tiba. Qirsha yang tidak memakai tali pinggang menyebabkan badannya tercampak ke depan. Nasib tidak menyebelahinya apabila kepala dia terhantuk pada dashboard tersebut.
"Airiq, kau dah kenapa?" soal Qirsha dengan nada tinggi. Kepalanya digosok-gosok bagi mengurangkan sedikit kesakitan. Pergh, pedih bhai!
Qirsha mengangkat kepala sebelum matanya terbuntang luas. Jelas terlihat di depan mata sebuah fun fair yang gah terbina. Lantas Qirsha melangkah keluar dan berjalan menghampiri Airiq.
"Jom," ajak Airiq lalu mengatur langkah menuju ke kaunter tiket. Qirsha hanya diam dan berjalan membuntuti Airiq yang berada di depan.
'Kau tunaikan janji kau. Thank you, Airiq.'
QIRSHA menarik nafas lalu menghembusnya setelah penat bermain semua permainan yang berada di fun fair. Airiq hanya tersenyum lebar melihat Qirsha yang sudah kepenatan itu.
"Qirsha, jom sewa basikal tu," ajak Airiq secara tiba-tiba. Terkebil-kebil Qirsha memandang Airiq yang terlebih dahulu mengorak langkah menuju ke tempat penyewaan basikal tersebut. Begnya lantas dicapai sebelum mengikut langkah Airiq.
"Okay, aku dah bayar sewa dua basikal ni!" ujar Airiq sambil melemparkan sebuah basikal kepada Qirsha. Cepat-cepat dia mencapai basikal yang Airiq lemparkan itu. Nasib tak terjatuh!
"Wey, asal aku rasa something dekat basikal ni, Airiq?" soal Qirsha sambil menjongketkan keningnya. Rasa macam break dia tak berfungsi pun ada.
"Woi, tukar basikal dengan aku," kata Qirsha sambil menahan basikal Airiq daripada bergerak. Kedengaran dengusan kasar keluar daripada mulut Airiq.
"Tak nak! Basikal ni dah syok. Memang taklah aku nak tukar dengan kau!" bidas Airiq kegeraman. Dia menjulingkan matanya ke atas, menunjukkan dirinya menyampah dengan perangai Qirsha yang mengada itu.
"Alah..."
"Bye, aku chaw dulu!
Terlopong mulut Qirsha melihat Airiq yang sudah meninggalkannya keseorangan. Dia mendengus kasar sebelum menaiki juga basikal yang diberikan Airiq itu. Qirsha mengayuh dengan laju supaya dirinya dapat menyamakan kedudukan dengan Airiq.
Terdapat segaris senyuman di bibir Qirsha apabila melihat tasik yang luas di depan matanya. Walaupun sudah diberikan amaran oleh Airiq supaya tidak membunyikan loceng kecil, Qirsha tetap sahaja menekannya sehingga menarik perhatian orang ramai.
Qirsha ingin memperlahankan sedikit kelajuan basikal tetapi break secara tiba-tiba tidak berfungsi. Jantungnya berdegup kencang sambil cuba menekan beberapa kali handle break tersebut. Nak berhentikan menggunakan kaki, dirinya tak sampai pula!
"Wey Airiq, basikal ni tak ada break ke siot!" jerit Qirsha gelabah. Airiq memusingkan kepala ke belakang dan memberhentikan basikalnya serta-merta apabila mendengar jeritan Qirsha.
Qirsha yang tidak boleh mengawal basikal itu akhirnya jatuh tergolek ke bawah menuju ke arah tasik yang terbentang luas. Tangannya pantas mencapai ranting bagi menahan diri agar tidak terus tergolek. Malangnya, ranting tersebut patah dan Qirsha tak mampu menahan dirinya daripada tergolek.
Bush!
Airiq pantas turun dari basikalnya lalu berlari ke arah Qirsha yang satu badan telah basah kuyup. Tetapi langkahnya terhenti apabila terlihat seorang lelaki yang sedang memandang ke arah Qirsha. Lebih tepat lagi pada badan Qirsha.
