14 Days: 11

Hello and assalammualaikum! Oh ya, dalam bab prolog tu aku ada ubah sikit okay. So yeah, enjoy your reading!

| 29072021 |











QIRSHA membawa buku-buku yang baru dibelinya tadi ke meja makan. Dah lama sangat dia tunggu Airiq, Qirsha pun ambil keputusan untuk pergi ke mall. Nampak pula kedai Popular sedang buat promosi.

Langkahnya terhenti apabila melihat umi yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Senyuman dihadiahkan kepada umi namun langsung tidak dibalas. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke meja dan meletakkan semua barang di atasnya.

Qirsha menarik sedikit kerusi ke belakang dengan perlahan supaya tidak menggangu uminya menonton televisyen. Alat-alat tulis dikeluarkan lalu dia mula menjawab soalan yang diberikan dalam buku latihan.

"Umi nak Ryn pinjam duit dari Airiq."

Kepala terus diangkat memandang Puan Putri terkejut. Barang-barang yang bersepah di atas meja dikemasnya. Niat ingin naik ke atas terbantut apabila Puan Putri memegang lengan. Dia memandang uminya itu.

"No! Ryn tak akan ikut cakap umi," balas Qirsha lantang. Bukan niat dia ingin bersikap kurang ajar, tetapi dia terpaksa. Uminya dah melampau!

"Kamu dah berubah, Qirsha Arynna," ujar Puan Putri kecewa. Apa susah sangat ke permintaan dia sehingga anaknya itu membantah kata-katanya? Qirsha menghela nafas berat.

"Ryn tak pernah berubah. Umi yang berubah. Sejak walid meninggal..." Belum sempat Qirsha menghabiskan ayat, terasa satu tamparan kuat hinggap di pipinya. Dia mengusap pipi yang pedih itu perlahan.

Sakit.

"Ryn jangan nak kurang ajar dengan umi! Umi tak kira, Ryn kena mintak Rm 100k dekat Airiq. Macamlah umi tak tahu yang keluarga Airiq tu kayakan?" tanya Puan Putri sinis. Terkejut bukan kemain dia bila mendengar kata-kata uminya. Qirsha beristighfar perlahan.

"Ryn kawan dengan dia ikhlas, umi! Bukan sebab harta semua tu. Ryn tahu syarikat kita sekarang tengah ada problem. Tapi kenapa kena minta duit orang macam pengemis!" Qirsha membalas renungan tajam Puan Putri. Dia tahu umi tengah marah. Rm 100k bukannya sedikit.

"Tolonglah, Ryn. Syarikat kita tengah teruk ni. Takkan Ryn nak tengok kita hidup miskin?"

Tertutup mata Qirsha sejenak. Tersepit antara uminya dan Airiq. Tanpa meminta izin uminya, dia terus menapak menuju ke luar rumah sebelum langkahnya terhenti serta-merta. Tombol pintu dipulas dan jantungnya berdegup kencang apabila melihat seraut wajah muram di depannya. Airiq tersenyum nipis sambil membuat peace.

Jangan cakap Airiq dengar.

"Jadi, betullah apa yang umi kau cakap tu?" Bergetar suaranya bertanya kepada Qirsha. Ye, Airiq dengar semuanya. Dari awal perbualan sehingga habis. Digenggam erat buku limanya bagi menahan perasaan yang sedang bercampur baur ketika itu.

Tanpa mendengar perjelasan Qirsha, Airiq terus memusingkan badannya lalu berjalan menuju ke kereta. Emosinya tidak stabil dan dia hanya mengikut kata hati. Qirsha cepat-cepat mengejar langkah Airiq yang semakin jauh.

"Airiq!"

Qirsha masih mengejar kereta Airiq walaupun sudah jauh meninggalkan dia. Langkahnya terhenti apabila ternampak seekor kucing yang sedang duduk di tengah jalan. Dia memandang Airiq dan kucing itu bersilih-ganti.

Bibirnya diketap erat sebelum berlari ke tengah jalan untuk menyelamatkan kucing tersebut. Airiq berhentikan keretanya di tepi jalan lalu mengetuk stereng tersebut dengan kuat. Cermin sisi dipandang sebelum matanya terbuntang luas melihat Qirsha yang sedang berdiri di tengah jalan.

