47%
M U R V E : MEET THE DARKNESS
"HAPPY BIRTHDAYYY~~~"
Alexander menggaru belakang telinganya sebelum dengan kekoknya dia meniup lilin yang tersemat di atas kek.
Tepukan dari ahli keluarga serta sahabatnya memeriahkan suasana di laman belakang rumahnya itu.
Hayden menepuk bahu Alexander sementara nanny mencolet sedikit kek itu lantas disua ke mulut cucunya.
Alexander senyum kecil lalu membuka mulutnya. Hayden mengerdip-ngerdip matanya yang berair. Zu Er pula hanya diam merenung Alexander dari jauh sambil memeluk anaknya.
"Ibu--nak pergi dekat papa--" rengek Hel sambil dongak melihat ibunya.
Zu Er menunduk mencium dahi anaknya. Wanita itu menggeleng. "Tak boleh sayang- sebab.." Anak matanya kembali menikam Alexander yang sedang bergelak tawa dengan nanny dan Hayden. Wanita itu melihat kembali anaknya.
"Dia bukan papa Hel--dia milik orang lain."
Hel memuncung lalu melepaskan diri dari pelukan ibunya lantas berlari ke arah Alexander.
Mata Alexander jatuh pada kanak-kanak lelaki yang tiba-tiba memeluk kakinya itu. Hayden hanya mendiamkan diri.
"Papa~~"
"Maaf...adik...abang bukan papa adik---adik salah orang ni-" tuturnya lembut. Dia mengusap lembut kepala kanak-kanak lelaki itu.
"Kenapa dengan papa n--"
"Hel!-" mata Alexander beralih pula pada wanita yang memeluk kejap tubuh kecil itu sekali gus membebaskan kakinya dari pelukan kanak-kanak itu.
"Ibu--papa--" rengekan kanak-kanak itu makin kuat.
"Sayang--ibu dah cakapkan." Mata wanita yang menggelar dirinya ibu itu menunduk pada Alexander. "Maaf,--anak saya--salah orang."
Alexander angguk sekilas,mata lelaki itu melirik Hayden yang turut sama memandangnya.
Hayden melemparkan senyuman kecil padanya.
Hayden menarik tangan kanak-kanak itu lembut. "Hey,nak makan kek--uncle ambilkan.." Pujuknya.
Kanak-kanak itu dongak melihat Hayden ,tangan kecilnya menggosok-gosok matanya. Tanpa berfikir lama,kanak-kanak itu sudah beria menggangguk lantas mengikuy langkah Hayden.
"Erm---" Zu Er mula kekok berdepan dengan Alexander yang baru ini.
"Jemput makan." Balas Alex sebelum menyisip jus yang dibawa oleh maid.
Zu Er angguk perlahan. Apabila Alexander mula meninggalkannya untuk bersama nanny di sudut lain,hatinya hanya merelakan biar pedih yang terasa.
Be happy untill the last breath...Alex...
Mata wanita itu berair ,dalam kegelapan malam dia menyeka lembut air mata yang mengalir dari tubir matanya. Lantas kakinya melangkah mendapatkan anaknya.
Alexander menoleh melihat belakang tubuh wanita yang bersama dia tadi. Dia seperti mengenali wanita itu,kerana hatinya tak betah berlama-lama bersama wanita itu. Entah mengapa,hatinya mahu cepat-cepat beredar dan menjauh dari wanita itu.
"Hey mate,kau ok?" Soalan dari Xavier membuatkan Alex menggeleng sambil tersenyum.
"Hum..hah--kau stay sini sampai bila?" Soal Alex sambil tangannya mengambil buah-buahan yang dicucuk pada lidi dengan disalut coklat.
"Lama sikit kali ni-kenapa-? Aku tak stay kat rumah kau lah..jangan risau...aku stay hotel-" seloroh Xavier hanya membuatkan Alexander sengih.
"Aku tak kisah kau nak stay rumah aku--tapi..pandai-pandailah kau mengemas bilik tamu tu.." Guraunya.
⚫⚫⚫
Alexander Ivan pov
Peti sejuk aku tutup setelah ku keluarkan botol air kosong. Gelas yang berisi air sejuk ku bawa pada lantas ku teguk habis.
Aku hela nafas berat , gelas kosong itu ku letakkan di atas meja. Tak tahu mengapa..hati aku rasa kosong sekali--seperti ada sesuatu yang kurang...
Aku geleng berkali-kali,mungkin hanya mainan perasaan sahaja. Gelas kosong itu lantas ku letakkan ke dalam sinki. Terus aku keluar dari dapur.
Tiba-tiba kaki aku dirempuh kanak-kanak tadi. Mataku tunduk melihatnya.
"Erm--ada orang---"
"Hun?-" terus aku jatuhkan lutut kiriku. Menyamakan kedudukan kami.
"Ada---kakak--kakak nak jumpa pap-pakcik..." Jari kecil itu menunjuk ke luar rumah. Mataku terarah mengikut jari telunjuknya.
"Kenapa tak ajak dia masuk?-"
"Hum--kakak..taknak...nak jumpa..pakcik..." Tangan kecil itu lalu menarik seluar ku. Aku hanya mengikut tarikan kanak-kanak itu hingga ke pintu pagar .
"Tu--" juih kanak-kanak itu pada gadis yang sedang berdiri di tepi pagar rumahku.
Mataku terarah pada gadis yang membelakangkanku itu.
Aku menapak setapak demi setapak ke arah gadis itu.
