30%


Nina Swatch

Dress berbunga flora itu ditatapnya sekilas di depan cermin. Rambutnya yang disanggul tinggi membuatkan gadis itu nampak lebih tinggi.

Nina Swatch melirik pula lehernya yang nampak kosong pula. Dikalihnya ke meja solek,mencari rantai untuk dikenakan dengan dress nya itu.

Tok..tok..

Ketukan pintu mengalihkan perhatian gadis itu seketika.
Bibir gadis itu berukir senyuman bila matanya melirik susuk tubuh itu.

Xavier yang lengkap bersut menapak perlahan ke arahnya. Tangan kekarnya memegang erat kotak baldu biru.

"What's wrong?" Soal Nina sambil matanya merenung dalam mata pemuda itu.

Xavier mendesis. Sebelah tangannya menyeluk poket seluar. Sebelah lagi menghulur kotak baldu itu.

Nina menyambut huluran kotak itu. Dibukanya kotak itu dengan cermat.

Choker...yang berloketkan kan permata.

"Aku tahu...dengan dress tu pasti nampak biasa-biasa bila tiada aksesori..." Mata Xavier merenung dress yang dipakai gadis itu.

Nina mendecit. Jarinya segera mengeluarkan choker itu lantas dia berdiri di hadapan cermin. Cermat tangannya memakaikan choker di lehernya.

Nina melirik Xavier yang masih merenungnya melalui pantulan cermin. Choker diperbetulkan sedikit.
Setelah memastikan kedudukan choker itu sesuai,dia lantas berpusing menghadap Xavier yang sedang berpeluk tubuh.

"So....macam mana?" Senyuman Nina sudah meleret-leret.

Xavier kedip matanya. "Macam mana apa?"

Nina mengeluh. Dia mengibas-ngibas dressnya itu. "Ish..nampak luar biasa tak? Tadikan awak cakap nampak biasa-biasa je..dah pakai aksesori...sooo??"

Xavier kemam bibir,nampak segaris bibirnya itu. Matanya turun sebelum naik semula ke anak mata Nina.
"Bolehlah daripada hodoh."

"Ngee!!  " terus kepala Xavier dikepuknya menggunakan purse miliknya.

Biarpun pemuda itu mampu mengelak,tapi nampaknya dia sengaja menadah kepalanya buat gadis itu. Kepalanya tertunduk menghalang gadis itu daripada melihat segaris senyuman yang terbit di bibirnya.

"Er---sakit sangat ker?" Nina menarik lengan Xavier apabila pemuda itu masih tertunduk sejak tadi.

Gadis itu melirik pula purse miliknya yang digunakan sebagai senjatanya tadi. Purse dia biasa sahaja..kulit..tak ada pulak batu permata yang melekat di permukaan purse-nya.
Mata gadis itu naik semula melihat Xavier bila pemuda itu berdehem.

"Kita akan pergi dalam---er...10 minutes left ---" bergaya sahaja pemuda bersut itu melirik jam tangan Rolex.

Nina menghembus nafas gemuruhnya.

"You ok ?"

Mata Nina naik melirik Xavier. Perlahan-lahan,bibir munggilnya melakar senyuman nakal.

Berubah wajah Xavier. Pemuda itu sudah mengundur beberapa tapak ke belakang. Tertawa kecil gadis itu namun kembali dia menjeling pemuda itu tak dilupakan senyuman nakalnya.

"Nina...I think...lebih baik kau jangan senyum like that...dekat aku..."

"Hmp....kenapa?" Nina mengedip-ngedip bulu matanya yang sudah dioles lentik dengan maskara.

Xavier mendesis. "Kau nak susahkan aku lagi kan?"

Meletus lagi tawa halus dari bibir Nina. Dia melunjur purse miliknya pada Xavier seperti sedang menghunus pedang. Matanya tajam menikam pemuda yang sudah berpeluh-peluh itu.

"A---apa benda kau nih?" Tergagap-gagap Xavier merenung gadis itu.

"Cepatlah puji saya....puji cepat...kalau tak..." Nina mengangkat purse itu ,dilayangkan di hadapan wajah pemuda itu. "kepala awak cium purse saya ni tahu..."

Xavier cebik. "Eleh---purse jew---"

"Purse jew awak cakap---saya beli kat UK ni tahu!!limited edition taw!"

Xavier menjeling malas. Bibirnya masih mencebik. "Eleh...duit sapa jugak kau guna..hmp?"

Nina kemam bibir. Purse tadi kembali dipegang ke hatinya. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah pemuda itu. Namun,tak lama bibirnya mengukir senyuman bila pemuda itu bersuara.

