MAIM 7
Eizray melangkah ke depan. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, ada sesuatu jatuh ke bumi. Betul betul dihujung kasutnya.
Dahi jejaka itu berkerut.
Siapa pulak yang jatuhkan gula gula getah ni? Dia mengutip lalu diperiksa. Terlihat dari atas Evarya sedang tersengih diatas bumbung sambil tangannya memegang senjata api dan mulutnya mengunyah gula gula getah.
Sibuk je la minah ni.
Eizray mengoyak kertas gula gula itu sebelum dia menunduk sedikit.
BANG!
"Kau tembak siapa tu?" Sindir Eizray sambil memandang ke tingkap yang pecah. Dia memegakkan kembali badannya sambil mengunyah gula gula yang diberi oleh Evarya. Kelihatan R.A Mafia semakin menghampiri. Tangan kesemuanya memegang pistol dan senjata lain.
Eizray melangkah ke arah Dark Death 99 dan membelakangi R.A Mafia.
"Kerjakan diorang tapi pastikan tiga orang terkuat dalam kumpulan tu tak mati. Aku nak mereka hidup hidup. Dan, tolong jaga Evarya." Eizray berkata sambil menunjuk ke atas dimana Evarya berada. Tangannya menggosok pisau. Bibirnya tersenyum sinis.
"Move!" Sepatah kata daripada Eizray dan Dark Death 99 mara ke hadapan. Semuanya melepaskan tembakan namun tidak menyasarkan kepada R.A Mafia. Sengaja buat begitu bagi mengenalpasti siapa yang paling kuat dalam kumpulan itu. R.A Mafia juga turut melepaskan tembakan.
BANG BANG BANG!
Bunyi tembakan bertalu talu datang dari kedua dua arah.
Salah seorang lelaki yang berada di belakang R.A. Mafia mula mengeluarkan sebiji bom tangan sebelum bom itu dilempar ke arah kelompok Dark Death 99.
Ahli Dark Death 99 pantas menjauh dan berselindung dari ledakan bom yang agak kuat itu.
BOOMMM
Kelihatan seorang lelaki yang botak sedang tersenyum sinis kearah Dark Death 99. Eizray hanya memerhati.
"Aku nak yang botak tu."
Anak anak buahnya yang lain terus angguk apabila terdengar arahan ketuanya melalui earpiece. Yang pasti, Dark Death 99 tak boleh membunuh botak tu, kalau tak habislah mereka pula yang akan gantikan botak tu dalam sesi 'pembelajaran akan datang'.
Setelah itu, Dark Death 99 melepaskan tembakan untuk mencari 2 orang lagi yang terkuat bagi 'sekolah' yang Eizray ingin tubuhkan.
"Rid, aku nak headhunter diorang. Kau settle yang kat bawah tu. Biar aku settle headhunter diorang. Kau cari yang paling kuat. Aku nak seorang lagi."
Ridyard mengangguk lalu mengambil rifle dan mara ke hadapan. Eizray memerhati kawasan bangunan itu. Heh, bodoh ke apa datang kawasan pihak lawan pastu menyorok kat bangunan pihak lawan?
Eizray naik ke atas apabila mengenal pasti kedudukan headhunter R.A Mafia. Kelihatan lelaki yang berparut di dahi itu sedang mentargetkan sasaran.
"Dah dapat ke sasar? Kau ni lembab la." Eizray mengerutkan dahi sambil menggeleng. Siap buat bunyi cicak lagi. Lelaki berparut itu membuka mulut tanpa memandang Eizray.
"Sabarlah. Kau ingat Dark Death 99 ni senang ke nak tembak?"
"Susah sangat ke? Mehla, aku tolong tembakkan." tawar Eizray.
"Kau reti ke? Budak entah mana mana datang nak sibuk ambil tugas orang. Pergi main jauh jauh." Halau lelaki itu.
Eizray memuncung sambil berdiri di tepi lelaki itu.
"By the way, aku baru buat sekolah. Kau berminat tak nak belajar dengan aku?" Soal Eizray tiba tiba.
"Ermm.. subjek apa?"
"Subjek pukau."
Lelaki berparut itu terus terkaku. Pukau? Setahunya ada seorang ketua Dark Death 99 yang mempunyai kuasa pukau.
Jangan cakap yang kat tepi dia ni Eizray!
