fifteen
hati aku sampai sekarang tak habis berbunga lagi sebab hal semalam betul-betul buat aku gembira tak terhingga. eomma pun pelik dengan perubahan aku sehingga chanyeol melempang aku disebabkan aku senyum tak henti-henti.
sekarang ini, aku sedang menuju ke cafeteria untuk mengisi perut aku. alang-alang itu apa salahnya aku belikan sekali untuk jungkook,kan?
sembang punya sembang, tak sedar pula aku dah terlanggar seseorang. habis kesemua makannya yg diisi di dalam tray terjatuh ke lantai.
aku tergamam. macam mana aku boleh cuai ni?
" maafkan saya. saya tak sengaja " aku menunduk berkali-kali meminta maaf. tetapi apa yg aku dapat hanyalah cengkaman tangannya di kolar uniform aku.
whut bruh?
" tak sengaja kau cakap? mata kau pandang depan dari tadi takkan kau tak nampak hah perempuan?! " dia menjerkah aku.
" wo wo rileks bro. memang la mata aku pandang depan, tapi otak aku ke tempat lain asal kau bodoh sangat ni? " aku membalas semula. great, sekarang semua tengah tengok aku
" kau jangan nak melawan cakap aku perempuan tak guna! aku boleh je tumbuk muka kau kalau kau nak sekarang ni "
" tumbuk la kalau kau berani sangat uh fikir aku takut ke? hello sikit "
bukannya aku tak biasa kena tumbuk. hampir hari-hari aku kena tumbuk dengan chanyeol. rileks la
" jangan cabar kesabaran aku perempuan ! tak guna betul semua perempuan dekat dunia ni "
wait ...
dia ni tengah melepaskan geram dia dekat aku ke?
uh, sudah jelas sangat yg dia ini merupakan seorang gay.
" dasar gay tsk " aku berkata perlahan
" apa kau cakap?! " dia mula meninggikan suara dia semula
" aku cakap yg kau ni GAY ! pekak ke? "
" kau memang nak kena ! "
dia mula menaikkan tangannya untuk memukul aku tetapi macam biasa dalam scene sebegini pasti ada seseorang datang menghalang.
dia ialah jeon jungkook.
" bro, tak manis la pukul perempuan "
" dia dah jatuhkan makanan aku, takkan aku nak biarkan je? "
" tch, memangnya kau miskin sangat ke? setahu aku, kau ni pelajar choi minhwan kan? kau pun boleh tahan kaya. "
" kau nak apa sekarang ni? "
pelajar choi minhwan itu melepaskan cengkamannya di kolar baju aku dan kemudian mencengkam kolar baju jungkook pula. aku cuba menghalangnya, tapi ditolaknya ketepi. ah jilake betul budak ni ada juga aku botakkan rambut dia.
" kau nak gaduh ke bro? " jungkook cuba menguji dia.
aduh, aku serabut ni. aku tak nak ada apa apa pergaduhan berlaku sekarang ini.
" kau siapa nak masuk campur antara urusan aku dan perempuan ni? "
" kau ni memangnya lelaki tak guna spesis apa? macam ni ke cara kau layan perempuan? jatuh maruah kau "
" jungkook, stop it " aku cuba sedaya upaya aku untuk menghalang mereka ini tetapi yeah bagus sangat apabila dia tidak mempedulikan aku.
dan tiba tiba,
Dush !
suatu tumbukan terkena di muka jungkook. aku terkejut, aku menekup mulut aku dengan tapak tangan dan berundur beberapa tapak ke belakang.
aku bukan tak nak tolong jungkook tapi aku terlalu terkejut sehingga badan aku kaku. jungkook sudahpun terbaring di atas lantai, manakala lelaki itu mula mencangkung di hadapan jungkook dan mula menumbuk jungkook selama beberapa kali.
" jungkook! weh jantan, berhenti la ! "
akhirnya aku berlari ke arah mereka dan menarik lelaki itu daripada jungkook. pada mulanya, aku ditepis tetapi aku masih tidak putus asa dan finally dia pun berhenti.
aku dah tak kisah pasal lelaki itu sekarang ini, apa yg aku kisahkan hanyalah jungkook yg terbaring di atas lantai dengan bibir yg berdarah, muka yg berlebam.
" jungkook, kau ok? " aku memapahnya untuk bangkit. mata aku berair, aku tak boleh tengok dia dalam keadaan macam ini.
" a-aku ok je. akh, sakit sikit "
" jeon jungkook ! choi minhwan ! apa yg kamu buat ini?! "
cikgu disiplin is here
-
aku kini berada di dalam bilik rawatan bersama jungkook. aku terpaksa ponteng kelas untuk datang merawat si dia ini.
" siapa suruh kau masuk campur hah,jeon? "
" nak marah aku pula. habistu, takkan kau nak dia pukul kau? "
" biar jela dia pukul aku "
" dia tu lelaki, chae. lelaki pukul bukan macam perempuan pukul. "
aku berdecit dan sambung menyapu ubat pada luka-luka jungkook. aku bukan apa, aku cuma takut mak dia nanti silat aku bila dia dapat tahu yg anak dia jadi macam ni.
" nasib kau tak kena denda tau "
" sebab tu la aku tak balas tumbukan lelaki tu. kalau aku balas, confirm aku akan kena denda juga— akh sakit hoi perlahan-lahan la " jungkook mengerang kesakitan apabila aku tidak sengaja menekan kesan lukanya itu dengan kuat.
" tak sia-sia kau masuk kelas depan jeon. bijak betul kau ni " mula la tu nak kembang selori bila aku puji dia macam tu. dia ni pantang orang puji, ada je nak berlagak.
