Special Chapter
aku sudah berusia 23 tahun.
sekejap sahaja kan? hubungan aku dengan hwiyoung juga semakin serius sejak aku dan dia menjejaki alam dewasa ini.
aku membelek-belek jari manis aku yg tersarung sebuah cincin silver.
H ❤️ C
comel betul nama yg terukir di cincin tunang aku bersama hwiyoung ini. um, jangan marah. aku sudah bertunang dengannya.
" i'm back " seseorang berbisik di telinga aku. terkejut aku dibuatnya. aku mengusap dada aku fuh fuh
" dah selesai buang hajat? "
hwiyoung mengganguk lalu tersengih.
" sayang nak pergi mana lepas ini? "
" em, beli kasut jom? ada promosi hari ini "
" anything for you,babe "
hwiyoung menarik badan aku ke hadapan sedikit lalu mencium dahi aku dengan pantas.
kenapa dia menjadi begitu romantis?
dia menyatukan tangan aku dan tangan dia dengan erat sekali. macam takut pula aku akan terlepas. heol, aku bukan budak kecil yg suka berlari sana sini.
" saya bukan budak kecil lagi la "
" no, nanti awak lari sana sini bila masuk kedai yg buat promosi. awak kan pantang tengok promotion? "
" awak nak jadi romantis ke apa ni? "
" jangan perasan. this is not romantic but economic "
" pale hotak kau la hwiyoung ! "
sedar akan percakapan aku, aku segera menekup mulut aku dengan tangan kanan.
" ops "
hwiyoung memandang aku tajam. macam nak makan aku pun ada tau dia ini.
" dah janji nak tukar cara panggilan tapi keluar juga perangai syaitan dia ni "
" ok ok sorry ok? hee ~ "
" nasib sayang . dah jom "
segera aku dan dia pergi ke butik yg menjual kasut. aku tak suka pun beli kasut, tapi hati aku tergerak menyuruh aku ke sana.
seakan-akan seperti perkara baik akan berlaku di sana.
kami tiba di sebuah butik kasut dalam masa yg singkat, aku mula mencari kasut yg sesuai dengan kaki aku. bukan senang nak cari kasut untuk diri sendiri.
bila minat dekat satu kasut ni, saiz pula tak ada.
bila sudah ada saiz, kita pula tak berkenan dekat kasut tu.
thug life be like .
" hwiyoung, awak tak nak beli ke? "
dia menggeleng. aku mengganguk dan sambung membelek-belek kasut di sana. kalau boleh, aku nak cari yg biasa biasa je. tak nak high heels bagai. sakit tahu tak? macam ada gergaji tengah potong kaki kita bila pakai high heels.
sewaktu aku sedang leka memilih kasut di rak terakhir, aku terdengar suara seseorang sedang bercakap.
suara dia ... macam pernah didengari. tapi, aku tak ingat dimana.
disebabkan perangai kepoh aku tak pernah hilang, aku tetap nak tahu siapa itu. aku menaikkan muka aku sedikit untuk melihat wajah orang itu.
malangnya, lelak itu sedang membelakangi aku. aku mengeluh panjang, baru saja nak tahu siapa itu.
mungkin dia kenalan di sekolah aku dahulu. ah, biarkan.
dia kelihatan seperti sedang memilih sepasang kasut perempuan. mesti untuk kekasih ataupun isteri dia kan?
tapi kenapa hati aku masih degil memaksa aku untuk melihat juga wajah lelaki itu?
adakah dia mempunyai kaitan dengan aku?
sedar tidak sedar, lelaki itu sudahpun membuat pembayaran di kaunter dan ingin beredar pergi. aku segera melepaskan kasut di dalam pegangan aku dan berlari mengejar lelaki itu.
" chae! nak pergi mana tu? " hwiyoung melaung memanggil aku. tetapi aku hanya mengabaikan dia
aku keluar daripada butik ini apabila lelaki itu turut keluar. tapi, terlalu ramai orang hari ini di bandar ini jadi ... lelaki itu hilang di kalangan orang ramai.
aku menghela nafas panjang.
siapa lelaki itu?
aku kembali semula ke butik kasut itu dengan penuh perasaan hampa dan kecewa. aku sendiri tak tahu kenapa aku rasa seperti ini.