"Kenapa? Pandanglah aku." Arah Eizray tenang sambil memerhati wajah lelaki itu.
Lelaki itu masih tidak berganjak sebelum Eizray menendang kasar lelaki tersebut sehingga terjatuh dan Eizray mencekik tengkuk lelaki itu serta memijak kepala lelaki itu. Rambut ditarik sehingga lelaki itu menjerit.
"Pandang aku." Ugutan Eizray. Siapa berani langgar? Lelaki itu perlahan lahan memandang mata Eizray.
"Have a nice dream. Little boy."
***
EIZRAY mengetip kuku sambil menunggu pertarungan di tingkat bawah selesai. Matanya memandang lelaki yang hanya diam setelah dipukau sebelum dia berkerut dahi.
"Siapa ahli terkuat dalam kumpulan kau?" Eizray mencangkung dihadapan bakal pelajarnya yang berada di dunia lain itu.
"RD."
"Siapa RD?"
"R..."
"Woi sengal, kau buat apa tu?" Soal Ridyard yang entah muncul dari mana. Eizray memandang Ridyard.
"Dah settle ke?"
"Dah.. Eva dengan Kael tembak semua tadi lepas aku ambik dua orang. Memang power jugakla dua orang tu. Satu yang botak satu lagi yang dah cederakan aku. Berbisa jugak." Ujar Ridyard sambil menunjukkan lengannya yang luka dengan darah menitis. Eizray mengangguk.
"Kau pergilah jinakkan dua ekor tu."
Eizray melangkah ke depan.
"Woi anjing, meh ikut aku." Lelaki berparut itu hanya mengikut. Eizray melihat dua orang yang dipegang oleh ahli DD99 itu dengan senyum sinis. Dia memandang dalam mata kedua dua orang itu sebelum dua lelaki itu menunjukkan tanda minda mereka sudah dikuasai Eizray.
"Lepaskan dia." Anak anak buah DD99 itu terus melepaskan dua orang lelaki yang dah di'jinakkan' oleh Eizray. Eizray menggosok kepala kedua dua bakal pelajarnya itu.
"Good boy.. meh masuk kelas." Lelaki itu hanya mengikut tanpa menyedari apa yang bakal berlaku dalam 'kelas' itu.
"Aku nak jadi cikgu jugak!!" Celah satu suara yang membuatkan semua kepala tertoleh kearah suara itu.
Miss Dark Death 99.
Tengku Evarya Danielle
"Kenapalah kau ni panjang sangat umur? Liat betul nak mati." Kata Eizray mendatar.
"Eh kalau aku mati, kau lah yang akan menangis sampai terkeluar biji mata kau tu!" Evarya mengeluarkan gula gula getah dari poketnya dan membaling kuat ke arah si adik yang bermulut celupar.
Eizray tersenyum kecil. Tidak lengkap harinya tanpa bergaduh dengan Evarya.
"Pergilah bawa masuk dua ekor tu." Arah Eizray.
"Beres bos!" Evarya tersengih suka sambil mencium pipi Eizray. Dia memimpin tangan lelaki yang terkena pukau itu dan berjalan gaya skipping ke dalam bangunan.
Atau lebih spesifik, ke dalam 'sekolah'
Eizray, Ridyard dan anak anak buah yang lain hanya menggeleng kecil. Itulah Tengku Evarya Danielle, gadis bujang yang berperangai keanak anakan.
"Sayang betul kau dekat dia." Ridyard berkata apabila melihat Evarya sudah menjauh.
"Aku tak sanggup nak hilang dia lagi."
Ridyard berkerut wajah.
"Maksud kau?" Soal Ridyard. Eizray menghela nafas dan menggeleng.
"Nothing. Jom makan. Aku lapar."
"Eh! Kan budak budak tu.."
"Eva jaga." Jawab Eizray sambil melangkah pergi ke arah keretanya. Ridyard tergelak.
"Tadi bukan main sayang, ni tinggal? Kalau budak budak tu buat macam macam dekat Evarya dia juga lah yang mengamuk." Bebel Ridyard sambil turut berlalu ke kereta Eizray untuk makan bersama jejaka itu.
Eizray tersenyum sinis. Beranilah apa apakan kakaknya, memang dia akan bakar mereka yang menyakiti Evarya hidup hidup.
Kerana tiada sesiapa boleh menyentuh ahli keluarganya lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top