" well, jungkook kan? " i told ya
" sudahlah kau. nak balik kelas ke rehat sini? "
aku menutup kotak first aid kid dan meletakkannya di tempat asal semula.
" nak rehat sini je, nurse park "
" yela, kalau macam tu aku balik kelas dulu "
dia mengganguk mengerti. aku mengambil dompet aku dan beredar dari sana.
-
" ya Tuhan chae !! bukan macam ni la "
" chae ! berapa kali aku nak cakap? kau kena bahagi dulu baru tambah "
" kau tak reti lukis graf ke? "
" kan aku dah kata, quadratic equation mesti kena 0 "
" boleh gila aku ajar kau math ni "
" kau dekat kelas buat apa? tidur ke? "
itu merupakan beberapa ayat yg dituju kepada aku sejak dua jam yg lalu. ya, aku datang ke rumah jungkook untuk mengulang kaji mata pelajaran yg aku lemah.
tambah-tambah lagi math. subject yg paling aku benci sebab aku susah nak faham. selalu waktu math, pasti aku tidur di dalam kelas. tidakpun aku berangan tentang masa hadapan aku bersama jungkook.
aku tak sangka pula math sebenarnya lebih rumit daripada sangkaan aku. jungkook pun hampir hilang kesabaran nak ajar aku.
#JungkookTabah2K17
" macam ni,betul? " aku menolak kertas latihan aku kepadanya untuk diperiksa.
" yup cuma kau jangan cuai masa step ni ok? "
aku mengganguk dua kali.
" buat soalan ni pulak "
nak taknak, terpaksa akur.
math, kita musuh sampai mati. dasar playboy tak guna.
lama juga aku membuat latihan-latihan yg diberikan jungkook. nak kata banyak, sebenarnya tak pun. mungkin sebab aku belum betul-betul kuasai bab itu.
sedang aku leka membuat latihan, aku terasa seperti ada sesuatu yg datang semakin dekat dengan wajah aku. aku menoleh ke tepi perlahan-lahan, takut pula binatang apa yg muncul depan aku.
muka jungkook rupanya.
" ish apa ni dekat dekat? tepi la " aku menolak wajahnya supaya jauh daripada aku. tak selesa la macam ni.
" heleh, baru sikit dah blushing "
omo! aku memegang pipi aku yg mula bertukar warna. kenapa aku cepat sangat blushing ni?
" nak apa jungkook? aku nak buat kerja ni "
" ala, kerja tu kejap lagi boleh buat "
" kau yg dari tadi beria suruh aku buat kan? "
dan wajah dia datang dekat semula. ergh, aku benci perasaan ini. aku tidak mampu untuk menahan senyuman aku jadi aku biarkan sahaja senyuman aku terukir di wajah aku.
" ni mesti ada benda nak bodek,kan? " aku menjungkitkan kening kiri. tahu sangat dah perangai dia ini.
" nak makan pancake "
aku menghela nafas panjang.
" haih, arasso "
aku membawa diri turun ke dapur untuk membuat pancake untuk jungkook. mengada-ada betul crush aku seorang ini.
aku mengeluarkan bahan daripada peti sejuk untuk dibuat inti kepada pancake aku itu.
banyak juga kerja nak dibuat. apakan daya, tiada siapa disini nak tolong aku. tapi takpela jugak, at least aku berusaha demi lelaki bernama jeon jungkook.
sedang aku tengah memotong bahan, aku terasa seperti ada seseorang memeluk aku dari belakang. tak lain dan tak bukan si dia.
" nak apa lagi jungkook? "
" tengok kau masak " dia meletakkan dagunya di bahu aku. ugh jangan jadi romantik sangat boleh?
" pergi sana. jangan kacau " aku menolak badannya ke belakang. aku pantang kalau orang kacau aku tengah masak dan tambahan aku geli la kalau dia asyik peluk aku.
" nak tolong boleh? " dia menyoal
" betul ke ni nak tolong? " baguslah kalau dia nak tolong. takde la aku rushing sangat.
dia mengganguk beberapa kali. aku menyerahkan beberapa tugas kepadanya. kiranya, hari ini aku memasak dengan dia.
macam-macam yg kami berdua lakukan di dalam dapur. sebenarnya niat aku hanyalah buat pancake dengan cepat tetapi tergendala sebab jungkook ni ha, banyak sangat main dalam dapur. main lebih dari buat kerja. menyesal pula aku datang rumah dia huhu walaupun ini semua indah.
" jungkook ! habis rambut aku kena tepung "
rambut aku sekarang ni hampir semua jadi putih macam nenek tua. best sangat ke main baling-baling tepung ni? kadang-kadang dia suka geletek aku, then percik air dekat aku.
sweet? HAHA
" mandi jela kejap lagi "
" aku mana ada baju lebih "
" baju kakak aku ada "
dia ada kakak ke? tak tahu pula
" kakak kau? "
" iye. dia dah kahwin, tak duduk sini "
mesti kakak dia cantik kan? macam aku HAHAHAHAH
" nah makan cepat " aku meletakkan piring berisi pancake di hadapannya.
" kau taknak ke? "
" aku nak mandi "
" kejap lagi la mandi. teman aku makan please " sempat lagi lelaki ini membuat aegyo. ni yg lemah ni. gegor tulang rusuk aku.
tak padan dengan muka penuh lebam ada hati nak buat aegyo. nasib hensem heh.
==
lagi berapa parts and tamat la fanfic ini. can you smell the ending?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top