7%

No plagiarism!

Aku mencabut rumput dengan hati yang membara. Mata sempat melirik padanya yang duduk mencangkung di tepi longkang.

Ceh!!tadi bercakap macam ada gaya nak buat..ni ..aku sorang je yang buat!!

"Stop staring...angel...."

Huff!!!!! Aku berdiri dari mencangkung. Hoi!!!lenguh bak hang!!

Satan mencebik sebelum tangannya menepuk -nepuk tempat di sisinya.

Memandangkan aku pun penat dan dahaga duk mencangkung macam nak melepas dari tadi terus aku mengambil tempat di sisinya.

"Tired?"

Aku jelingnya. "Tak lah..seronok ni duduk mencangkung tengah ii panas. Baru sihat kan..lagi ii sinaran UV yang menambah keupayaan sel ii kanser yang akan mereba-"

"Jangan mengarut boleh?"

Aku buat muka seposen."baik tak yah ikut kalau nak duduk melepak jaa kat tepi parit!"

"Kau ingat aku saja ii melepak ja ka? Aku tengah tengok kau duk cabut rumput kut tadi..."

"Dah tu- tak reti ii nak tolong?"

"Ada kau minta aku tolong?tak kan...."

Aku kemam bibir ,geram. Kecik besar kecik besar jelah deni!!!
Mangkuk ayun bertingkat betullah deni!!!

"Dah habis?"

"Habis apa?"

"Kutuk aku."

"Eh.....mana ada aku kutuk!!"

Satan senyum sinis. "Suka hati kaulah..."dia berdiri lalu menghulur tangannya pada aku.

Aku mengambil tangannya tanpa ragu ii. Dia menarik aku bangun,kaki seluarku ditepuk ii nya bagi mengilangkan debu ii kotor.

Ceh!!bukan debu ja..dah berselut aku ni!!!

"Jom."

"Mana?"

Dia diam ja sambil menarik tanganku mengikut langkahnya .

Tercungap-cungap aku mengikut langkahnya.haih..seronok betul kau heret anak orang kan...

"Nak pergi mana ni?"
"Weyh!!!"
"Jawablah!!nak bawa aku pergi mana ni??"
"Satan!!"

Buk

Aku gosok dahi aku yang sakit ,terus aku dongak menjelingnya yang tiba ii berhenti mengejut.

"Kau ni..nak berhenti pu-"

"Can you shut up ..?"

Aku dengus perlahan.

Diam.

Diam lagi..

Dan masih diam...

Terus diam....

Hah..nak sangat aku diam kan!!

"Makan."

Aku pandangnya sambil kerut dahi.

Dia mendengus kasar." aku bawak kau pergi makan...dengar tak?"

"Makan?" Bukan kami di blacklist dari makan dan minum ker?

"Bukan ke--"

"Tsk..kau ingat aku nak biar kau kebulur ke sebab dengar arahan jantan tu?"

"so....kau.....macam mana....boleh ke?"

Dia pandang aku."selagi kau dengan aku...kau tak kan................................................kebulur...."

Err....aku patut terharu ker??

Dia senyum sinis sambil mata pandangku.

💋💋💋💋

Ivan/satan pov

Aku duduk di sofa yg memang dh tersedia di palace. Mata sempat melirik pada Nina yg sedang makan nasi tomato di meja plastik.
tahu pun lapar,ada hati nak ikut cakap jantan tu lagi!

" kau tak nak makan?"

Aku geleng."Nanti ii pun aku boleh makan. Tak sedap ka?"

Dia geleng laju sambil pipinya kembung kerana penuh dengan makanan. "Mana kau dapat ?order kat luar ke-tapi...macam mana boleh lepas security?"

Aku jeling. "Banyak pulak soal.."

"Tanya je.." Tangan kecilnya meneruskan suapan.
Aku alihkan badanku melihatnya yg membelakangkan aku. Rambutnya yg panjang diikat Fishtail, hanya ada ribbon putih yg menyimpul hujung rambutnya. Aku teruskan merenung wajahnya. Hidung yg terletak elok di tempatnya. Sederhana mancungnya. sepasang mata yg beralis lentik biarpun tanpa make up. Matanya yg paling menarik minatku memandangkan anak matanya yg hazel. Wajah putih bersih ..suci dari cela.

Knock knock

Aku melirik pada daun pintu ditolak,menampakkan susuk tubuh beberapa anak buahku.Mereka melangkah masuk ,tergesa -gesa.

Salah seorang daripada mereka yg juga merupakan orang kananku menjeling Nina sekilas sebelum menghampiriku.

💋💋💋💋

Nina pov

Aku meneruskan suapan sebelum terdengar ketukan di pintu. Aku dongak melihat beberapa orang yg aku fikir orang ii Satan menghampirinya yg sedang duduk di sofa panjang.
Salah seorang dari mereka berbisik sesuatu pada telinganya.

Sekelip mata,raut wajahnya berubah. Renungan matanya jadi tajam. Satan bingkas bangun lalu menapak keluar meninggalkan aku terkulat -kulat di sini.

