twelve

tangan aku gatal nak update

•••

" um hello? " aku cuba memecahkan suasana yg senyap ini

tapi tiada siapa hiraukan aku.

aku memandang jungkook dengan muka yg tidak puas hati kerana dia tidak menghiraukan aku.

tapi, aku tak jadi nak marah dia disaat dia melemparkan senyuman ke arah perempuan yg bernama lee aehyun itu.

perempuan itu turut tersipu malu dan membalas senyuman jungkook.

kenapa aku rasa macam diorang ni kenal satu sama lain?

kenapa aku rasa sakit?

" jungkook " aku menggoncang lengan jungkook beberapa kali.

" ah ya chaehyun "

" jom? " ajak aku. aku taktahu kenapa aku rasa tak suka bila jungkook pandang perempuan lain sehingga sebegitu. aku rasa seperti dikhianati, dan aku tak nak jungkook terus mendekati perempuan itu.

lagipun, perempuan itu sepatutnya sedar yg dia sudah mempunyai hwiyoung.

" aehyun, awak kata nak pergi beli buku " kali ini hwiyoung pula mencelah setelah sekian lama dia memandang aku.

see? hwiyoung pun tak suka kalau kekasih dia senyum dekat lelaki lain.

apatah lagi aku. walaupun hakikatnya aku dan jungkook masih belum official menjadi pasangan kekasih.

" kami berdua minta diri dulu ya. bye chaehyun "

kemudian hwiyoung terus membawa kekasihnya masuk ke dalam kedai buku tersebut.

hati aku bertambah sakit disaat jungkook tidak melepaskan pandangan dia daripada melihat aehyun.

" jom, jungkook "

jungkook menoleh ke depan semula. aku agak terkejut melihat muka dia merah padam seperti seseorang menahan marah dan cemburu.

apa maksud semua ini?

-

" tadi beria-ria nak makan ice-cream, tapi dia yg taknak makan " aku mencebik melihat jungkook yg dari tadi mengelamun. entah apa yg difikirnya dari tadi.

" tengok kau makan pun dah cukup buat aku seronok " balasnya. nampak sangat menipu

" menipu betul. dari tadi kau termenung ke luar jendela, ada hati nak cakap kau tengah tengok aku makan " aku membidas semula dengan selamba.

" kau marah? "

" nak marah kenapa pula? "

" aku ... aku pandang aehyun "

" buat apa nak marah? " soal aku lagi

" yela, takut kau tak tahan cemburu "

" yg tak tahan cemburu itu kau " aku berbisik perlahan. nasiblah, tidak didengari jungkook

sememangnya, aku nak tanya dia banyak perkara lagi-lagi tentang aehyun itu. tapi, aku rasa ini bukan masa yg sesuai untuk aku bertanya. nanti tak memasal rosak pula date kami ini.

" nak datang rumah aku tak? " jungkook menyoal. aku mendongak kepala untuk memandangya.

50% nak pergi , 50% takut dengan nenek sihir dekat rumah dia.

" b-bukan taknak tapi ... "

" eomma takde. outstation 3minggu. so nak ke tak nak? "

aku segera melemparkan senyuman teruja dan mengganguk kepala berkali-kali.

-

" masuk la " jungkook mempelawa aku masuk ke dalam bilik dia. aku berasa agak janggal dan nervous walaupun aku sudah pernah masuk ke dalam biliknya tempoh hari.

" movie? "

" boleh je "

jungkook menarik pergelangan tangan aku ke arah katilnya. apabila kami berdua berada di atas katil jungkook, jungkook mengeluarkan laptopnya untuk mencari movie untuk ditonton.

aku menyandarkan tubuh aku di papan katil jungkook disaat movie yg dipilih jungkook bermula. sempat lagi jungkook mematikan lampu. katanya, baru ada feel.

um sejujurnya aku berasa agak takut berdua-duaan dengannya di dalam bilik ini. lagi-lagi, di atas katil dan lampu dipadam.

kau faham kan maksud aku?

memang la aku percayakan jungkook bahawa dia tidak akan berbuat sebegitu tanpa ikatan yg sah, tapi ...

dia tetap seorang lelaki.

aku menggeleng kepala aku ke kiri kanan supaya membuang segala pemifikiran yg tidak baik. aku harap jungkook tidak berbuat apa-apa terhadap aku fuh.

