20%
Wajahku hangat terasa bila ada tangan yang mengusap pipiku . Mata terasa berat untuk ku celik,entah apa yang menyangkut di bulu mataku. Ku cuba lagi celik mataku, figura hitan di depan mukaku tidak jelas. Seperti bayang hitam yang menyelubungi pandangan mataku.
Jarinya masih menyentuh pipiku. Kehangatan jarinya ibarat menusuk di hujung pipiku yang disentuhnya.
"Sekali kau aku pegang,jangan pernah bermimpi untuk kau aku lepaskan, hanya mati yang aku berikan andai kau bukan lagi milikku. Terus bermimpi,kau aku cari."
⚫⚫⚫
Nina Swatch pov
Aku melirik pada maid yang sedang sibuk mengemas bantal-bantal kecil pada sofa panjang. Bulu ayam yang digunakan diayun lincah pada perabot. Sesekali debu kecil berterbangan di udara.
"Eh--cik,dah bangun?nak makan ke? Acik boleh sediakan." Salah seorang maid yang nampak lebih tua
menghampiriku.
"Tak apa,saya boleh ambil sendiri. Tapi--" aku menoleh ke belakang,mata meliar ke sekitar ruang itu. "Err---mana King?"
"Ouh, Tuan muda keluar sejak awal pagi. Ada pameran pagi ini."
Jeda, maid itu mengemaskan ikatan apronnya. "Acik boleh call tuan muda kalau cik nak--"
Aku menggeleng. "Tak,tak apa--saya ..tunggu dia balik jer. " Aku menghenyakkan punggung di sofa panjang. Tangan mencapai remote control lantas jariku segera menekan punat.
Siaran tv ku alihkan dari satu siaran ke siaran lain. Membosonkan. Channel Kbs aku buka.
Marathon Innocent man!!
"Cik nak makan sekarang?acik panaskan." Maid tadi berdiri di hadapanku.
"Boleh jugak."
"Acik panaskan sekarang." Lantas tubuh wanita itu menghilang di sebalik dinding.
➰
Pemuda yang segak memakai kot labuh dipadankan dengan seluar khaki duduk dengan penuh bergaya di kerusi. Banyak mata-mata merenung dirinya yang tampak maskulin ditambah dengan kekacakan wajahnya.
Sesekali dia melirik kembali pada mata-mata nakal yang merenungnya. Hanya dibalas dengan senyuman kelat. Matanya kembali pada pentas utama yang akan memulakan majlis tak lama lagi.
"Tuan muda King--"
Seorang tua yang berkot gelap menghampiri pemuda itu. Tangan dihulur ingin berjabat. Sambil melemparkan senyuman manis ,pemuda itu lantas menyambut huluran itu.
"Tak sangka dapat berjumpa di sini."
"Tuan pengarah apa kurangnya..." King sekadar berbual kosong.
Pengarah Damien mengambil tempat di sebelah King. Matanya melirik sekilas pada juru acara yang sudah bersiap sedia di atas pentas,bersedia untuk memulakan bidaan.
"Nampaknya tuan muda memang berminat dengan lukisan-lukisan ini bukan?"
King senyum. "Saya hanya nak melihat-lihat saja,yang mana yang menarik hati..mungkin saya beli--"
"Selamat datang saya ucapkan kepada tan sri,puan sri, dato, datin, pengarah-pengarah dan tuan puan sekalian. Kita mulakan bidaan pertama kita dengan lukisan potret oleh pelukis antarabangsa abad yang ke-6--------"
➰
Nina pov
Ikan koi yang berenang-renang di dalam kolam bersaiz sederhana itu aku renung kosong.
Jam sudah menginjak 1 petang,tapi bayang King masih tak nampak. Ku celupkan tanganku ke dalam kolam ikan. Bergelimpangan ikan-ikan itu berenang menjauhi tanganku.
Aku senyum saja. Lucu difikiranku.
Sesekali ingatanku kembali pada kehidupanku semasa di juvana. Perit itu yang dapat ku simpulkan. Saban hari bertungkus lumus untuk kekal hidup---
Apa yang aku buat,sepanjang hidupku? Aku habiskan bertahun-tahun usiaku,masa remajaku,hanya untuk dipenjarakan di sebalik palang besi itu. Bertarung nyawa untuk hidup. Tanpa sedar,air mataku mengalir laju. Ku seka sambil bibirku ku tarik sengih. Hidup aku ibarat satu drama pendek.
Ku dongak melihat langit biru. Awan yang berkumpul di beberapa sudut.
