seven

kerana saya merupakan muka tembok, dipersilakan melawat fanfic baru aku. kali ni, main cast dia Byun Baekhyun dan no worries sebab Kim Taehyung juga terselit di dalam so yeah.

•••

" tak guna "

jungkook berkata sambil menerima huluran tisu daripada aku.

" sorry la tapi aku terkejut sangat tadi "

" hmph ! balik nanti aku nak kena pakai mask muka dah "

aku terkelu lidah. tak, aku bukan apa cuma tak sangka yg jungkook ini merupakan seorang lelaki yg ... katak di bawah tempurung? sudah la dia jaga muka dia gila-gila.

aku yg perempuan pun tak jaga muka sendiri sampai macam tu.

" jeon, kau tak pernah datang pasar malam ke? "

dia hanya mengganguk perlahan. kesian juga bila tengok dia ni. tak sangka manusia sebegini masih wujud di muka bumi ini.

" kenapa? "

" entah la, aku tak biasa. aku jarang keluar rumah. aku cuma duduk rumah baca buku je selalu "

boleh tak kalau aku label dia ni as a nerd? tapi nerd versi tampan la.

aku tak nafikan yg dia ada rupa.

" oh, kalau macam tu jom la kita balik. takut kau tak selesa pulak kan dekat sini? "

aku mengajaknya pulang setelah menelan kimbap terakhir. aku mengambil telefon aku lalu berdiri.

tetapi jungkook menahan tangan aku sebaik sahaja aku bangun daripada kerusi.

" kenapa jeon? "

aku mengangkat kening.

" t-teman aku beli semua makanan dekat sini "

senyuman manis terukir di wajah aku.

-

percaya atau tidak, aku dan jungkook tiba di rumah jungkook dengan 30 beg plastik di tangan.

dia bawa 20 beg plastik, aku bawa 10 je.

" banyaknya kau beli ni jeon. siapa nak makan kalau tak habis? "

aku menegurnya. takut pula kalau-kalau dia makan tak habis, dan dia buang macam tu je. kan membazir namanya, syaitan suka orang yg membazir ni.

" ni jeon jungkook la. aku boleh makan banyak ok bukan macam kau perut kecik macam semut je "

aku mengetap bibir geram. tak habis-habis nak sindir aku. ada juga aku lempar semua makanan ni dekat muka dia tapi nasib sayang.

" kalau tak habis, aku bagi la eomma dengan appa aku makan "

mesti parents dia pun jarang kan makan makanan pasar malam? tambahan, ibu bapa dia ni sudah la kaya nak mampus, sudi ke diorang makan makanan biasa macam ni?

" jungkook, kamu dah balik ke? "

aku dan jungkook menoleh ke arah pintu pagar rumahnya yg sedang dibuka oleh seseorang.

seorang wanita linkungan 30-an diluar.

" eoh, eomma "

mak dia ke? BAPAK MUDA SYIEL

" annyeonghaseyo puan jeon "

aku menunduk 90 darjah. sebodoh-bodoh aku pun, aku tahu juga cara nak hormat orang.

orang je tak reti nak hormat aku heh.

tapi eomma dia ni ...

" siapa ni jungkook? "

cara eomma dia pandang aku, bukan main berlagak sombong angkuh choiy sudah jangan mengutuk orang tua tak baik, dosa.

" ni schoolmate jungkook "

heh mati-mati aku tengah tunggu dia perkenalkan aku dekat eomma dia sebagai KAWAN BAIK dia.

fakehope

" park chaehyun imnida "

aku cuba untuk memberikan senyuman yg paling manis paling ikhlas tetapi amatlah susah sebab aku tak berkenan dengan mak jungkook.

begitu juga dengan eomma-nya.

" dah, jom masuk jungkook. sejuk dekat luar ni "

puan jeon menjeling aku seboleh-bolehnya lalu menarik lengan jungkook dan membawanya masuk ke dalam. nasib aku sempat bagi dekat jungkook semua makanan dia.

tutup pintu pagar pun kuat gila macam nak bunuh aku je puan jeon ni.

sewaktu aku ingin melangkah pergi, aku terdengar perbualan antara jungkook dan puan jeon.

" kook pergi mana tadi? "

" m-mana ada pergi mana "

" habistu siapa perempuan tu tadi? ni plastik beg banyak macam ni datang dari mana? "

heleh puan jeon ni.

