seventeen

sudah selama tiga hari aku tidak hadir ke sekolah. kalau hari ini juga aku masih tidak mahu ke sekolah, bermakna sudah empat hari aku langsung tidak menjejakkan kaki ke sekolah. aku tak pasti sama ada aku patut ke sekolah ataupun tidak. chanyeol asyik kulikan aku sejak 3 hari lepas heh.

bukan aku tak nak ... cuma aku tak sedia.

aku duduk di birai katil, peristiwa 3 hari lepas mula berlayar di minda aku.

" Jungkook confess dekat aehyun tadi "

serta-merta, susu kotak coklat terlepas daripada tangan aku dan dush, terjatuh pecah ke atas tanah. aku tak kisah dah susu tersebut mengalir dekat kaki aku ataupun tidak, apa yg aku kisahkan hanyalah hati aku sekarang ini.

jungkook toleh ke arah aku.

aku ingatkan dia akan datang menghampiri aku dan berkelakuan seperti selalu.

aku ingatkan dia akan datang dan beritahu aku bahawa apa yg aku dengar sebentar tadi adalah salah sama sekali.

tetapi tidak.

dia langsung tidak datang ke arah aku.

memang dia menoleh ke sini. dia nampak aku dan memandang aku sebentar.

tapi ...

dia pusing semula ke arah aehyun lalu membawa aehyun berjalan di sekitar taman tersebut. aehyun langsung tidak mengetahui akan kehadiran aku disini.

anak mata aku tidak dapat berhenti dari memandang mereka berdua. mesra, sangat mesra. malah lebih mesra daripada aku dan jungkook dulu.

aku tak menangis. aku tak rasa pun ingin menangis dan air mata aku tidak mahu turun.

tapi hati aku remuk. seakan-akan ditumbuk berkali-kali.

aku tak tahu apa hendak dilakukan sekarang ini.

patutkah aku menegur jungkook? oh tidak, sudah pasti tidak.

akan menjadi kekok jika aku menegurnya sekarang ini dalam keadaan sebegini walaupun dahulu ... kami sangat rapat.

mengapa kau berbuat sedemikian terhadap aku, jeon jungkook?

aku memejam mata aku rapat, aku menggeleng kepala aku ke kiri kana. aku tak mahu mengingati perkara yg menyakitkan hati aku itu.

/knocknock

aku tersedar.

" siapa? "

" hwiyoung "

dengan langkah yg malas, aku berjalan ke pintu bilik. tombol dipulas, lalu terpancar lah wajah seorang lelaki yg tidak kurang kacaknya itu di hadapan aku.

" kenapa datang sini? tak pergi sekolah ke? " aku menyoal dia

" aku tengah tunggu kau la. kita pergi sekolah sama-sama, jom? "

oh, dia tengah mengajak aku untuk hadir ke sekolah ke? maaf, hati aku masih tak bersedia.

" aku tak nak pergi hari ini "

" kenapa? sebab dia lagi ke? "

untuk pengetahuan kau, hwiyoung tahu tentang ini. dia lah orang pertana yg aku luahkan segalanya tentang apa yg ternampak tempoh hari. aku memandangnya lalu kepala diangguk.

hwiyoung menolak pintu bilik aku supaya terbuka dengan lebih luas, kemudian dia menarik tangan aku supaya masuk ke dalam bilik aku.

dia menolak bahu aku kebawah supaya aku duduk di atas katil. aku ingatkan dia nak duduk tepi aku, tapi tak. dia tak duduk pun malah dia berdiri sambil tangannya masih di bahu aku. dia menunduk sedikit supaya dapat melihat wajah aku.

perbuatan dia ini ... membuatkan aku teringat kepada jungkook.

" listen, kalau kau teruskan macam ini, sampai bila pun kau takkan bersedia. jadi sekarang, pergi mandi dan bersiap. aku tunggu dibawah " katanya. selesai dia berkata, dia ingin keluar daripada bilik aku tetapi aku sempat menahannya.

