thirteen

selamat pagi.

aku, park chaehyun, pelajar dari kelas seni kini sedang menahan tangannya daripada melempang mahupun menumbuk wajah manusia yg berada di tepi aku ini.

dia yg mengajak aku lepak di kelasnya tapi dia yg membuatkan aku nampak seperti tunggul kayu disini.

siapa dia?

jeon freakin' jungkook

aku tanya sepatah, dia jawab sepatah atau lebih parah dia langsung tidak menjawab.

mengapa?

kerana dia sibuk bermain telefonnya. jangan halang aku untuk membaling telefon dia tapi nasib la, aku masih dapat mengawal kesabaran aku yg tidak sabar untuk meletup.

sabar chaehyun, bulan puasa ni.

" jeon " aku memanggilnya lagi sekali buat kali ke-10 .

" hmm? " dia menggumam perlahan tetapi matanya masih tertancap pada skrin telefonnya.

" jeon ! " aku menampar pehanya dengan kuat. aku tak kisah dah sakit ke apa sebab sakit di lengan dia tak sesakit hati aku sekarang!

" kau nak apa?! aduh sakit sia tangan kau buat dari besi ke apa? " dia berdecit sambil tangan kanannya ligat mengusap pehanya.

kenapa dia jadi ... dingin semula? dia naikkan suara dia sebentar tadi.

" aku tak tahu apa fungsi aku datang kelas kau kalau akhirnya kau langsung tak pedulikan aku! " suara aku makin lama makin bergetar. aku memang sensitive, cepat emosional dan cepat rasa nak menangis.

aku tak boleh menangis. takkan sebab hal kecil, aku nak menangis?

jungkook diam sejenak. anak matanya menikam anak mata aku lama sehinggalah aku mengalihkan pandangan. bukan sebab aku takut, tapi aku menyampah nak pandang muka dia. daripada aku pandang muka dia, baik aku pandang muka pelajar berbangsa bangla di kelas jungkook ini.

kau jangan fikir bangla bodoh. dia kelas sains tulen ha kau ternganga mulut.

" s-sorry chae " dia menggengam tangan aku

" aku tak sengaja naikkan suara aku "

ni yg tak boleh tahan ni. pandai betul dia rendahkan ego aku untuk nak marah dia.

" taknak maafkan kau huh " aku memuncungkan bibir. sengaja je nak uji dia.

" alolo jangan la buat mulut macam tu. comel sangat, gegor tulang rusuk "

kali ni aku tak tipu yg aku betul-betul tewas dengan sikap jungkook sekarang. wajah aku menjadi hangat, pipi aku berona merah.

tapi aku takkan mengalah seperti ini!

" kalau nak aku maafkan kau, pergi beli vitagen untuk aku "

" anything for my angel " dia mengusap rambut aku kemudian dia segera berlari ke bawah untuk membelikam vitagen buat aku.

see? dia sayang aku. kau hado? huehue

sedang aku membelek-belek meja jungkook, baru aku perasan yg dia tidak membawa telefonnya turun ke bawah sekali.

lagi sekali, patutkan aku tengok?

atau tidak?

maaf angel, aku lagi sekali terpaksa mendengar kata-kata syaitan di telinga kiri aku.

aku memandang sekeliling sementara tangan bingkas mengambil telefon bimbitnya. risau pula kalau-kalau dia muncul dari belakang ke, bawah meja ke huhu.

aku mula melihat telefonnya. oh, dia tengah chat dengan seseorang rupanya. tanpa banyak kisah, aku menyiasat siapa yg tengah chat dengan jungkook.

tsk, sungguh menyesal aku berbuat demikian. sepatutnya aku mendengar kata-kata angel di telinga kanan aku. dan sekarang ini, aku yg harus menanggung rasa cemburu dan sakit ini.

" nah vitagen "

sedar tak sedar, jungkook sudah kembali ke kelas dengan dua botol kecil vitagen di tangannya.