Airiq pantas keluar daripada kereta dan berlari ke arah Qirsha. Ada sebuah kereta yang menghampiri mereka berdua. Tanpa berfikir panjang, Airiq menolak Qirsha ke tepi jalan sebelum tubuhnya tercampak jauh. Dia mengetap bibir menahan kesakitan yang mula menjalar di seluruh badannya.

Qirsha bingkas bangun dan matanya meliar mencari Airiq. Gugur air matanya apabila melihat banyak darah di sekeliling badan Airiq. Lantas dia berlari menghampiri Airiq yang sedang terbaring tidak sedarkan diri itu.

"Pak cik, cepat bawa dia ke hospital!"



























QIRSHA berjalan menuju ke Bilik 1440 seperti yang tertera di dalam telefonnya. Syukur Airiq selamat walaupun dia memerlukan mesin pernafasan. Sekurang-kurangnya nyawa Airiq masih panjang, itu sudah cukup membuatkan Qirsha gembira.

Tok tok tok!

'B*ng*k, dia mana boleh jawab. Apalah,' omel Qirsha sendirian. Dia memulas tombol pintu lalu melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Pintu itu ditutup kembali dengan perlahan.

"Hai, Airiq," sapa Qirsha sambil melabuhkan punggung di kerusi yang berada di sisi katil. Dia hanya memerhati Airiq yang sedang baring sambil memakai alat bantuan pernafasan itu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi bising yang datang daripada mesin ventilator. Qirsha sudah berdiri dan menjauhkan diri daripada katil Airiq. Dia menggengam erat tangannya sambil memejamkan mata. Kedua belah pipi sudah basah dengan air matanya.

Tit... tit... tit.

"Hai, Qirsha."

Matanya pantas dibuka dan dapat dilihat Airiq yang sedang tersenyum lebar. Elok sahaja
Airiq menyandarkan badan di kepala katil. Lantas Qirsha menapak ke arah Airiq lalu terus menamparnya kuat. Dengan sekali tamparan, kepala Airiq terteleng ke sebelah kiri. Tergamam Airiq dibuatnya melihat tindakan Qirsha.

"Kau ingat lawak ke, Airiq? Lawak ke?" soal Qirsha dengan nada tinggi. Dia memandang Airiq tajam sebelum mencampakkan beg kertas itu dengan kasar. Qirsha berjalan keluar dari bilik Airiq dan menuju ke suatu tempat.

Airiq masih lagi terkejut dengan perubahan drastik Qirsha. Dia ingat Qirsha akan suka dengan gurauannya. Perlahan-lahan dia turun dari katil lalu beg kertas itu dicapai. Terdapat sehelai kertas yang diselitkan di tepi kotak yang berbalut. Kertas itu dipandang lama sebelum disimpan ke dalam poket seluar.

Lantas Airiq berlalu keluar mencari Qirsha di setiap tempat yang berdekatan dengan biliknya. Seluruh tempat sudah dicarinya tetapi masih belum jumpa Qirsha. Dia berhenti seketika di tangga untuk mengambil nafas. Badannya sudah lemah dan terpaksa bersandar di dinding. Kecederaan yang dialami daripada kemalangan belum pulih lagi.

Senyuman terus terlakar di bibir apabila melihat di depannya Qirsha yang sedang duduk termenung di sebuah bangku panjang. Airiq berjalan menuju ke arah Qirsha sebelum melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.

"Kenapa tak mati terus je?" soal Qirsha memecahkan kesunyian. Dia memeluk tubuh sambil memandang pemandangan di hadapannya. Macam mana Airiq boleh tahu dia berada di tingkat atas sekali pun Qirsha tak tahu.

"Kau nak aku mati ke?" tanya Airiq balik. Qirsha pantas menoleh ke arah Airiq sebelum kolam matanya mula bertakung. Airiq tergamam melihat Qirsha yang teresak-esak menangis. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Tak sanggup melihat keadaan Qirsha yang sekarang.

"Jangan tinggalkan aku, Airiq. Aku ada kau sorang je."

Airiq diam.

"Aku tak ada kawan selain kau. Yang lain kawan dengan aku sebab harta je."

Dia diam lagi.

"Aku nak kau sentiasa ada di sisi aku."

Airiq mengepal buku limanya kuat-kuat, cuba untuk tidak menunjukkan perasaan. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Kalau ikutkan perasaan marahnya, ingin sahaja dia menengking Qirsha saat itu.

"Qirsha, kalau boleh...."