" ya? " dia menaikkan kening kanan

" m-macam mana kalau aku terserempak mereka? "

" aku ada untuk kau. jangan risau "

aku mengetap bibir. kenapa aku rasa takut untuk menghadapi jungkook?

segera aku mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi.

-

" macam mana kau boleh yg jungkook sebenarnya sudah lama sukakan aehyun? "

aku cuba untuk mengorek rahsia kerana hwiyoung tahu tentang jungkook. tetapi dia tidak dapat beritahu aku, kerana takut aku tersakiti.

" aku pernah baca chat antara aehyum dan jungkook. cara jungkook bercakap dengan aehyun, jelas sangat yg dia sukakan aehyun " jelas hwiyoung

" kenapa kau begitu pasti dengan hal itu? "

" chae, aku pun lelaki. aku tahu lelaki ni macam mana bila dia sukakan seseorang itu. dari awal lagi, aku memang dah tahu bahawa jungkook langsung tidak sukakan kau "

wah ayat dia. terus terang sangat sampai aku pun rasa tersentap gila.

" kenapa jungkook tipu aku? " aku bertanya dalam nada yg mendatar. mula la aku rasa nak menangis, nak tumbuk muka jungkook.

" semua tu ... nanti kau tanya dia sendiri "

aku mengeluh nafas panjang. aku menyambung sahaja perjalanan aku ke sekolah bersama hwiyoung dalam keadaan yg sunyi sepi.

sehinggalah aku tiba di pintu pagar sekolah.

jujur aku cakap, aku tak sepatutnya dengar cakap hwiyoung. kalau aku duduk diam diam dekat rumah, mesti takkan rasa sakit sampai macam ni.

aku nampak ...

jungkook dengan aehyun ...

baru sampai sekolah ...

sambil ...

berpegangan tangan.

wah sweetnya ya Tuhan macam dalam drama sILA NINGGAL LA JUNGKOOK !

nampaknya hari ini mereka datang sekali. selama aku menjadi rapat dengan jungkook, tak pernah pula dia ajak aku datang sekolah sekali dengan dia.

sekarang aku dapat nampak, mana satu ikhlas mana satu tidak.

" tutup mata kau "

" oi oi apa ni "

terkejut aku dibuat hwiyoung sampai terpukul tangan dia dengan kuat apabila dia tiba tiba menutup kedua belah mata aku dengan tapak tangannya. dan juga, tangan kanannya di bahu aku untuk menyokong badan aku.

dia berniat baik.

" kau tak boleh tengok semua ni. nanti kau sedih "

kenapa aku rasa tersentuh ni?

beberapa saat kemudian, dia menurunkan tangannya.

betul cakap hwiyoung.

sampai bila lagi aku nak lemah macam ni?

aku sepatutnya tidak lemah dan tunjukkan kepada jungkook yg sebenarnya aku mampu hadapi dia dalam keadaan macam ni.

ya! fighting park chaehyun !

" jom hwiyoung "

aku menarik tangan hwiyoung lalu berlari anak masuk ke dalam perkarangan sekolah.

saat kami masuk ke dalam, terserempak pula dengan dua ekor lelaki perempuan itu tengah cipta sebuah scene yg sweet.

jungkook tengah selitkan rambut aehyun ke belakang telinga euw tolonglah, hwiyoung pun pernah buat dekat aku ok!

" erm chae "

" apa? "

" diorang tu ... "

aku tersenyum tawar. memang again hati aku sakit tapi aku tak boleh sedih hanya perkara sebegini! aku harus kuat! aku mampu!

" biarkan je dorang, jom "

pasti hwiyoung terkejut dengan perubahan mendadak aku ini.

