MAIM 6

Anastasia menggigit bibir. Air mata yang cuba ditahan akhirnya gugur.

Papa..

Penumbuknya digenggam sebelum tangannya naik menumbuk cermin solek yang berada di hadapannya sekuat tenaga.

Kcinggg!!

"Arghh!!" Jerit Anastasia lagi. Dia menumbuk cermin soleknya berkali kali. Tangan yang sudah banyak darah tidak dihiraukan. Bunyi dentuman hasil tumbukannya berselang seli dengan esakan sendiri.

Hampir 20 minit melepaskan geram, gadis itu terduduk di atas lantai.

Dark Death 99. Pembunuh.

Paling kejam.

Aku akan pastikan satu hari nanti Dark Death 99 akan melutut di kaki aku! Akan cium kaki aku!

Mata merah berair milik Anastasia memandang artikel tentang kematian seorang lelaki usia 50an yang dikaitkan dengan pembunuhan tanpa jejak.

Tapi dia tahu angkara siapa itu.

Ku Anastasia Balkis binti Tan Sri Tengku Amir Bahrin. Ya! Itu namanya.

***

S

ehari sebelum...

Anastasia mengelap peluh setelah selesai memasak hidangan untuk dirinya sendiri. Senyuman terukir apabila berpuas hati dengan air tangan sendiri lalu kerusi ditarik untuk dijadikan tempat duduk bagi menikmati hidangan sendiri sebelum tiba tiba ada satu panggilan masuk.

Senyuman Anastasia semakin melebar melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.

My lovely mama.

"Hello, ma. Kenapa call Tasy ni?" Soal Anastasia. Senyumannya perlahan lahan hilang apabila terdengar esak tangis si ibu melalui hujung talian.

"Mama.. relax. Kenapa menangis ni? Mama?" Soal Anatasia bimbang.

"Tasy.. Tasy tolong balik sekarang." Tersedu sedan ibunya cuba bersuara. Hati Anastasia mula mendetikkan perasaan tidak enak.

"Oh, okey. Tasy balik sekarang." Anastasia mematikan talian sebelum terus menyimpan kembali makanannya dan mencapai kunci lalu dia pulang ke rumahnya.

***

"Mama.. what's wrong?" Anastasia duduk di tepi Puan Sri Anansa. Ibunya.

"Papa.. di..dia.."

"Kenapa? Papa curang lagi? Ma.. kan papa dah insaf? Mama dengar dari siapa ni?" Anastasia mengeluh apabila kes papanya yang dikhabarkan berlaku curang masih menjadi sebab mamanya berada dalam keadaan sedih.

"Bukan.."

"Habistu? Papa main kayu lain pulak ke?" Soal Anastasia cuba mengurangkan sedih mamanya namun tidak berjaya. Semakin sedih Puan Sri Anansa.

"Bukan! Papa.. kena bunuh!!"

Anastasia berjeda seketika sebelum tergelak.

"Mama.. agak agaklah.. takkan pasal papa curang sampaikan mama nak bunuh dia ni.. cuba bawak mengucap sikit.." Anastasia mengurut bahu mamanya dengan niat ingin menyabarkan si ibu.

Puan Sri Anansa menepuk dahi. Kenapa anak aku ni slow sangat? Dalam keadaan sebegini anaknya masih tidak mampu memahami apa yang dia sampaikan.

"Ku Anastasia Balkis Binti Tengku Amir Bahrin. Dengar sini.. Tan Sri Tengku Amir Bahrin dijumpai dibunuh semalam! Faham tak?" Suara Puan Sri Anansa sudah naik dua oktaf. Anastasia terkelu.

Apa? Dia tak pekak kan?

***

ANASTASIA menyandar di kerusi. Siapa sahaja tidak kenal Dark Death 99? Kumpulan pembunuh yang mampu menumpaskan sesiapa sahaja yang mencari masalah dengan mereka atau lebih singkat, Dark Death 99 tu bahaya.

Macamana dia nak tumpaskan mereka?

Tetapi untuk berdiam diri juga mustahil. Walau apapun caranya, pasti dia akan membalas dendam dan menuntut bela atas kematian ayahnya.

"But how?" Bisik Anastasia sendirian. Sudahla dia perempuan, semestinya dia akan mati jika dia cuba menghapuskan kumpulan itu sendirian.

Tiba tiba satu nama menjengah masuk ke dalam minda Anastasia.

R.A Mafia.

