eleven

aku memang nak habiskan fanfic ni cepat cepat ohoho

•••

memang jungkook buat aku rasa bahagia hari ini tapi mood tu tak kekal lama. hati aku mula menjadi tak keruan dan risau apabila aku melihat perubahan hwiyoung.

dia kerap keluar masuk kelas dan menghilangkan diri buat beberapa minit.

" chaehyun "

aku tersedar daripada lamunan, " ah ya jungkook ada apa? "

" kau dengar tak tadi aku cakap apa? "

aku menggeleng dan jungkook melepaskan keluhan.

" aku cakap, esok petang teman aku pergi beli barang "

" ah ya ok "

" ada sesuatu yg mengganggu kau ke? " dia menyoal.

aku tak tahu aku patut cakap atau tidak. kalau hendak cakap, apa yg patut aku beritahu dia? takkan nak cakap yg aku risaukan hwiyoung? nanti apa pula jungkook fikir.

" aku masuk kelas dulu eh jungkook? esok petang jumpa bye " aku cuba lari daripada soalannya dengan mengatakan bahawa aku harus pulang ke kelas dan yeah dia pun percaya.

" oh ok baiklah bye babe " sempat lagi dia memberikan aku flying kiss aw

tetapi, aku rasa sangatlah bersalah kerana menipu dia.

aku bukan nak balik kelas, aku nak jumpa hwiyoung.

dah satu sekolah aku pusing tapi masih tak jumpa dia. aku berjalan ke sebuah pokok besar dan menyandar di dahannya. aku menghela nafas, penat mencari manusia bernama kim hwiyoung itu.

tapi kenapa aku rasa macam ada orang di belakang pokok ini?

aku memusing badan aku dan melihat ke belakang pokok yg aku tengah sandar ini dan ternyata betul firasat aku itu.

ada orang lain yg turut sandar di dahan pokok ini.

" dekat sini rupanya kau " aku bersuara

dia perasan akan suara aku lalu terus memandang aku.

" eoh, chae "

" apa kau buat dekat sini wahai hwiyoung? "

" rehatkan minda aku "

" kau ada masalah ke? " tanya aku. aku memang jenis caring feat kepoh sikit kalau kau nak tahu.

" masalah? takde pun. tapi, aku ada berita gembira "

" yela dah kau keluar masuk kelas je dari tadi. haa, apa berita gembira tu? "

aku mengesot menghampirinya untuk mendengar berita gembiranya. kan aku dah cakap yg aku ni kepoh sangat mengalahkan makcik makcik dekat kawasan perumahan kau tu.

" aku ... "

" kau? "

" dah ada ... "

" kau dah ada? "

" girlfriend huhueheueeu "

mata aku terbuka luas dan tangan aku menekup mulut sendiri kerana teruja dengan apa yg baru sahaja disampaikannya tadi. aku ni overracting je ni.

" OMG sejak bila weh?! "

" tak payah la sampai terkejut macam tu and um tadi aku confess dekat dia " dia menjeling aku kasar tapi diakhiri dengan sengihan yg comel ergh rasa nak cubit pun ada tapi apakan daya, dia dah menjadi milik orang.

" halah, patutla tadi kau asyik keluar masuk kelas. jumpa awek rupanya " aku menyiku dia dengan wajah yg gatal dan jahat ohoho

hwiyoung hanya tersenyum manis. wajahnya nampak begitu bahagia kerana akhirnya dia dapat meluahkan perasaannya terhadap seorang perempuan yg dia cintai.

tetapi tidak bagi matanya.

matanya seolah-olah sedang menahan kesakitan.

hwiyoung menipu aku dan juga dirinya sendiri.

-

petang itu, jungkook datang menjemput aku di rumah sebelum kami berdua sama-sama bertolak ke mall.

aku tak nak pergi rumah dia.

rumah dia seakan-akan rumah hantu. hantunya itu eomma jungkook. tak sanggup aku nak kena cacian dan kata-kata pedas daripada eommanya lagi ugh tolonglah aku bukan manusia yg mudah dibuli dan dipijak.

" hi, angel "

jungkook membukakan pintu kereta kepada aku. kau tengok, dia mula dah perangai romantic dia yg dapat mencairkam semua gadis termasuk nenek kau.

" apa yg angelnya ni? "

" you're extra beautiful today " katanya disaat dia menghidupkan enjin keretanya.

" sweet-talker "

" fakta ok, chaehyun "

aku berdecit sebelum melemparkan pandangan ke luar tingkap.

" semalam aku nampak kau dengan hwiyoung "

gulp!

" oh semalam? "

" ye semalam. dekat bawah pokok. kau cakap kau nak balik kelas "

" eh taklah. semalam sebab terserempak je. lagipun hwiyoung ada berita gembira nak sampaikam dekat aku " aku menjelaskan segalanya walaupun aku menipu jungkook buat kali kedua.

aku tak sanggup pun nak menipu dia, tapi aku terpaksa.

aku tak nak jungkook fikir yg sebenarnya aku ini seorang perempuan yg agak playgirl.

aku hendak tunjukkan bahawa aku mampu setia terhadap jungkook seorang sahaja!

sebaik sahaja kami tiba, aku mula menemani jungkook untuk membeli keperluan sekolahnya.

dia banyak beli ... buku rujukan dan buku latihan.

hm aku cukup anti dengan manusia yg suka beli buku rujukan dan seangkatan dengannya.

benci tahu tak benci? tapi malang gila, bila crush sendiri ulat buku.

aku ni dah kira cukup untung tau sebab jungkook bukan jenis budak nerd yg typical tu haaa butang baju sampai atas, rambut belah tengah, braces atas bawah, cermin mata bulat atau segi empat dan tidak kacak.

syukur bahawa jungkook itu sebaliknya.

" nak pergi mana lagi lepas ni, chae? "

" ikut kau la. kau yg ajak aku " aku mengangkat bahu

" how about ice-cream? "

" sure why not " aku tersengih

kali ini memang aku terkejut lagi sekali sebab,

sEbab,

SEBAB,

JUNGKOOK USAP KEPALA AKU HAHAHAHAHAHA

rasa nak meletup jantung ni serius rasa nak jerit nak lompat nak tumbuk muka jungkook.

kenapa dia kena buat aku macam ni? hhihihhihhi

tak cukup dengan itu, dia menyatukan jari-jemari dia dengan jari-jemari aku dan yup kami tengah berpegangan tangan sekarang ini.

ya Tuhan aku rasa nak simbah acid dekat muka yoongi sekarang ini.

kenapa mesti yoongi .. ?

" let's go, my princess " dia tersenyum manis. aku taktahu apa patut aku buat jadi aku turut membalas senyumannya.

dia nampak lagi manis bila dia senyum.

sewaktu kami berdua hendak berjalan keluar daripada kedai buku ini, satu pasangan telah menangkap perhatian aku, begitu juga dengan jungkook.

pasangan itu adalah,

hwiyoung dan seorang perempuan atau lebih tepat, kekasihnya.

woah, boleh tahan lawa perempuan tu tapi semestinya aku lagi lawa HAHAHAH.

ok stop.

semuanya jadi tak kelakar apabila ;;

hwiyoung memandang anak mata aku lama

dan,

jungkook memandang tangan hwiyoung yg bersatu dengan tangan kekasihnya.

wait, apa yg tengah berlaku ni?

" lee aehyun "

jungkook menyebut nama perempuan itu.

==

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top