eighteen

Hwiyoung's

" berhenti menangis chae. dah berapa lama kau berkurung dalam tandas ni? "

berulang kali aku mengetuk pintu tandas biliknya tetapi masih tidak dibuka. niat aku datang kesini adalah untuk mengajaknya keluar memandangkan kebelakangan ini mood dia tidaklah begitu stabil.

tetapi apabila aku tiba di rumahnya, abangnya si chanyeol memberitahu aku bahawa sejak dari pulang sekolah tadi, dia langsung tidak turun. itu yg merisaukan mereka sekeluarga.

" chae? kau baik baik sahaja kan dalam tu? " aku tidak pernah berhenti menyoalnya kerana aku turut risau terhadapnya.

ini semua salah jungkook

lelaki tak guna itu patut diajar. sudahlah dia memberi chaehyun harapan palsu, malah dia berpura-pura tidak mengenali chaehyun. tidakkah perbuatan dia benar-benar melampaui batas?

sudah berapa kali aku hendak bertemu jungkook lalu menumbuknya di muka sepuas hati aku, tetapi dihalang chaehyun.

dan mengapa chaehyun terlalu baik?

/klek

pintu tandasnya terbuka. terkejut aku dibuatnya apabila terbuka secara tiba-tiba. baru la aku sedar bahawa chaehyun akhirnya sudah keluar daripada bilik kedunya iaitu tandas.

" c-chae, kau menangis lagi ke? " aku segera mendapatkan dia, dia memeluk aku dengan erat.

dia mula menangis lagi. ah, aku cukup tak boleh tengok seorang perempuan menangis. mereka dalam golongan yg lemah, harus dilindungi dan dijaga dengan elok. bukan melayan mereka dengan kejam sepertimana jungkook membuat chaehyun.

" hwiyoung ... " dia memanggil aku dalam tangisannya.

" aku rindu jungkook "

" kenapa dia tak datang cari aku? "

" kenapa ... kenapa dia buat aku macam ni? "

sedikit sebanyak aku berasa marah kerana chaehyun masih fikir tentang jungkook walaupun hati dia sudah hampir mati.

" menangis lah sepuas hati kau sekarang ini tetapi pastikan lain kali kau tidak lagi menangis atas sebab yg sama "

setelah aku bercakap sebegitu, semakin kuat esakan dia. aku dapat merasakan yg baju aku sudah basah di bahagian bahu. tidak apalah, biar dia lepaskan segalanya di bahu aku. aku rela, asalkan dia tidak lagi menangis nanti. aku mengusap bahunya perlahan-lahan.

lama juga dia menangis, sehinggalah dia menjauhkan mukanya daripada terus membenam pada bahu aku.

" ma-maafkan aku sebab dah basahkan baju kau " dia meminta maaf dengan suara yg serak.

demi kau, tidak apalah chaehyun.

" tak apa. sekarang, pergi basuh muka kau dan bersiap cepat "

" kenapa? kita nak pergi mana-mana ke? "

" aku nak bawak kau keluar hari ini "

dia mengukirkan senyuman pendek. lega hati aku apabila dia tergerak hendak tersenyum jua.

" tunggu aku dekat bawah tau " pesan dia lalu menolak aku keluar daripada biliknya. perangai syaitan dia sudah kembali sedikit.

baguslah.

aku memandang dia sekilas sebelum keluar daripada biliknya.

lama juga dia ini bersiapa. tidak apa, sekurang-kurangnya dia mempunyai semangat untuk keluar daripada rumah dan bersiap dengan cantik sekali.

seperti sangkaan aku, aku terpegun melihat dia yg sedang turun tangga dan kemudian menuju ke arah aku. walaupun pakaiannya simple, tetapi amat menarik perhatian aku.

aku jarang melihat dia berpakaian sebegini. selalunya apabila keluar bersama jungkook, pakaiannya selalu selekeh. bukan hendak mengutuk, tetapi aku hanya mengatakan perkara sebenar.

" hey hwi, mengelamun apa? "

dia melambai-lambaikan tangannya ke kiri kanan supaya aku sedar akan kehadiran dia di hadapan aku.

" o-oh kau dah siap? jom kita pergi "

dia mengganguk setuju.

" um, anyway kita terpaksa naik subway sebab motor aku rosak semalam "

" kenapa boleh rosak? "

" entahlah, aku pinjamkan namjoon motor aku dan apabila dia pulangkan semula, tayar depan tercabut "

aku menggosok leher aku kerana malu akan perbuatan namjoon yg sememangnya ajaib dan bodoh itu. tidak hairan orang semua takut meminjamkan dia barang mereka.

chaehyun hanya ketawa dengan cerita aku sebentar tadi.

chaehyun, comel kan? ish hwiyoung, nk bukan masa nak berangan!

aku dan chaehyun meminta izin daripada keluarganya untuk keluar. secara tiba tiba eommanya menarik tangan aku dan membuatkan aku berasa terkejut.

mak dia syok dekat aku ke?