Yes! Kumpulan tu! Kumpulan mafia yang turut terkenal kerana kumpulan itu mempunyai hubungan yang tidak baik dengan Dark Death 99 sehingga mereka pernah berperang besar dan akhirnya kemenangan berpihak pada Dark Death 99 atas kecekapan dan strategi oleh kumpulan itu.

Kalah tidak akan selamanya kalah dan menang tidak akan selamanya menang. Anastasia yakin R.A. Mafia sedang bersiap siaga untuk menentang Dark Death 99 lagi.

Pantas telefon di dalam poket diambil dan nombor seseorang didail. Nombor anak buah R.A Mafia yang diperoleh hasil dari pertemuan di majlis formal dahulu.

"Hello." Satu suara garau kedengaran di hujung talian.

"Hello, Aku nak cakap dengan Don boleh?" Soal Anastasia.

Don adalah gelaran bagi ketua bagi kumpulan itu yang membawa maksud bos atau pemimpin atasan.

"Kau siapa?" Soal lelaki itu. Nadanya kedengaran pelik.

"Aku Tasy. Aku pasti Don sudah kenal siapa aku." Terselit nada riak di dalam suara gadis itu.

"Kau nak cakap apa dengan Don?"

"Aku nak bersatu dengan korang." Pinta Tasy. Tidak sampai dua saat kedengaran hilaian tawa dari lelaki itu.

"Seriously? Tasy? Kau ada dendam dengan siapa pula ni?"

"Jangan banyak tanya boleh tak? Bagi je la dekat Don tu!" Bentak Anastasia. Lelaki itu menyenget sinis sebelum dia memeluk tubuh.

"Aku lah Don." Katanya. Anastasia terkedu.

"Don, aku perlukan bantuan kau. Aku nak hapuskan DD99." Ujar Anatasia dengan gigi yang terketap rapat.

Lelaki itu mengangguk dan bersiul perlahan.

"Well, Ku Anastasia Balkis. Welcome to R.A Mafia."

Anastasia tersenyum sinis.

***

EIZRAY meneliti kertas dihadapannya. Masih tidak sempurna. Dia mengambil berus lukisan dan dicelup kedalam cat merah lalu disapu diatas kertas lukisan itu.

I will pay them for what had they done to you.

-ibu-ayah-Ezyqa-
We will fight for you.

-Eizray-Evarya-Ezlyana-
Dark Death 99.

"Eiz!" Ridyard memunculkan diri disebalik pintu dan menjenguk sedikit ke dalam melihat si rakan yang sedang memokuskan sepenuh tumpuan pada kertas yang sudah terconteng itu.

"Apa?" Soal Eizray tanpa menoleh.

"Eiz, kau kenal kan R.A Mafia?" Ridyard melabuhkan duduk di tepi Eizray.

"Kau bercakap tentang kumpulan yang pengecut itu? Mestilah aku kenal." Eizray meletakkan berus dan meneliti lukisannya.

"Bagus. Sekarang ni diorang kat tempat kita buat kecoh kat sana. Aku rasa ada kaitan dengan Tan Sri Amir la. Diorang asyik panggil kau je Eiz. Diorang nak lawan dengan kau." Beritahu Ridyard.

Eizray tersengih sinis. Terus sahaja dia bangun dan mencapai hoodie di penyangkut yang terdapat di dalam bilik tersebut. Hoodie hitam itu dipakai dan kepala hoodie ditarik hingga menutup separuh mukanya.

"Panggil Hykael."

Ridyard hanya menurut. Hykael masuk setelah dipanggil.

"Arahkan semua bersedia. Godam segala rangkaian telekomunikasi dan suruh semuanya berada dalam posisi masing masing." Arah Eizray sambil mata biru miliknya memandang Hykael. Pantas sahaja Hykael mengangguk dan berlalu keluar.

Eizray mencapai kotak berwarna emas di atas meja dan penutup kotak it dibuka. Jemarinya ditekapkan pada  hujung lens itu sebelum kanta mata berwarna hitam itu dipakai menutupi mata biru miliknya.

"Magical contact lenses." Ridyard turut tersenyum melihat mata Eizray yang menjadi warna hitam kerana kanta lekap itu.

"As usual." Balas Eizray lalu tangannya mula mengambil benda bulat kecil atau lebih spesifik, bom mini dan beberapa pucuk pistol serta bilah pisau. Pisau itu dibelek seketika memastikan pisau yang dibawa benar benar memenuhi kehendaknya. Kerana..

Dia sukakan penyeksaan.

R.A Mafia... I'm coming, baby.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top