" thanks "

dia duduk semula di tempatnya dan sambung bermain telefon.

again ... haih.

" jungkook, aku balik kelas dulu. bye "

lama jugak aku harus tunggu untuk dia membalas kata-kata aku.

" oh pergi la bye jumpa nanti "

tu je?

i'm ok

-

aku berjalan ke perhentian bas tanpa menunggu jungkook terdahulu. lantak la dia nak kata apa pun, aku dah malas. buat apa nak dengar kata-kata dia kalau at the end dia lebih pentingkan telefon dia?

" chae? "

seseorang menepuk bahu aku. ah sudah, time ni jugak ada orang nak ganggu aku. aku segera mengelap mata aku dengan tapak tangan.

" eoh, hwiyoung "

" balik seorang ke? jungkook mana? " dia melabuhkan punggungnya di sebelah aku. aku tercari-cari kelibat kekasihnya, tetapi tiada. nampaknya, kami berdua alone la harini.

hwiyoung tanpa aehyun

chaehyun tanpa jungkook

" jungkook? tak payah la cakap pasal dia "

" gaduh eh? "

" tak "

" dahtu? "

" em ... cuma hari ni dia palau aku sebab tak habis habis layan handphone dia "

aku menolak wajah hwiyoung ke tepi disaat dia memandang aku dengan lebih dekat. aku rasa tak selesa sebab ... dia dah berpunya,kan? apa pula kata aehyun nanti.

" aehyun mana? "

" dia kena hantar buku kejap. nanti dia datang la "

" by the way hwiyoung, kau marah tak kalau ... um kalau girlfriend kau chat dengan lelaki lain? "

dia mengeluh perlahan.

" tak "

" seriously tak?! " aku tak percaya betul yg dia takkan marahkan girlfriend dia. baik betul lelaki ini.

" sebab aku percayakan dia "

aku hanya mengganguk mengerti. tak mahu berkata lebih, itu hal dia.

kami berdua hanya kekal diam kerana tiada apa untuk bersembang sehinggalah seseorang menjerit nama aku. aku dan hwiyoung memandang ke arah suara itu serentak.

" chae ~ kenapa tak tunggu aku? " kata-katanya tersekat kerana dia terlalu letih berlari.

badan aku dipeluk jungkook. oh god dia ni, macam budak-budak.

" buat apa nak tunggu kau? kau kan ada telefon kau "

semarah-marah aku, aku tak lepaskan pun pelukan dia itu. peluang jarang dijumpai beb.

" ala, tadi aku busy sangat "

" hm yela "

" eoh aehyun, dah selesai? " hwiyoung berkata.

aku menolak jungkook daripada dakapan aku. malu la orang pandang.

" nae, jom balik hwiyoung " serta-merta aehyun memegang tangan hwiyoung. hwiyoung mengucup dahi aehyun sekilas OK SHOW APA AKU TENGAH TENGOK NI?

oh dan jugak, mereka nampak bahagia.

" semoga bahagia, aehyun-ah " kata jungkook. aehyun hanya membalas dengan senyuman.

aku diam. kenapa kelihatan seperti jungkook yg beria hendak bercakap dengan aehyun? selalu chat pun, jungkook yg mulakan perbualan.

jungkook suka aehyun ke?

-

aku kini berada di festival makanan bersama jungkook. jungkook ni kan, mentang-mentang eomma dia tak ada di rumah, sakan gila dia ajak aku ke sana ke sini.

kalau eomma dia tahu dia datang festival macam ni, mesti aku yg kena marah. mak dia kan suka menyalahkan aku je.

" chae, bukak mulut " jungkook menyuapkan takoyaki ke dalam mulut aku disaat aku membuka mulut seluas yg mungkin. i love food uhuhuks

" dari tadi kau makan tak henti-henti. tak kenyang ke jeon? "

dia menggeleng. kuat makan betul, tapi skinny je. untung la makan tak gemuk. aku baru bau makanan, dah naik 10kg.