"Kau luar biasa cantik." Pujian dari pemuda itu ditutur saat pemuda itu sudah berpaling ,ingin menapak keluar dari bilik gadis itu.

Nina sengih. Akhinya!!!! Belakang tubuh Xavier diliriknya sebelum bayang tubuh itu hilang di sebalik daun pintu biliknya.





Alexander Ivan

Alemengemaskan kolar bajunya sebelum sut birunya dipakai.  Disapu sedikit sut itu dibahagian bahu. Menghilangkan sedikit kedutan yang samar-samar kelihatan.

"Your nose...dah ok dah ke?" Pertanyaan Zu Er dibiar sepi seketika.

Alex masih ralik memastikan kesempurnaan sutnya itu. Tapi,tiba-tiba insiden petang tadi terimbau kembali di benak fikirannya. 

Gadis itu--seperti pernah dilihatnya.  Tapi----


"You...."

Alex melirik wanita yang sedang duduk di birai katilnya. "You ok tak ni? Asyik mengelamun je dari tadi,I tanya you diam je..."

Alex mengeluh dalam diam. Matanya naik merenung wanita itu. "Sorry...you tanya apa tadi?"

Zu er menyelikkan rambutnya dibelakang telinga. "Dress yang I pilih dekat butik sama dengan you tu ...tak lawalah..."

"So?"

Zu er mengeluh. "I dah pilih lain..dari butik lain..."

Alex memakaikan jam tangan mewahnya di pergelangan tangan kirinya. "Suka hati you lah...then..kenapa tak siap-siap lagi?"
perfume maskulin disembur pada tubuhnya.

Zu er lantas bangun dan menapak menghampiri lelaki itu. "Er..lambat sikitlah dia hantar dress I tu..so,you pergi dululah..eh? Nanti I pergi sendiri ok?"

Tangan wanita itu ingin memperbetulkan tie milik lelaki itu tetapi ditepis lembut.

"Don't ...I dah kemaskan tadi...---" Alex melirik jam tangannya. " I dah lewat--got to go now--" terus lelaki itu menapak keluar dari bilik tidurnya.










Royal Heart's Hotel

9 p.m


Nina Swatch pov

Mataku meliar melihat manusia yang mulai memasuki dewan ini.  Gelas wine ku sisip sedikit.

"Dia dah sampai.." Bisikan daripada Xavier membuatkan senyuman ku makin lebar. "the lady in those red dress..tsk...how come she could fit in those dress hun?"

Tersenyum aku mendengar celotehnya. "Your mouth sure---"


"Sweet---I know that...wanna taste it?" Guraunya lagi. Wajahnya dekat dengan telingaku. Aih..main hembus-hembus pulak deni..
Ku jelingnya tajam,sambil satu jariku menolak dada bidangnya.

Xavier senyum lantas ku berinya gelas wineku padanya. Mencuka terus wajahnya. Be like,kenapa-aku-kena-pegang?-



"Hold this for me dear, I nak tangkap ikan paus...." Mataku melirik tajam pada Mariana yang sedang berbual dengan beberapa orang kenamaan.


"Be careful." Kini Xavier yang asal sudah kembali. Lirikan matanya juga berubah tajam. "Aku tak nak kau balik pada aku dengan cela apa-apa..even...dress kau ni pun...jangan sampai basah or apa-apalah..mahal kut.."

Hek-elehhhhhh. "Yer lah.." Terus ku tinggalkan Xavier di situ. Matlamatku hanya satu,ianya di depan mataku.

Ku hampiri tubuh wanita yang masih rancak berbual dengan kerabat seangkatannya itu.  Mataku melirik beberapa orang Xavier yang juga merupakan orang kenamaan yang berbual dengan Mariana.

Mereka mengangguk sekilas padaku. Senyuman ku makinn lebar.

"Ehh...cik muda...Xander."

Ku ukir senyuman buat kelompok manusia itu. Malah,Mariana turut menoleh melihatku.

"Oh...siapa ini? Kalian kenal ?" Mariana menyoal kaum kerabatnya itu.

"Eh..mestilah kenal--ini cik muda Xander...pewaris gedung berlian yang terkemuka  tu..." Salah satu orang Xavier mula mengumpan.



Mariana melirik senyuman buatku. Tangannya dihulur ingin berjabat. mataku jatuh pada cincin permata zamrud di jari manisnya, cincin ibuku.

Hulurannya ku sambut. Senyuman ku ukirkan. "Nice to meet you....Mrs...."