" sebab kamu, chaehyun nak keluar bilik. terima kasih ya? makcik suka kamu ehe " eommanya mengenyit mata kepada aku.

" s-sama-sama hahaha saya pergi dulu ya makcik? " sumpah kekok gila apabila eommanya main wink wink ni. aku harap appa chaehyun tak pukul aku la huhu

wuhuu, mak mertua suka aku sia

aku segera berlari ke luar mendapatkan chaehyun yg tengah menunggu aku.

dan akhirnya, kami menaiki subway yg penuh dengan orang ramai. ada ramai pekerja pejabat menaiki subway memandangkan sekarang ini adalah lunch hour.

langsung tiada tempat duduk untuk chaehyun jadi kami berdua terpaksa berdiri sambil memegang pemegang di dalam subway.

semakin lama semakin ramai orang yg menaiki subway ini. aku mengeluh panjang kerana perjalanan kami ke mall masih jauh. aku menoleh memandang chaehyun seketika, wajah dia juga menunjukkan bahawa dia tidak suka dengan suasana sempit sebegini. dia mungkin berasa rimas.

" sorry, kita sepatutnya naik teksi tadi " aku meminta maaf terhadapnya.

dia menggeleng kepalanya,

" tak apa. subway lagi laju hihi "

apabila masih ada orang yg naiki subway ini, aku terpaksa menginjak ke tepi sedikit untuk memberi ruang kepada orang lain.

semakin lama semakin sempit, dan semakin lama semakin chaehyun terhimpit dengan orang-orang disini.

dan di sekeliling chaehyun ada lelaki lelaki yg amatlah selekeh dan seperti gengster jalanan sahaja. aku tidak percayakan mereka, lagi lagi apabila mereka memandang chaehyun semacam.

chaehyun? dia langsung tidak sedar kerana leka memandang pemandangan di luar tingkap.

aku takut lelaki lelaki  ini akan membuat sesuatu yg tidak senonoh terhadap chaehyun seperti menyentuhnya dalam keadaan yg sesak ini jadi aku segera mendekati chaehyun dan menghimpitnya sehingga tubuh badan kami bersentuhan. aku meletakkan kedua belah tangan aku pada tingkap subway ini. jarak kami benar-benar rapat sekarang. chaehyun memandang hairan dengan kelakuan aku ini.

mata aku bertemu mata dia.

" kenapa ni, hwiyoung? "

" aku tengah cuba melindungi kau "

chaehyun memandang sekelilingnya dan baru dia mengganguk faham.

tak sangka dia ni bijak jugak.

-

Chaehyun's

" yah hwiyoung menyanyi la cepat !! "

" tak tak aku nak lagu ni "

" bogoshipdaaaa bogoshipdaa "

" bang bang bang wohoo aku tembak hati kau ni hwiyoung HAHAHA "

" cepat la chae ! chong jojun balsa ni !! "

" really really oh i was a fool "

" tu lagu tak sama la bodoh "

sudah seperti orang gila kami berdua ini. hwiyoung membawa aku ke pusat karaoke di dalam mall ini rupanya. pada mulanya aku memang tidak mahu, tetapi apa salahnya kalau aku menggembirakan hati aku sebentar kan? sampai bila nak menangis ni?

aku melihat wajah hwiyoung, dari tadi hinggalah sekarang, dia tidak berhenti tersenyum lebar.

mesti dia gembira lihat aku macam ini semula kan? aku pun seronok kalau diri aku kembali seperti dulu. aku sendiri benci kalau asyik bersedih tetapi nak buat macam mana, kan?

" suara kau tak boleh teruk lagi ke ? "

" diam la kau. mentang-mentang kau kelab muzik, kau nak judge aku eh? " aku menumbuk perlahab bahunya heh. suara aku pun sedap ok, sesedap Dato' Siti Nurhaliza ha kau hade?

" banyak la kau haha. kau nak makan apa ni? "

" apa apa kecuali tahi "

serentak aku dah dia ketawa besar. kami sama-sama mudah terhibur walaupun kadang-kadang jenaka aku tu hambar nak mati. hwiyoung merangkul tangannya di leher aku dan membawa aku ke sebuah restoran di dalam mall ini.

" aduh " aku mengerang kesakitan kerana tiba tiba pula tapak kaki aku sakit nak mati.

" eh kau kenapa ni? " hwiyoung mula menjadi risau. dia memapah aku ke kerusi berdekatan. aku membuka kasut aku daripada kaki, sebab kasut ni la kaki aku sakit heh. kasut tak guna

" tapak kasut kau dah nipis rupanya " kata hwiyoung setelah dia memeriksa kasut aku.