"Aku harap kau tak simpan angan untuk tinggal lebih masa di sini---"
Mendengarkan suara yang tidak asing itu terus saja kepala melirik ke sisiku. Membulat mataku melihat dia di sini. Dari duduk bertinggung terus aku berdiri. Biarpun tidak menyamai ketinggiannya-
Ivan merenungku dalam sambil berpeluk tubuh. Renungannya tajam.
Aku mati dalam berkata-kata. Hanya jantungku berdegup kencang. Naik turun nafasku melihat dirinya. "Macam--mana---?"
Dia senyum sinis. "Apa--?kau ingat kau boleh lari dari aku?"
Aku berginjak setapak langkah ke belakang bila dia mengambil beberapa tapak ke hadapan,menghampiri aku.
"Tak begitu mudah kau nak lari dari aku---" semakin dia menapak ke arahku.
"Aku tak lari---kau tahu itu---"
Senyumannya melebar. Tangannya diseluk ke dalam poket seluar,bersahaja--
"So, apa yang kau buat dengan budak tu? ---or,apa yang kau dah buat dengan dia?"
"What do you mean?"
Soalku,masih menapak ke belakang,sebagai langkah berjaga-jaga.
Dia sengetkan wajahnya. Matanya merenungku nakal. "Aku tak harap perempuan aku layan orang lain sebelum aku--"
Dahiku berkerut seribu. Tanganku kepal marah. Entah dari mana keberanianku datang,ku ambil langkah ke hadapan,mengecilkan lagi jurang antara kami.
"Aku bukan slut---" tagas nadaku hanya membuatkan dia tersengih.
Dia palingkan wajahnya ke tempat lain sebelum kembali menatapku.
"Baguslah kau masih berpendirian--" jeda.Dia mengambil sebelah tanganku lantas dibawanya ke bibirnya. Membulat mataku.
Ingin ku tarik tanganku namun terkaku bila bibirnya hangat menyentuh belakang tanganku.
"Kau milik aku,always bare in your little mind,sweetheart." Sejurua itu tanganku dilepaskannya.
Aku diam melihat wajahnya
Kembali dingin. "Let's go."
Dia memalingkan tubuhnya.
"No-"
"What!!!"
Ku ketap bibir bila matanya tajam menikamku. "Erm--King belum balik--"
"So?"
"Dia tuan rumah,kena lah bag-"
"Aku tuan kau atau dia?"
Terdiam aku dengan sikapnya. Aku keluh. "Tak bermaksud kau selamatkan aku--kau jadi tuan aku-"
"Kau nak main dengan aku ke Nina?"
"Aku tak main sekarang ni--kalau behave-"
Dia menoleh ke arahku. Matanya gelap. Tiada lagi senyuman di wajahnya. Bayang matahari menambahkan lagi kegelapan sisi wajahnya.
"Apa yang kau nak,huh?" Jeda. Matanya merenungku dalam. "King? Kau nakk dia kah?"
"Apa kau merepek ni Ivan!"
Dia hela nafas berat. Jarinya menggaru kening. Semakin lama,semakin runcing situsi yang memakan kami.
"Baiklah-"
Mataku terpaku pada dia,menunggu sambungan ayatnya.
"Aku bagi kau bermalam di sini--puaskan nafsu kau tu--hipokrit-" sejurus dia berpaling.
Bingung dan kecewa yang tak terungkap di hati ku,segera lengannya aku genggam. Dia melirik ku sekilas.
"Apa kau nakkk Nina? Aku dah beri kebenaran--apa?tak cukup ke satu malam?"
Pang!!!
Terteleng wajahnya ke sisi. Kesan merah menjalar di pipinya. Terkebil-kebil aku merenungnya.
Aku ambil langkah ke belakang. Tanganku turut merasa pijar yang tiada penghujung.
"Jaga percakapan kau!'
Ivan menoleh ke arahku. Wajahnya kosong. "Kau ingat kau boleh lepas bila dah tampar muka aku?"
Tanganku berketar. Ku ketap bibir. Dibawah renungan mautnya,aku mulai hilang kewarasanku.
"Dia nak jumpa kau-"
Dia senyum sinis. "Same story goes to you, I see."
"Jumpa dengan dia---please--"
Matanya melirikku bosan. "Apa aku dapat?"
Aku terdiam. Seakan tergigit lidah sendiri. Mataku meliar mencari idea.
"Apa saja-"
Mata Ivan merenungku dengan penuh minat. Keningnya terjungkit. "Apa saja?"
Aku gigit bibir. Perlahan ku angguk. "Apa saja --"
"Deal,angel." Dia menyuntik senyuman manis.
"Ouh? Pak cik?"
