42%
🌰note: Kalau korang perasan..anak Zu er yg budak kecik tu nama Hel jugak ..and chap lepas muncul plak Hel terbaru..orgnya berbeza yer...yg anak Zu er tu Nama penuhnya Helux,Hel yg baru muncul ni nama dia Ryan Amehael,so I used Ryan lh dripada Hael..takut tertukar plak nnti..ok that's all....happy reading🌰
M U R V E : MEET THE DARKNESS
CHAP: 42
Japan
Aku melirik jam di pergelangan tangan kiriku. Semakin berkerut dahi aku melihat jarum jam yang sudah menunjukkan angka 9 malam. Ok,memanglah masih awal tapi yang peliknya dah kenapa aku pun diheret keluar bersama. Nak kemana malam-malam begini?
"Termenung apa lagi tu?"
Mataku naik melihatnya sebelum jatuh pada kakinya yang sudah tersarung kasut.
Matanya turut melihat kasutnya lantas pandangan pelik dipalingkan padaku.
"Dah kenapa pandang kasut aku lama-lama?"
Aku jungkit bahu. "Pelik." Balasanku membuatkan dia beri jelingan tajam. Dia berpeluk tubuh sambil matanya merenung aku atas bawah sebelum matanya kembali pada kaki aku.
"Kau yang pelik--"
Mataku jatuh pada kaki aku. Entah kenapa ,jadi bingung sekejap memandangkan aku baru terjaga dari tidur tadi. Lepas makan malam terus aku terlelap depan laptop. Kalau tak disebabkan dia yang kejut aku bagai nak roboh pintu bilik tadi,tak adanya aku nak bangun dari mimpi indah aku.
"Lembaplah kau ni--cepatlah pakai kasut." Suaranya menapar gegendang telingaku. Dalam mamai,aku sarungkan jugak kasutku itu kedua belah kakiku.
Slow....motion.....
Aku dah cakap aku ngantuk,tapi dia tetap memaksa..entah nak bawak aku ke mana malam-malam buta gini!
Lengan dibahagian siku aku ditariknya lembut. Dia dekatkan tubuhku dengannya lantas memakaikan jaket tebal buatku. Dah tahu sejuk malam cenggini pehal ajak aku kuar----
"Jangan buat muka beruk kat aku--" selarnya bila mata bundarku dah merenungnya tajam. Dia menepuk-nepuk bahuku bagi mengemaskan jaket itu tapi nampak gaya macam nak bagi patah bahu aku jer gamaknya!
"Sakitlah!" Tangannya aku tolak. Dia tarik sengih.
"Bagi kewarasan kau tu balik semula pada kau...mamai lah lagi..."sindirnya.
Aku jelingnya ,dalam beberapa saat kemudian lenganku dirangkulnya. Aku tenung tangannya dilenganku lalu mataku naik melihatnya.
"Dah jom..." Lenganku diheretnya keluar dari runah tumpangan itu.
⚫⚫⚫
Ryan menyisip wine sambil matanya merenung kosong--fikirannya melayang..berlegar-legar tanpa arah. Kerutan di dahinya sesekali kelihatan,menambahkan andaian bahawa lelaki itu sedang berfikir sesuatu yang mustahak.
Tunangnya hanya melirik sekilas. Tangan si gadis segera mengelap hujung bibir dengan napkin merah,semerah wine yang dihidangkang buat mereka.
Mata si gadis merenung si lelaki yang begitu taksub dalam dunianya sendiri.
Lantas,si gadis memetik jari di hadapan si jejaka.
Pak
Si jejaka mengerdip mata sekali,dua kali sebelum matanya kembali terarah pada si gadis yang sudah tersenyum manis buatnya.
"Sorry,---what you've said earlier?" Tangan si jejaka mula kembali memegang pisau dan garfunya.
Si gadis mengeluh perlahan lalu gelas wine dibawa ke bibirnya. Sisipan kedua terasa seakan pahit menyelusuri kerongkongnya. Jujur,si gadis mahu perhatian dari tunangnya,namun setiap kali mereka dating masa ini jugalah tunangnya itu mahu mengelamun jauh.