" kenapa tadi, chae? " hwiyoung memegang bahu aku bertanya dengan penuh kerisauan di wajahnya.
" taklah. tak ada apa apa pun " aku senyum paksa. dia hanya mengganguk mengerti.
" awak ada apa apa yg nak beli ke? "
" tak " aku membalas sepatah
kenapa aku rasa tak tenang?
" kalau macam tu, jom pergi tempat lain pulak? "
" boleh je " aku tersengih. rajin sungguh dia ini asyik bawa aku berjalan sana sini.
husband material.
aku dan dia berjalan-jalan di sekitar bandar ini sambil mengambil angin. kemudian, ada sesuatu yg mendapat perhatian aku.
" eoh hwi! ada clown dengan maskot dekat sana. saya nk pergi "
terlompat-lompat aku dibuatnya akibat teruja sangat. tak sabar punya pasal, aku terus berlari ke arah mereka itu. ramai juga berkumpul dekat sana dan majoriti adalah kanak-kanak.
aku pun masih kanak-kanak ok?
" eh chae tung— "
maaf hwiyoung ai terpaksa tinggalkan you sekejap.
aku berlari bukan main pantas sampai tak sedar yg aku dah terlanggar orang. hari ini bukanlah hari yg baik seperti yg aku ramalkan siang tadi.
" aduh sakit. sorry, saya tak sengaja "
" eh tak apa. awak cedera tak? "
aku yg tengah menyapu lutut seluar aku yg kotor terkena tanah itu terhenti sebentar apabila mendengar suara orang yg berjantina lelaki itu.
bukan ke itu suara ... lelaki tadi?
aku bangun dan mendongak sedikit untuk memandang lelaki itu.
aku tergamam.
dia rupanya ...
lelaki yg pernah aku cintai ,
lelaki yg pernah aku benci .
" jeon jungkook "
aku menyebut namanya perlahan tetapi masih dapat didengarinya.
mata aku sudah mula berair. tipu la kalau aku cakap aku tidak merindui lelaki ini setelah beberapa tahun tidak berjumpa malah berhubung dengannya.
" maaf, tapi saya kenal cik ke? " dia menguntumkan senyuman yg paling manis aku pernah liht sepanjang aku mengenalinya.
oh aku lupa ...
dia kini langsung tidak dapat mengingati aku.
6 tahun lepas ...
permintaan yg aku ingin buat sekarang ini adalah demi kebaikkan semua orang. aku tak nak menjadi seorang yg pentingkan diri sendiri. aku taknak semua orang mengingati aku sebagai seorang perempuan tak guna yg hanya fikirkan tentang dirinya sendiri.
jadi, aku sudah fikir masak-masak tentang keputusan dan permintaan aku ini.
maafkan aku jungkook. aku rasa, inilah jalan terbaik untuk kita berdua.
" permintaan saya ialah ... ialah tolong hapuskan segala ingatan jeon jungkook yg berkaitan dengan saya. jangan tinggal walaupun secebis "
puteri itu akur. dia terus membaca serangkap mantera dan menggoyangkan tongkat ajaibnya ke arah jungkook.
dengan itu, jungkook terus mula berasa pening. beberapa kali juga dia menyebut nama aku, tetapi aku tidak dapat membuat apa-apa. aku hanya mampu melihat dia menahan kesakitan dan rebah di atas lantai.
maafkan aku, aku benar-benar terpaksa.
aku dan dia kini sudah tidak mengenali antara satu sama lain lagi. kami hanyalah orang asing pada satu sama lain.
biarlah aku seorang sahaja yg mengingati segalanya tentang dia, hubungan aku dan dia, dan pengakhiran buat kisah cinta kami berdua.
aku sanggup tersakit asalkan bukan dia.
kerana aku masih sayangkan dia.
dan detik ini, aku menghadapi dia sekali lagi secara kebetulan.
dia sudah banyak berubah. penampilan dia amat lah lain daripada dulu. dia juga semakin tinggi, dan semakin kacam.
tapi, dia sudah tidak mengenali aku lagi. tak, aku tak pernah menyesali permintaan aku dahulu. bahkan aku berasa gembira. gembira kerana dia masih sihat, hidup dia seperti makin tenang.
" t—tak, saya silap orang. muka awak macam kawan saya dulu "
aku menjawab perlahan. aku mengaku, yg aku tengah tahan diri aku dari menangis sekarang ini. tidak mungkin lah aku hendak menangis di hadapannya. nanti apa pula yg difikirnya.