Dia segera membuka jaketnya dan mencampakkan kepada Qirsha. Tanpa membuang masa, Airiq melangkah ke tempat lelaki itu dan menghadiahkan sebuah tumbukan di mukanya. Terkejut besar Qirsha melihat tindakan Airiq itu.
"Airiq, dahlah tu. Kang tak pasal-pasal jadi kes polis pulak," halang Qirsha sambil meluru ke arah Airiq. Langkahnya terhenti apabila mendapat jelingan tajam daripada Airiq.
"Eh bro, jaga mata tu," herdik Airiq sebelum menarik pergelangan tangan Qirsha untuk beredar dari tempat itu. Sempat mereka berdua mengambil balik basikal dan mula meninggalkan tasik tersebut.
QIRSHA menjeling Airiq yang sedang berjalan sambil memasukkan sebelah tangannya di dalam poket seluar. Mulutnya tak habis-habis menggumam perlahan bagi menyusun kata-kata sebelum melontarkan keluar.
"Wey, jaket kau dah banyak kat rumah aku."
Ah, bukan itu yang dia nak cakap!
"Simpan jelah," balas Airiq dan dia berhenti daripada berjalan secara tiba-tiba sehingga Qirsha melanggar tubuhnya. Kedua belah mata bagaikan ada sinaran apabila melihat kedai aiskrim di depan mereka berdua.
"Aku nak yang..." Belum sempat Qirsha menghabiskan ayat, Airiq terlebih dahulu memintas.
"Diam. Biar aku belikan. Kau pergi tunggu sana," halau Airiq dengan selamba. Dia mengeluarkan dompetnya dan mengambil sehelai duit Rm 50.
Beberapa minit menunggu, Airiq membawa dua bekas yang berisi aiskrim yang berbeza perisa. Terkejut Qirsha apabila melihat perisa kegemarannya turut ada. Dia tak bagi tahu pun Airiq yang dia nak aiskrim perisa apa.
"Erm Airiq, aku nak minta maaf bagi pihak umi aku. Aku pun terkejut bila dengar dia cakap macam tu. Kalau kau nak benci aku, bencilah. Tapi, jangan benci umi aku, please." Airiq hanya diam mendengar kata-kata Qirsha sebelum menghela nafas berat. Sejujurnya, dia pun terasa dengan kata-kata umi Qirsha itu tetapi siapa dia untuk menghukum?
"Lupakan jelah. Aku anggap yang aku salah dengar waktu tu," balas Airiq sambil menjongket kedua belah bahunya. Qirsha menghela nafas lega sebelum bahunya terlanggar seseorang.
"Oh sorry, saya tak sengaja," ucap Qirsha gelabah sambil menolong perempuan yang dilanggarnya tadi. Dengan tiba-tiba perempuan itu menepis tangan Qirsha. Airiq mengerutkan kening melihat tingkah laku perempuan tersebut. Badannya disandarkan di tiang dan kedua belah tangan dipeluk.
"Eh sayang, lama tak jumpa!"
Qirsha terkebil-kebil memandang perempuan di depannya. Perlahan-lahan jari menunjuk dirinya. Tanpa sedar, kaki Qirsha melangkah beberapa langkah ke belakang bagi menjauhkan diri daripada perempuan ini. Ya Allah, dia bukan lesbian!
"Bukan kaulah, bo*oh!" marah perempuan itu sambil menolak tubuh Qirsha dengan kasar. Qirsha yang tidak sedia itu hampir tersembam di atas jalan tar. Tangan Airiq lebih laju dengan memegang bahu Qirsha supaya kawannya itu tidak terjatuh.
"Are you trying to joke me that this girl is your girlfriend, Airiq?" soalnya sambil menunding jari ke arah Qirsha. Kedengaran gelak sinis keluar daripada mulut perempuan itu.
"Pity you girl. Oh by the way, I'm his ex- girlfriend."
TBC
Teruskan menyokong 14 Days ❤️
| read, vote and comments |
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top