Si jejaka yang mulai berasa bersalah meletakkan semula garfu dan pisau. Tangan si gadis yang berada di atas meja digenggamnya.
"Sayang...I'm sorry..."
Si gadis melarikan tangannya dari pegangan tunangnya itu. Hati si jejaka semakin dipagut serba salah.
"Ryan Amehael..." Mata si gadis merenung dalam sepasang mata si lelaki. Tak sampai sesaat,gadis itu menundukkan wajahnya.
"you patut beritahu I kalau you nak cancel date ni---I pun tak suka tengok you like--macam kena force--"
"No..no---bukan macam tu--I tak bermaksud pun---I'm so sorry..."
Si gadis menyelitkan helaian rambutnya ke belakang telinganya yang diserikan dengan subang yang kelihatan seperti cengkerang berlian yang menutupi cuping telinganya.
"I tahu---you busy dengan --your adopted father--but---" Nafas berat gadis itu hela perlahan. Tangannya mengenggam kuat tangan sendiri,mencari kekuatan. "Its been --5 years already Ryan---- and---- I think--I can't do this again---" mata si gadis menatap sayu wajah tunangnya yang sudah terkejut.
"No.please...Arianne...please--- you yang paling faham I --I-- minta maaf sebab tak concern bout our relationship...I'm so sorry..."
Ryan sekali lagi cuba menarik tangan tunangnya.Gadis itu satu-satunya yang dia ada di dunia..selain bapa angkatnya..dia tak sanggup kehilangan mereka.
"I tak nak jadi perempuam jahat hati you..Ryan...I tahu..you sayangkan papa you lebih dari segalanya-- so,---Biar I yang undur diri..." Perlahan-lahan si gadis menarik tangannya dari Ryan. Si gadis menolak kerusi lantas berdiri.
Ryan turut sama berdiri. Matanya merenung sayu gadis kesayangannya itu. Berat hatinya tika itu. Mata si gadis jatuh pada cincin di jari manisnya.
"I harap you benarkan I simpan cincin ni..." Air mata mula bergenang di mata si gadis itu. Dia mengerdip-ngerdip matanya bagi menghalang air mata itu jatuh,lantas melemparkan senyuman manis buat tunangnya.
Ryan diam. Lama baru dia angguk lemah. Si gadis senyum pahit. "Thank you..."
Sejurus itu ,si gadis terus melangkah meninggalkan meja makan mereka. Langkahnya lancar,malah dia tidak menoleh lagi kerana takungan air matanya sudah pecah.
⚫⚫⚫
Kawasan kolam air panas itu aku tenung ,mataku melirik pula beberapa pengunjung yang masing-masing berendam di salah satu kolam air panas itu. Ada yang keriangan memercik air itu pada pasangannya. Ada pula makcik-makcik yang datang berkumpulan berkelah di situ.
"Sorry lambat--ramai orang pula kat bilik persalinan--"
Aku toleh ke belakang. Aku melihatnya yang sudah salin pakaian khusus untuk tempat ini. T-shirt kod warna pink untuk wanita dan blue untuk lelaki.
Mataku hanya diam memerhati susuk tubuhnya. Seluar pendek paras lutut yang dipakainya membuatkan dia tampak lebih tinggi.
"Checking me out hun?"
"In your dream-" selarku lantas ku alihkan mata ke arah lain. Melirik kanak-kanak yang berkejar-kejaran antara satu sama lain. Gelak tawa mereka menghiasi gegendang telingaku.
Namun secara tiba-tiba, tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. Hangat tubuhnya menerpa belakang tubuhku. Tangan kekarnya setia memeluk pinggangku.
Dalam waktu yang sama,kanak-kanak berlari melepasi kami . Mereka hanya ketawa sambil menolak satu sama lain.
Perlahan-lahan aku rasa tangannya melepaskan pinggangku. Matanya masih menikam kanak-kanak tadi.
"Haish---budak-budak ni.. Kalau terlanggar tadi kan---"
Dia menoleh padaku. Tangannya menarik lenganku ke kiri dan ke kanan. "kau ok kan? "
Jantungku berdegup kencang. Mataku hanya merenung tangannya yang masih memegang lenganku. Setiap nafas yang aku hela terasa begitu padat dan menyesakkan dada ku.