Tanpa ku sedar jantungku turut berdegup kencang. Dingin malam ini terasa begitu laim dari malam-malam lain.
"Cik--?"
Gadis itu menoleh padaku. Wajahnya....terasa sesuatu aneh di dadaku kala ini. Aku senyum kekok padanya.
"Cik--cari saya??"
Mata gadis itu terpaku pada aku ,pertanyaan ku langsung tidak dijawab malah hanya renungan dalam yang diberikan.
"Erm--cik masuklah dulu--dalam lebih hangat.."
Sekelip mata,tubuhku dipeluk gadis itu. Hangat tubuhnya membaluti kedinginan yang terasa di segenap tubuhku. Jantungku berdegup lebih kencang.
Esakannya menusuk ke telingaku. Tangannya erat melingkar di pinggangku. Mukanya menyembam di dadaku. Dapat ku rasa bajuku lembap kerana tangisannya.
hangat ini.....perasaan ini.....aku...aku pernah rasakannya sebelum ni...---aku yakin+----
"Nina-" terkeluar jua nama itu di bibirku. Semakin kuat esakannya.
Aku terdiam. Mataku berair. Perasaan aku tika ini sukar ditafsirkan. Perit..bahagia..sedih....
bercampur aduk....
Perlahan-lahan aku peluk tubuhnya. Mataku pejam sambil menikmati kehangatan ini.
"Maaf---aku hampir lupakan kau---" aku diam. Sebelah tanganku mengelus rambutnya. Aku hidu bau rambutnya. "Maaf..."
Tubuhnya bergetar bersama esakan kecil. Tangannya memeluk erat tubuhku lagi.
"Aku sayang kau--" aku elus rambutnya ,sebelah tangan lagi ku peluk pinggangnya.
"Maafkan aku--maaf..." Aku terus-terusan memohon maaf untuk sesuatu yang aku sendiri lupa. Yang pasti aku rasa sangat bersalah melihat dia menangis kerana ku.
⚫⚫⚫
Maafkan aku...maaf..
Aku dongak meliriknya. Hati aku perit. Betul- betul perit hingga aku rasa mahu keluarkan jantungku.
"Saya---minta maaf....saya salah..." Tuturku lemah.
Matanya merenungku dalam. Dia menggeleng. Tangan lelakinya seka air mataku. "Kau tak salah..aku --aku yang lupa...."
Aku seka air mataku. Jarinya turut sama menyeka lembut pipiku yang basah.
Lantas tubuhnya terus ku dakap lagi. Aku takut...aku takut andai aku lepaskannya lagi aku tak akan dapat melihatnya lagi. Aku tak sanggup...aku tak sanggup....
"Jangan nangis angel... Aku ada di sini...aku ada."
Terasa aku hilang dalam elusan tangannya di rambutku.
⚫⚫⚫
Hayden merenung kosong sepasang kekasih yang berpelukan di depan pintu pagar. Dia yang kebetulan mencari Alexander terkedu saat melihat pasangan itu.
Bibirnya mengoyak senyuman. Tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan.
Xavier tersenyum padanya,mata lelaki itu turut mengarah pada pasangan itu. Tidak terucap rasa bersyukur dalam hati mereka.
"Akhirnya..sempat juga--" tutur Xavier lemah,masih menatap mereka.
Hayden angguk. Hela panjang dilepaskan. Terasa bebanan digalasnya sedikit kurang.
"Awak--" Kedengaran suara wanita memanggil dari belakang.
Hayden dan Xavier lantas menoleh. Zu Er senyum kekok lantas melirik pandangan pada Xavier.
Hayden hanya melihat mereka dengan rasa curiga.
"Daddyyyyy" Hel memeluk kaki Xavier. Hayden sudah melopong. Xavier sengih lantas mengangkat tubuh Hel.
""Awak dah makan?"soal Xavier lembut pada Zu Er. Zu Er menyentuh pipi Hel lalu angguk membalas pertanyaan lelaki itu.
"Ibu tunggu daddy taw..dari tadiiii-" rengek Hel berlagu-lagu.
Zu Er sudah menggeleng laju. "Eh--tak lah.." Wajahnya sudah memerah.
"Eh-eh...ada sesuatu kee yang aku terlepas nih?" Soal Hayden sambil merenung wanita itu dan Xavier silih ganti.
Zu Er sudah memalingkan wajahnya. Xavier pula hanya sengih sambil garu dahinya.
Hayden sudah dapat menebak lantas menampar bahu Xavier.
"Hoi!!tak bagitaw aku!!"
Hel sudah menjeling lelaki yang menampar daddynya.
"Jangan pukul daddy Hel!!" Tangan kecil itu mengepal menjadi penumbuk kecil dihala ke Hayden.
"Ahhh..takutnyer..." Hayden sudah buat aksi sotong diikuti tawa oleh Xavier dan Zu Er. Hel terus memuncung sebelum memeluk tengkuk Xavier. Zu Er mengusap rambut anaknya.
Manakala Xavier sambil mendukung bakal anaknya itu,sebelah tangannya memegang tangan wanita itu dalam diam.
Mereka berbalas senyuman. Hayden yang tidak perasan hanya terus mencuit pipi Hel yanh merajuk dengannya.
Pada masa yang sama,nanny tersenyum lebar melihat kebahagian di depan matanya ..biarpun mungkin tidak bertahan untuk jangka masa panjang...namun biarlah...kebahagian ini menjadi memori terindah buat mereka semua..
⚫⚫⚫
Tbc
Vote
Feel free to comment
This my 2nd book..coming soon.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top