eight
aku menghentak meja dan memandang muka jungkook dengan penuh perasaan yg tidak percaya akan apa yg dia baru sahaja katakan tadi.
" kau ni memang ba- "
" -keluar dari kelas aku sekarang. aku dah tolong kau lukis "
aku mengambil kertas tersebut dengan kasar lalu pergi meninggalkan kelas jungkook.
dasar lelaki tak guna! mainkan aku rupanya dia tu!
kerana geram sangat, aku meronyokkan kertas tersebut dan membalingnya masuk ke dalam beg sekolah aku.
aku benci lukisan jungkook!
" psst , cikgu panggil kau tu " chanyeol menyiku siku aku.
eh marah sampai tak sedar pula yg cikgu dah masuk.
" chaehyun, saya nak tengok kertas lukisan kamu "
ha sudah! kertas lukisan aku dah hancur weh.
ok takpe, tebalkan muka.
aku menyelongkar beg sekolah aku dan mengeluarkan gumpalan kertas tadi.
" nah " aku memberikan kertas hancur tersebut kepada guru seni aku iaitu Cik Han.
" ya ampun park chaehyun ! ni kertas ke sampah? kenapa kertas kamu macam ni? baik bagi kucing kamu makan je " bebel Cik Han
" laa cikgu nak bebel apa? yg janji saya siapkan tugasan ni, kan? lagi satu, cikgu tak puas hati apa dekat kucing saya? nanti pandai-pandai la saya bagi dia makan " aku menjeling Cik Han
cikgu ni senang kena buli pasal tu la, aku berani melawan cakap dia.
" saya malas nak cakap banyak. lepas sekolah ke bilik tahanan "
-
sewaktu aku ingin mencapai yogurt di kafeteria sekolah, seseorang turut mencapai yogurt itu.
yogurt itu merupakan yg terakhir.
aku memandang tuan kepada tangan itu.
dia lagi.
" aku datang dulu jadi aku dapat dulu " aku menarik yogurt itu daripada tangannya.
tetapi dia menarik semula
" nope . aku nampak dulu "
" kau nampak , tapi aku ambil dulu so ni aku punya " kata aku
" aku lelaki jadi aku punya "
tak guna.
" eh jungkook, kalau kau nak sangat yogurt ni ha ambiklah. takkan dengan perempuan pun kau tak boleh nak mengalah sikit? aku tak faham macam mana la aku boleh sukakan kau eh sila ninggal la kau "
aku melepaskan tangan aku daripada botol yogurt tersebut dan berlalu pergi.
aku memang marahkan dia sangat-sangat.
tapi ada dia kisah?
akhirnya, aku menghabiskan waktu rehat aku di taman. jangan tanya kenapa selalu taman sebab ni je tempat yg aku suka.
takkan la kau nak aku lepak dekat perpustakaan? no way la
" chaehyun " seseorang datang menegur aku
macam aku kenal suara ni.
" kau marahkan aku ke? "
aku mendongak kepala untuk melihat seseorang itu.
" apa kau buat dekat sini? pergi la sana, semak tau semak? "
" sorry la wei, aku tak bermaksudkan pun nak buat kau marah tadi " jungkook cuba untuk meminta maaf
" kau ingat dengan perkataan sorry tu, dapat gembirakan aku balik ke? "
" ala jangan la marahkan aku. tak pernah aku tengok kau macam ni. ha nah, ni yogurt untuk kau "
jungkook meletakkan yogurt tersebut di sebelah aku. aku memandang yogurt itu, tidak berminat langsung untuk aku menyentuhnya.
" kalau setakat nak sedapkan hati aku, baik tak payah la jeon. kau ambil je balik sebab kau bukannya ikhlas dan takkan pernah ikhlas pun kan? aku je yg beria-ria sekarang ni "
aku mendengus geram lalu pergi meninggalkan jungkook. aku memang tak ada mood langsung sekarang ini.
baru sekarang aku sedar, selama ini aku je yg beria dekat dia. sedangkan dia? rimas dengan aku.
aku bukan overthinking tapi ini merupakan salah satu fakta
-
Jungkook's
akhirnya setelah berjam di sekolah, tiba pun waktu untuk pulang.
aku menilik jam tangan aku,
4:15 pm
aish, agak lewat juga harini kelas tamat. biasalah kelas depan, selalu ada kelas tambahan.
setelah mengemas beg, aku tidak terus pulang ke rumah. malah, aku duduk sebentar di dalam kelas. aku ingin memikirkan tentang sesuatu.
tentang park chaehyun.
sehingga sekarang aku tertanya-tanya, apa yg aku sudah buat sampai dia emosional gila?
ke dia PMS ?
susah betul bila berkawan dengan perempuan ni, ada je yg tak kena.
sewaktu di kafeteria tadi, aku terkejut sebab dia marah aku. aku tak dengar sepenuhnya sebab kafeteria terlalu bising. apa yg aku dengar hanyalah aku ini tidak reti mengalah dengan perempuan. lepas itu, aku terus tidak mendengar apa apa.