"Mariana...miss Xander " tersenyum megah Mariana.
Sempat ku lihat dari ekor mataku dia menilik aku atas bawah. Ku biar sahaja.

"Mrs Mariana..." Ku biar senyumanku mengaburi matanya.

Perangkap sudah aku siapkan,tunggu kau serah diri sahaja....















Alexander Ivan

Alex merasa sedikit kudapan yang disediakan oleh pelayan yang sentiasa mendulang kudapan itu. Sempat tadi dia berbual-bual dengan beberapa rakan dagangnya. Selama beberapa bulan ini, dia kembali mengambil alih syarikat keluarganya di sebelah ibunya iaitu dari nanny sendiri. Biarpun,nanny itu masih terasa hati dengan sikapnya,namun harta bahagiannya itu masih diberi oleh wanita itu.

Ada juga beberapa kali anak buah Jovan datang membuat onar di syarikatnya. Sudah semestinya,'bapanya' itu tergugat dengan comeback dia kali ini.

Hubungan dia dengan Hayden juga musnah..kehilangan Nina benar-benar memberi tamparan buat sepupunya itu. Mengamuk sakan sepupunya itu bila dia beritahu bahawa Nina 'lari'.
Terus keluar dari rumahnya yang kini hanya diduduki dia ,Zu er dan anaknya Hel.





Jujur,dia masih sakit hati mengenangkan insiden itu  Dia benar-benar tak sangka gadis itu akan lari darinya jua.

Dengusan terbit di bibirnya. Wine merah diteguk habis. Dia sendiri bingung dengan perasaan sendiri.

"Tuan puan dan hadirin sekalian,marilah kita sama-sama mengalu-alukan presiden malam amal kita pada kali ini---"


Alex meliar melihat sekitar,berkerut dahinya menunggu wanita yang menjadi pasangannya malam itu. Tidak pulang-pulang dari washroom.


"Masalah betullah perempuan ni."  Mata Alex kembali memateri pada tengah pentas yang kini diterangi dengan lampu.










Hong Zu Er

Zu er mengemaskan kemasan wajahnya yang sudah ditempek bedak . Matanya yang dioles sehingga tampak galak bak kucing nak terberanak ditatap dengan senyuman megah. Bibirnya diberi sentuhan akhir dengan olesan gincu purple gelap sesuai sekali dipadankan dengan dress pendek rona purple lembut itu.


Bunyi tumit tinggi yang baru menapak masuk ke washroom itu dia pandang melalui pantulan cermin.
Gadis yang bergaun peach berfloral memenuhi ruangan matanya.

Nina yang sedar kewujudan wanita itu hanya menjeling kosong. Dia segera membuka pili air lantas membasahkan sedikit tangannya.  Gincu merah dipakaikan pada bibir munggilnya. Sesekali dia mengemam bibir itu bagi menghasilkan kesan yang sempurna.


"Excuse me,you tak cukup cantik ker yang kena tengok I atas bawah miss--"

Berubah wajah Zu er saat itu. Terkebil-kebil mata galaknya merenung gadis itu.

Nina pula hanya tersenyum senget. Geli hati dapat mengenakan seekor lagi ikan belut!

Nina lantas menyimpan gincunya ke dalam purse. Belum sempat dia nak menapak keluar,lengannya ditarik.


"You----you---Nina right?oh my god---you Nina yang lari dari Alex tu kan?"


Haish...belut ni datang dari cerok selut mana lahhh...

Nina segera menepis tangan wanita itu dengan muka jijik. "Excuse me...you..basuh tangan tak sebelum sentuh-sentuh I ni?"

"Eh--you ingat you pakai lawa cam ni..you suci lah..entah-entah ada daddy huh?"

Nina mendecit. Dia mula merenung wanita itu atas bawah. "Rasanya--kalau ikut pemakaian you dengan I...rasanya orang lebih jelas siapa pelacur kat sini." Tajam hentaman Nina mengena tepat batang hidung wanita itu.

Zu er merenung tajam gadis itu. Tangannya sudah dikepal kuat. "Huh--cakap jelah you nak amik Alex dari I kan...perempuan tak sedar diri!perampas!"


Nina menghela nafas bosan. "Dengar sini yer cik Zu Er--- I langsung tak berminat lagi dengan laki you tuh..you boleh amik dia--simpan dekat rumah buat perhiasan yer...sebab--tsk--I tak layanlah perhiasan murah macam dia tu..ok?"

Terus gadis itu melangkah keluar dari washroom itu dengan senyuman sinis.






