fourteen
Jungkook's
aku kini berada di gelanggang bola jaring sekolah. mesti kau tertanya-tanya kan apa aku buat dekat sini?
jangan risau, aku tak masuk sukan ini.
aku disini untuk menonton pertandingan bola jaring perempuan antara kelas.
dan ya, pelajar perempuan kelas aku berlawan dengan pelajar perempuan kelas chaehyun. aku disini bukan untuk menyokong kelas aku, tetapi untuk menyokong chaehyun.
itupun setelah 10kali fikir masak-masak sama ada hendak datang ataupun tidak. kalau aku tidak datang, apa pula chaehyun akan fikir nanti,kan? jadi terpaksalah aku batalkan temu janji aku dengan jin hyung hari ini semata-mata demi chaehyun.
aku lelaki yg baik,bukan?
aku kasihan asyik tengok chaehyun je yg jaga hati aku. hati dia, siapa hendak jaga?
baiklah, sekarang berhenti membebel dan mari tonton perlawanan yg baru sahaja bermula ini.
aku mula mengikut penonton lain bersorak apabila kelas chaehyun berjaya menjaringkan satu gol. dan penjaring tersebut adalah park chaehyun. wah, hebat betul gadis ini. perlawanan baru sahaja bermula tetapi dia sudahpun mampu menjaringkan goal.
aku berasa bangga.
perlawanan mula menjadi sengit. chaehyun mula kelihatan letih kerana pihak lawan seperti sedang membuli dia. heh siap lah pelajar perempuan kelas aku nanti, aku tak nak pinjam dorang kerja sekolah aku.
aku risaukan chaehyun walaupun dia sudah berjaya menjaringkan 7 gol.
Pitttt ~
wisel ditiup menandakan permainan berehat seketika dan akan disambung selepas 5 minit.
aku turun dari kerusi dan berlari anak ke arah chaehyun. aku menghulurkan sebotol air mineral suam kepadanya.
" eh jeon, kau datang? " soal dia lalu meneguk air sehingga tinggal separuh dan memberikan kepada aku semula
" of course aku datang. nak support kau,kan? "
aku menghalakan mini electric fan ke arah wajahnya yg berpeluh teruk. dia memejam rapat matanya kerana terlalu letih.
Pitttt ~
wisel ditiup buat kali kedua, kali ini menandakan bahawa perlawanan separuh akhir bakal bermula.
" aku pergi dulu jeon "
" baiklah, fighting ! " aku menepuk bahunya sebelum dia memasuki gelanggang semula.
chaehyun kelihatan lebih cergas kali ini. pihak lawan tidak lagi berkelakuan seperti membulinya, malah dia yg membuli mereka.
heh, tengok la perempuan siapa.
" go chaehyun go !!!! "
" chaehyun fighting ! "
" park chaehyun ! park chaehyun ! "
aku bersorak dengan lebih kuat sambil mengangkat banner yg dibuat oleh aku sendiri. orang di sebelah memandang aku pelik, pasti dia fikir bukan ke aku sepatutnya menyokong kelas sendiri?
mungkin kerana suara aku yg kuat, chaehyun terdengar lalu memandang ke atas. aku melambai ke arahnya, dan dia membalas lambaian aku dengan kenyitan mata.
ah comelnya ~
" maaf, awak ni boyfriend chaehyun ke? "
aku menoleh ke tepi, boleh tahan kepoh jugak orang sebelah ini.
aku tidak membalas tetapi hanya tersenyum lebar.
Pittt Pittt Pittttttttt ~
wisel dibunyikan buat kali terakhir. ini bermakna perlawanan sudah tamat.
aku melihat skrin besar di hujung gelanggang yg menunjukkan skor perlawanan ini.
28-35
yes! kelas chaehyun menang wohooo ! sedar tak sedar, aku tengah berjoget dekat sini oh bodohnya aku.
aku segera turun ke bawah untuk mendapatkan chaehyun.
" tahniah chae !! " aku lantas memeluknya tetapi dia segera menolak aku semula. aku mencebik
" tak nak kena peluk ke? "
" bukanlah jeon. aku berpeluh ni, busuk "
" kau sentiasa wangi di hidung aku hihi "
dia hanya tersengih sahaja melayan karenah aku ini. chaehyun mengambil duduk di bangku yg disediakan sambil mencaru nafas. dengan sepantas kilat, aku duduk di tepinya dan menghalakan mini fan aku di mukanya. manakala tangan kanan aku pula sibuk mengelap leher dan wajahnya yg berpeluh gila seperti baru sahaja mandi.