" ingat jeon, berhenti sebelum kenyang. nanti kau malas nak jalan, aku tinggal dekat sini eh? "

dia tersengih dengan mulutnya yg penuh dan comot itu. seperti biasa, aku sebagai future wife dia yg bertimbang rasa, mengelap bibirnya yg comot.

bila aku nampak bibir dia, aku mula berfikir. bila aku akan dapat ciuman daripada dia? kenapa susah sangat ni? aku cuma perlukan satu lagi sahaja ciuman.

" chae ! jom pergi sana ! "

jungkook menghalakan jari telunjuk ke arh suatu tempat. aku memandang tempat tersebut.

sebuah stage dan dibawahnya ramai orang sedang berkumpul sambil menari mengikut rentak lagi.

" nak buat apa je pergi sana? "

" dance la "

" no "

" pleaseeeee "

" no "

" ala tolong la chae! kali ni je "

ha sudah, dia mula dah guna senjata tersembunyi dia iaitu aegyo. ugh, mengapa lelaki ini harus begitu menggoda?

aku benci perasaan bila bibir aku tak boleh nak tahan dari senyum. nampak jelas bahawa aku kalah dengan kecomelan dia.

" haih, arasso "

tidak sempat aku nak kelip mata, jungkook pantas menarik pergelangan aku dan menarik aku ke sana.

gosh, betapa sesaknya dekat sini. ramai gila orang ish tak suka la semak semak macam ni.

jungkook? tengah menari, menjerit dan menyanyi macam orang gila dekat sini. siap fanboying lagi memandang artis jemputan di festival ini adalah wanita.

aku tak suka artis jemputan mereka ini. tidaklah lawa mana, aku pun tak kenal. lagu pun entah apa apa. mungkin jungkook kenal.

mengapa tiada Exo?

" chae, jom la menari dengan aku " jungkook terpaksa bercakap dengan kuat memandangkan suasana disini amatlah bingit.

" taknak lah! malas " balas aku

" sekali je please "

" tapi jeon, aku— "

aku tidak dapat bicara habis kerana jungkook melakukan sesuatu yg romantik bagi aku.

jangan risau, dia tak cium aku.

dia melingkarkan tangannya di pinggang aku. kepalanya ditundukkan sedikit dan dahi kami bersentuhan. dia menarik tangan aku di lehernya supaya aku merangkul leher dia. kadang-kala dia memandang aku, kadang-kala dia memejam matanya sambil menikmati muzik yg indah dan perlahan ini.

mengapa aku berasa kelakuan dia ini sungguh romantik?

jantung aku mula berdegup kencang. rasa nak menjerit pun ada. pipi aku? usah katalah, sudah pasti menjadi merah seperti tomato. nasiblah keadaan gelap, jadi dia mungkin tidak akan nampak dengan begitu jelas.

jungkook bergerak ke kiri dan kanan dengan perlahan. kerana tangannya masih di pinggang aku, aku turut mengikut irama badan jungkook tersebut.

aku rasa selesa ...

seronok ...

menyentuh hati.

" aku suka posisi macam ni, chae "

" a-aku pun "

aku menjawab tanpa rasa serba salah mahupun malu.

adakah segala sangkaan aku tentang perasaan jungkook terhadap aehyun adalah salah sama sekali?

jika tidak, mengapa dia berbuat sedemikian?

mengapa dia harus melayan aku sehingga seperti ini, kan?

tapi, mengapa dia tidak meluahkan sahaja perasaan dia terhadap aku?

mungkin dia masih belum bersedia.

kini, aku cuma berharap supaya masa terhenti seketika supaya aku dapat menikmati saat-saat indah ini.

aku rasa seperti aku berada di syurga.

" jungkook? "

" hmm? "

" Awak suka siapa? "

dia diam.

dia tidak membalas.

tetapi hanya tersenyum nipis.

adakah itu petanda yg positif?

==

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top