"Hei--aku tanya ni--telinga kau berfungsi tak ni?" Soalnya malas. Lenganku dilepaskannya. Dia mula peluk tubuh sambil renung aku tajam bak helang.
Lama dia memerhatikan aku sebelum bibirnya mengeluh. Dia menapak mendekatiku.
"Ap---"
kedua tangannya mengumpulkan rambutku lalu dia simpulkan,dalam kata lain dia tolong ikat rambutku. Wajahnya saat itu sangat dekat denganku. Pipiku berlaga dengan sisi wajahnya. Hangat nafasnya mengena pada cuping telingaku.
Darah gemuruh mula menggelegak naik ke wajahku. Jantung aku kembali buat kerja lebih masa. Setiap tindakannya seakan lambat diperkiraan ku. Seakan dia ambil masa yang cukup lama untuk berkeadaan sebegitu denganku.
"Done.." Hangat tubuhnya meninggalkan aku. Mataku naik menemuinya. Senyuman kecil aku hadiahkan buatnya.
"Jom." Tanganku bergandingan dengannya. Lantas tubuh ku terdorong mengikut langkahnya ke salah satu kolam air panas.
Setibanya di kolam itu,wap panas kelihatan di permukaan kolam. Alexander mendahuluiku dengan memasukkan kakinya ke dalam kolam itu.
Dia duduk di atas tebing sementara kedua kakinya sudah dicelup ke dalam air itu. Matanya menemuiku lalu tangannya menepuk tempat di sebelahnya.
Aku hanya menurutinya lantas menapak ke arahnya.
Tempat di sebelahnya aku duduk ,sama sepertinya kedua kaki aku kini tenggelam di dasar kolam yang cetek itu.
"Kau dapat biasakan diri ke dengan suhu dia?"
Aku angguk. "Ok je.." Mataku melirik ke sekitar kami. "Awak selalu datang sini?"
"Tak juga...kadang-kadang je.. " bunyi kocakan air menemani kami buat seketika tatkala keduanya hilang kata-kata.
Semakin lama,aku semakin kekok dengan kebisuan yang melanda kami. Alexander tiba-tiba menoleh padaku.
Dia kemudiannya bangun.
"Eh--awak nak pergi mana?"
"Tunggu aku kejap--" sejurus itu dia terus meninggalkan aku sendirian.
⚫⚫⚫
sliding door bilik rawatan persendirian itu ditolak oleh Ryan. Langkahnya lemah menuju ke arah katil yang menempatkan papanya.
Dia berdiri di hujung katil. Matanya merenung kosong papanya.
Pa, she had leave me -- dia..dah putus asa dengan Ryan..... I lost her....I lost the only women I love in this world.... What should I do now? Why--- Why must her...she 's the first and last things I want in this world..
Ryan menguak rambutnya ke belakang. Wajahnya penuh kekusutan..kekesalan...
Matanya melirik papanya yabg terbaring kaku. Dipejam seketika matanya,hela berat dilepaskan. Ketenangan yang diperlukan saat ini seakan terbang pergi.
Perlahan-lahan matanya celik lantas kakinya menapak mendekati papanya. Kerusi yang disediakan khas di sisi katil diduduknya.
Tangannya mengenggam tangan hangat papanya. Dalam payah,dia ukirkan senyuman seperti mana dia selalu ukirkan sewaktu papanya masih sihat.
"Pa...Ryan datang jenguk papa ni..." Dikerdip mata berkali-kali sambil memandang siling,cuba menghilangkan air mata lelakinya.
Raut wajah pucat papanya ditenung dengan kasih. "Ryan janji..I'll bring her to you--- but you must promise me---papa akan sedar and..kembali normal macam selalu....----cause..."suranya sekana tersekat dek kerana keperitan batinnya. " Ryan tak akan dapat temukan kebahagian Ryan kalau papa dalam keadaan macam ni--- so please.. Wake up...I wanna see the old you Mr Swatch..and...I want..both of us...meet the happiness..--not the darkness."
⚫⚫⚫
Tbc
Vote
Comment
❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top