Nina Swatch pov

"Bidaan dibuat pada harga 2k...ada sesiapa mahu membida lebih tinggi?"



"4k!"

"Ya..4k tuan puan...ada lagi yang ingin membida? 6k? Sesiapa?"


"7k!!"

"Ya...7k satu!!7k dua!! 7k tiga!!! Bidaan dimenangi oleh puan Holla..."


Tubuh yang merapatiku ku lirik sekilas.

"How was it?"

Ku sisip wine ku sebelum ku senyum sinis pada Xavier. "So far so good..."

Xavier menarik gelas wine ku secata tiba-tiba. "Stop drinking...kau baru sembuh."


Ku pout. "I'm good...please-"
Ku cuba tarik gelas itu lagi. Namun,tangkasnya dia menjauhkan gelas itu dari aku.

"No more wine Nina." Tegas suaranya kali ini.

"Fine!" Terus mataku pandang depan.

"Dia ada dekat sini."

Aku diam. Tahu. Ku ambil kudapan lantas ku sumbat ke dalam mulutku.

"Nina,I warn you--jangan dekat dengan dia ..for now.."

Ku pandang Xavier di sisiku. "Jangan risaulah--tahulah saya jaga diri."



"Kata-kata itu langsung tak masuk akal." Bidasnya.


"Cubalah percayakan saya ...tak boleh?"

Xavier pandang aku kosong.
"Tak."

"Xavier..."

"Jangan nak merengek kat sini-manyampah!"


Nina Swatch


Ku angkat sedikit dress ku yang mencecah lantai. Niat hati ini nak keluar segera dari dewan memandangkan sekarang sudah tiba sesi pengakhiran majlis amal ini.
Purse ku dekatkan pada dadaku sambil mata cuba mencari Xavier dalam kebanjiran manusia di situ.



"Haish...mana pulak dia nih.." Segera ku selongkar purse itu ,mencari phone.

Ku tekapkan phone itu ke telinga ku ,menunggu panggilan dijawabnya.


"Hello....where are  you?" Soalku .


"Ada dalam kereta ni...kejap...kau tunggu kat depan lah.."



"Hmp..ok." Terus ku simpan phone dalam purseku.

Belum sempat ku menapak namaku dipanggil seseorang.
Ku toleh melihat Mariana yang sedang menghampiriku. Bala.


"Miss Xander...balik dengan siapa?"


Ehhh...sibuk pulak kau yer!
Ku ukir senyuman manis. "Driver I datang amik--"



"Ou--tadi I nampak you datang berteman--siapa dia?kekasih ke tunang?"




Dasar penyibuk no. 1.


"Erm..kami masih berkawan..puan..."

Mariana mengangguk. "Dengar kata,cik Xander ni anak angkat --betul ker?"



Anak angkat apa ni?
"Mulut orang ---kita tak mampu nak tutup--nak saman--takut panjang kan masalah pula..."


"I setuju sangat--"



"Erm..puan,Driver I dah datang...I balik dulu yer--" ingin segera ku tinggalkan perempuan ini!! Naik menyampah aku!!

Tanpa tunggu balasan darinya terus ku melangkah keluar dari hotel ini.
Ku liarkan mata ke sekitar,apabila mataku menangkap kereta milik Xavier terus ku hampirinya .


Pintu duduk belakang ku buka lantas ku masuk ke dalam. Ku tutup kasar pintu kereta itu.

"Xavier kenapa lambat!tahu tak saya ken-------"




Aku terdiam. Rasa asing kereta ini. Terus ku toleh ke sisi. Mencerlung mataku melihat dia yang turut terkejut melihatku.


Alexander!!!!!!!


Tanganku terus mencapai pemegang pintu. Belum sempat ku tolak pintu itu---



Klak!



Berderau darahku naik ke muka. Ku ketap bibir sambil merenungnya.

"Open the door---right now!"
Selarku.



Mataku beralih pula pada driver yang juga,Mark. Semakin menggelabah aku dibuatnya.


"Jalan, Mark."


"No!!berhenti!!"


Mark diam. Matanya merenung Alex dari cermin .
"I said drive this fucking car Mark!" Arahan Alex keras manandakan dia benar-banar tidak bergurau saat ini.




Mark akur. Kereta dipandu seperti biasa. Tanpa menunggu lagi,terus ku selongkar kembali purse ku.



"We need to talk---angel."





⚫⚫⚫
Tbc
Feel free to vote and comment❤
Tetiba idea datang mencurah tu yang siapkan awal sikit chp ni---
Tq pada sesiapa yang sllu vote  story❤❤
Mini heart 4 u!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top