MAIM 9
Eizray mengetap gigi. Pantas dia bangun lalu menyepak kepala lelaki itu. Darah tersembur keluar. Tak cukup dengan itu, perut lelaki itu ditumbuk berkali kali. Pisau yang ditangan dibaling tepat ke tangan lelaki itu.
"Arghhh!!!" Raung lelaki botak yang menjadi tahanan Dark Death 99. Eizray mencangkung dan meraup mukanya.
"Kau bagi tahu aku, siapa yang suruh kau datang sini?" ujar Eizray sambil mengacip gigi. Rahangnya juga terketap kuat.
"A..ak..aku tak.. tak tah..tahu.." Tyad yang lemah itu bersuara perlahan. Eizray menarik tali yang diikat pada tangan lelaki itu lebih kuat sehingga warna ungu biru kelihatan.
"Cakap!!"
"Yang kau ni bodoh sangat kenapa? Kau ada lens kan?" Ridyard yang dari tadi diam akhirnya bersuara. Eizray terdiam seketika. Tangan menepuk dahi.
"Shit. Macamana aku lupa ni?" Eizray menggumam. Evarya hanya tersengih.
"Dah nak mati la tu. Nyanyuk." Eizray memandang kakaknya tajam.
"Diam." Eizray kemudiannya memokuskan pandangan kearah lelaki botak tadi.
"Eiz! Ada call ni!" Ridyard menjerit tiba tiba. Eizray mengelipkan matanya lalu menghampiri Ridyard.
"Sial mana yang kacau aku waktu aku nak mengajar ni?"
Ridyard tanpa banyak tanya terus menghulurkan telefon pintar milik Eizray
Unknown number
"Hello, siapa ni?"
"Assalamualaikum, Ray. Ray sihat?"
Suara lembut itu menyapa. Eizray terdiam. Dia tidak kenal suara itu, tapi dia tahu siapa yang bersuara.
Kerana hanya ada seorang sahaja manusia yang masih memanggil dia dengan nama Ray.
Ezyqa.
***
EZLYANA menonton televisyen dengan tekun. Sementara matanya di televisyen, Anastasia keluar dari bilik sambil mengelap rambut yang basah.
"Kau okey ke Ely? Nampak macam ada masalah je."
Ezlyana menggeleng kecil sambil mengunyah makanan didalam mulut.
"Kau kalau ada masalah boleh je share." Ujar Anastasia lagi.
Ezlyana terus membetulkan posisi duduknya sambil mengambil remote dan menutup televisyen.
"Kau kenal Dark Death 99?"
"Orang gila mana je yang tak kenal, pembunuh paling licik tu. kenapa?"
"Ayah kau mati memang sebab kena bunuh dengan diorang ke?"
Anastasia terdiam. Kepalanya ditundukkan. Perlahan lahan dia mengangguk.
"Habis? Kau tak rasa marah ke dengan diorang?" Ezlyana menentang mata Anastasia.
"Mestila marah. Tapi kau jangan risau, aku akan berusaha untuk hapuskan DD99 tu." Anastasia tersenyum sinis.
Ezlyana terdiam. Agaknya apa reaksi Anastasia kalau dia dapat tahu yang Ezlyana turut terlibat dalam pembunuhan ni. Mahunya terbang melayang segala barang dalam rumah ni.
"Habistu, macamana kau nak hapuskan diorang tu?"
"Aku dah cakap dengan ketua R.A Mafia tadi, nama dia R.. "
The club is not the best place to find a lover so the bar is where I go. Me and..
"Sorry, aku jawab call jap." Ezlyana mengambil telefonnya lalu dia menjauhi Anastasia.
Unknown number
"Hello, Ezlyana speaking."
"Assalamualaikum. Adik.. adik apa khabar?"
Ezlyana terkaku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top