-

kemana aku pergi, pasti bertemu dua orang itu.

semak mata tahu tak?

aku pantang tengok diorang buat scene sweet sebab nanti ... aku pasti akan teringat tentang kenangan aku dengan jungkook. aku tengah cuba sedaya upaya untuk tidak fikir tentang jungkook dan cuba berangan tentang perkara lain di dalam kelas tetapi haih ... bukan mudah seperti yg disangkakan.

aku tetap kena cuba kerana semua kenangan itu, akhirnya akan menyedihkan diri aku sendiri jua.

waktu rehat tadi, aku sengaja chat jungkook di kakaotalk. kau tahu apa keputusannya?

aku dipalau. aku ulang eh? AKU DIPALAU

aku cuba berfikiran positif yg jungkook terlampau sibuk dengan aehyun sehingga tidak dapat bermain telefon tetapi aku nampak dengan mata akh sendiri yg dia main phone di dalam cafeteria sewaktu aehyun ke tandas.

kau tahu dalam hati, aku benar-benar hendak ke tandas dan kunci aehyun dekat dalam tandas. tidakpun, aku nak flush dia biar mampus je.

sorry, aku mula membenci aehyun sekarang ini kerana dia lah punca semua ini. aku kisah apa apabila dia tidak menyalahkan aku dulu?

aku bukan macam dia, baik sangat seperti bidadari. aku bukan jenis hipokrit nak jadi baik sedangkan aku tak bukan jenis ada sikap baik dalam diri aku.

sekali aku benci dia, dengan penyapu rumah dia sekali aku benci. aku jahat? ha ah, memang pun. biarlah apa orang nak kata, atau biarlah orang benci pun. daripada aku berpura-pura.

sebaik sahaja aku melewati kelas jungkook, wajah aku kembali muram. dia tak ada di tempat duduknya. baru sahaja aku berniat hendak mencuri-curi tengok dia dari jauh dan berharap supaya dia perasan segalanya dan bercakap dengan aku tetapi nampaknya itu hanyalah angan-angan aku. sedangkan dia sekarang ini pasti tengah berdating dengan aehyun.

aku menghela nafas panjang dan kembali memandang ke hadapan semula. tiada guna mengingati orang yg telah sakiti hati kita.

sebaik sahaja aku pandang ke hadapan, wajah aku bertukar menjadi ceria dan pada masa yg sama, aku terkejut.

dia, jeon jungkook berada di hadapan aku.

senyuman pendek terukir di wajah aku. aku dan dia saling tersenyum. aku fikir, adakah dia akan datang kepada aku dan bercakap bersama aku?

adakah dia akan datang kepada aku dan bertanyakan khabar?

shit, dia kini sedang berjalan perlahan-lahan ke arah aku dengan senyuman yg tidak pernah lekang dari wajahnya.

aku? menanti dia. aku tidak sangka pula, yg akhirnya dia akan kembali dan menegur aku.

dia datang semakin dekat ...

dan dekat ...

dan dekat ...

aku patut sapa dia,bukan?

" oh hi jung— "

aku ingin melambai ke arahnya tapi tangan aku kaku begitu sahaja apabila tangan aku tiba di paras dada.

senyuman di wajah aku serta-merta mati. aku terdiam, kerana sangkaan aku seratus peratus meleset.

dia jalan melewati aku.

aku ulang, dia berjalan melewati aku.

dia bukan datang untuk menyapa aku.

kau takkan faham perasaan yg aku tengah alami sekarang ini. aku masih tidak percaya yg dia benar-benar telah melupakan aku.

dia nampak aku tetapi dia anggap seperti aku tiada di hadapan matanya.

tidak, mata aku berair. ugh, aku tak suka menangis tetapi aku senang menangis.

" dah tunggu lama ke? "

suara itu. suara jungkook. oh Tuhan, betapa rindunya aku dengan suara dia.

dengan mata yg berair dan tubuh badan yg menggigil, aku berpusing ke belakang.

dia bercakap dengan aehyun rupanya.

kali ini, aku tak tipu yg aku sedang menangis.

aku tak dapat tahan lagi.

==

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top