Mataku melirik King yang berdiri di depan pintu sliding. Matanya hanya terpaku pada Ivan yang merenungku dalam.
"Jangan panggil aku pakcik ,budak!" Tegas Ivan.
King kemam bibir. "Then,nak panggil apa?"
Ivan mengeluh. Dipusing matanya,jelek. "Bodoh." Perlahan dia menyumpah.
"Panggil aku Alex,budak-"
King angguk. "Dan jangan panggil aku budak-"
Ivan merenung dirinya sebelum mengangguk sekilas. "So,macam mana-" tangannya merangkul pinggangku. "Perempuan aku layan kau baik?"
Mata King menikamku sesaat. "Peneman yang baik."
"I see..." Matanya merenungku. "Kau sukalah?"
King diam. Suasana menjadi semakin tegang. Aku pula cuba meleraikan rangkulannya pada pinggangku.
"Shut-duduk diam-diam." Arah Ivan.
Ku jelingnya tajam sebelum kembali menatap King yang sedari tadi diam. Matanya diam memerhati aku.
Sesaat,dua saat...
King melemparkan senyuman manis.
"Masuklah dulu- aku suruh maid sediakan lunch kita-"
Sejurus itu tangan Ivan terlerai dari ku. Dia menonong masuk ke rumah lantas meninggalkan aku keseorangan di sini.
"Masuklah-love." King menungguku di depan pintu itu.
➰
Ins.Amsyar melempar fail yang ke -10 itu ke meja. Tanganya menekup kuat meja .Beberapa fail yang sama berterabur di atas meja kerjanya,tak terkecuali ada yang landing elok di lantai berdebu itu.
Naik turun nafasnya. Rokok di dalam poketnya di ambil lantas di sepit di celahan bibirnya. Pemetik api dipetik,seraya asap putih berkepul-kepul muncul di hadapan wajahnya. Setiap hembusan nafasnya bergabung dengan asap toksid itu.
Matanya mengecil dengan setiap hembusan dan sedutan. Matanya merenung tajam kepingan beberapa gambar di dindingnya.
Dengan sekali sedutan terakhir,rokok itu dihapuskan di mangkuk khas.
Matanya memaku pada gambar itu.
Gambat seorang gadis dalam pakaian oren -jail.
Dan beberapa gambar lain yang menampakkam gadis itu bersama seorang lelaki.
Tersenyum sumbing dia merenung gambar-gambar itu.
"Playing hide and seek huh? Just like what I want--"
➰
King pov
Mataku panas tak sehangit hati aku,lagi-lagi bila Alex sengaja menarik Nina untuk duduk di atas lap nya sewaktu makan. Bukan tak ada kerusi lebih,sengaja.
Namun,dia tak berjaya bila Nina menolak pelawaannya. Tersenyum aku melihat penolakkan itu.
Nina mengambil tempat di hadapanku.
Aku ambilkan lauk untuknya dengan chopstik lantas ku letakkan ke dalam pinggan nasinya. Bukan aku tak sedar,renungan tajam Alex pada ku.
"Ou--aku baru ingat--" aku menyuruh maidku mengambil lukisan yang ku beli di pameran bidaan tadi.
Lukisan itu ku berika pada Nina. Tersenyum lebat dia melihat hadiahku itu.
"Cantik,thanks-"
"Kau tahu ke hargai hasil seni macam tu?" Selar Alex tiba-tiba.
Mata Alex kembali merenungku. "Kau nak menghina kah? Kau tahukan dia dah lama hidup di penjara-kenapa mesti lukisan sangkar juga kau hadiahkan pada dia?"
Mataku terpaku pada lukisan itu. Lansung tak terlintas di hati aku,untuk menghina atau merendahkan sesiapa,lagi-lagi Nina.
"EEh--lukisan ini cantik- jangan hiraukan Alex- dia bukan tahu seni-seni ni bagai--" Nina cuba menyedapkan hatiku.
Alex diam. Hanya matanya merenung makanan di dalam pinggannya.
Nampaknya ,dia memang tak kenal kau...Alexander...
Tak layak kau gelar dia perempuan kau-- perempuan yang kau gelar milik kau ini--- langsung tak tahu pasal kau---
"Maaf--aku tak bermaksud nak menyindir kau--"
"Eh--tak ada palah--jangan risau---aku betul-betul sukakannya-- "
Aku lirik pada Alex sekilas. Sambil senyum sumbing aku menyambung suapanku.
Tak pernah aku sebahagia ini--melihat kau terdiam di situ! Bodoh!
⚫⚫⚫
Tbc
Vote
Comment
Sorry 4 the late update
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top