aku percayakan dia.

aku sambung menonton movie tersebut. sesekali kepala aku terpusing ke kanan untuk melihat jungkook. walaupun suasana gelap, aku masih dapat melihat jungkook melalui cahaya screen laptop ini. entah macam mana hendak aku describe si jungkook ini.

mata dia di screen laptop tetapi fikirannya melayang entah ke mana.

dia benar-benar kelihatan seperti tidak memberi perhatian terhadap movie ini.

aku tidak menghiraukannya. malas hendak bertanya, nanti pasti dia tidak akan menjawab. biar la dia, itu hal dia bukan hal aku. aku langsung tiada hak untuk mencampur tangan dalam hal hidupnya.

lama-kelamaan, mata aku mula berasa berat dan mungkin aku akan terlelap bila bila masa sahaja. adakah kerana movie ini terlalu bosan atau aku terlalu letih pada hari ini?

5 jam kemudian ...

aku terjaga daripada tidur disebabkan bunyi burung yg dihasilkan daripada luar.

aku terasa bahu kanan aku berat. aku menoleh ke kanan, kepala jungkook rupanya.

aku menilik jam tangan, 1:05 am

ohmaigodd lamanya aku dekat rumah dia. kalau eomma tau aku tak balik lagi, confirm kena bantai dengan rotan legend eomma ni.

aku menolak laptop jungkook ke tepi sedikit lalu aku mengangkat kepala jungkook dari bahu aku dan membaringkannya di atas bantal empuknya.

perlahan-lahan aku turun daripada katil jungkook dan meletakkan laptopnya di atas meja belajar. sempat juga aku menyelimuti jungkook dengan selimut putihnya.

aku mengucup dahinya sekilas sebelum ingin beredar daripada rumahnya.

/ting

sebuah bunyi terhasil. bulu roma aku mula meremang sebab bunyi tersebut kedengaran sangat seram. nak buka lampu, kesian pula dekat jungkook yg sedang tidur ini.

aku mula mencari-cari bunyi tersebut dan rupanya bunyi telefon jungkook. aku menyangka mungkin ada mesej yg masuk.

kini, telefon jungkook sudah berada di tangan aku. terserah sahaja kepada aku hendak membuka atau tidak.

patut tak aku membuka mesej tersebut?

jangan chaehyun, tak baik usik privacy orang

tapi, hati aku membuak-buak ingin tahu siapa yg hantar dan apa yg pengirim tersebut hantar apa

aku tahu, tapi nanti jungkook mesti marah

kalau jungkook marah, aku minta maaf jela.

so now, aku ambil keputusan untuk mendengar kata-kata syaitan.

sorry.

aku menekan punat tengah telefon jungkook dan yes tiada password. aku curi melihat wallpaper telefonnya.

ok bukan gambar aku.

tapi gambar seseorang tetapi aku tak dapat melihat dengan jelas kerana dia kaburkan.

musnah harapan aku. mati-mati aku ingat dia akan letak gambar aku. hm, nampaknya aku je yg beria-ria letak gambar aku dan dia sebagai wallpaper telefon.

aku segera menekan aplikasi kakaotalk-nya. benar sangkaan aku, satu chat telah masuk. aku menekan chat tersebut dan aku rasa agak ...

patah hati .

JungkookJeon :

hi aehyun

LeeAehyun :

hi ?

JungkookJeon :

tengah buat apa?

LeeAehyun :

date dengan hwiyoung

aku mengerutkan dahi aku. aku semakin berasa aneh dengan jungkook ini. sudah terang lagi bersuluh dengan torchlight lilin dan pelita bahawa aehyun sudah berpunya tapi kenapa dia masih berchat dengannya?

secara semulajadi, hati aku seperti dipatahkan berkali-kali. aku tak tahu macam mana aku patut cakap tapi yg pastinya aku rasa marah atas tiada sebab.

aku meletakkan telefon jungkook semula ke atas meja lalu mengaturkan langkah pergi daripada rumah jungkook.

apa kaitan jungkook dengan aehyun?

==

ramai juga yg syak aehyun tu ex girlfriend jungkook. sebenarnya, tak. aehyun bukan ex girlfriend jungkook.

aku dah bocorkan separuh rahsia tentang aehyun dekat korang aha.

~ adriana

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top