MAIM 5

Evarya membuka mata yang terasa berat. Serentak rasa sakit dan pening menyerang kepalanya. Dia memegang kepalanya sebelum perasan yang kepalanya berbalut.

Dah kenapa kepala aku berbalut ni?

Evarya kemudiannya memandang sekeliling bagi mengenalpasti dimana dia berada sekarang ini. IV Drip yang tercucuk di tangannya cukup untuk membuktikan dia berada di hospital.

Tiba tiba ruangan wad kelas pertama itu dikuak.

Eizray.

"Hai. Macamana dunia kau selama 4 hari ni. Best?" Soal Eizray. Lebih kepada sindiran sebenarnya. Dalam hati terselit juga rasa bersyukur kerana kakaknya masih hidup.

Jika apa apa berlaku pada kakaknya itu, sudah pasti Tan Sri Amir yang dah nak mampus dah tu dia seksa lagi teruk. Nak tahu keadaan Tan Sri Amir selepas 4 hari?

Sila bayangkan sendiri.

"Kau ni datang nak lawat aku ke nak bagi aku mati awal? Sindir sindir pulak." Evarya mencebik melihat kelibat adik yang bukan datang untuk menjenguknya namun datang kerana ingin menyindirnya.

Dasar adik dari neraka!

"Aku datang ni sebab aku nak ambil buah epal ni je nak buat bekal berjalan ke ofis kejap lagi. Takda maknanya aku nak lawat manusia degil tahap setan macam kau. Aku dah kata jangan pergi, gatal juga nak ikut orang tua bodoh tu ke korea. Haa kan dah mendapat, padanlah muka kau tu." Eizray menunjuk kearah bakul buah yang terdapat di atas meja tepi katil itu. Evarya mencemik.

"Ezlyana mana? Jangan cakap yang dia tak datang untuk lawat aku.. agak agaklah, aku sakit ni! Sampai hati dia, mentang mentang lah jadi polis kan terus lupa.." Evarya mula ingin membebel apabila kelibat Ezlyana tidak kelihatan namun dipotong oleh Eizray.

"Kau diam boleh tak? Dia ada kes nak handle. Lagipun kau ni tak mati pun kan? Nak lawat buat apa? Tunggu kau mati dulu kami semua akan lawat kau, jangan risau. Dah la aku balik dulu. Duduk sini makin panas aku." Eizray mengambil epal tadi lalu dibasuh di sinki yang terdapat di dalam wad Evarya.

Jaga kebersihan. Dan epal itu digigit lalu dikunyah perlahan.

"Kau nak pergi mana?" Soal Evarya. Eizray menoleh seketika dengan pandangan kosong sebelum membuka mulut.

"Nak pergi 'mengajar' " Eizray terus keluar. Evarya menggaru kepalanya yang tidak gatal dan masih berbalut.

"Sejak bila dia jadi cikgu ni?" Soal Evarya kepada salah seorang ahli Dark Death 99 yang ditugaskan untuk menjaganya.

"Sejak Miss koma dan sampai Miss sembuh."

***

EZLYANA hanya memerhati. Bibirnya mula mengherot sebelum dia tergelak. Apabila terlihat renungan nak maut daripada Anastasia, terus dia diam namun, pipinya sudah kembung menahan tawa.

"Kau apahal buat muka macamtu? Dah tak sabar nak rasa penampar aku?" Soal Anastasia bengang. Ezlyana terus tergelak.

"Kau agak agak la.. Betul ke kau lari dari Eiz semalam sebab ingat dia pocong? Hahaha" Ezlyana masih lagi ketawa. Anastasia pula menjulingkan mata ke atas.

Apa yang lucu?

"Eee kalau aku tahu ini reaksi kau, sumpah aku takkan cerita kat kau." Anastasia memalingkan muka. Merajuk gaya budak budak.

"Alololo.. meyajuk die ye? Ananla meyajuk.. nati tak catek!" Ujar Ezlyana dengan suara budak pelat. Erk, meloyakan.  Dan itu buatkan Anastasia rasa nak lempang Ezlyana laju laju.