Dia pergi bersama 2 orang bawahannya manakala selebihnya masih berada di dalam tempat ini.
Salah seorang dari mereka meletakkan sebotol air mineral di hadapanku.

"Err...nak tanya boleh?"

Aku mendongak melihat orang yg memberikan aku air tadi. Wajahnya kosong tetapi dingin."kau ingat sini kaunter pertanyaankah?"

"Aku cuma ta-"

"Weh!!biarlah perempuan ni..kita kena coverline Satan sekarang."

Orang dihadapanku menjeling sekilas sebelum mengikut gengnya keluar.

💋💋💋💋

Ivan / satan pov

"Tuan Ivan ..."

Aku pandang kosong butler ku,Aiden. Sejak kecil dia lah yg ambil tahu tentang aku..dia yg gantikan tempat parent aku yg dah lama meninggal .

"Ini....saya bawakkan makanan dari rumah..kesukaan kamu..chef Locus yg sediakan.." Dia menghulur mangkuk tingkat padaku.

Aku jeling sekilas. "aku tahu kau ada tujuan lain datang ke sini. Jangan buang masa aku."

"Betul. Saya..cuma nak inform tuan Ivan yg ....tuan Stefan dah pulang."

Aku kerut dahi. Tangan ku kepal kuat. "Bila?"

"minggu depan tuan. Tuan Stefan akan ambil flight di -"

"Aku tak nak tahu dia naik apa!yg aku nak tahu...jangan sampai dia jejak kaki di rumah aku!! Kau faham?!!"

Aiden gugup. Aku tahu dia serba salah sama ada perlu dengar arahan aku atau abang aku. BullShit!!
Dia tak kan pernah jadi tuan rumah!!

"Tugas kau hanya dengar arahan aku.Bukan dia! Kau sedar siapa tuan kau kan?"

Lambat ii dia mengangguk.
Aku bangun.

"tuan...makanan." Dia menghulur mangkuk tingkat itu padaku.
Biarpun aku malas,tapi masih menyambut hulurannya. Paling sengkek pun aku boleh bagi makanan tu pada budak ii aku.

Or..........my not-so-angel....

💋💋💋💋

Nina pov

Aku menyeringai apabila rambutku ditarik dari belakang. Belum sempat aku menoleh,pelaku itu sudah mengunci leherku dengan lengannya. Aku ditarik ke stor kosong.

Dengan sekali tolakan,aku menyembah lantai simen yg sejuk. Nafas aku turun naik ditambah pula dengan keadaan stor itu yg gelap gelita tanpa sebarang sumber cahaya.

"Kau siapa huh?" Dengan kekuatan yg masih berbaki aku mengesot ke belakang.

Pelaku itu hanya diam. Bunyi cengkerik sahaja yg menyambut persoalanku.
Kesunyian yg meniti setiap saat membuatkan aku dapat mendengar dengan jelas derap tapak kakinya yg menghampiriku.

Tap...tap....

"Kau nak ap-" suaraku tersekat bila mana tangannya mencengkam batang leher sekaligus membuatkan pandangku kelam.

💋💋💋💋

Nina pov

"Bila dia akan sedar?"

"Lebih kurang beberapa minit lagi..-tapi,pesakit masih kurang stabil jadu saya harap pih-"

"Ini tugas kami. Secepatnya kami perlu soalnya dan kumpul bukti jika dia tidak bersalah."

"Hurm...baiklah...tapi saya tak benarkan kamu menahan pesakit saya dalam masa terdekat ini. Dia masih perlu berehat. "

"Seperti yg kami katakan,sejurus keterangannya kami ambil..kami akan segera tinggalkannya untuk berehat."

Aku buka mataku perlahan hanya untuk berada di bilik yg asing. Seorang wanita berpakaian doktor menghampiri aku.

"Kamu ok? Pandang saya ..dan beritahu saya nama kamu."

Aku telan liurku. Perit rasa tekak ku. Aku menarik nafas panjang. " Nina....Nina Swatch,0..2...1."

Doktor itu mengukirkan senyuman. "Baiklah Nina..saya mahu ka-"

"Boleh kami mula sekarang?"
Salah seorang polis menapak ke hadapan.

Doktor itu mendengus tidak senang. Dia mengundurkan diri lalu hilang disebalik pintu.

Click!

Aku terkaku melihat kedua tanganku digari. Terus mata mendongak merenung dua orang polis itu.

"021, kamu disyaki atas tuduhan membunuh tahanan 089 ,Emerald Swan. "

"A-apa?"

Salah seorang dari mereka cuba menarik aku turun dari katil. "S-saya..tak faham apa maksud tuan?"

"Kamu akan faham bila kamu berada dalam sel besi nanti.!"

Kaki yg sudah menyentuh lantai seakan hilang seimbang,namun polis itu masih menolak aku kasar sehingga ke daun pintu.

salah seorang polis itu mendahului kami sementara seorang lagi kejap mencengkam lenganku.

"Kau nak bawak dia pergi mana huh anjing?"

. . .tbc

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top