" baiklah kalau macam tu. saya mintak diri dulu ya? annyeong "
dia menunduk hormat sebelum memusing dan beredar pergi. mata aku tidak berhenti melihatnya berjalan sehinggalah bayangan dia lesap daripada mata aku.
" annyeong, jeon jungkook "
and that will be my last goodbye towards you
aku menghembuskan nafas. nampaknya, pengakhiran ini benar-benar telah berakhir.
" hey " seseorang menepuk bahu aku perlahan. tahu lah aku bahawa itu adalah hwiyoung.
" ah hwiyoung. maafkan saya sebab— "
" — awak rindukan dia? " hwiyoung segera memotong percakapan aku. aku menunduk, lalu mengganguk perlahan. aku betul-betul rasa bersalah terhadap dia sekarang ini kerana aku merupakan tunangnya tetapi masih berani merindui lelaki lain.
" saya— saya mintak maaf. saya tak— "
tidak sempat aku untuk menghabiskan percakapan aku, hwiyoung terlebih dahulu meletakkan jari telunjuknya di atas bibir aku.
" saya tak salahkan awak pun sebab rindukan dia "
aku mengetap bibir dan kekal diam.
" lepaskan dia. jangan rindukan masa lalu lagi, okay? "
aku mengganguk faham.
" macam ni la princess saya. dah, cakap nak pergi dekat clown tu "
dia segera merangkul pinggang aku kemas dan membawa aku ke sana.
aku terpaksa berhimpit dengan orang ramai hanya untuk melihat persembahan maskot dan badut itu. sesekali aku dan hwiyoung ketawa kerana berasa lucu dengan perbuatan bodoh maskot dan badut itu.
sedang enak aku ketawa, aku tertoleh ke tepi.
maka, terlihatlah jeon jungkook yg turut sama menyaksikan persembahan ini. senyuman dia, benar-benar mencairkan aku.
kemudian tidak lama selepas itu, seorang wanita datang menghampirinya lalu memeluk lengannya. jeon jungkook mengusap rambut wanita itu dengan penuh kasih sayang lalu mengikat belon yg didapatinya tadi daripada badut tersebut di pergelangan tangan itu. perempuan itu tersengih dan memeluk jeon jungkook seerat yg boleh. mereka berpelukan dan beredar dari sini. sebelum itu, jungkook mungkin sedar akan kehadiran aku, jadi dia melemparkan sebuah senyuman terhadap aku. aku membalasnya semula.
wanita itu rupanya adalah musuh di sekolah aku dahulu.
Lee Aehyun.
mereka masih belum putus rupanya. baguslah, aku tumpang gembira. bila teringat balik, betapa bodohnya aku kerana membuli aehyun.
betul lah kata orang, jika dia milik kita, dia pasti akan bersama kita walau bagaimanapun.
kalau bukan jodoh kita, apa cara yg kita guna sekalipun, pasti tidak akan dapat bersama dia.
lupakan jeon jungkook, chaehyun. jangan rindukan masa lalu.
dunia tidak berputar mengikut kemahuan kita.
lebih-lebih lagi apabila melibatkan tentang soal cinta.
kita boleh mencintai sesiapa sahaja, tetapi tidak boleh bersama dengan orang yg kita pilih itu.
cinta ini bukan sebuah perasaan,
tetapi sebuah pilihan.
pilihan sama ada kau sanggup atau tidak berkorban demi orang yg kau sayangi itu.
The End Of Special Chapter
•
•
•
fuh akhirnya tamat pun fanfic ni. sorry sebab aku bodoh sangat sampai terdelete thank you notes tadi.
sekali lagi aku nak berterima kasih kepada semua yg menyokong dan menolong. tanpa ada siapalah fanfic ini.
teruskan support semua fanfics aku ya? thank you again 💓
and ya, tadi ada yg comment " fanfic jungkook tapi tuptup hwiyoung yg dengan chaehyun "
ok dekat sini saya nak jelaskan, yg tak semestinya hero harus bersama dengan heroin. ini bukan fairytale ya? 😂
Question : apa opinion/ comments anda semua terhadap fanfic ini?
see you guys dekat fanfic Hoseok !
~ Adriana
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top