ten
check out my other fanfics HAHA
•••
" apa kau buat dekat sini,hwiyoung? " aku menyoal dia buat kali kedua
" aku guna jalan ni untuk balik rumah then terserempak dengan kau so yeah why not hantar kau balik. lagipun, dah lewat malam. tak elok kau balik seorang diri "
" eh takpe. aku boleh call chanyeol ambil aku— "
" —percayalah, abang kau takkan jawab panggilan kau "
/ting
sebuah mesej masuk.
Chanyeollie 🐷💩 :
jangan telefon aku sampai esok. aku ada party dengan kawan aku
aku memandang hwiyoung dengan wajah yg tidak percaya. uish,hwiyoung ni bomoh ke apa?
" kau nak aku hantar kau balik ke tak ni? "
dia melambai-lambai tangannya ke kiri kanan apabila menyedari bahawa aku sedang termenung jauh.
" ah apa? oh ya nak nak " aku menjawab dengan blur
" nah, kau pakai helmet aku "
hwiyoung membuka helmet pink-nya daripada kepala dia lalu memakaikannya di atas kepala aku.
" habistu, kau nak pakai apa? "
" keselamatan kau lagi penting, chaehyun "
tipu la kalau aku cakap muka aku tak merah sekarang ini highihhiihihih
" chae, kejap "
" apahal? "
dengan tangan yg terketar-ketar, dia menaikkan tangannya sehingga paras dahi aku dan membetulkan rambut hadapan aku. perbuatan dia ini, benar-benar membuat jantung aku berdegup kencang dan seakan-akan seperti anak panah menusuk ke jantung aku. and yes, butterflies.
muka kami berdua menjadi merah.
ergh tak suka weh tak suka!
" ehem, r-rambut kau serabut sangat tadi "
" oh haha thanks " kau nampak tak betapa fake-nya ketawa aku tu?
tanpa menghiraukan semua ini, aku segera menaiki motosikal hwiyoung.
kenapa aku rasa seperti aku sedang mengkhianati jungkook?
-
" hahahaha apa la kau ni "
" oh god hwiyoung tu semua cerita dongeng je "
" jangan la buat lawak dah weh pecah perut aku "
boleh makin bodoh aku kalau asyik melayan lawak hwiyoung ni. dari tadi aku sampai sekolah sampai le sekarang, dia tak habis-habis buat lawak.
tujuan aku datang ke kelas dia sebenarnya untuk mencari jungkook tapi disebabkan jungkook tak datang lagi so aku bersembang je lah dengan hwiyoung. tak sangka pulak, boleh sampai macam ni.
" ehem " seseorang berdehem.
siapa? aku taktahu. mungkin orang belakang kot.
aku sambung berbual dengan hwiyoung sehingga la aku terdengar deheman yg kedua tetapi aku masih menghiraukan deheman itu (( aku hentam je perkataan deheman ))
" ehemmmmmmm hello memangnya aku ni hantu ke? "
jap, macam kenal suara tu. aku berhenti bebual lalu menoleh kepala ke ke kiri.
" laa jeon. baru sampai ke? " tanya aku sambil mengelap mata yg sudahpun berair teruk tetapi dia membalas dengan jelingan.
" tepi la, ni tempat aku "
oh ya baru perasan aku duduk dekat tempat dia. aku bingkas berdiri supaya dia dapat meletakkan harta benda dia di tempat duduknya.
" chaehyun, tempat aku pergi cafeteria jom " ajak hwiyoung
" no. chaehyun yg kena teman aku. chaehyun, aku lapar " kata jungkook tiba tiba
" aku yg ajak dia dulu, jungkook "
" percayalah yg dia akan terima ajakan aku, kim hwiyoung "
haa sudah ! dua dua bergaduh pulak jadinya. apa aku patut buat sekarang ni?
jungkook atau hwiyoung?
ok jungkook ! sebab aku suka dia
tapi hwiyoung macam mana? mesti dia kecil hati nanti.
ugh serabut
" hoi sudah lah bergaduh ! siapa dapat kejar aku dulu baru aku teman ok chaw "
dengan sepantas kilat, aku berlari keluar daripada bilik darjah itu dan dikejari oleh dua jejaka yg ...
kacak heheheh ...
stop it chaehyun.
jangan gatal.