Qirsha berhenti menangis lalu menoleh kepala memandang Airiq. Dia mengelap air matanya menggunakan lengan baju. Airiq yang berada di sebelah dipandang meminta menyambungkan kata-katanya yang terhenti.

"Jangan berharap yang aku sentiasa ada dengan kau. Ye, memang aku ada cakap sebelum ni yang aku akan sentiasa dengan kau. Tapi, satu je aku minta. Jangan berharap," ujar Airiq dengan nada perlahan. Dia mengelak daripada bertentang mata dengan Qirsha.

"Kenapa? Aku ada kau sorang je, Airiq! Tak akan kau tak faham! Hidup aku ni ibaratkan kosong," balas Qirsha sambil menarik kolar baju Airiq. Nadanya semakin lama semakin kendur. Terkejut Airiq melihat perubahan Qirsha yang drastik itu.

"Mungkin Allah hadirkan aku supaya kau jadi makin tabah dan kuat." Sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Airiq bersuara. Dia cuba menyusun kata-kata agar tidak menggoreskan hati Qirsha.

Qirsha hanya diam sebelum berjalan pulang kembali ke Bilik 1440. Airiq mengeluh halus
lalu meraup rambutnya kasar. Dia pantas berdiri dan kerusi batu yang berdekatannya disepak kuat beberapa kali.

"Sorry."























PINTU bilik dibuka dan Airiq terus terpandang Qirsha yang sedang makan makanannya. Lantas dia berjalan menuju ke katil lalu cuba merampas makanannya. Namun, Qirsha lebih pantas mengelak.

"Wey, makanan aku tu. Aku lapar, gil*!" rungut Airiq sambil membuat muka. Dia mengecilkan matanya dan beberapa kali cuba untuk mendapatkan kembali makanan miliknya.

"Ada aku kisah?" balas Qirsha selamba. Dia hanya meneruskan makan tanpa mempedulikan Airiq. Melihat air muka Airiq pun dia sudah tahu bahawa lelaki itu tengah bengang dengan dirinya.

Padan muka!

''Selesaikan persamaan kuadratik, -2x² tambah 12x tambah 8 sama dengan 0.''

Uhuk uhuk!

Bekas makanan diletakkan di tepi meja dahulu sebelum Qirsha gelabah mencari air. Nampak sahaja botol yang berisi air masak, dia pantas mencapainya dan terus meneguk dengan laju. Ya Allah, tercekik dia mendengar soalan daripada Airiq.

"Itu ah, makan je kerja. Otak tak pandai-pandai pun," kutuk Airiq selamba. Dia mencapai bekas makanannya lalu sudu yang lain diambil dari laci di sebelah katil. Sudu kepunyaan Qirsha dipatahkan menjadi dua.

"Woi, Airiq!"

"Diam!"

Qirsha mendengus kasar dan bergerak ke arah sofa lalu melabuhkan punggung di atasnya. Matanya tajam memerhatikan Airiq yang sedang menghabiskan makanan itu. Geram di hati bertimpa-timpa.

"Kenapa babi jalan depan mak dia, dia tunduk?" tanya Airiq tiba-tiba. Qirsha mengerutkan dahi hairan dengan soalan Airiq.

"Sebab dia malu mak dia babi. Itu pun tak tahu ke?" balas Qirsha sambil mengejek Airiq. Dapat Qirsha lihat segaris senyuman sinis yang terlakar di bibir Airiq.

"Aku pun malu dapat member macam kau."

Qirsha yang sedang minum air itu tersedak buat seketika waktu. Dia pantas menutup botol sebelum dicampak ke arah Airiq. Namun, serangannya dapat dielak dengan mudah.

"Sebab, anak babi tu dia hormat mak dia. So, dia tunduklah waktu jalan depan mak dia," terang Airiq sambil membalas balingan Qirsha. Lantas Qirsha menundukkan sedikit badannya bagi mengelak serangan botol daripada Airiq.

Mata Qirsha meliar memerhatikan sekeliling bilik sebelum tertancap pada sebuah bantal yang berada di tepi pintu. Dia pantas berlari ke arah pintu dan mengambil bantal tersebut.

Bantal itu dibaling ke arah Airiq lalu tepat kena muka Airiq. Tersenyum lebar Qirsha melihat wajah Airiq yang berubah masam itu. Akhirnya, dia berjaya!

"Siot betul kau, Qirsha!"
















TBC

Teruskan menyokong 14 Days ❤️

| read, vote and comments |

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top