" kook cuma pergi pasar malam je "

" dan kook beli semua makanan dekat situ? " soal puan jeon

" kan eomma dah cakap, jangan beli makanan dekat pasar malam. kita taktahu bersih ke tak "

sumpah aku cakap, masa ni memang aku nak sumbat mulut puan jeon dengan rumput dekat sini walaweh lancang mulut.

aku yg dah 17 tahun makan makanan dekat pasar malam tak mampus pun.

" t-tapi eomma "

" sudah, nanti eomma suruh maid buang semua ni. jungkook pergi naik atas dan tidur "

dan aku tidak mendengar sebarang suara lagi. aku mengeluh pendek lalu beredar daripada rumah jungkook.

-

" boleh la weh boleh la "

aku membuat mimik wajah comel sambil menarik hujung lengan bajunya.

geli weh buat macam ni sebab aegyo is not my style.

" nope "

" tolong la jeon, urgent ni "

" tu kerja rumah kau, jadi kau la kena selesaikan. kenapa libatkan aku pulak? "

aku menghela nafas berat lalu memandang ke arah pintu. mulut aku tidak berhenti mencarut apabila melihat squad aku ketawa tak henti-henti.

nak tahu kenapa? aku tak siapkan kerja seni minggu lepas kerana aku memang tidak berbakat dan tidak mahir dalam seni.

aku meminta pertolongan chanyeol, tetapi dia mengabaikan aku. begitu juga dengan yg lain.

dan akhirnya mereka bersepakat untuk mengenakan aku. iaitu kalau aku berjaya menyuruh jungkook menolong aku, mereka akan membawa aku makan makanan yg enak.

takkan la aku nak tolak tawaran indah tu kan?

tapi tula masalahnya sekarang ni, jungkook ni jenis degil tak habis-habis. sama je macam mak dia ops terkutuk.

" jeon, kau ni bukan je pandai belajar tapi pandai bersukan dan pandai melukis so takkan la kau tak boleh tolong aku? "

dia memusingkan biji matanya. ni yg benci ni hmph !

" apa fungsi kau masuk kelas seni kalau kau tak reti melukis? "

" kau fikir aku hamak sangat ke masuk kelas seni ? aku masuk pun sebab results aku hancur gila ba- "

" then, belajar la elok-elok "

" dah terlambat " aku mengeluh

" mana benda yg nak kena lukis tu? "

serta-merta mata aku bersinar lalu aku terus memberikannya kertas lukisan aku.

" aku kena lukis kereta pada tahun 3001 nanti tapi aku tak kreatif la "

" kacang je ni "

dengan aura yg penuh professional, dia mencapai sebatang pensil 2B yg telah aku asah tajam dan mula melukis.

actually, pensil tu untuk cucuk mata squad aku.

kembali kepada topik asal, tidak dinafikan bahawa jungkook memang dilahirkan sebagai seorang yg berbakat.

" siap "

aku mengangkat kertas lukisan itu tinggi-tinggi.

" woah " jujur, aku sungguh kagum dengannya.

sempat juga aku menjelir lidah ke arah mereka di luar sana. mereka pun mula mengutuk tentang aku sesama diri mereka jilake punya member.

" uyo jeon pandai gila kau lukis fuh siapa yg lepaskan kau memang bodoh ah weh. kau nanti ajar aku tau melukis, pergh kau taknak jadi pelukis ke nanti? mak ayah kau mesti bangga dapat anak berbaka macam kau ni haha sila ninggal jungkook kau me-- "

" -- shuhh. diam sebelum aku cium mulut kau "

jungkook meletakkan jari telunjuknya di bibir aku. saat ini, aku tidak tipu bahawa jantung aku sedang berdegup kencang mengalahkan atlet antarabangsa.

aku menurunkan jari telunjuknya. dia tak serius kan?

" jangan sembang kencang jeon jungkook. aku tau kau takkan buat semua tu "

" aku tak tipu "

perlahan-lahan dia mendekati muka aku oh hell makin laju degupan jantung aku dan seperti biasa, aku memejam rapat mata aku.

clishé but yeah siapa kisah?

sebab, kalau jungkook mencium aku maknanya lengkap lah 100 kisses aku. oh god, i'm excited.

cepat la cium aku !

aku setia menanti bibirnya melekap di bibir aku. sehingga la dia berkata,

" jangan perasan, park chaehyun "

==

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top