-
jungkook dapat kejar aku dulu. semestinya hwiyoung berasa kecewa tapi aku sudah janji bahawa aku akan menemaninya esok.
" chaehyun, suap la aku "
jungkook meletakkan kimbap-nya di atas telapak tangan aku. gedik baqhanggggg
" Tuhan kurniakan kau sepasang tangan jadi makan sendiri "
" takkan nak sweet sekali-sekala pun tak boleh? "
" bukan tak boleh tapi kau bukan ke tak suka benda macam tu? "
" memang la tak suka tapi demi kau aku sanggup suka "
waktu itu jam itu minit itu saat itu, jantung aku berdegup kencang.
oh jantung, berhenti la berdegup.
minda, berhenti la berharap.
dia nak sedapkan hati kau je tu,chaehyun.
jangan percaya, jangan tersentuh,jangan apa apa sehingga dia luah perasaan dia dekat kau.
" it's okay. aku boleh makan sendiri " raut wajahnya bertukar muram apabila dia tidak mendapat jawapan yg dia mahukan daripada aku.
aku mengeluh,
" sini, bukak mulut cepat "
" yeay !! aaaaa "
bapak luas gila dia bukak mulut. ni nak makan ke nak bagi syaitan masuk?
setelah jungkook usai makan, dia bingkas bangun dan menghampiri taman bunga sekolah.
" kau nak buat apa dekat sini,jeon? "
" petik bunga "
" kau nak kena maki ke dengan pekebun? penat-penat dia tanam, kau pulak suka hati je petik " aku menjelingnya yg sedang tersengih itu dengan tajam.
" ala, sekuntum bunga takkan merosakkan seluruh taman "
" sekuntum hotak kau. mula-mula memang la sekuntum, nanti dah terbiasa petik, tak ke habis satu taman ni? "
" berhenti membebel dan tadaaa this is for you,park chaehyun "
jungkook dengan anggunnya berpusing menghadap aku lalu menghulurkan aku sekuntum ros merah.
" for what? " aku menjungkitkan kening aku.
clishé ah bagi bagi bunga ni. bagi la duit ke, kereta baru ke, rumah banglo ke, bts ke exo ke baru best.
" saja. kau kan secantik bunga ni "
" jungkook, kau okay tak ni harini? "
" aku ok je "
" aku syak kau tak sembuh lagi ni. demam kau makin teruk, nak aku call mak kau tak? suruh dia bawak kau balik. "
" hey, aku ok la. aku serius ni, yg kau sebenarnya cantik. "
ok seluar aku terkoyak dah hihu.
" kau akan nampak lagi cantik kalau bunga ni diselitkan ke belakang telinga kau. so ... "
jungkook menghampiri aku perlahan-lahan. tangannya lantas menyelitkan rambut aku ke belakang telinga lalu meletakkan bunga tersebut di belakang telinga aku.
dia kemudiannya tersenyum nipis. begitu juga dengan aku.
" kan cantik macam ni. macam bidadari syurga " dia tersengih. aku menundukkan muka aku kerana malu yg teramat. muka aku tengah membahang, rasa macam nak menjerit pun ada.
niat nak sorokkan muka tak jadi apabila jungkook mengangkat dagu aku dengan dua jarinya. sempat lagi dia mengeyitkan matanya dan itu membuatkan aku cari sepenuhnya. sesiapa tolong letakkan aku dalam peti ais aku tak sanggup dah begini.
" jom masuk kelas, chaeyang "
chaeyang whutt?
chae + taeyang ?
chae + goyang ?
chae + main layang-layang?
um mungkin oh bukan nak perasan la tapi mungkinkah,
chae + sayang ?
berangan la kau, chaehyun.
mungkin jungkook tersilap sebut kot ha fikir positif !!
aku mengganguk sambil tersenyum manis dan berjalan pulang ke kelas bersama jungkook.
lupa nak cakap, tangan jungkook di atas bahu aku ok kenapa dia jadi macam ni hari ni? kenapa dia amat menggoda? ini sungguh bukan dia !!
tetapi disebalik semua ini,
ada seseorang yg sedang melihat adegan-adegan tersebut dengan hati yg penuh luka.
==
ayat last buat aku rasa emo dan nak menangis ok mata aku berair tak tipu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top