" ha ah memang pun. "

" dahtu kenapa pakai kasut ni? "

" malas la nak pakai kasut lain " aku membalas.

" kalau macam tu, jom kita pergi beli kasut "

" tapi hwiyoung ... aku nak makan dulu "

hwiyoung menghela nafas. mula la tu nak bebel tapi aku pantas menekup mulutnya supaya dia tidak membebel. dan akhirnya, dia terpaksa mengalah lalu membawa aku ke restoran makan yg dicadangkannya awal tadi.

kami menikmati makanan yg dipesan dengan penuh ceria dan gembira. aku dan dia sama-sama mempunyai personaliti yg bodoh, lawak dan gila jadi tidak hairanlah jika kami tahu cara untuk bergembira.

sedang aku sibuk berbual bersama hwiyoung, seseorang datang menyapa aku. aku ingatkan jungkook tapi tidak, ia merupakan suara seorang perempuan.

aku menoleh dan mendongak sedikit supaya senang untuk melihat tuan kepada suara itu. terkejut apabila perempuan itu adalah musuh aku buat masa sekarang.

Lee Aehyun

ugh hilang selera aku nak makan. hwiyoung berdehem buat sekali dan barulah perempuan itu perasan akan kehadiran hwiyoung. aehyun turut menyapa bekas kekasih dia itu.

" awak buat apa dekat sini, chaehyun? "

dia menyoal aku walaupun sudah jelas bahawa aku datang kesini untuk makan.

" makan dengan hwiyoung " aku membalas begitu sahaja. malas nak cakap baik-baik dengan dia ini. kisah apa aku? hwiyoung pun tak larang aku.

" kau buat apa pulak dekat sini? " aku pula menanya dia.

" oh saya datang teman boyfriend saya makan. kejap saya panggil dia eh? — pstt, sini lah! "

hati aku tersentak disaat dia mengucapkan perkataan boyfriend itu. rupanya dia turut berada disini.

tuah atau bala?

aehyun dari tadi memanggil supaya jungkook datang ke meja kami sedangkan dalam hati aku berdoa supaya jungkook tiba tiba sakit perut jadi tidak perlulah aku bersemuka dengannya.

" kenapa, sayang? "

oh doa aku tidak dimakbulkan. dia ada disini. dan aku rasa aku tak silap dengar kan yg tadi dia memanggil aehyun dengan panggil sayang itu?

aku memandang hwiyoung resah. aku taknak jumpa jungkook tapi hwiyoung menggengam tangan aku menyuruh aku tenang menghadapi jungkook.

" chaehyun, kenalkan ni boyfriend saya, jeon jungkook. awak kenal dia tak? budak kelas depan tu "

aku menoleh semula ke arah aehyun setelah menarik tangan aku daripada genggaman hwiyoung.

aku pandang jungkook lama. dia langsung tidak terkejut atau apa apa. raut wajahnya hanya tenang seperti biasa.

soalan aehyun tadi aku biarkan begitu sahaja. aku tidak mahu menjawan, biarlah aku mengambil peluang ini untuk mengamati wajah jungkook buat setelah sekian lamanya.

dia masih kacak seperti dulu.

aku rindu dia ...

" em, maybe awak tak kenal dia. takpelah. jungkook, ni kawan saya, park chaehyun. dia adik chanyeol. awak mungkin kenal dia sebab awak cakap awak baik dengan chanyeol "

ya, dia kenal aku.

tetapi jungkook juga sama seperti aku, diam begitu sahaja. aku berdehem perlahan lalu segera mengalihkan pandangan aku daripadanya. aku tak boleh pandang dia lama-lama, nanti mula la rasa hiba lepastu nak menangis. aku hanya menunduk kepala memandang pinggan di hadapan aku ini.

" hey saya tanya awak ni " dia menggoncang lengan jungkook apabila sedar yg jungkook tidak menumpukan perhatian kepada soalannya.

perbuatan aehyun tadi membuat aku teringat kepada kenangan dahulu. dulu, aku selalu buat macam tu kalau jungkook jadi blur atau bodoh tiba tiba.

" saya ke? awak tanya saya ke? "

suara dia ... rindu nya nak dengar suara dia.

" ya lah jungkook. saya tanya awak tu "

aku menaikkan kepala semula dan melihat mereka. adakah ini tuah? tuah supaya aku dapat bercakap dengan jungkook semula seperti selalu?

" Tak. Saya tak pernah kenal dia "

==

ramai yg cakap chae dengan jungkook bercinta. sebenarnya tak. mereka tak pernah bercinta cuma berkelakuan seperti pasangan bercinta. (( boleh refer dekat chapter-chapter lepas, chae ada mention beberapa kali yg dorang tak bersama ))

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top