tetapi apabila dia marah aku sekali lagi di taman, aku tidak faham dengan ayat terakhir dia,
kau bukannya ikhlas dan takkan pernah ikhlas pun kan? aku je yg beria-ria
apa maksud dia?
aku menghela nafas dan mengambil beg aku lalu keluar daripada kelas.
tentang chaehyun itu, mungkin aku ada buat kesilapan tetapi aku tidak perasan. jadi, wajarlah untuk dia memarahi aku.
patutkah aku memujuknya?
ya, aku sebagai lelaki sejati haruslah memujuknya, kan?
apabila tiba di luar sekolah, langit mula menjadi mendung. tidak lama lagi, pasti hujan akan turun.
aku terlihat driver aku telah menunggu aku di hadapan bus stop sekolah ini. dengan langkah yg segera, aku masuk ke dalam kereta kerana takut akan hujan yg bakal turun bila bila masa sahaja.
baru sahaja kereta aku hendak beredar daripada sini, aku ternampak susuk badan seseorang yg aku kenal. aku mengecilkan mata aku, dan tidak silap lagi, dia memang park chaehyun.
apa yg dia buat dekat sini?
dia belum balik lagi ke?
kenapa dia berhenti tengah jalan sedangkan hari sudahpun hendak hujan?
" ahjussi, jungkook keluar sekejap. nak ambil benda "
" eh jungkook kamu ta- "
" - kejap je "
aku terus membuka pintu kereta lalu pergi ke arahnya.
-
Chaehyun's
aku memang rasa nak carut sekarang ini.
pertama, aku kena denda cuci tandas.
kedua, chanyeol tak tunggu aku sedangkan aku dah pesan supaya tunggu aku.
ketiga, aku lupa bawak payung dan sekarang ini sudah mula hujan.
aku taktahu apa yg aku dah buat sampai aku jadi malang sangat harini.
" yah Park Chaehyun ! "
siapa yg jerit nama aku ni?
aku pusing ke belakang dan ternampak seseorang tengah berlari ke arah aku.
" ju-jungkook ? "
" kau kenapa tak balik lagi ni? " soal dia
eh tau pulak nak ambil berat pasal aku.
ingat chaehyun, dia tak ikhlas tu.
" jungkook, tak payah la acah caring sangat pasal aku. kau bukannya ikhlas pun "
jungkook mengerutkan dahinya. hairan dengan sikap aku, mungkin.
" kau dah kenapa, chaehyun? dari tadi tau asyik sebut pasal ikhlas ikhlas ni "
" jangan jadi bodoh, jungkook. aku tau kau tak bodoh. sudah, sekarang kau pergi balik. kau dah basah lencun ni "
aku taknak bertekak lagi dengan dia jadi aku rasa dengan menghalaunya pulang dapat menyelesaikan masalah buat seketika.
" no! aku takkan balik selagi kau tak terus-terang dengan aku "
" kau nak aku jujur apa lagi? "
" kenapa kau marah sangat dekat aku? " soal dia
" sebab kau permainkan hati aku " aku membalas dengan nada yg sayu.
" apa yg aku dah buat? "
" aku rasa tak perlu kot cakap lagi. aku taknak dah cakap pasal benda ni. "
" tapi chaehyun, ak- "
" -balik jungkook. hujan makin lebat "
" kau suka aku kan, park chaehyun? "
aku tergamam. aku taktahu apa patut nak balas. aku memandang wajahnya yg hampir pucat dan bibirnya yg hampir berubah warna itu sayu.
mengaku atau tidak?
dan secara tiba tiba, jungkook memeluk aku ke dakapannya. aku berasa sangat selesa dan hangat.
entah macam mana dan kenapa, amarah aku terhadapnya tadi terus pudar begitu cepat.
aku kalah. kalah dengan jungkook. mungkin kerana aku terlalu sayangkan dia, jadi aku tidak sanggup untuk marahkan dia begitu lama.
" aku minta maaf kalau buat kau terasa atau apa-apa tapi percayalah, aku sebenarnya ikhlas dengan kau walaupun aku berkelakuan agak kasar terhadap kau. ini personaliti aku, jadi aku minta maaf " dia mengeratkan lagi pelukan itu.
aku taktahu sama ada aku patut menangis atau tidak tetapi aku tersentuh juga kerana at least dia ikhlas juga terhadap aku.
walaupun dia tidak memberi apa-apa jawapan kepada perasaan aku terhadap dia.
pelukan itu tidak lama, kerana aku rasa bahawa bahu aku semakin berat.
aku seperti hendak jatuh ke tanah. dan saat itu baru aku sedar yg jungkook sebenarnya sudahpun pengsan.
" Jungkook ! Bangun ! "
dia rebah di atas tanah.
==
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top