" jeon, tak payah la susah susah. aku boleh lap sendiri "
" no no, kau letih tu. kau rehat je, biar aku buatkan semua ni "
" nanti apa pula orang fikir "
" biarkan diorang "
dia diam. kemudian dia membuka ikatan rambutnya yg longgar dan mengikatnya semula dalam bentuk ponytail dengan tinggi.
aku terpana.
kenapa aku rasa perempuan nampak cantik bila ikat rambut tinggi-tinggi?
waktu inilah, aku mengambil kesempatan untuk mengamati wajahnya.
kening yg cantik,
mata yg amat cantik,
hidung yg tidaklah begitu mancung,
bibir yg tidaklah begitu lawa,
wajahnya yg semakin bulat.
walaupun dia tidaklah secantik perempuan lain, tetapi dia ada tarikannya sendiri. salah satunya adalah personalitinya. personalitinya yg istimewa itulah yg membuatkan wajahnya kelihatan menarik pada waktu yg sama.
aku bukanlah jenis sukakan perempuan yg cantik sangat. aku lebih suka yg biasa-biasa sahaja seperti ini.
aku berfikir,
patutkah aku membalas cintanya?
tak, maksud aku,
mampukah aku untuk membalas semula cintanya?
mungkin chaehyun tersedar yg aku memandangnya, pipinya berona merah. dia tidak menghalang aku, kerana dia tahu peluang sebegini jarang dijumpai HAHA
aku kenal ok dia ni macam mana.
" chaehyun " aku memanggilnya
" ya? "
" disebabkan kau menang hari ini, aku akan tunaikan satu permintaan kau "
" betul ini? "
" betul, aku tak tipu "
-
aku tak menyangka permintaan dia adalah hendak aku membawanya ke sini.
pantai untuk melihat sunset.
kenapa dia ni sukakan benda yg clishé ?
aku kini sedang berjalan dengannya di persisiran pantai sambil berpegang tangan. disebabkan dia amat sukakan benda clishé , aku pun mengambil keputusan untuk memegang kasutnya dan kasut aku di tangan yg lain.
" kenapa kau pilih untuk tengok sunset dan bukannya tempat lain? " soal aku kepada dia
" entahlah, aku selalu tengok scene ni dalam drama " balasnya
ya Ampun, dia ni kemaruk drama rupanya.
" ni semua clishé, chaehyun "
" tak kisah. janji sweet hehe ~ "
aku tersenyum senget. comel sangat perangai dia ini.
dia kemudiannya berhenti berjalan dan memusing menghadap aku. kedua-dua tangan aku digenggamnya.
" k-kau nampak kacak hari ini " dan dia tersenyum lagi. entah kenapa, aku suka tengok dia senyum. bila dia senyum, kecantikkan dia yg tersembunyi itu seakan-akan muncul.
" aku pun rasa aku kacak hari ni haha " sempat lagi aku bergurau dengannya. dia ketawa kecil, mudah terhibur betul dia ini.
" kacak kau harini luar biasa "
tidak dinafikan aku mempunyai rupa yg kacak. tetapi, aku pun rasa aku terlebih kacak hari ini.
kemeja putih, seluar jeans hitam pendek atas lutut, and cermin mata hitam yg berbentuk segi empat tepat.
tambahkan pula, angin sepoi-sepoi yg meniup rambut aku.
" kau nampak macam puteri hari ini " kali ini tiba giliran aku untuk memujinya. confirm dia ni tengah kembang semangkuk.
dress putih paras lutut dengan rambutnya yg dibiarkan tidak terikat. memang tiada beza dengan puteri kayangan, kan?
" jeon, matahari dah nak terbenam. jom la duduk "
dia melepaskan tangannya daripada terus menggenggam tangan aku. baru sahaja dia ingin duduk di persisiran pantai ini, aku terlebih dahulu menarik semula tangannya. hal ini membuatkan dia terdorong ke belakang sedikit.
" kenapa ni, jungkook? "
" macam tu clishé sangatlah, sayang "
jangan soal kenapa aku panggil dia sayang. aku cuma nak belajar menjadi seorang yg romantik.
" dahtu nak macam mana lagi? "
" macam ni "
segera aku menarik dia dekat dengan tubuh badan aku lalu aku memeluk kemas pinggangnya seperti kelmarin.
" jeon, kau tak rasa ke ni melampau sangat? kita dekat public ni jeon kau ja— "
" — shh. kata nak tengok sunset kan tadi? "
dia mengganguk. aku menatap wajahnya lama sehinggalah dia juga turut merangkul tangannya di pinggang aku.
saat itu, kami berdua menoleh ke kanan dan melihat matahari terbenam dengan keadaan yg senyap kerana kedua-dua kami menikmati perasaan ini.
==
cAN YOU HEAR ME SCREAMING ?!!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top