Tiba tiba telefon milik Ezlyana berbunyi. Dia melihat skrin telefon

Abang dari neraka

"Kejap eh, ada orang call. Nak cakap pasal kes baru baru ni kot." Ezlyana berjalan ke balkoni.

"Ely, datang ke tempat kita sekarang. Eva dah tunggu ni."

"Kenapa pula?" Soal Ezlyana bingung.

"Susah dapat adik nyanyuk nak mampus ni. Hari ni kan hari 'penutup'. Cepatla orang tua tu dah nak mampus dah tu." Talian dimatikan. Ezlyana berfikir sejenak.

Hari penutup apa? Bingung juga Ezlyana disitu. Setelah hampir beberapa minit berfikir, mata Ezlyana membulat besar.

Ohhh!! Pantas Ezlyana masuk ke dalan kondo kembali.

"Tasy, aku ada kes kecemasan ni. Aku pergi dulu eh?" Ezlyana terus melangkah ke Mini Cooper miliknya.

Setelah tiba di destinasi, Ezlyana mengambil sesuatu di bawah kerusinya. Pistol. Bibirnya tersenyum. Rambutnya disanggul dan dia memakai topeng putih. Pistol diletakkan di belakang. Haru jugak kalau ada yang tahu dia tu polis.

Setelah selamat masuk ke dalam bangunan, Ezlyana menanggalkan topeng.

Ezlyana berjalan ke tingkat atas dan menguak pintu. Tersembul wajah kakak dan abangnya yang sudah bersedia dengan pistol.

"Aku lambat ke?"

"Nope, Ezly." Jawab Evarya.

Meskipun dia masih lagi sakit, tetapi dia sanggup datang untuk menghapuskan lelaki yang berani mencuba untuk membunuhnya itu.

Kurang ajar.

Ezlyana tersenyum sinis. Dia menuju ke arah Tan Sri Amir yang sudah nyawa nyawa ikan dah tu. Matanya cuba ada sebelah. Siapa pulak yang korek mata dia sebelah lagi ni? Oh, lupa pulak. Ni mesti kerja si Eizray ni. Dia melihat lidah lelaki itu juga sudah tiada. Patutlah tak meraung. Dah takde lidah rupanya.

"Inilah akibat kalau kau sentuh ahli Dark Death 99. Terutamanya Miss dalam kumpulan ni. Okey?" Ezlyana tergelak apabila terlihat reaksi Tan Sri Amir yang terkejut.

Mana tak nya? Dia pernah berurusan dengan Tan Sri Amir dulu dalam menyelesaikan kes.

"Kenapa terkejut sangat? Tak percaya polis yang banyak selesaikan masalah negara ni sebenarnya mafia? Huh." Ezlyana bangun lalu dia menyepak tempat kelemahan lelaki yang satu tu.

Ezlyana berjalan kearah Eizray dan Evarya dan berdiri ditengah tengah. Sebelum ketiga tiga beradik menghalakan muncung pistol kearah sasaran.

Bye bye, old man.

Bang! Bang!! Bang!!!

Serentak tiga das dilepaskan kearah Tan Sri Amir. Satu di perut, satu di kepala dan satu di 'situ'.

"Good job, siblings of Dark Death 99."

Eizray, Evarya dan Ezlyana membuat high five. Itulah the siblings of Dark Death 99.

"Ha, macamana? Dah 'graduasi' ke Tan Sri Amir tu?" Soal Ridyard yang baru masuk. Melihatkan darah yang banyak dilantai sahaja dia sudah tahu bahawa orang tua tu memang dah 'graduate'. Ezlyana berpaling dan..

Ridyard Avvendris?!

Dia melopong melihat lelaki yang santai masuk itu dan lagi melopong apabila Ridyard mengenyit mata kearahnya.

Ezlyana mengenali Ridyard kerana abangnya berkawan dengan jejaka itu namun tidak pernah mereka bertentangan mata sebegini. Panahan mata dari Ridyard mampu membuatkan hatinya bergetar dengan sangat kuat.

Tapi, sedaya upaya Ezlyana cuba mengekalkan muka selamba di hadapan Ridyard walaupun dalam hati dah menjerit teruja.

Auw.. handsome!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top